Tuesday, 29 November 2011

Amalan Berkhatan Bhg. II

"Mengapa perlu berkhatan?"

1) Kebersihan dan sah sembahyang

Antara hujah mengapa perlu berkhatan adalah tentang kebersihan bagi lelaki. Sembahyang dalam sunnah waljamaah mensyaratkan kebersihan.

"Bagaimana sembahyang kita sah jika dalam keadaan kotor?"

Apabila lelaki tidak berkhatan dianggap kotor, mungkin sebab itu mereka 'dihalau' ke saf belakang ketika menyiapkan sembahyang jemaah. Mengapa tidak dibuang saja perut yang penuh dengan tahi itu?

2) Sunnah Nabi

Apabila sesuatu dikatakan sebagai 'sunnah Nabi', maka sebahagian orang ramai akan menganggapnya sebagai perkara yang baik. Ia berkait dengan kepercayaan agama. 

"Apa yang buruknya sesuatu yang disyorkan oleh Nabi?"

3) Tiru orang

Sebahagian golongan mengkhatankan anak-anaknya kerana meniru jiran. Seumpama apabila si jiran membeli kereta baru, maka si isteri mula merengek pada suaminya mahukan kereta baru.

"Eh abang, jiran-jiran kita yang muslim semuanya mengkhatankan anak-anak mereka. Apa nanti orang kata jika anak-anak kita tidak berkhatan?"

4) Pahala

Sebahagian golongan mensyorkan berkhatan kerana menyifatkannya sebagai amalan yang diberi ganjaran pahala oleh Allah.

"Hang tak nak pahala ke?"

5) Tunjuk berani

Dikisahkan golongan dewasa tertentu mendakwa amalan berkhatan adalah sebagai 'aksi tunjuk berani' atau 'pembuktian kejantanan' bagi anak-anak. Jika kita lihat mat rempit, atau dikenali sebagai samseng jalanan, sebahagian mereka memang berani.

6) Sunat

"Hukumnya sunat saja. Namapun 'sunat'. Boleh ditinggalkan."

Tapi dalam mazhab Shafie, hukum berkhatan adalah wajib. Malaysia dan Indonesia dikatakan popular dengan mazhab Shafie.

7) Hawa seks

Amalan berkhatan bagi perempuan dikatakan dapat mengurangkan hawa seksnya.

8) Kesimpulan dan Perbincangan

Mengetahui sebab sesuatu perbuatan dilakukan akan meningkatkan kefahaman kita mengenainya. Antara pengorbanan yang ditempuhi apabila berkhatan adalah melibatkan kos kewangan, mendapat kecederaan dan kesakitan, menyerupai pengorbanan bagi membuat tatu di badan.

"Jika potong rambut boleh, mengapa amalan berkhatan tidak boleh?"

Rambut adalah sifatnya untuk dipotong. Ini berbeza dengan anggota badan yang lain seperti telinga, hidung dan sebagainya yang satu sudut sifatnya berbeza dengan sifat rambut, kuku, mahupun bulu ketiak.

"Jika cabut gigi boleh, mengapa amalan berkhatan tidak boleh?"

Lazimnya gigi dicabut dengan bersebab, terutamanya kerana bagi menghilanglam sakit gusi dan bau mulut. Jika bukan kerana sebab-sebab itu, biasanya manusia lebih suka tidak mencabutnya kerana bagi menggunakannya untuk tujuan mengunyah makanan. Bayangkan jika tiada gigi, maka perlu memakai gigi palsu untuk mengunyah makanan.

Sebahagian perempuan di perkampungan tertentu mengubah bentuk gigi bagi memikat lelaki. Dikatakan lelaki di tempat itu sukakan perempuan yang bergigi tajam, maka proses pemotongan gigi menjadi bentuk tajam dilakukan.

"Mengapa saya tidak perlu berkhatan?"

Antara sebab untuk tidak berkhatan adalah dapat mengelakkan diri dari kecederaan, kesakitan dan megelak dari kos perbelanjaan. Malah, selaput kulit itu diciptakan Allah dengan fungsinya tersendiri dan mempunyai manfaat tertentu. Tambahan pula, perintah berkhatan tidak tertulis dalam al-Quran.

Jika kamu mentaati kebanyakan di Bumi, mereka menyesatkan kamu dari laluan Allah. Sesungguhnya mereka mengandai. Dan sesungguhnya Mereka hanya meneka (6:116).

Wallahualam.

1 comment:

Anonymous said...

Ariji, nice article :) boleh bagi numbor phone atau email? nak ajak ke kenduri kahwin saye.. -- a1m1 h0 msy.aimi@gmail.com 01o 2634 638