Monday, 5 August 2013

Nikah Bhg. II

Mari kita tadabbur bab poligami. Ayat al-Quran yang digunakan oleh kaum Muhammad dalam bab poligami adalah 4/3;

Dan jika kamu takut adakah tidak kamu bersaksama pada yatim-yatim maka kamu nikahilah apa baik bagi kamu dari nisa' itu dua dan tiga dan empat maka jika kamu takut adakah tidak kamu mengadil maka satu atau apa milikan-kanan kamu (4/3).

1) Kalimah "waw"

Isu kontroversi pertama adalah kalimah "waw" dalam ayat "dua dan tiga dan empat". "Waw" kebanyakannya bermaksud "dan" berbanding "atau". Namun isu ini diolah oleh sebahagian ahli bahasa Arab bahawa waw juga bermaksud selain dari "dan".

2) Yatim

Isu kedua adalah berkenaan yatim;

Dan jika kamu takut adakah tidak kamu bersaksama pada yatim-yatim maka kamu nikahilah apa baik bagi kamu dari nisa' (4/3).

4/3 menerangkan faktor membawa kepada poligami adalah kerana takut jika tidak bersaksama pada yatim-yatim.

3) Keadilan

Isu ketiga adalah berkenaan keadilan;

jika kamu takut adakah tidak kamu mengadil maka satu (4/3).

4) Yatama nisa'

Isu yang kritikal adalah kalimah "yatama nisa'" dalam 4/127;

Allah memberikan kamu kuasa-arahan pada mereka dan apa yang diucapkan atas kamu pada Kitab pada yatama nisa' yang-mana tidak kamu memberikan mereka apa yang dikitabkan bagi mereka dan kamu mahukan bahawa kamu menikahi mereka (4/127).

Persoalannya yatama nisa' merujuk kepada "yatim perempuan" atau "perempuan kepada si yatim"?

Yatim didefinisikan sebagai mereka yang belum baligh nikah (4/6), dan belum baligh kematangan (17/34). Dalam erti kata-lain, yatim belum layak bernikah. Ini hujah yang kuat bahawa yatama nisa' bermaksud "perempuan kepada si yatim", iaitu ibu kepada si yatim.

Dalam erti kata lain kalimah "menikahi mereka" dalam 4/127 merujuk kepada si ibu tersebut.

Wallahualam.

No comments: