Saturday, 11 June 2011

Abawa

Abawa adalah kata akar bagi aba', ab, dan abawan.

Aba' bermaksud nenek-moyang.

Dan jika mereka diberitahu; "Turutlah akan apa yang Allah telah turunkan." Mereka menjawab; "Tidak, kami akan mengikut apa yang kami dapati aba' kami lakukan..." (2/170)

Satu lumrah kepada mana-mana manusia apabila dilahirkan di mana-mana kawasan, akan disaji dengan ajaran nenek moyang setempat samada ajaran yang baik mahupun kurang baik.

Ab pula bermaksud bapa.

Dan apabila Ibrahim berkata kepada ab nya Azar; "patutkah kamu buatkan idola sebagai tuhan? Aku lihat kamu dan orang-orang kamu dalam kesesatan yang nyata" (6:74).

Abawan pula bermaksud ibubapa.

Wahai bani Adam, jangan biarkan Setan memperdayakan kamu sebagaimana dia keluarkan abawan kamu dari syurga... (7/27)

Abawan dalam ayat ini merujuk kepada Adam dan pasangannya. Tidak dinyatakan dalam al-Quran bahawa pasangan Adam bernama Hawa sebagaimana yang terdapat dalam ajaran Sunni.

Kromosom XY yang memainkan peranan dalam menentukan jantina bayi mungkin antara faktor bagaimana kalimah 'nenek moyang' dan 'ibubapa' berkongsi kata akar yang sama dengan kalimah 'bapa'. Sila rujuk; http://ariji86.blogspot.com/2011/03/jantina-bayi.html

Wallahualam.

No comments: