Monday, 14 January 2013

Abah

"Abah kat mana tu?"

"Abah kat klinik".

Abah tergesa-gesa. Rupanya ayahanda di klinik.

"Abah tak usahlah datang ke majlis konvo saya. Abah kurang sihat".

Tetapi ayahanda datang juga. Hari ini ayahanda telah tiada. Kepulangan saya ke Kelantan selama berbulan-bulan adalah berbaloi, kerana dapat meluangkan saat-saat akhirnya dengannya.

Maka samada siapa berat ukurannya, maka dia pada kehidupan-selepas-dunia yang-diredhai (101/6-7).

Saya cuba merenung ukuran ayahanda ketika ayahanda masih hidup. Visi saya adalah menjadikan ayahanda sebagai ahli Syurga. Itu harapan saya kepada ayahanda yang saya sayangi.

Dan khabarkanlah berita-gembira kepada yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya bagi mereka Syurga, mengalir di bawahnya sungai (2/25).

Ayat ini yang menenangkan saya pada saat nazak, kematian dan pengebumian ayahanda. Ya, meninggal dunia adalah destinasi semua manusia. Sesungguhnya Allah, Dia sebijak-bijak hakim;

Adakah bukan Allah dengan lebih-bijak sekalian hakim (95:8).


Wallahualam.

No comments: