Saturday, 29 April 2017

Poker



Saya mula belajar poker pada bulan ini. Ia lebih membosankan berbanding catur. Ini kerana kurang kawalan bagi pemain terhadap permainan.

Sebagai contoh jika kita mendapat kad-kad yang teruk di tangan, secara relatifnya risikonya lebih tinggi. Pemain poker yang rasional cenderung untuk melipat kad dalam keadaan ini.

Bayangkan jika anda mendapat kad-kad teruk secara berlarutan, ini boleh membawa kepada kebosanan, seperti pemburu yang sedang bersembunyi menunggu mangsa.

Walaubagaimanapun, nilai positif yang saya dapat adalah bagaimana ia mengajar bahawa untuk menang dalam sesuatu mungkin kita kalah terlebih dahulu.

Ia benar dalam keusahawanan, sukan dan sebagainya. Ia juga mengajar saya pengurusan risiko. Dengan menggunakan wang palsu, anda boleh membuat langkah uji-silap. Dan lihat bagaimana ketamakan atau keberanian anda boleh mengundang padah.

Oleh kerana wujudnya probabiliti bahawa pemain akan kalah, maka cara untuk berjaya dalam permainan ini adalah dengan meletakkan nisbah kecil-besar terhadap bid-modal.

Dengan cara ini anda dapat merasakan kekalahan anda cuma seperti cubitan biasa.

Wallahualam.