Sunday, 31 December 2017
Akal
"Dalam bab agama kita tak boleh gunakan logik".
Ini kebiasaan hujah yang digunakan agamawan apabila gagal membuktikan rasionaliti sebahagian ajarannya.
Tabiat ini akhirnya menjadikan fungsi akal pengikutnya berkarat. Seperti otot anggota badan, jika anda selalu senaman, otot anda sakit namun ia akan meningkatkan keupayaan tenaga di masa depan. Jika senaman yang keterlaluan pula boleh memudaratkan pula.
Namun jika anda tidak senaman, otot anda menjadi lemahan fungsi yakni "berkarat".
Hasil dari penggunaan logik tidak menjamin kesempurnaan kerana faktor pembolehubah-pemboleh berkaitan. Namun dengan mengharamkan logik, kesannya lebih teruk.
Saya qiaskan dengan pembinaan rumah. Jika anda membina rumah dengan menggunakan logik, rumah anda mungkin tidak sempurna kerana kekurangan kemahiran anda. Namun hasil pembinaan rumah tanpa menggunakan logik, rumah itu lebih teruk dan boleh merbahaya yang boleh mengancam nyawa penghuni.
Malangnya lagi, mereka yang "anti-akal" mengkufuri Tuhan mereka yang mengesyorkan penggunaan akal;
Maka adakah kamu tidak menggunakan akal? (2/44).
Hakikatnya, penggunaan akal jua yang boleh menyelamatkan mereka dari Neraka;
"Jika kami telah mendengar atau menggunakan akal, kami tidak akan menjadi antara peneman Bakaran". (67/10).
Wallahualam.
Subscribe to:
Posts (Atom)