Tuesday, 26 December 2023

Hadis Bhg. XIV

Benar, saya tidak terikat dengan silibus "ulum hadis" yang biasa anda jumpa di institusi pengajian. Akibatnya, ahli Sunnah menyangka saya jahil hadis. Sebelum saya menulis jauh, anda perlu tahu bahawa bidang hadis boleh dilihat dalam pelbagai kemahiran.

Sebagai contoh, jika saya memasuki pertandingan menghafal hadis, insyaallah saya akan kalah. Ini kerana menghafal adalah bukan kekuatan saya.

Namun jika pertandingan itu adalah berasaskan ilmu mantiq, saya boleh mengalahkan ramai pemimpin hadis.

Kassim Ahmad telah mendedahkan sebahagian kelemahan pemimpin-pemimpin hadis di zaman beliau. Mungkin jasa beliau ini sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada ibubapa Sunnah untuk menghantar anak-anak menyambung pengajian dalam bidang hadis.

Namun, antara masalah penganut Ashari yang menghantar anak mereka belajar hadis adalah, anak-anak mereka akhirnya menjadi "Wahabi".

Di pihak "Wahabi" pula, mereka menghadapi masalah untuk menjadi ahli hadis yang berkaliber. Mereka mahu mengikut hadis, namun oleh kerana bilangan ribuan hadis yang mereka terpaksa menelaah.

Manakala di pihak Ashari, mereka tidak yakin bahawa mereka mampu menjadi mujtahid yang berkaliber, akhirnya mentaliti ini menjadikan mereka malas mengkaji seterusnya tidak bersedia untuk melawan "wahabi".

Sebab itu jarang untuk kita lihat individu yang seberani Engku Fadzil yang bersungguh melawan "wahabi" secara serius.

Sebaliknya kita lihat watak Zamihan al-Ghari yang digelar sebagai "al-Lari", atau Azhar Idrus yang tidak menyahut cabaran DrMaza, atau kita lihat ramai penganut Ashari yang fokus kepada amalan gelar-menggelar.

Ini kerana menggelar adalah amalan yang mudah. Ia dijadikan taktik untuk menang berdebat tanpa perlu melakukan lebih kajian topik berkenaan.

Berikut adalah pemimpin hadis yang saya boleh kalahkan. Saya membuat pendedahan ini adalah bagi membela diri dari dihina sebagai jahil hadis. Oleh itu, saya secara terbuka menyahut cabaran hadis;

- DrMaza

- Rozaimie

- Salman Ali

Sukar untuk saya mendapatkan nama "pakar hadis" dari kalangan Ashari kerana, secara amnya mereka kurang mengkaji hadis. Sebaliknya mereka lebih berminat dengan feqah.

Wallahualam.