Coretan itu saya temuinya di Facebook Fatim pada Jumaat lepas. Coretan itu mengenalkan saya kepada blog tersebut. Menarik blognya. Saya mula menjadi pembaca blog 'The Other Khairul' sejak itu.
Saya memikirkan nama anak lelaki saya di masa hadapan. Hafiz, saya tertarik dengan nama ini. Hafiz lazimnya merujuk kepada penghafal al-Quran.
Okey, saya rasa mahu memilih nama yang Koranik. Sila rujuk; http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_Qur'anic_names
Nama lain menarik perhatian saya; 'Soleh'. Namun saya berbalik kepada Hafiz. Banyak perkataan Hafiz dalam al-Quran yang membawa maksud 'penjaga'/'pelindung'/'pengawas'. Contohnya, Rasul tidak diutuskan untuk 'menjaga'/'melindungi'/'mengawasi' manusia.
Dalam erti kata lain, seorang hafiz yang menghafal al-Quran, maka al-Quran 'terjaga'/'terlindung'/terawas' dalam memori si penghafal, dan sesungguhnya Allah atas tiap sesuatu 'dijaga'/'dilindungi'/'diawasi'.

Ayah menulis coretan ini, sebelum ayah mengetahui siapakah bakal ibumu. Mungkin jua ayah 'pergi' ketika ibumu masih mengandung, tidak sempat untuk mendengar suara riamu.
Hafiz,
Pesan utama ayah kepadamu adalah al-Quran. Kamu mungkin akan menjadi penganut Sunni, Syiah, mahupun Ahmadi. Mahu jua Sufi ataupun Nation of Islam. Mungkin jua Wahabi, boleh jadi al-Arqam.
Hafiz,
Apapun cabang atau mazhab Islami yang wujud di dunia ini, masing-masing menggunakan al-Quran yang sama. Bak religious views boyfriend Sha di Facebook;
"1 Allah 1 Islam 1 Kiblat 1 Al-Quran 1 Hati."
Ya, sememangnya ada dua versi riwayat al-Quran pada hari ini; iaitu Haf dan Warsh. Tetapi bukan itu punca utama perpecahan umat Islami.
Puncanya adalah mereka 'mengambil' kitab lain sebagai sumber wahyu, selain Kitabullah. Di situlah spot wujudnya jurang perbezaan yang ketara antara mereka.
Ketika ayah bersekolah agama Sunni suatu ketika dahulu, kalimah 'Sunnah wal Jamaah' agak sering ditekankan. Mereka yang tidak bermazhab 'Sunnah wal Jamaah' dikatakan terkeluar dari akidah Islam yang sebenar.
Hafiz,
Mari ayah tunjukkan formula akidah, seperti berikut;
Akidah = Tauhid + Lain-lain
Katakanlah Dia Allah yang ahad, tiada Tuhan melainkanNya. Ini adalah penyataan tauhid. Kalimah 'lain-lain' itu adalah satu inovasi bagi mewujudkan istilah 'akidah'.
Hafiz,
Apapun jalan yang kamu mahu ikuti, jangan berhenti dari mempelajari al-Quran. Dikala mereka sibuk tentang persoalan seperti;
"Apa as Shafie kata tentang sukan?"
atau;
"Apa Wahabi kata tentang makan?"
atau;
"Apa al-Qaradawi kata tentang bulan?"
Jangan kamu tinggalkan persoalan berikut;
"Apa al-Quran kata tentang sukan, makan dan bulan?"
Hafiz,
Belajarlah bahasa Arab Klasikal, kerana itu bahasa penduduk Arab ketika turunnya al-Quran.
Hafiz,
Jangan terlalu terikat dengan ajaran nenek moyang walaupun ajaran dari ayah sendiri. Jadilah seorang mujtahid yang progresif.
Hafiz,
Al-Quran perlu diselami sepenuhnya. Ada 114 surah bersamaan enam ribu lebih ayat. Kesemua tiap perkataan perlu diselami. Tiada satu pun perkataan yang patut diabaikan. Ini kerana, setiap ayat al-Quran adalah berkait dengan ayat-ayat al-Quran yang lain.
Mengambil sebahagian ayat al-Quran sahaja untuk diselami umpama Bumi tanpa Bulan, Air tanpa Oksigen. Berusahalah untuk menyelami keseluruhan al-Quran dengan kudrat yang ada.
Hafiz,
Jadikanlah al-Quran sebagai kitab yang menghakimi tiap sesuatu, termasuk menghakimi penterjemaahan dan tafsir al-Quran itu sendiri.
Sekian dulu coretan ayah. Ayah ada exam tiga paper pada hari Selasa ini. Pada waktu pagi, tengahari dan petang. Hari ini adalah birthday ayah. Tarikhnya sama dengan birthday boyfriend Sha.
Sekian dulu coretan.
Wallahualam.