Berikut saya ringkaskan modul yang saya ambil pada 19 Mac hingga 21 Mac 2012;
1) Efikasi
Efikasi bermaksud kekuatan unuk menghasilkan kesan.
2) Professional
- Mengikut etika dan piawai dalam pemakaian, kerja dan komunikasi dalam persekitaran kerja.
- Membezakan hal peribadi dan kerja.
- Mengaplikasikan tahap ilmu, prosedur dan kemahiran yang berpiawai.
3) Cemerlang
Jihad untuk melakukan dan mencapai tahap tertinggi prestasi semampu boleh dalam apa saja yang kamu lakukan.
4) Disiplin-kendiri
- Jelas tentang apa yang kamu perlu lakukan, bila dan kenapa kamu perlu lakukannya.
- menggunakan cakap-kendiri positif untuk memotivasikan diri dan membuang pemikiran negatif.
5) Pembelajaran aktif
- Kejayaan bergantung kepada sebanyak mana kamu mengaplikasikan ilmu.
- ignoran bermula apabila kamu berhenti belajar.
- Bertanya soalan untuk mendapatkan pemahaman-penuh.
- Menjelaskan gol pembelajaran.
Wallahualam.
- Mencuba idea dan teknik baru yang diperolehi.
- Melibatkan dalam aktiviti pembelajaran pengalaman.
- Menilai maklumbalas dari orang lain.
- Menilai prestasi diri dan perbaiki.
6) Kerja kumpulan
- Memahami misi dan gol kumpulan.
- Berkomunikasi dengan ahli kumpulan dengan efektif.
- Sokong dan sumbang ke arah mencapai misi kumpulan dengan aktif.
7) Inovatif
- Mengenalpasti bahagian untuk perubahan atau penambahbaikan.
- Membina proses, kaedah atau teknologi baru untuk mencapai hasil atau prestasi yang lebih baik.
- Mengembangbaik proses, kaedah dan teknologi sedia ada.
- Menerima cabaran untuk mencuba ilmu, idea baru.
8) Integriti
- Menjagai maklumat yang diklasifikasikan.
- Betanggunjawab melaksanakan tugas yang diamanahkan.
- Menggunakan autoriti atau harta yang diamanahkan dengan betul.
- Bertanggungjawab atas kegagalan sendiri.
- Jujur dalam berkomunikasi dan berurusan dengan orang lain.
Kalimah-kalimah dari modul ini antara yang dijadikan modal bagi lirik lagu saya yang bertajuk ' Q1st'.
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment