Saturday, 10 March 2012

Irbah

Irbah bermaksud kehendak-dan-berupaya;

Dan tabiin yang bukan ulul irbah dari rijal mahupun tifel yang tidak menzahirkan atas aurat nisa' (24/31).

Mari perhatikan 20/18;

Dia berkata; "Ia barangku, aku berpaut atasnya, dan aku mengawal dengannya atas biri-biriku dan bagiku padanya irbah yang akhir (20:18).

20/18 menerangkan Musa mempunyai kehendak menggunakan tongkat, dan berupaya menggunakannya, maka kata akar alif-ra-ba digunakan.

Wallahualam.

Friday, 9 March 2012

Adhan Bhg. II

Adhan kali ini kata akarnya berbeza iaitu alif-dha-ya dan bermaksud 'mudharat'.

Maka sesiapa  jadi dari kamu kesakitan atau dengannya adhan dari kepalanya maka fidyah dari siam atau sedekah atau nusuk (2/196).

Dan mereka bertanya kamu dari haid katakanlah ia adhan maka kamu jauhinya nisa pada haid dan jangan kamu dekati mereka sehingga mereka membersih (2/222).

Orang yang menifaqkan harta mereka di jalan Allah kemudian tidak mengikut apa mereka nifaqkan ejekan dan tidak adhan, bagi mereka ganjaran mereka di sisi Rabb mereka dan tidak ketakutan atas mereka dan tidak mereka dukacita (2:262).

Perkataan makruf dan maghfirah lebih-baik dari sedekah ikutinya adhan (2/263).

Wahai orang yang beriman, jangan kamu batilkan sedekah kamu dengan ejekan dan adhan (2/263).

Tidak mereka sakitkan kamu kecuali adhan (3/111).

Kamu pasti akan mendengar dari orang yang diberikan kitab dari sebelum kamu dan dari orang yang syirik adhan yang-banyak (3/186).

Dan tidak salah atas kamu jika jadi dengan kamu adhan dari hujan (4/102).

Dan jangan taati orang kafir dan orang munafiq dan abaikan adhan mereka dan tawakkal atas Allah dan cukup dengan Allah wakil (33:48).

Wallahualam.

Thursday, 8 March 2012

Adhan

Adhan bermaksud azan.

Dan azan dari Allah dan RasulNya  kepada manusia hari Haji Akbar bahawasanya Allah tidak-terikat dari musyrikin dan RasulNya maka jika kamu bertaubat maka ia baik bagi kamu dan jika kamu berpaling maka mereka tahu sesungguhnya kamu tidak terlepas-dari Allah dan khabarkan orang yang kafir dengan azab yang pedih (9:3).

Maka azan si pengazan antara mereka bahawa laknat Allah atas orang yang zalim (7/44).

Kemudian azan si pengazan "Wahai kamu penunggang-binatang sesungguhnya kamu pasti pencuri" (12/70).

Dan dia azan pada manusia dengan Hajj, mereka datang kepada kamu dengan berjalan dan atas setiap unta-dhomir, mereka datang dari bentangan jarak (22:27).

1) Bagaimana dengan 'azan' tradisi dalam sunni?

Azan yang dilakukan oleh si bilal di masjid sunni, disandarkan kepada kata-akar nun-dal-waw dalam al-Quran;

Wahai orang yang beriman apabila kamu dipanggil bagi Solat (62/9).

Wallahualam.

Thursday, 1 March 2012

Bacalah al-Quran Bhg. II

"Yes, I prefer to be songwriter rather than an audio engineer or arranger."



Versi kedua. Distorsyen memang memikat sebagai instrumen melodi. Harap kali ini lebih balanced.

Bacalah al-Quran



Tajuk: Bacalah al-Quran
Pencipta: Ariji
Penulis lirik: Ariji

Ya Allah
Ampunilah dosaku
Aku telah zalim


Dan apabila dibacakan al-Quran maka dengarkanlah perhatikanlah
Supaya kita dirahmati dan ingatlah Allah selalu ingat selalu
Mari kita cinta Allahu Rabbana
Tuhan yang menciptakan kita


Bacalah dengan nama Tuhan kita Allah
Belajar al-Quran
Membaca al-Quran
Mengaji al-Quran
Mengkaji al-Quran
Kitab suci kita oooo

Lagu ini dalam F major, digubah untuk suara tenor.

Wallahualam.

Saturday, 25 February 2012

Kebaikan

Kebaikan bersifat universal. Dan Islam bersifat sinonimous dengan kebaikan.

Manusia mempunya daya fitrah untuk mengenal apa itu kebaikan. Jika anda melihat seorang kanak-kanak kebuluran di tepi jalan dan anda punya banyak wang ketika itu, mungkin anda akan berkata; "Apa salahnya jika aku berikan dia sedikit makanan atau wang kepadanya".

Dan perkara-perkara yang mempunyai label "Islam" belum tentu penuh dengan kebaikan, seperti "Negara Islam", "Bank Islam", "Parti Islam", Ia cuma seperti kalimah "Islam" yang ada pada kad pengenalan.

Jika kita melihat kebaikan itu pada label "Islam" semata-mata, itu tidak kena. Sebagai contoh, jika ajaran Buddha mengajar agar kita menghormati tetamu, itu kebaikan walaupun tiada label "Islam".

Saya ingin melihat kebaikan itu merentasi dua dimensi. Seekor monyet yang mempunyai label "manusia" belum tentu perangainya seperti manusia. Bahkan melabel ini bersifat taktikal dalam politik;

"Itu pakaian pengganas. Serban, jubah dan janggut".

Dan kesan dari aktiviti melabel ini boleh berlaku pecahan takrif. Di sini ahli bahasa perlu kritikal. Bahasa Melayu pada zaman Hang Tuah sudah tentu berbeza dengan Bahasa Melayu dalam ujian SPM.

Saya pernah dilabel. Mungkin saya memahami apakah perasaan Mohd Asri apabila dilabel "Wahabi", mahupun perasaan Nik Aziz apabila dilabel sebagai "Ayah Pin".

"Apa ada pada nama?"

Ini adalah satu falsafah. Bukan bermaksud nama tidak berguna, tetapi menyeru agar 'don't judge a book by its cover'.

Apabila manusia yang baik melihat kebaikan itu bukan pada label semata-mata, tapi melihat dengan menggunakan mata jantung, di situlah penyatuan orang-orang yang baik.

Selamat bersatu manusia-manusia baik! Bukan bersatu dengan pakaian seragam, tetapi bersatu dengan pandangan mata jantung. Bagaimana untuk mendapatkan seseorang yang baik 100%? Tidak, kebaikan sesuatu perkara itu boleh bersifat relatif dan boleh ada naik turunnya.

Sebagai contoh seperti berikut;

1) Kebaikan minuman

2) Kebaikan minuman ringan

3) Kebaikan minuman ringan keluaran Nestle

4) Kebaikan minuman susu kurang lemak keluaran Nestle

5) Kebaikan minuman susu kurang lemak perisa vanilla keluaran Nestle

So how kita boleh melihat kebaikan pada sesuatu perkara itu pada pecahan-pecahan malah secara lebih dari dua dimensi.

Sekian dahulu coretan.

Wallahualam.

Thursday, 23 February 2012

Idhan

Idhan bermaksud 'akan'.

Dan jangan kamu berdoa dari selain Allah, apa tidak memanfaatkan kamu dan tidak memudaratkan kamu maka jika kamu lakukannya, maka sesungguhnya kamu akan dari yang-zalim (10:106).

Wallahualam.

Wednesday, 22 February 2012

Kebersihan

Satu suami empat isteri. Maksud saya, 1H 4W. Kita mulakan dengan W dahulu;

1) Apa itu kebersihan?

Kebersihan adalah kebersihan.

2) Kenapa perlu kepada kebersihan?

Supaya Allah cinta (2/222, 9/108).

3) Siapa yang bersih?

Pasangan ahli syurga (2/25, 3/15, 4/57), al-Quran (98/2), air hujan (25/48), air minuman (76/21), Maryam (3/42), Lut dan ahlinya kecuali isterinya (27/57).

4) Dimana kebersihan?

Dimana ada kebersihan, di situ ada kebersihan.

5) Bagaimana untuk membersih?

Menggunakan air (8/11), dengan berwuduk dan tayammum (5/6).

6) Kesimpulan

Pentingnya membersih, samada dengan menggunakan air (8/11) mahupun membersihkan jantung (5/41), supaya Allah mencintai kita (2/222).

Wallahualam.

Sunday, 19 February 2012

Solat Bhg. III

Antara yang perlu diambil perhatian adalah kalimah 'qaim Solat'. Dalam coretan ini, saya menggunakan kalimah 'qaim' secara am untuk mewakili kata akar 'qaf-wau-mim' selain untuk 'kaum'.

1) Apa maksud 'qaim'?

Kalimah 'qaim' bukan khusus bermaksud 'berdiri' semata-mata. Tetapi ia mempunyai unsur 'berdiri'.

Dan apabila ia gelap atas mereka atas mereka berqaim (2/20).

Sifat goncang pada kaki mereka ketika mereka berjalan (2/20) bertukar menjadi lebih teguh apabila mereka tercegat.

Sebahagian orang mungkin dizalimi tanpa pembelaan sepatutnya di dunia. Maka al-Hisab (14/41) diqiamkan pada hari Kiamat, dimana kalimah 'Kiamat' juga dari kalimah 'qaim'. al-Hisab ini memberi pembelaan yang ditangguh di dunia sebelum itu, sebahagian orang mungkin menggelarkannya sebagai 'hukum karma'.

2/229 menerangkan tentang 'qaim hudud Allah', bermaksud 'menegakkan' hudud Allah, seumpama lutut dalam keadaan kaki-berduduk 'ditegakkan' apabila keadaan kaki-berdiri.

Begitu juga apabila kita menyebut 'sirotolmustaqim' (1/6) yang bermaksud 'laluan yang lurus'. Dan tidak ketinggalan 'qaim' dalam 95/4;

Kami menciptakan insan pada sebaik-baik qaim (95/4).

Dan untuk mempertahankan 'sebaik-baik qaim' ini adalah dengan  beriman dan beramal soleh (95/6). Malah Allah adalah qaim atas setiap nafs dengan apa ia perolehi (13/33).

2) Maka mengapa berdiri ketika sembahyang cara tradisi?

Ia sebagai simbolik, sedangkan orang yang sujud 34 kali sehari secara ritualistik masih boleh melakukan perkara mungkar sedangkan Solat melarang dari kemungkaran (29/45). Kalimah 'Islam' pada kad pengenalan belum tentu bermakna pemiliknya adalah bukan beragama Hindu.

Wallahualam.

Buku Bhg. III

Harun Musa telah menghadiahkan saya sebuah buku bertajuk 'Bacaan untuk Peringatan' penulisnya Othman Ali. Penghantaran melalui pos, setem beharga RM3.50.

Terima kasih bro.

Wallahualam.

Saturday, 18 February 2012

Young Da Vinci

Meluangkan beberapa hari untuk menamatkan game Assassins's Creed II.

"... Bumi mengelilingi Matahari." kata Leonardo Da Vinci dalam game itu.

"Maksud awak, Matahari mengelilingi Bumi?"

Mungkin pada dalam abad ke 1400, kebanyakan manusia berpendapat Matahari mengelilingi Bumi.

"Tiada yang benar, semuanya halal".

Ini falsafah Assassin dalam game itu. Sudah tentu ada yang benar dan bukan semuanya halal.

Kemudian saya juga berjumpa lagu "We Are Young" bukan dari game itu. Wow, chorusnya mengingatkan saya dengan band Vengaboys yang pernah 'meletup' suatu ketika dahulu.



Isu 'Codex' dalam game itu mengingatkan saya kepada al-Quran. Adakah kita mempunya 'Codex' untuk memahami al-Quran?

Wallahualam.

Wednesday, 15 February 2012

Solat Bhg. II

Antara yang perlu diberi perhatian adalah kalimah 'Solat atas'.

1) Allah dan MalaikatNya Solat atas manusia tertentu

Itulah mereka atas mereka Solat-Solat dari Rabb mereka dan rahmah dan itulah mereka muhtadin (2:157).

Dia yang Solat atas mereka dan MalaikatNya supaya Dia mengeluarkan kamu dari kezaliman kepada cahaya (33/43).

Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya Solat atas nabi (33/56).

2) Larangan Solat

Dan janganlah kamu Solat atas walau-satu dari mereka yang mati selamanya (9/84).

3) Suruhan Solat

Dan Solatlah atas mereka sesungguhnya Solat kamu ketenangan bagi mereka (9/103).

Wahai orang yang beriman, Solatlah atasnya dan salaminya dengan-salam (33/56).

Wallahualam.

Sunday, 12 February 2012

Idha

'Idha' bermaksud apabila. Saya memilih 81/- kerana ada banyak kalimah 'idha' di dalamnya.

Apabila Matahari diliputi (81:1).

Samada Matahari akan bertembung dengan objek lain, atau apinya malap. 'Diliputi' boleh juga digunakan bagi ayat 'diliputi kegelapan'.

Dan apabila Bintang malap (81:2).

Matahari dikatakan sejenis bintang, boleh jadi 'diliputi' dalam 81/1 membawa maksud 'diliputi bayang' atau dalam erti kata lain 'malap'.

Dan apabila Gunung beralih (81:3).

Wow, boleh jadi gempa bumi ketika itu.

Dan apabila Isyar dibiar-tinggalkan (81:4).

Whatsoever Isyar means, apabila gunung beralih, safety first!

Dan apabila Wuhush dikumpul (81:5).

Wow, seperti apabila siren kebakaran berbunyi, lalu manusia berkumpul di tempat lapang.

Dan apabila Bihar mendidih (81:6).

Boleh jadi Bihar mendidih kesan dari muntahan mantel mahupun teras dari dalam Bumi.

Dan apabila nafs dipasangankan (81:7).

Yang mati hidup kembali, mahupun yang tidur terjaga dari tidurnya (39/42).

Dan apabila Mau-udah disoal (81:8).

Perhatikan tema blog ini, 17/36!

Dengan dosa mana dia dibunuh (81:9).

Perbicaraan di 'mahkamah'.

Dan apabila halaman-buku dibuka-tontonkan (81:10).

Halaman-buku yang dimaksudkan adalah Sijjin (83/7) dan Eliyyin (83/18).

Dan apabila Sama' diselak (81:11).

Sama' juga gubah (82/1), dan carik (84/1).

Dan apabila Jahim dinyalakan (81:12).

Persediaan untuk orang kafir dan yang menafi-kebenaran dengan ayat Allah (5/10, 5/86).

Dan apabila Jannah didekatkan (81:13).

Persediaan bagi mereka yang menyahut panggilan Allah (2/221).

Nafs telah-tahu apa yang dipersembahkan (81:14).

Sijjin (83/7) dan Eliyyin (83/18) dipersembahkan.

Wallahualam.

Wednesday, 8 February 2012

Solat

Bab Solat antara bab yang paling femes. Mari kita jelajah bab ini;

1) Siapa yang Solat?

Insan (70/19) yang Solat dikenali sebagai 'musollin'.

2) Boleh terangkan apa itu 'musollin'?

Musollin terbahagi kepada dua, iaitu musollin yang konstan atas solat mereka (70/23), dan musallin yang dari solat mereka pelalai (107/5).

3) Apakah ciri-ciri musollin yang konstan atas solat mereka?

Pada harta mereka hak yang diketahui bagi penyoal dan mahrum, dan yang siddiq dengan hari Deen, dan yang mereka dari azab Rabb mereka, mereka takut (70/24-27).

4) Apakah ciri-ciri musollin yang dari solat mereka pelalai?

Mereka menunjuk-nunjuk dan menafikan bantuan-kebaikan (107/6-7).

3) Apakah ciri-ciri manusia yang bukan-musollin?

Mereka adalah insan yang gelisah, apabila disentuhnya oleh kesusahan, tidak-sabar, dan apabila disentuhnya oleh kebaikan, kedekut (70/19-21), tidak pernah memberi-makan orang-miskin, menipu bersama puak-penipu, dan pernah menafikan hari Deen (74/44-46).

Wallahualam.

Sunday, 5 February 2012

Idh

Idh bermaksud 'apabila'.

Apabila berkata bagi mereka saudara mereka Nuh (26/106), Hud (26/124), Soleh (26/142), Lut (26/161), Syuaib, tidakkah mereka bertaqwa (26/177); "Sesungguhnya aku bagi kamu Rasul yang amanah, maka kamu taatilah Allah dan kamu taatilah aku, dan tidak aku menyoal kepada kamu atasnya dari ganjaran tidak ganjaran aku kecuali atas  Rabb  alam-alam" (26/107-109, 26/125-127, 26/143-145, 26/162-164, 26/178-180).

Kebetulan dengan sambutan "Maulidur Rasul" terhadap Muhammad, jangan pula kita lupa kepada Rasul-Rasul yang lain seperti Nuh, Hud, Soleh, Lut dan Syuib.

Wallahualam.

Saturday, 4 February 2012

Ada'

Kalimah 'Ada'' bermaksud 'sampaian'. Kata akarnya antaranya berkait dengan 'amanah';

Maka sampaikan orang yang diamanahkan itu amanahnya (2/283).

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu untuk menyampaikan amanah kepada ahlinya (4/58).

Sampaikan kepada aku hamba Allah sesungguhnya aku bagi kamu Rasul yang amanah (44/18).

Mari kita merenung 3/75;

Dan dari ahli Kitab siapa yang jika kamu amanahkan dengan jumlah-banyak maka dia sampaikan kepada kamu dan dari mereka siapa yang kamu amanahkan dengan satu-dinar tidak dia sampaikan kepada kamu  kecuali jika kamu konstan atasnya berdiri (3/75).

3/75 menerangkan tentang integriti. Seorang pengurus syarikat boleh menguji kejujuran pekerjanya berdasarkan 3/75, dan keputusan ujian boleh dijadikan panduan bagi pembuatan keputusan di masa depan, kerana kejujuran adalah kriteria kedua yang perlu diberi perhatian dalam pemilihan pekerja (28/26).

Wallahualam.

Monday, 30 January 2012

Idd

Sesungguhnya kamu telah datangkan sesuatu yang idd (19:89).

Idd bermaksud 'serius', atau 'lebih-dari-antara-yang-lain'.

Orang yang menangis, samada menangis kesedihan atau menangis kegembiraan. Begitu juga apabila orang menyebut "Oh My God!", maksud ekspresinya bergantung kepada apakah yang membuatnya terkejut, samada terkejut perkara negatif atau positif.

Kalimah 'idd; dalam 19/89 berada dalam konteks ayat yang negatif, iaitu berkenaan kes dakwaan bahawa Allah mengambil anak. Maka secara spesifiknya dalam konteks ayat yang negatif itu, 'idd' membawa ekspresi maksud 'sangat-jijik'.

Kalimah 'idd' dipilih dalam 19/89 antaranya kerana faktor pantun dari 19/75 hingga 19/89 dimana terdiri dari corak huruf 'dal-alif' dan huruf 'zay-alif'.

Wallahualam.

Sunday, 29 January 2012

Ikhwah

Kalimah 'ikhwah' bermaksud 'saudara', dalam al-Quran antaranya terlibat dengan isu berikut;

1) Wasiat

Nisbah harta-wasiat kepada anak lelaki berbanding anak perempuan adalah 2:1. Jika perempuan lebih dari dua, maka perempuan itu mendapat 2/3 apa yang ditinggalkan. Jika perempuan hanya-satu, maka baginya 1/2 apa yang ditinggalkan. dan bagi ibu-bapanya bagi setiap satu dari mereka-berdua 1/6 dari apa yang ditinggalkan jika baginya ada anak.  Jika  tiada baginya anak, wariskannya  ibu-bapanya.  Maka bagi ibunya 1/3. Jika  baginya ikhwah maka bagi ibunya 1/6 dari selepas wasiat  yang dia wasiatkan dengannya atau hutang (4/11).

Jika tiada bagi si-mati anak, dan baginya adik-atau-kakak-perempuan, maka bagi-perempuan-itu 1/2 apa yang ditinggalkan. Dan dia mewariskan-perempuan-itu jika tiada bagi-perempuan-itu anak. Jika ada dua-perempuan, maka bagi mereka-berdua 2/3 dari yang ditinggalkan. Dan jika ada ikhwah lelaki dan perempuan maka bagi lelaki 2:1 berbanding perempuan (4/176).

2) Yusof

Ayah Yusof berkata kepadanya; "Wahai anakku, jangan qisaskan rukya kamu atas ikwah kamu, maka mereka akan merancang bagi kamu rancangan. Sesungguhnya Setan bagi manusia musuh yang nyata" (12/5). Allah telah memilih Yusof, dan Allah mengajar Yusuf menakwil hadis-hadis (12/6). Pasti  bagi yusof  dan ikhwahnya, ayat bagi penyoal.

Suatu hari, datang ikhwah Yusof, maka mereka masuk atas Yusof, maka Yusof mengenali mereka, dan mereka mungkiri Yusof (12/58).

Suatu hari, Yusof berkata; "Wahai ayahku, ini takwil rukya saya dari sebelum. Pasti Rabbku membuatnya benar. Dan pasti Dia baik denganku apabila dia mengeluarkanku dari penjara dan datangkan  dengan kamu  dari badwi dari selepas Setan menghasut antara aku dan antara ikhwahku" (12/100).

3) Orang yang beriman

Sesungguhnya orang yang beriman itu ikhwah (49/10).

Wallahualam.

Catur Bhg II

Tiga menang, lima kalah. Ini hasil perlawanan catur saya dalam masa dua hari di UiTM Machang, seterusnya dapat melepaskan gian kerana sebelum itu kali terakhir saya menyertai tornamen catur secara bukan dalam talian adalah pada tahun 2008. Hasil perlawanan saya itu boleh dilihat di;  http://chess-results.com/tnr64833.aspx?art=9&lan=1&fed=MAS&snr=16

Saya rasa, prestasi saya cenderung kepada mendatar melainkan jika saya fokus latihan kepada perlawanan dengan lawan yang berkemahiran GM, walaupun jika ia robot. Sememangnya kena mencari yang robot, mana nak dapat GM yang bukan robot.

Jika tidak, prestasi catur saya begitulah. Mendatar. Dengan berakhirnya Kejohanan Catur Tertutup Kelantan 2012 itu, maka berehatlah kembali saya dari catur. Menarik apabila Nik Farouqi dapat mengalahkan pemain pilihan, Mas Hafizulhelmi.

Wallahualam.