Wednesday, 30 August 2023

Hadis Bhg. XIII

Bayangkan kalau orang Islam yang menolak cadangan pengajaran hadis 40 Nawawi di sekolah awam, mereka akan digelar golongan anti hadis, buku mereka diharamkan, persatuan mereka diharamkan, dan sebagainya.

Ini tidak terjadi terhadap golongan non muslim. Ini adalah bukti bahawa ahli politik di negara kita mendiskriminasi orang Islam yang tidak seakidah dari mereka.

Anak-anak Syiah, Ahmadiyyah, dan Islam Liberal dipaksa oleh kerajaan Sunnah untuk menjadi ahli Sunnah wal Jamaah.

Manakala mereka bertoleransi dengan non muslim demi memancing undi. Mereka menghalalkan non muslim berzina, sebaliknya mereka mahu merejam sampai mati orang Islam yang berzina.

Ahli Sunnah di Malaysia terkenal dengan amalan diskriminasi. Ketika saya belajar di kolej matrikulasi dulu, pada awalnya saya tidak faham kenapa rakan Cina saya berubah wajah apabila saya memberitahunya bahawa saya mendapat tawaran dari UiTM. Kemudian saya faham setelah mendapat tahu bahawa non Bumi tidak boleh memasuki UiTM.

Kemasukan ke Matrikulasi sehingga kini masih lagi menggunakan sistem kuota yang kononnya mahu membela Bumiputera. Sebenarnya mereka mahu memancing undi memandangkan kaum Bumiputera adalah majoriti dalam sebuah negara demokrasi.

Formula ini yang digunakan Tun M sehingga berkuasa puluhan tahun. Yakni formula merajakan golongan majoriti. Ini adalah logik demokrasi. Formula ini kini disambung oleh Bersatu.

Wallahualam.