Thursday, 21 October 2021

Hadis Bhg. VII

Di sini saya kemukakan hujah ilmiah kenapa "sains hadis" yang digembar-gemburkan itu indah khabar dari rupa.

1) Bukti empirikal

Menurut statistik, 20 negara paling sejahtera di dunia tiada satu pun dari "negara Islam". Sedangkan kalimah "Islam" itu dari makna sejahtera.

Suatu yang memalukan umat Islam dimana negara no. 1 sejahtera di dunia adalah sebuah negara Kristian.

Di Malaysia, kita lihat betapa banyaknya masjid dan jabatan agama tetapi keadaan kes jenayah tidak membanggakan, malah negara kita terkenal dengan rasuah.

Golongan "pejuang hadis" pula saling bermusuhan sesama sendiri tidak seperti tentera Allah.

2) Hidayah di tangan Allah

Golongan yang belajar agama ke peringkat yang lebih tinggi berasa ujub dan takbur. Mereka mula lupa Allah. Pepatah melayu menyebut;

"Ikut resmi padi, semakin tunduk semakin berisi".

3) Taqlid

Banyak persoalan agama sebenarnya mereka terlalu sandarkan kepada kaedah taqlid, iaitu meniru bukan berasaskan ilmu. Kenapa?

Kerana perasaan terlalu memuja nenek moyang. Ini berlaku bukan saja kepada penganut Sunni mahupun Syiah, ianya berlaku kepada penganut agama-agama lain.

"Pujian itu bagi Allah".

Ini yang selalu disebut "pejuang hadis" dalam sembahyang tapi belum tentu benar-benar diselami oleh mereka. Bak kata pepatah; 

"Semasa bercinta bau kentut pun wangi".

4) Kekasih Allah

Ilmu Islam yang sebenar adalah diberikan kepada kekasih Allah. Itupun diberi secara ansuran. Apa saja bentuk kekotoran bercanggah dengan keperibadian seorang kekasih Allah akan menjadi liabiliti kepada penerimaan ilmu Islam dalam diri.

Oleh sebab itu, sijil-sijil agama yang bertimbun tidak menjamin anda mendapat ilmu Islam yang berkualiti tinggi. Bahkan sijil itu dicipta manusia supaya anda mendapat jawatan duniawi.

Apakah niat sebenar anda sambung belajar agama? Adakah ikhlas kerana Allah?

Wallahualam.