Saya adalah sahabat Rasulullah. Jika rambut baginda boleh memberi "berkat" atau "sesuatu ajaib" maka baginda boleh memberi setiap jiran baginda helaian rambut baginda sehingga baginda dikuburkan dalam keadaan botak.
Namun itu tidak berlaku dan fenomena memuja rambut baginda, atau capal baginda, atau jubah baginda whatsover sekadar manifestasi keterujaan manusia, sebagaimana terujanya penganut Kristian menyimpan kayu salib yang kononnya digunakan pada peristiwa pensaliban Jesus.
1) Apakah bentuk capal baginda?
Sebagaimana penganut Sunni yang berpandangan bahawa baginda berjubah kerana kaum Arab ketika itu berjubah, begitu juga tiada yang "istimewa" dengan pemakaian capal. Dalam erti kata lain baginda boleh saja memakai "selipar Adidas" atau "selipar Jepun" jika itu yang kaum Arab pakai ketika itu.
Tiada bentuk capal yang "khusus" sebagaimana yang diwar-warkan pada hari ini, apatahlagi bentuk itu berbentuk logo kemaluan lelaki.
Ironinya kenapa bangsa Arab mahu memakai bentuk capal yang tidak selesa dengan tapak kaki?
2) Adakah baginda memakai capal berbentuk logo kemaluan lelaki?
Jika capal ini benar-benar wujud, tiada yang "istimewa" samada baginda memakainya atau tidak. Baginda lebih sibuk dengan isu akhlak kaum baginda berbanding perkara remeh.
Adakah baginda lebih sibuk "berfesyen" seperti artis Korea pada hari ini dengan rekabentuk fesyen yang luarbiasa bagai seperti logo kemaluan lelaki, atau sebenarnya baginda lebih sibuk memimpin kaum baginda untuk mendapatkan keredhaan Allah.
Dan sejak akhir-akhir ini kita melihat logo kemaluan lelaki ini semakin terkenal.
Wallahualam.