Omar al-Khattab berkata; "Nabi sedang sakit tenat dan kamu ada al-Quran. Maka Kitab Allah itu cukup bagi kita (Riwayat Bukhari).
Mengikut logik agama Sunnah, selepas kewafatan baginda, para sahabat sepatutnya sibuk mengumpul riwayat hadis. Namun sejarah mengisahkan bahawa mereka sibuk dengan politik sehingga tergendala pembukuan kitab hadis yang sempurna.
Padahal ketika itu tanggungjawab mereka untuk melengkapkan "wahyu yang hilang" masih belum selesai. Kelewatan pembukuan kitab hadis ini membawa kepada masalah matan, sanad dan perawi yang semakin besar.
Contoh masalah adalah seperti matan yang semakin rosak, sanad yang semakin panjang, dan perawi yang semakin bermasalah dari segi ingatan.
Aisyah berkata; "Akhlak Nabi adalah al-Quran" (Riwayat Muslim).
Berbeza pula dengan nasib al-Quran dimana pembukuan al-Quran didahulukan berbanding kitab hadis.
Sesungguhnya Kami yang turunkan az-Zikr dan pasti Kamilah jua yang menjaganya (15:9).
Ahli Sunnah mendakwa bahawa az-Zikr juga merujuk kepada Sunnah. Hari ini kita menyaksikan masalah matan, sanad dan perawi yang besar dalam perbahasan hadis adalah bukti bahawa az-Zikr itu merujuk kepada al-Quran.
Bahkan ini adalah sebab kenapa sebahagian ahli Sunnah mengikut ulama ke kiri walaupun Nabi ke kanan. Ulama muktabar dilihat oleh ahli Sunnah jenis ini, sebagai "jalan pintas" untuk menyelesaikan masalah hadis.
Golongan Salafi pula seperti berlagak hero mahu berijtihad menyelesaikan masalah hadis, mendatangkan rasa kurang senang dari ahli Sunnah yang lain.
Mereka yang mahu menjadi hero seperti Kassim Ahmad, kebiasaan tidak disenangi jua. Ia umpama pemandu teksi yang kurang senang dengan kemunculan pemandu Grab. Pemandu teksi ini dinamakan sebagai golongan konservatif.
Kini pengaruh Salafi di Saudi mula beralih kepada Mutazilah kesan daripada globalisasi, diterajui oleh Putera Raja Saudi.
Wallahualam.