Wednesday, 19 June 2013

Yayasan Ta'lim

Saya mendapati ideologi dalam ceramah seorang ustaz dari yayasan ini mempunyai unsur ekstremisme. Bukan dari segi keganasan fizikal, tapi dari sudut lain, atau jua dikenali sebagai taksub mazhab, atau dalam erti kata lain, tergelincir dari yang dikatakan "Wasatiyyah Islam".

Antara kaedah saya menghadapi masalah ini dengan mengajak berdebat;




Namun apa yang berlaku, komen saya di page mereka di delete malah saya di 'kick' dari page itu. Berikut adalah kenyataan misi kumpulan ini;

Menjadi pusat pengajian Islam yang mampu menjana seramai ahli masyarakat yang memahami dan mengamal Islam selaras dengan kehendak Allah SWT, melalui penggunaan infrastruktur yang relevan dan teknologi masa kini.

Mungkin saya tidak termasuk dalam skop ahli masyarakat yang dimaksudkan itu.

Cabaran debat ini tiada kaitan dengan bentuk serangan peribadi.

Wallahualam.

Tuesday, 18 June 2013

Kuiz Baqarah

Arahan: Sila berikan jawapan yang paling tepat. Soalan berikut berdasarkan teks yang disediakan.

1.

الم

Berapakah huruf di dalam ayat di atas?

a. Satu
b. Dua
c. Tiga
d. Empat

2.

ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ

Kitab itu panduan bagi siapa?

a. Pembaca Kitab itu
b. Orang yang bertaqwa
c. Orang yang tidak meragui
d. Orang yang mengucap dua kalimah shahadah

3.

الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ

Apakah bukan ciri-ciri orang yang bertaqwa?

a. Mereka beriman dengan Ghaib
b. Mereka menginfaqkan apa yang direzekikan oleh Allah kepada mereka
c. Mereka mengqiamkan Solat
d. Mereka tidak yakin dengan Akhirat

4.

وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ أُولَٰئِكَ عَلَىٰ هُدًى مِّن رَّبِّهِمْ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Adakah orang yang bertaqwa itu berjaya?

a. Pasti tidak berjaya
b. Ya
c. Mungkin ya mungkin tidak
d. Ketaqwaan tiada kaitan dengan kejayaan

5.

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ أَأَنذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنذِرْهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ خَتَمَ اللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ وَعَلَىٰ سَمْعِهِمْ ۖ وَعَلَىٰ أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Apakah bukan ciri-ciri orang kafir?

a. Jantung mereka ditutup
b. Pendengaran mereka ditutup
c. Penglihatan mereka dihalangi
d. Mereka mendengar perkataan dan mengikut yang terbaik

6.

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الْآخِرِ وَمَا هُم بِمُؤْمِنِينَ يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلَّا أَنفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ قَالُوا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُونَ وَلَٰكِن لَّا يَشْعُرُونَ

Apakah respon dari mereka yang cuba-menipu Allah dan orang yang beriman apabila mereka dinasihati supaya tidak melakukann kerosakan di Bumi?

a. Mereka mendakwa bahawa Bumi perlu dirosakkan
b. Mereka mendakwa bahawa mereka melakukan kerosakan di Bumi
c. Mereka mendakwa bahawa mereka melakukan amalan soleh
d. Mereka sedar dan teliti bahawa mereka perosak di Bumi

7.

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آمِنُوا كَمَا آمَنَ النَّاسُ قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَمَا آمَنَ السُّفَهَاءُ ۗ أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاءُ وَلَٰكِن لَّا يَعْلَمُونَ

Apakah respon dari mereka yang cuba-menipu Allah dan orang yang beriman apabila mereka diajak agar beriman sebagaimana manusia yang beriman itu?

a. Mereka mendakwa bahawa manusia yang beriman itu adalah golongan yang bodoh
b. Mereka mendakwa bahawa mereka beriman
c. Mereka mendakwa bahawa golongan yang bodoh memang patut beriman
d. Mereka mendakwa mengetahui bahawa mereka adalah golongan yang bodoh

8.

وَإِذَا لَقُوا الَّذِينَ آمَنُوا قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا إِلَىٰ شَيَاطِينِهِمْ قَالُوا إِنَّا مَعَكُمْ إِنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهْزِئُونَ اللَّهُ يَسْتَهْزِئُ بِهِمْ وَيَمُدُّهُمْ فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ

Adakah mereka yang mengaku beriman itu pasti adalah beriman?

a. Ya
b. Tidak
c. Mungkin ya
d. Mungkin tidak

9.
 
أُولَٰئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الضَّلَالَةَ بِالْهُدَىٰ فَمَا رَبِحَت تِّجَارَتُهُمْ وَمَا كَانُوا مُهْتَدِينَ

Kenapa perniagaan mereka tidak menguntungkan?

a. Mereka membeli bahan mentah dengan wang
b. Harga produk mereka terlalu mahal
c. Kurang permintaan daripada masyarakat
d. Mereka membeli kesesatan dengan panduan

10.

مَثَلُهُمْ كَمَثَلِ الَّذِي اسْتَوْقَدَ نَارًا فَلَمَّا أَضَاءَتْ مَا حَوْلَهُ ذَهَبَ اللَّهُ بِنُورِهِمْ وَتَرَكَهُمْ فِي ظُلُمَاتٍ لَّا يُبْصِرُونَ صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لَا يَرْجِعُونَ

Apakah punca mereka menjadi tidak nampak?

a. Akibat mereka menyalakan api
b. Akibat api itu meneranginya
c. Akibat Allah mengalihkan dengan cahaya mereka
d. Akibat mereka pergi ke tempat gelap

Wallahualam.

Sunday, 16 June 2013

Itu Adalah Kamu

Berikut lirik dan melodi terbaru yang saya gubah setakat ini.

Dari segi susunan lagu, saya mengambil satu konsep yang digunakan dalam lagu Ijab Kabul dari Kangen Band, iaitu intro, interlud dan outronya diasaskan pada progresi kord yang sama.

Dari segi progresi kord pula, variasinya bagi lagu ini kurang berbanding lagu Ijab Kabul. Namun susunan lagu ini belum finishing lagi.

Tajuk: Itu Adalah Kamu
Penulis lirik: Ariji

bukannya
aku tak tahu
yang kamu
sudahpun berpunya

namunku
masih jatuh hati
padamu
kekasih orang

biarlah
aku mengalah
asalkan
kamu bahagia

memanglah
aku mahu kamu
tapiku
bukannya penzalim

yang aku mahu
gadis cantik yang aku inginkan
itu adalah kamu
itu adalah kamu

yang aku impi
gadis ayu yang aku idamkan
itu adalah kamu
itu adalah kamu

Saya kurang berkeyakinan untuk menyanyi. Mungkin saya akan carikan penyanyi bagi lagu ini? Atau saya akan berlatih untuk menyanyikannya dengan baik. Apapun kehadiran ahli-ahli muzik akan memudahkan susunan lagu bagi lagu ini. Saya lebih cenderung untuk menjadi penulis lagu berbanding penyusun lagu.

Lagu ini digubah dalam kunci C Major. Saya pertimbangkan untuk menukar kuncinya bagi kesesuaian dengan suara penyanyi, termasuk suara saya sendiri. Kerana ada nota melodi yang agak rendah. Julat suara saya adalah bass.

Jika anda ingin berkolaborasi dalam karya ini, bolehlah hubungi saya melalui Facebook.

Demo lagu hanya dipublish jika rekod nyanyiannya melangkaui paras lulus. Jika tidak, ia boleh memberi persepsi negatif kepada karya.

Semoga saya sempat menyiapkan susunan lagu bagi karya ini sebelum saya meninggal dunia.

Wallahualam.

Wednesday, 12 June 2013

Kuiz Fatihah

Arahan: Sila berikan jawapan yang paling tepat. Soalan berikut berdasarkan teks yang disediakan.

1.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Kalimah-kalimah manakah yang berkongsi kata akar yang sama?

a. بِسْمِ اللَّهِ
b. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ
c. اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ
d. الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

2.

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Apakah maksud kalimah رَبِّ?

a. Tuhan
b. Pencipta
c. Rabb
d. Pemilik

3.

الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Kalimah apakah yang berkongsi kata akar dengan kalimah الرَّحْمَٰنِ?

a. الْحَمْدُ
b. الْعَالَمِينَ
c. الدِّينِ
d. الرَّحِيمِ

4.

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

Apakah maksud kalimah الدِّينِ?

a. Deen
b. Agama
c. Pembalasan
d. Hukuman

5.

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

Antara berikut, yang manakah mempunyai maksud yang sama dengan ayat di atas?

a. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَنَسْتَعِينُ

b. نَعْبُدُ وَنَسْتَعِينُ

c. وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

d.إِيَّاكَ نَعْبُدُ

6.

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ

Apakah maksud kalimah اهْدِنَا?

a. Tunjukkanlah kami
b. Pandukanlah kami
c. Bawakanlah kami
d. Salurkanlah kami

7.

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ

Apakah maksud kalimah  الضَّالِّينَ?

a. Tersesat
b. Menyesatkan
c. Pesesat
d. Disesatkan

Wallahualam.

Teka-Teki Shariah


Tuesday, 11 June 2013

Bir

Bir bermaksud telaga;

Maka sebanyak-mana dari penempatan Kami memusnahkannya dan ia zalim tumbang atas arashnya dan birnya  dibiarkan dan kerendahan ditinggikan (22:45).

Wallahualam.

Saturday, 8 June 2013

Ayat

Ayat bermaksud "ayat";

Sesungguhnya pada itu pasti ayat bagi kamu jika jadi kamu orang-yang-beriman (2/248, 3/49), bagi siapa takutkan azab Akhirat (11/103), bagi orang-yang-beriman (15/77, 29/44), kaum yang-berfikir (16/11, 16/69), kaum yang-mengingati (16/13), kaum yang-mendengar (16/65), kaum yang-menggunakan-akal (16/67), kaum yang mengetahui (27/52), setiap hambaNya yang kembali (34/9),

Sesungguhnya pada itu pasti ayat dan tidak jadi kebanyakan mereka beriman (26:8, 67, 103, 121, /139, 158, :174, 190).

Wallahualam.

Wednesday, 5 June 2013

Ijab Kabul



Bila saya mendengar lagu ini, seya terfikir; kenapa bukan saya penulis lagu bagi lagu ini?

Lagu yang sebegini yang saya impikan untuk tulis. Saya tahu lagu ini datang secara tulus dari jiwa si penulis. Dalam istilah lain disebut sebagai by heart.

Antara jalan untuk menulis lagu hit pop adalah dengan melihat kepada progresi kordnya.

1) Intro

A | E | F#m | E
D |A | B | E |    |

Dalam intronya yang unik adalah pada I-II-V. Jika diperhalusi, II dipilih kerana ingin mendapatkan ton maj7 berbanding min7 bagi V.

Satu perkara lagi untuk diambilkira adalah, kord majornya melebihi 2/3 dari keseluruhan intro.

1) Vers

A |    | F#m |    |
Bm |    | D | E
A |    | F#m |    |
Bm |    | D | E |   |

Kriteria progresi ini adalah mengelak dari lagu menjadi terlalu major seperti jika progresi I-IV-V-I dipilih. Progresi ii-V menarik perhatian saya.

3) Vers II

D |    | E |    |
D |    | E |    |

Progresi ini bertujuan memanjangkan lagi jarak kepada resolusi. Ia seperti orang yang menahan nafas di dalam air lebih lama.

4) Korus

A | E | F#m | E
D | F#m | Bm | E
A | E | F#m | E
D | F#m | Bm | E

Progresi V-IV-vi menarik perhatian saya. Ternyata ini reasonable bagi set melodi 8-bar.

5) Solo

A | E | F#m | E | D | F#m | Bm | E
A | E | F#m | E | D | A | B | E |    |

Progresi kord bagi korus diulang di sini sebanyak dlm 1.5 kali. Haluan kemudian ditukar mejadi IV-I berbanding IV-vi dalam progresi kord bagi korus. Ini memberikan ton min7 bagi vi. Kemudian disambung kepada II-V, ternyata ia salinan dari intro lagu ini, sebagai persediaan untuk mengulangi vers.

6) Outro

A | E | F#m | E |
D | A | B | E |    | A

Menyamai progresi kord pada intro atau bahagian kedua solo, kemudian diresolusikan.

Kord iii dan vii° tidak digunakan dalam lagu ini.

Wallahualam.

Tuesday, 4 June 2013

Ayama

Ayama bermaksud "tunggal-tunggal";

Dan kamu nikahkanlah ayama dari kamu dan pesoleh dari hamba kamu dan hamba-perempuan kamu jika mereka menjadi faqir, mengkayakan mereka, Allah, dari fadhilNya dan Allah Pekapasiti yang mengetahui (24:32).

Wallahualam.

Ayid

Ayid bermaksud "keperkasaan";

Sabarlah kamu atas apa mereka katakan dan ingatlah hamba Kami Daud pemunya ayid sesungguhnya dia kembalian (38:17).

Dan langit Kami binanya dengan ayid dan sesungguhnya Kami pasti Pekapasiti (51:47).

Wallahualam.

Awa

Awa bermaksud "berlepas";

Dia berkata; "Akan aku  awa ke gunung ia melindungi aku dari air", dia berkata; "Tiada pelindung hari ini dari arahan Allah kecuali siapa dia kasihi dan bergelombang antara mereka-berdua ombak maka dia telah-jadi dari yang-tenggelam (11:43)

Dia berkata; "Jika sesungguhnya bagi aku dengan kamu kekuatan atau aku awa kepada sokongan kuat (11:80).

Apabila dia awa pemuda kepada gua maka mereka berkata; "Rabb kami, berikan kami dari kendiriMu rahmat dan bentukkan bagi kami dari perintahan kami betul (18:10).

Maka mereka awa kepada gua (18/16).

Dia berkata; "Adakah kamu lihat apabila kita awa kepada batu itu maka sesungguhnya aku lupa ikan dan tidak lupakan aku ia kecuali Setan yang aku ingatkannya dan ia ambil jalannya di laut yang-menakjubkan (18:63).

Wallahualam.

Monday, 3 June 2013

Awwah

Awwah bermaksud "esakan";

Dan tidak telah-jadi kemaafan Ibrahim bagi ayahnya kecuali dari janji dia telah-janjikannya kepadanya, maka apabila ia jelas baginya sesungguhnya dia musuh bagi Allah dia berlepas-diri darinya sesungguhnya Ibrahim awwah halim (9:114) kembali (11/75).

Wallahualam.

Uli

Uli dirujuk kepada awalan, dimana uli Albab dalam keadaan kedudukan-awal;

Dan bagi kamu pada Qisas hayat wahai uli Albab supaya kamu bertaqwa (2:179).

Haji shahr diketahui maka siapa fardhu padanya Haji maka tidak seks dan tidak fasiq dan tidak bertelingkah pada haji dan apa kamu lakukan dari kebaikan Dia mengetahuinya, Allah, dan kamu-mengambil penyediaan maka sesungguhnya sebaik penyediaan taqwa dan kamu bertaqwalah wahai uli Albab (2:197).

Dia memberikan Hikmah siapa Dia sesuatukan, dan siapa diberikan Hikmah maka sesungguhnya dia diberikan kebaikan banyak dan tidak mengingati kecuali uli Albab (2:269).

Dia yang menurunkan Kitab kepada kamu Kitab darinya ayat-ayat muhkamat, mereka ummu Kitab dan akhirannya mutashabihat maka sesungguhnya apa yang di jantung mereka ketidak-taatan maka mereka mengikuti apa tashabah darinya mencari fitnah dan mencari takwilnya dan tidak tahu takwilnya kecuali Allah dan rasikhun pada ilmu mereka berkata; "Kami beriman dengannya setiap dari sisi Rabb kami dan tidak mengingati kecuali uli Albab (3:7).

Sesungguhnya dalam penciptaan Langit dan Bumi dan kekhilafan Malam dan Siang pasti ayat bagi uli Albab (3:190),

Katakanlah; "Tidak sama kejahatan dan kebaikan dan jika ia menakjubkan kamu banyak kejahatan maka bertaqwalah kamu-kepada Allah wahai uli Albab supaya kamu berjaya (5:100).

Sesungguhnya telah-jadi di Qisas mereka ibarat bagi uli Albab bukan telah-jadi hadis diinovasikan tetapi pensiddiqan yang antara tangannya dan tafsil setiap sesuatu dan panduan dan rahmat bagi kaum-yang beriman (12:111).

Adakah maka siapa mengetahui siapa sesungguhnya-apa diturunkan kepada kamu dari Rabb kamu Kebenaran seperti siapa dia buta, sesungguhnya-apa mengingati uli Albab (13:19).

Ini penyampaian bagi manusia dan bagi mereka diberikan-amaran dengannya dan bagi mereka mengetahui sesungguhnya-apa dia Tuhan yang-satu dan bagi mereka-mengingati, uli Albab (14:52).

Kitab Kami turunkannya kepada kamu berkat bagi mereka tadabbur ayatnya dan bagi mereka mengingati, uli Albab (38:29).

Dan Kami menganugerahkan baginya ahlinya dan misal mereka bersama mereka rahmat dari Kami dan Peringatan bagi uli Albab (38:43).

Adakah siapa dia qunut  siang malam sujud dan aqim takutkan Akhirat dan mengharap rahmat Rabbnya, katakanlah; "Adakah sama orang yang berilmu dan orang yang tidak berilmu", sesungguhnya-apa mengingati, uli Albab (39:9).

Orang yang mendengar Perkataan, maka mereka mengikut yang terbaiknya, itulah orang yang hidayahkan mereka, Allah,  dan itulah mereka uli Albab (39:18).

Tidakkah kamu melihat sesungguhnya Allah menurunkan dari Langit air Dia mengalirkannya mata-air di Bumi kemudian Dia mengeluarkan dengannya tumbuhan pelbagai warnanya kemudian mereka mengering maka kamu melihatnya pertukaran-kepada-kuning kemudian kamu meletakkannya timbunan-sampah, sesungguhnya pada itu pasti peringatan bagi uli Albab (39:21).

Panduan dan peringatan bagi uli Albab (40:54).

Telah sediakan Allah bagi mereka azab pedih maka kamu bertaqwalah-kepada Allah wahai uli Albab, yang beriman sesungguhnya telah-turunkan Allah kepada kamu peringatan (65:10).

Wallahualam.

Saturday, 1 June 2013

Yaudu

Yaudu bermaksud "ia membengkokkan"

Dan tidak yaudu Nya menghafaz keduanya (2/225).

Wallahualam.

Maab

Maab bermaksud tempat-kembali;

Dipercantikkan bagi manusia kecintaan shahawat dari nisa' dan anak-anak, timbunan stor dari emas, perak, dan kuda berjenama, dan binatang-ternak dan kebun-tanaman, itu kurniaan hayat dunia dan Allah sisiNya sebaik maab (3:14).

Orang yang beriman dan mereka beramal soleh kebaikan bagi mereka dan sebaik-baik maab (13:29).

Dan orang yang Kami berikan mereka Kitab mereka-berseronok dengan apa yang diturunkan-kepada mereka dan dari sekumpulan siapa mungkiri sebahagiannya, katakanlah; "Sesungguhnya apa diarahkan aku bahawa aku mengabdikan-diri-kepada Allah dan tidak aku syirikkan kepadaNya aku berdoa dan kepadanya maab (13:36)

Maka Kami ampuni baginya itu (38/25) dan sesungguhnya baginya di-sisi Kami pasti dekat dan sebaik-baik maab (38/25, 40).

Ini adalah peringatan dan sesungguhnya bagi muttaqin pasti sebaik-baik maab (38:49).

Dan sesungguhnya (38/55) bagi pelampau (78/22) pasti sejahat maab (38/55).

Itulah Hari Kebenaran maka siapa sesuatukan dia ambil kepada Rabbnya maab (78:39).

Wallahualam.