Monday, 31 October 2016

Perubahan

Saya menganggap ia satu perubahan positif apabila gaya penulisan saya semakin matang. Susulan coretan dalam blog ini adalah catitan perjalanan remaja berumur 22 tahun ketika itu dan sekarang sudah berumur 30 tahun, dalam mengharungi kekhilafan persoalan agama.

Hakikatnya perjalanan ini mencetuskan konflik-konflik keluarga, rakan-rakan, dan insan yang tidak dikenali.

Ramai yang ingin membantu saya namun sebahagian mereka kekurangan ilmu dalam persoalan. Saya dengan nyiru tadahkan tangan jika mereka ingin menderma ilmu.

Ketika saya di alam persekolahan, saya kecewa kerana Mahathir dan Hadi Awang tidak duduk semeja dan membuka al-Quran bagi membincangkan hudud. Saya sudah mengesan ideologi ekstremisma ketika itu lagi apabila penganut Sunni ingin membunuh Mahathir atas dakwaan Mahathir menolak Islam.

Penganut Sunni dalam dekad ini dipupuk untuk mengabaikan tanggungjawab hudud. Mereka mampu melaung takbir dan menyatakan sokongan kepada hudud kerana dua perkara ini sangat mudah untuk dilakukan.

Mereka digesa oleh pemimpin mereka untuk taqlid dalam bab hudud, kerana pemimpin mereka sendiri muqallid. Akhirnya mereka ingin melaksanakan hudud dalam kualiti feqah yang rendah.

Saya perlu mengepos coretan pada waktu ini kerana bulan Oktober begitu hampir berakhir.

Wallahualam.