Wednesday, 13 February 2013

Catur Bhg. III

Ini cerita tentang kekalahan. Empat kali saya kalah dalam tournamen catur baru-baru ini.

1) Kekalahan pertama


Diagram di atas adalah kurang lengkap. Azizul letakkan Nc5, saya terlepas kiraan gerakan ini. Ketika itu saya mula merasakan aura kekalahan. Serangan maut terhadap b7 dengan bantuan Bf1, pertahanan King saya mula dirobek mungkin sebelum lagi mencapai langkah ke 20.

2) Kekalahan kedua



Diagram di atas adalah kurang lengkap dan mungkin kurang tepat. Saya sacrifice kuda saya, Nf2. Namun pengorbanan itu membawa kepada kekalahan saya yang lebih cepat. Tekanan Firdaus terhadap f7 lebih kuat.

3) Kekalahan ketiga

Kekalahan ketiga saya begitu teruk. Saya lalai dalam kiraan sehingga Queen saya pergi lebih awal pada peringkat opening lagi.

4) Kekalahan keempat

Kekalahan keempat pula agak berbeza, kerana saya menguasai opening dan awal middle game. Kemudian beberapa pawn sacrifice saya kurang menbuahkan hasil yang diingini.

Najihah membuat kiraan bijak dengan menawarkan Queen exchange dan saya menerimanya. Ini kesilapan saya yang major dalam perlawanan ini. Saya menghadapi tekanan masa. Ketika itu kelebihan saya adalah benteng King yang lebih kukuh. Tetapi beliau mengatasi saya dari segi material.

Perlawanan kami membawa kepada end game. Kelebihan materialnya memang membantu dalam end game.

Berikut result perlawanan saya; http://chess-results.com/tnr91931.aspx?art=9&lan=1&fed=MAS&wi=984&snr=19

Saya memikirkan bagaimana untuk memperbaiki kemahiran catur saya, dengan harapan prestasi permainan saya lebih berkualiti di masa depan.

Apapun, catur membuatkan hidup saya lebih menyeronokkan.

Wallahualam.