Sunday, 31 December 2017

Akal


"Dalam bab agama kita tak boleh gunakan logik".

Ini kebiasaan hujah yang digunakan agamawan apabila gagal membuktikan rasionaliti sebahagian ajarannya.

Tabiat ini akhirnya menjadikan fungsi akal pengikutnya berkarat. Seperti otot anggota badan, jika anda selalu senaman, otot anda sakit namun ia akan meningkatkan keupayaan tenaga di masa depan. Jika senaman yang keterlaluan pula boleh memudaratkan pula.

Namun jika anda tidak senaman, otot anda menjadi lemahan fungsi yakni "berkarat".

Hasil dari penggunaan logik tidak menjamin kesempurnaan kerana faktor pembolehubah-pemboleh berkaitan. Namun dengan mengharamkan logik, kesannya lebih teruk.

Saya qiaskan dengan pembinaan rumah. Jika anda membina rumah dengan menggunakan logik, rumah anda mungkin tidak sempurna kerana kekurangan kemahiran anda. Namun hasil pembinaan rumah tanpa menggunakan logik, rumah itu lebih teruk dan boleh merbahaya yang boleh mengancam nyawa penghuni.

Malangnya lagi, mereka yang "anti-akal" mengkufuri Tuhan mereka yang mengesyorkan penggunaan akal;

Maka adakah kamu tidak menggunakan akal? (2/44).

Hakikatnya, penggunaan akal jua yang boleh menyelamatkan mereka dari Neraka;

"Jika kami telah mendengar atau menggunakan akal, kami tidak akan menjadi antara peneman Bakaran". (67/10).

Wallahualam.

Friday, 17 November 2017

Hadis Bhg. II

Dua faktor bagaimana fitnah bermaharajela; yakni penfitnah dan pempercaya. Apabila anda terlalu mudah percayakan hadis tanpa usul periksa, anda sebahagian dari masalah;

Janganlah kamu berpegang-teguh dengan apa yang kamu tidak tahu (17/36).

Antara faktor umat percayakan hadis tanpa membuat usul periksa adalah kerana mendelegasikan tugas berkenaan kepada golongan yang digelar sebagai ulama.

Dari segi logiknya adalah, mereka mahu menyerahkan kepada yang pakar, seperti yang dilakukan dalam perkara-perkara lain, seperti menyerahkan kes perubatan kepada doktor, kes undang-undang kepada peguam, kes jenayah kepada polis dan sebagainya.

Namun, mendelegasikan tugas kepada orang lain tidak membatalkan 17/36. Anda masih bertanggungjawab terhadap apa yang anda percaya, seperti kandungan ubatan yang disediakan doktor, atau kesahihan bukti yang diserahkan kepada polis.

Malah, bukan semua tugas anda patut mendelegasikan. Sebagai contoh tugas membuat anak bersama pasangan anda. Adakah anda mendelegasikan lelaki lain untuk melakukan hubungan seks dengan isteri anda?

Hubungan kita dengan Allah adalah bersifat begitu personal. Anda sendiri harus menjadi pakar dalam hubungan ini. Ia adalah tanggungjawab anda.

After all, Dia yang akan menghakimi anda di Akhirat nanti. Dialah ketua segala hakim. Jika anda dimasukkan ke dalam Syurga, anda yang bahagia. Jika anda dimasukkan ke dalam Neraka, anda jua yang merana. Maka, patutkah kita tidak ambil serius?

Wallahualam.

Sunday, 8 October 2017

Perakaunan

Perakaunan adalah antara perkara menarik yang berlaku dalam hidup saya. Ianya bermula ketika saya berada sekitar di Darjah 5 apabila saya membaca sebuah buku biru bertajuk "Rahsia Menjadi Usahawan Berjaya".

Saya mendapati usahawan adalah satu pekerjaan yang menarik kerana memberi elemen kebebasan dan kreativiti. Ya, saya mahu bebas seperti helang.

Apabila memasuki sekolah menengah. Saya mendapati perakaunan penting bagi keusahawanan. Tidak sukar untuk saya memasuki aliran perakaunan bagi sesi SPM memandangkan kriteria kemasukannya yang sederhana.

Setelah menduduki SPM, saya diterima ke Kolej Matrikulasi dalam aliran perakaunan. Ini yang saya mahu. Namun dalam masa yang sama saya mempunyai minat yang lain iaitu penggubahan muzik. Saya tidak mahu menjadi seorang akauntan. Dunia akauntan terlalu teknikal bagi saya.

Apa yang saya buat selepas itu adalah saya memohon jurusan muzik dengan menggunakan Sijil Perakaunan, dan saya diterima.

Dua faktor bagaimana saya diterima adalah pertamanya saya dilihat berpotensi oleh penemuduga. Faktor kedua adalah fakulti muzik ketika itu mengalami kekurangan permohonan kemasukan ke jurusan penggubahan muzik.

Dan apa yang berlaku ketika itu, hanya saya seorang saja pelajar baru bagi jurusan itu bagi sesi itu.

Baru-baru ini saya berbeza pandangan dengan rakan lama saya dalam grup wassap berkenaan perakaunan mengenai samada forex mempunyai penyata kewangan atau tidak.

Tidak lama kemudian saya diberitahu bahawa rakan saya itu berkelulusan CPA, iaitu Akauntan Awam Diiktiraf.

Tidak hairanlah jika saya dilihat seperti si newbie dalam perbahasan itu, kerana saya tiada kelulusan sedemikian, mahu pula berbahas dengan seorang akauntan berpengalaman?

Apabila saya tahu bahawa rakan lama saya itu seorang akauntan berpengalaman, maka saya memahami mengapa kami berbeza pandangan.

Ini kerana perakaunan yang rasmi, menggunakan bahasa rasmi, seperti berbeza antara loghat pembaca berita dengan loghat orang awam.

Kepada rakan saya yang lain yang menyampuk, menganggap saya memperbodohkan, macam mana anda tahu saya begitu? Ini adalah gejala bias, dek kerana saya tiada kelulusan CPA seperti rakan lama saya itu.

Di sini saya akan menerangkan kenapa perakaunan mempunyai lebih dari satu loghat.

Jika anda membuka satu perusahaan kecil, ia melibatkan perakaunan, mungkin seringkas buku tunai. Anda tiada kelulusan rasmi, apapun, anda perlu melakukan perakaunan.

Kemudian bisnes anda mula berkembang dan anda mampu mengupah kerani perakaunan. Anda tidak menyambung pengajian CPA kerana mungkin anda tidak cukup minat, ataupun anda sibuk dengan tugas-tugas lain dalam bisnes.

Kemudian bisnes anda berkembang lagi dan kali ini, anda mampu menggajikan seorang akauntan profesional berkelulusan CPA.

Sekali lagi, anda tidak perlu menyambung pengajian CPA kerana anda boleh menggajikan orang lain. Suka duka anda selama ini membina bisnes dari awal sehingga sekarang, anda bergelumang dalam perakaunan. Namun anda bukan akauntan profesional.

Terutama ketika bisnes anda masih kecil, anda bodoh dengan bahasa rasmi perakaunan. Ketika itu tercipta loghat perakaunan yang lain.

Kini bisnes anda besar dan anda berjaya, anda masih menggunakan loghat perakaunan tidak rasmi kecuali ketika berinteraksi dengan akauntan atau urusan rasmi. Bagi anda, CPA adalah untuk dua perkara, iaitu perekodan rasmi dan percukaian.

Begitulah terhasilnya loghat perakaunan yang lain dari loghat yang rasmi. Ia adalah logikal apabila dua loghat berbeza berselisih pandangan. Tiada soal memperbodohkan dalam kes ini.

Saya gembira kerana kami berbahas secara sihat, tetapi ia mengundang salah faham dari audience.

Wallahualam.

Thursday, 31 August 2017

Thara

Thara bermaksud tanah-lembab;

BagiNya apa di Langit dan apa di Bumi antara-keduanya dan apa di bawah tanah-lembab (20:6).

Wallahualam.

Wednesday, 26 July 2017

Tathrib

Tathrib merujuk kepada perbuatan menyalahkan perkara dosa, dimana Yusuf tidak melakukannya terhadap perkara dosa yang telah diampunkan (12/92).

Wallahualam.

Athkan

Athkan merujuk kepada perbuatan melemahkan musuh dengan kegagahan (47/4) namun ia tidak menjamin kemenangan duniawi (8/67).

Wallahualam.

Tuesday, 23 May 2017

Kuda Merah



Tajuk: Kuda Merah
Pencipta: Ariji

renung ke dalam masa depanmu
teguhkan persediaan
fikirkan ancaman yang mendatang
susunkan langkah strategi

dimanakah peluang ada
untuk kita mengambilnua
apakah gerakannya

kuda merah
melangkah gagah ke medan perang
dengan berani menusuk tajam
padu merobek benteng musuhnya

kuda merah
tanpa getar
teruskan berjihad
melawan musuh dengan tabahnya
takkan pernah kau berputus asa
demi kejayaan yang dicita

Saturday, 29 April 2017

Poker



Saya mula belajar poker pada bulan ini. Ia lebih membosankan berbanding catur. Ini kerana kurang kawalan bagi pemain terhadap permainan.

Sebagai contoh jika kita mendapat kad-kad yang teruk di tangan, secara relatifnya risikonya lebih tinggi. Pemain poker yang rasional cenderung untuk melipat kad dalam keadaan ini.

Bayangkan jika anda mendapat kad-kad teruk secara berlarutan, ini boleh membawa kepada kebosanan, seperti pemburu yang sedang bersembunyi menunggu mangsa.

Walaubagaimanapun, nilai positif yang saya dapat adalah bagaimana ia mengajar bahawa untuk menang dalam sesuatu mungkin kita kalah terlebih dahulu.

Ia benar dalam keusahawanan, sukan dan sebagainya. Ia juga mengajar saya pengurusan risiko. Dengan menggunakan wang palsu, anda boleh membuat langkah uji-silap. Dan lihat bagaimana ketamakan atau keberanian anda boleh mengundang padah.

Oleh kerana wujudnya probabiliti bahawa pemain akan kalah, maka cara untuk berjaya dalam permainan ini adalah dengan meletakkan nisbah kecil-besar terhadap bid-modal.

Dengan cara ini anda dapat merasakan kekalahan anda cuma seperti cubitan biasa.

Wallahualam.

Friday, 31 March 2017

Catur VII

Norazlin Juarih telah kehilangan kertas notasinya bagi pusingan terakhir di Kejohanan Catur Malaysia 2017. Oleh kerana hari ini hari terakhir bagi Mac 2017 dimana saya perlu mengepos satu coretan di sini, maka saya mengambil peluang untuk mencoret topik catur kali ini.

Sehari sebelum pusingan terakhir, saya baru pandai menggunakan aplikasi AI Chess bagi mencari notasi pemain setelah ditunjuk ajar oleh Nik Nazri. Lalu saya mengambil peluang melihat notasi Nurazlin Juarih bagi membuat persediaan pusingan terakhir kami.

Nurazlin menggunakan pembukaan yang agak jarang digunakan oleh pemain catur secara relatifnya iaitu gerakan b3. Berikut adalah notasi perlawanan kami berdua pada hari berikutnya;

Loading embedded chess game...

Tuesday, 28 February 2017

Masa Depan

"Ariji tiada masa depan"; kata rakan saya.

Kemudian saya membalas;

"Jika saya adalah ahli neraka, maka saya ada masa depan. Kerana neraka itu masa depan."

Pepatah global yang berbunyi "anda tidak mempunyai masa depan" bercanggah dengan fakta. Walau dari sudut negatif pun kita masih mempunyai masa depan.

Dua perkataan penting dalam skop ini adalah "perancangan" dan "persediaan". Kita merancang demi persediaan. Salah perancangan boleh membuatkan kita tidak bersedia menghadapi masa depan.

Allah sebaik Perancang (8/30).

Hidup ini tentang perancangan.

Wallahualam.

Thursday, 12 January 2017

Akidah Bhg. II

"Isu akidah ni! Bukan perkara main-main!"

Saya membuat muka seposen mendengar kata dari seorang rakan kepada saya. Jelas, dia masih amatur dalam perbahasan agama.

Konflik Sunni-Syiah mungkin menjadi faktor para ustaz Sunni begitu menekankan soal akidah, dan kemudian mempengaruhi umat Sunni. Malangnya, faktor tauhid terabai.

Berikut adalah prioriti yang lebih tepat;

1) Tauhid
2) Akhlak
3) Akidah

Saya telah dilihat sebagai individu yang terkeluar dari akidah pada pandangan sebahagian rakan Sunni saya. Ia adalah pengorbanan saya demi faktor tauhid.

Apabila Hasan Ali 'merajuk' dengan PAS dengan dakwaan PAS mengabaikan akidah, ia mengingatkan saya tentang susunan prioriti di atas.

Maka di sini saya memperingatkan rakan-rakan Sunni saya tentang prioriti ini. Fikirkan tentang tauhid.

Wallahualam.