Sunday, 16 June 2013

Itu Adalah Kamu

Berikut lirik dan melodi terbaru yang saya gubah setakat ini.

Dari segi susunan lagu, saya mengambil satu konsep yang digunakan dalam lagu Ijab Kabul dari Kangen Band, iaitu intro, interlud dan outronya diasaskan pada progresi kord yang sama.

Dari segi progresi kord pula, variasinya bagi lagu ini kurang berbanding lagu Ijab Kabul. Namun susunan lagu ini belum finishing lagi.

Tajuk: Itu Adalah Kamu
Penulis lirik: Ariji

bukannya
aku tak tahu
yang kamu
sudahpun berpunya

namunku
masih jatuh hati
padamu
kekasih orang

biarlah
aku mengalah
asalkan
kamu bahagia

memanglah
aku mahu kamu
tapiku
bukannya penzalim

yang aku mahu
gadis cantik yang aku inginkan
itu adalah kamu
itu adalah kamu

yang aku impi
gadis ayu yang aku idamkan
itu adalah kamu
itu adalah kamu

Saya kurang berkeyakinan untuk menyanyi. Mungkin saya akan carikan penyanyi bagi lagu ini? Atau saya akan berlatih untuk menyanyikannya dengan baik. Apapun kehadiran ahli-ahli muzik akan memudahkan susunan lagu bagi lagu ini. Saya lebih cenderung untuk menjadi penulis lagu berbanding penyusun lagu.

Lagu ini digubah dalam kunci C Major. Saya pertimbangkan untuk menukar kuncinya bagi kesesuaian dengan suara penyanyi, termasuk suara saya sendiri. Kerana ada nota melodi yang agak rendah. Julat suara saya adalah bass.

Jika anda ingin berkolaborasi dalam karya ini, bolehlah hubungi saya melalui Facebook.

Demo lagu hanya dipublish jika rekod nyanyiannya melangkaui paras lulus. Jika tidak, ia boleh memberi persepsi negatif kepada karya.

Semoga saya sempat menyiapkan susunan lagu bagi karya ini sebelum saya meninggal dunia.

Wallahualam.

No comments: