Kalimah "agama" dalam pluralisme adalah cenderung kepada "mazhab fiqh" berbanding "deen".
Satu perkara yang mungkin terlepas pandang oleh sebahagian penganut sunni di Malaysia tentang pluralisme adalah dengan mentafsirkan kalimah "agama" dalam pluralisme sebagai "deen".
Penguasa hari Deen (1:4).
Dalam 1/4, sunnisme antaranya menterjemahkan Deen sebagai "Pembalasan" jua, bukan "agama".
Tujuan pluralisme adalah supaya wujudnya dialog antara ahli-ahli agama, di mana ini adalah satu cabang dakwah.
Manakala JAKIM dalam sejarahnya, mengambil langkah 'backward' dengan menyenaraihitamkan sebahagian buku-buku agama dari pasaran. Mungkin kerana ada periuk nasi yang harus dijaga.
JAKIM telah 'mencengkam' kebebasan akademik di Malaysia dalam bidang agama.
Saya menyeru agar JAKIM katakan ya kepada kebebasan akademik.
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment