Monday, 27 May 2013
Hukuman Rejam Sampai Mati Bhg. IV
Perjuangan saya menentang hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina diteruskan. Saya membuka debat terbuka secara bersemuka;
Tajuk: Hukuman Rejam Sampai Mati bagi Kesalahan Zina
Penyokong: Peserta debat
Pembangkang: Ariji
Lokasi: Malaysia
Masa: Tahun 2013
Lokasi dan masa diperinci atau ditukar kemudian setelah ada peserta mendaftar.
Penyertaan dibuka kepada mereka yang menggelarkan diri sebagai "Pejuang Sunnah", "Ulama Hadis", juga kepada mereka yang lantang menolak pendapat Mahathir bahawa hukuman ini primitif, golongan berfahaman kaum tua, konservatif, dan juga kepada golongan ekstrimis.
Penyertaan juga dibuka pelajar atau mahasiswa jurusan agama, guru pondok, guru agama di sekolah, dan profesor jurusan agama di institusi.
Penyertaan tidak dibuka kepada golongan Quranis.
Hubungi di Facebook saya untuk penyertaan. Mari kita lihat jika ada insan yang sanggup menjadi peserta.
Acara debat adalah berkonsepkan Rukun Negara ke-5 iaitu kesopanan dan kesusilaan.
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment