Thursday, 30 May 2024

Keganasan Bhg. III

 Berikut adalah tips kepada pihak polis atau tentera untuk mencegah kes keganasan;

1) Jangan membuli

Golongan minoriti, walaupun mereka minoriti, untuk melaksanakan keganasan, ia mampu dilakukan oleh beberapa orang saja.

Seorang ditugaskan membuat bom, seorang lagi membawa ke tempat awam, dan sebagainya. Gejala buli mampu dijustifikasikan oleh mangsa buli untuk menghalalkan keganasan.

Berbaloikah ingin mengambnil hati golongan majoriti, lalu membuli golongan minoriti, kemudian berlaku letupan bom di balai polis Ulu Tiram?

2) Jabatan agama

Jangan terlalu berharap dengan pegawai-pegawai agama untuk mencegah keganasan melalui dakwah agama. Ini kerana, masalah keganasan adalah dari kalangan pegawai agama itu sendiri.

"Harapkan pagar, pagar makan padi".

Walaupun jika ada pakar anti-keganasan dari kalangan pegawai agama, belum tentu suara mereka diberi lebih perhatian dalam jabatan mereka sendiri. Ini kerana sistem demokrasi secara asasnya memenangkan suara majoriti.

Tiada jaminan bahawa jabatan agama mendapat hidayah Allah kerana hidayah di tangan Allah.

3) Manja

Jabatan agama sering dimanjakan oleh pihak berkenaan. Buku-buku diharamkan kerana mereka tidak mampu menerima kritikan. Akhirnya mereka besar kepala lalu hasil kerja sebahagiannya seperti sampah.

Jangan terlalu manjakan jabatan agama. Kritikan yang berpatutan patut diberikan kerana ia amanah rakyat.

4) Duri dalam daging

Ahli Sunnah dijulang, tapi ahli Sunnah yang mengganas. Jangan terlalu bias memenangkan jemaah sendiri, akhirnya boleh memakan diri.

5) Penunggang agama

Pihak berkenaan perlu sedar dengan kewujudan golongan penunggang agama. Ia bermaksud golongan yang mempergunakan agama demi kepentingan peribadi duniawi seperti kuasa dan harta.

Ini kerana golongan ini adalah memberi gambaran palsu kepada kesejahteraan. Seterusnya penganut tenggelam dalam pendustaan.

6) Mulut

Elakkan dari memulakan perang mulut, sebaliknya berperang mulut hanya bagi pertahanan diri. Dengan ini kita dapat meminimumkan peperangan mulut seterusnya mencegah ianya bertukar kepada pertumpahan darah.

7) Remeh-temeh

Beban kerja yang remeh-temeh boleh menjejaskan fokus penguatkuasa dari tugas yang lebih penting. Ahli politik mencipta undang-undang tiada keperluan, bagi memenuhi kehendak rakyat.

Padahal, bukan kesemua kehendak rakyat itu baik untuk keamanan. Malah rakyat adalah antara punca masalah sosial.

8) Takfiri

Pihak berwajib perlu membezakan antara tuduhan kafir dengan tuduhan kafir harbi. Tuduhan kafir harbi boleb membawa kepada keganasan.

9) Keikhlasan

Ramai pegawai agama yang tidak ikhlas, sebaliknya bekerja untuk sesuap nasi. Bahkan mereka berlagak kerana mereka di bawah ketiak Sultan.

Dengan autoriti yang mereka miliki, mereka berasa takbur. Mereka adalah sebahagian dari masalah.

10) Sultan

Jangan terlalu berharap dengan Sultan untuk menjamin keamanan. Sultan mempunyai ramai penasihat sampah yang memburukkan keadaan.

Wallahualam.