Sunday, 22 April 2012

Membina dan Mencapai Efikasi-Kendiri

Berikut saya ringkaskan modul yang saya ambil pada 19 Mac hingga 21 Mac 2012;

1) Efikasi
Efikasi bermaksud kekuatan unuk menghasilkan kesan.

2) Professional

- Mengikut etika dan piawai dalam pemakaian, kerja dan komunikasi dalam persekitaran kerja.
- Membezakan hal peribadi dan kerja.
- Mengaplikasikan tahap ilmu, prosedur dan kemahiran yang berpiawai.

3) Cemerlang

Jihad untuk melakukan dan mencapai tahap tertinggi prestasi semampu boleh dalam apa saja yang kamu lakukan.

4) Disiplin-kendiri

- Jelas tentang apa yang kamu perlu lakukan, bila dan kenapa kamu perlu lakukannya.
- menggunakan cakap-kendiri positif untuk memotivasikan diri dan membuang pemikiran negatif.

5) Pembelajaran aktif

- Kejayaan bergantung kepada sebanyak mana kamu mengaplikasikan ilmu.
- ignoran bermula apabila kamu berhenti belajar.
- Bertanya soalan untuk mendapatkan pemahaman-penuh.
- Menjelaskan gol pembelajaran.

Wallahualam.
- Mencuba idea dan teknik baru yang diperolehi.
- Melibatkan dalam aktiviti pembelajaran pengalaman.
- Menilai maklumbalas dari orang lain.
- Menilai prestasi diri dan perbaiki.

6) Kerja kumpulan

- Memahami misi dan gol kumpulan.
- Berkomunikasi dengan ahli kumpulan dengan efektif.
- Sokong dan sumbang ke arah mencapai misi kumpulan dengan aktif.

7) Inovatif

- Mengenalpasti bahagian untuk perubahan atau penambahbaikan.
- Membina proses, kaedah atau teknologi baru untuk mencapai hasil atau prestasi yang lebih baik.
- Mengembangbaik proses, kaedah dan teknologi sedia ada.
- Menerima cabaran untuk mencuba ilmu, idea baru.

8) Integriti

- Menjagai maklumat yang diklasifikasikan.
- Betanggunjawab melaksanakan tugas yang diamanahkan.
- Menggunakan autoriti atau harta yang diamanahkan dengan betul.
- Bertanggungjawab atas kegagalan sendiri.
- Jujur dalam berkomunikasi dan berurusan dengan orang lain.

Kalimah-kalimah dari modul ini antara yang dijadikan modal bagi lirik lagu saya yang bertajuk ' Q1st'.

Wallahualam.

Tadabbur

Semasa saya mereka logo ini, iaitu semalam, televisyen di bilik sedang memainkan saluran ESPN yang ditaja oleh Hotlink. Lalu saya mendapat idea warna merah dan putih. Apatah lagi mengenangkan Eric Cantona, dari Manchester United, juga Ferrari.

GTQ bermaksud 'Gerakan Tadabbur al-Quran'.

Saya sekarang baru di peringkat menyiapkan kertas kerja gerakan. Mari perhatikan ayat-ayat berikut;

Maka mengapa mereka tidak tadabbur al-Quran? (4/82).

Maka adakah mereka tidak tadabbur perkataan yang datang kepada mereka? (23/68).

Kitab yang diturunkan kepada kamu berkat supaya mereka tadabbur ayatnya (38/29).

Maka adakah mereka tidak tadabbur al-Quran atau atas jantung mereka terkunci? (47:24).

Tuesday, 10 April 2012

Pelakon Lelaki Terbaik

Berikut adalah gambaran petikan dialog drama pentas pada Jumaat lalu, babak sedang bermesyuarat;

Latif: Excuse me, but I won’t give cooperation in this project. I am the one that should lead the project. I’ve been 5 years in this company, I am much better than Mr. Ariji.


Ariji: Mr. Latif, This project is for the welfare of the community. One of the company’s values is teamwork. In the Koran, chapter 5 verse 2, it says; “Bond together in piety and righteousness”. This verse is about the teamwork.


Latiff: But we can make much more profit, if we cheat in this project. Money is everything, you know.


Ariji: Integrity is one of the core values of employability. For example, in the history of the Prophet Musa, he was employed by his future father in law because of his integrity. In the Koran, chapter 28 verse 26, it says; “For the best to be hired is one who is strong and honest.”


Latiff: Why should I learn from you?


Ariji: Mr. Latif, we have to be active-learners. There is a prayer in the Koran, chapter 20 verse 114; it says; "My Lord, please increase my knowledge."

Wallahualam.

Thursday, 5 April 2012

Ishaq

Ishaq adalah keturunan Ibrahim (11/71, 12/6, 12/38, 14/39, 19/49, 21/72, 29/27, 37/112-113).

Orang yang beriman tidak memfariqkan Rasul samada Ishaq mahupun Rasul yang lain (2/136, 3/84).

Wallahualam.