Si isteri tua adalah pengengkar Sunnah kerana tidak meredhai sang suami untuk berkahwin lagi. Ini memberikan alasan kepada sang suami sebagai seorang ahli Sunnah, untuk membelakangi si isteri tua.
Sebab itu suami menikah di Siam secara rahsia. Seterusnya sang suami tidak berlaku adil kepada si isteri tua. Perkahwinan yang bahagia suatu ketika dulu kini bagaikan duri dalam daging.
Ini adalah gambaran bagaimana dan kenapa Kassim Ahmad tidak mendapat "keadilan akademik" dari pemimpin-pemimpin Sunnah. Golongan pengengkar Sunnah secara teorinya adalah musuh kepada ahli Sunnah.
Jika ahli Sunnah tidak berlaku adil kepada isteri tua, bagaimana ahli Sunnah akan berlaku adil kepada Kassim Ahmad?
Ini kerana si isteri tua dan Kassim ahmad adalah kelompok pengengkar Sunnah.
Jika pemimpin-pemimpin Sunnah begitu tinggi ilmu hadis, sepatutnya mereka mampu membalas beliau secara akademik.
Akhirnya bidang hadis menjadi sarkas dalam konteks akademik. Kemenangan akademik dimenangi dengan cara sentimen dan politikal.
Bahkan karier politik Kassim Ahmad dijatuhkan oleh seorang mufti Sunnah. Dalang disebalik komplot ini kemudiannya mendapat balasan karma apabila dijatuhkan pula atas sentimen tuduhan liwat.
Si tertuduh kemudian dipenjara. Di dalam penjara beliau cuba mendalami al-Quran. Dan kini pemimpin-pemimpin Sunnah jua yang menjadi musuh politik beliau.
Pemimpin Sunnah sudah terbiasa dengan konsep "imam muktabar", sebahagian mereka menyangka saya pengikut Kassim Ahmad. Mereka menyangka saya mempunyai "imam muktabar" seperti mereka.
Mereka melihat bayang-bayang mereka sendiri. Imam muktabar saya adalah Rasulullah.
Wallahualam.