Jika anda melihat komen-komen di fesbuk berkenaan isu-isu sosial, atau politik dan sebagainya, lazimnya kita mendapati komen-komen judgemental.
Di antara mereka terdiri jua dari golongan "ala Malaikat" seakan sempurna dari dosa. Tapi sebenarnya mereka manusia biasa seperti kita.
Bukan sesuatu yang aneh jika anda mendapati "si Malaikat" ini, sebenarnya tidak begitu Malaikat.
Dosa yang dekat adalah terlalu cepat menghukum orang lain. Ilmu pada diri manusia ini berbeza-beza. Jika anda mempunyai ilmu yang cukup dalam sesuatu isu, mungkin anda mampu menghukum dengan cepat dengan baik.
Saya tertarik dengan kata dari seorang rakan yang mengatakan rata-rata pekomen di fesbuk akan isu tertentu cenderung untuk menghukum berbanding memahami, memandangkan sesuatu isu tidak digarap secara komprehensif.
Wallahualam.
Wednesday, 31 October 2018
Subscribe to:
Posts (Atom)