Tuesday, 30 April 2013

Pilihan Raya

Saya telah mengambil keputusan untuk tidak mengundi pada PRU13 sejak berbulan-bulan dahulu. Saya begitu yakin untuk tidak mengundi pada PRU13 sehingga saya tidak mendaftar sebagai pemilih.

Faktornya kerana saya begitu optimis inginkan parti yang lebih baik. Ada satu falsafah politik yang berbunyi;

"Memilih yang kurang jahat dari dua yang jahat".

Sila rujuk; http://en.wikipedia.org/wiki/Lesser_of_two_evils_principle

Jika anda memilih parti yang kurang jahat berbanding yang lebih jahat, sebenarnya ada satu lagi pilihan, iaitu tidak memilih mana-mana yang jahat.

1) Azhar Idrus

"Jemaah al-Quran Malaysia, di belakang sana ada Kassim Ahmad, inilah golongan kafir, laknatullah".

Ini kata Azhar Idrus suatu ketika dahulu. Siapa yang anti-hadis? Adakah Azhar Idrus taat kepada kerajaan Barisan Nasional?

Engkau akan mendengar dan engkau akan taat kepada pemerintah walaupun belakangmu dipukul dan hartamu diambil, maka dengarlah dan taatlah.” (Riwayat Muslim).

Jika Azhar Idrus lebih banyak mengajar al-Quran berbanding membuat lawak di ceramahnya, mungkin Azhar Idrus boleh mengemudi Jemaah al-Quran Malaysia sehingga jemaah ini beriman dan tidak dilaknati Allah mengikut tafsirannya?

2) Mustapha Mohamed

Bagi saya, beliau lebih sopan berbanding sebahagian pemimpin UMNO yang lain. Saya tak banyak masalah jika beliau menjadi Menteri Besar Kelantan buat masa ini. Apatahlagi beliau mempunyai banyak pengalaman dalam bidang ekonomi.

3) Najib

Sebahagian hujah dari PAS mampu dipatahkan dengan hujah. Namun Najib dikatakan berkata;

"Debat bukan budaya kita".

Sedangkan sebahagian mangsa tuduhan di mahkamah antaranya bergantung kepada kepetahan debat dari peguamnya. Sudah tentu debat bukan sesuai untuk semua keadaan. Namun garam masih penting dalam masakan walaupun jika terlebih, ia mampu mengurangkan jumlah pelanggan di restoran.

4) Hadi Awang

Saya menerima baik niat Hadi Awang untuk menegakkan "Hudud Allah". Tetapi proposal hududnya telah mempunyai error yang ketara, mungkin disebabkan hasil dari pemikiran yang terlalu konservatif pada sebahagian aspek. Sebagaimana dengan proposal yang lain, ia perlu diteliti, disemak, digubal, sebelum diterima sebagai Mutual of Understanding.

5) Anwar Ibrahim

Saya lebih prefer Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia berbanding Najib. Ini kerana saya mahukan perubahan drastik terhadap Malaysia. Lebih drastik daripada "transformasi Najib".

Jika dibandingkan antara Anwar dan Hadi Awang, saya masih memilih Anwar. Kerana Hadi Awang dalam sejarahnya terlalu pasif untuk mengemudi gerakan pembangkang.

6) JAKIM

Satu lagi organisasi yang bermasalah bagi saya. Organisasi ini telah kurang "mesra akademik". Jika mereka pandai agama kerana banyak membaca buku agama, kenapa mahu menyekat kebebasan akademik kepada rakyat?

Saya melihat buku-buku agama di pasaran, banyak yang mempunyai error, tetapi ia tidak disenaraihitamkan pula dari pasaran seperti sebahagian buku-buku agama lain. Kriteria yang telah JAKIM gunakan untuk menyenaraihitamkan buku adalah boleh dipersoal.

Ada baiknya jika penyenaraihitaman buku di pasaran ditapis oleh budi bicara mahkamah terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya, keputusan JAKIM itu dibahaskan terlebih dahulu.

Secara faktanya, institusi ini dibawah pemerintahan BN sejak dahulu lagi. Mungkin ada baiknya jika dicuba dengan kerajaan lain pula. Sekurang-kurangnya mencuba sesuatu yang baru.

Wallahualam.

No comments: