Riba bermaksud pertumbuhan yang terus membesar. Maka tidak hairan compound interest dikaitkan dengannya.
Dalam al-Quran, ia menyebut "Ar-Riba" yang bermaksud "riba itu", maka ia spesifik kepada riba tertentu. Jika tidak, maka pokok yang membesar juga diharamkan.
Dinar, berbeza dari wang kertas, pengeluarannya terhad jauh lebih signifikan. Ini kerana ia diperbuat dari emas, yang tidak melalui proses pembiakan.
Manakala wang kertas diperbuat dari kayu yang melalui proses pembiakan dari sebiji benih, air, matahari dan karbon dioksida.
Jika sistem compound interest diimplemenkan ke atas dinar, maka ia membawa kepada pendiktatoran seperti Firaun. Ini kerana sumber emas akhirnya dipusatkan kepada satu kompani, dan peminjam akhirnya cenderung menjadi hamba diktator.
Wang kertas suatu ketika dahulu diselindung dengan simpanan emas, akhirnya terburai, bagaimana sistem yang mengarah kepada pendiktatoran bertembung dengan sistem demokrasi, dikatakan kerana faktor kerajaan yang ingin "berbelanja lebih" bagi meraih undi. Ini kerana sistem demokrasi lebih kepada adegan memikat rakyat, berbanding sistem pendiktatoran yang dicemuh rakyat.
Akhirnya wang kertas boleh dicetak dengan lebih bebas oleh bank pusat seterusnya mengembangkan julat kebolehinflasian.
Oleh kerana wang kertas boleh dibiakkan sedemikian rupa, berbeza dengan dinar, dalam keadaan compound interest diimplemenkan, kesannya berbeza. Namun, fungsi utama wang kertas pada awalnya sehingga ke hari ini adalah untuk melicinkan transaksi. Namun, seperti gubalan produk yang mempunyai kesan sampingan, sampai masa, ia rebah.
Selang-seli berlaku kemelesetan ekonomi. Bank pelaburan yang saya praktikal suatu ketika dahulu sudah dalam keadaan tenat selepas krisis ekonomi 2008, kemudian "mati" tak lama selepas saya meletak jawatan.
Wallahualam.
Saturday, 29 August 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)