Mari kita perhatikan Surah al-Baqarah ayat 168;
Wahai manusia, makanlah dari apa di Bumi yang halal dan toyyib, dan janganlah ikut langkah Setan, sesungguhnya dia bagi kamu musuh yang jelas.
Ayat ini antaranya menerangkan dua kriteria iaitu;
1) Halal
2) Toyyib
Andaikan anda pergi ke kedai untuk membeli beras. Kedai itu menawarkan pelbagai jenis beras, dan anda perlu membuat pilihan. Dari lima jenis beras yang ditawarkan, satu jenis dicampur dengan unsur daging babi. Pendek cerita, hanya empat yang memenuhi kriteria pertama. Dari empat beras itu pula patut melalui tahap kedua pula, iaitu kriteria toyyib.
Gelagat seumpama ini bukan saja berlaku kepada makanan, malah juga produk lain seperti kenderaan dan dari perspektif yang berbeza jua. Jika anda bercadang untuk membeli kenderaan yang boleh membawa lima orang, maka pilihan kenderaan jenis motosikal akan ditolak awal-awal.
Surah al-Baqarah ayat 168 juga menerangkan situasi yang sebaliknya melalui ayat '...dan janganlah ikut langkah Setan, sesungguhnya dia bagi kamu musuh yang jelas.'
1) Berkulit putih
2) Ramping
Pelacur yang berkulit putih belum tentu menjadi pilihan lelaki itu. Maka 'bapa ayam' juga mengalami situasi seumpama begini.
Maka Surah al-Baqarah ayat 168 adalah kritikal bagi sesebuah firma bagi menghadapi saingan dengan para pesaing. Hakikatnya, kesemua ayat al-Quran adalah kritikal bagi orang-orang yang beriman.
Sekian dulu coretan.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment