Friday, 30 November 2012

Ummiii

2/78 menerangkan ciri-ciri ummii;

Dan dari mereka ummiii tidak mengetahui kitab itu kecuali anggapan dan tidak mereka kecuali meneka (2:78).

3/20 dan 3/75 pula menerangkan tentang dua kategori manusia, iaitu ahli Kitab dan ummiii;

Maka jika  mereka menghujahkan kamu maka kamu katakanlah; "Aku mengislamkan wajahku kepada Allah  dan siapa yang ikut aku, dan katakanlah kepada orang yang diberikan kitab dan ummiii itu; "Adakah kamu mengislamkan kamu", maka jika mereka mengislamkan maka pasti mereka dihidayahkan dan jika mereka berpaling maka sesungguhnya apa atas kamu tabligh dan Allah Maha-Melihat dengan hamba-abdi (3:20).

Dan dari ahli Kitab siapa jika kamu amanahkannya dengan segantang-harta dia akan-kembalikanya kepada kamu dan dari mereka siapa jika kamu mengamanahkan dengan satu-dinar tidak dia dia kembalikan kepada kamu kecuali apa kamu selama-mana atasnya penegakan, itu dengan sesungguhnya mereka berkata; "Tidak atas kami pada ummiii jalan", dan mereka berkata atas Allah pendustaan dan mereka mengetahui (3:75).

62/2 pula menerangkan Rasul diutus dari kalangan ummiii;


Dia yang telah-bangkitkan di ummiii rasul dari mereka Dia menyebut atas mereka ayatNya dan Dia menzakatkan mereka Kitab dan Hikmah dan jika mereka-telah dari sebelum, pasti di kesesatan yang-nyata (62:2).

62/2 menerangkan kalimah ummi dalam 7/157-158;


Yang mengikut Rasul Nabi ummiii yang mereka mendapatinya pengkitaban di-sisi mereka di Taurat dan Injil, dia menyuruh mereka dengan makruf, dan melarang mereka dari mungkar dan dia halalkan bagi mereka toyyib dan haramkan atas mereka keburukan dan dia meredakan dari mereka beban mereka dan garian, yang mana telah atas mereka (7/157).

Maka berimanlah dengan Allah dan rasulNya Nabi ummiii yang beriman dengan Allah dan kalimahNya dan ikutilahnya supaya kamu berhidayah (7/158).

Wallahualam.

Tuesday, 27 November 2012

Amal

Amal bermaksud jangkaan;

Biarkan mereka makan dan mereka melazati dan ia menyeronokkan mereka amal, maka nanti mereka akan-tahu (15:3).

Harta dan anak-anak perhiasan hayat dunia dan terus berterusan soleh lebih baik di-sisi Rabb kamu ganjaran dan lebih baik amal (18:46).

Wallahualam.

Monday, 26 November 2012

Ams

Ams bermaksud semalam;

Dia berkata; "Wahai Musa, adakah kamu mahu membunuh aku sebagaimana apa kamu telah membunuh nafs ams? (28/19).

Wallahualam.

Sunday, 25 November 2012

Amr

Amr bermaksud "arahan". Siapa pula uli Amr?

Wahai orang yang beriman, kamu taatilah Allah dan kamu taatilah Rasul dan uli Amr dari kamu (4/59).

4/59 menerangkan bahawa uli Amr yang dimaksudkan itu adalah dari kalangan yang beriman.

Wallahualam.

Amad

Amad bermaksud jarak;

Maka dipanjangkan atas mereka amad (57/16).

Wallahualam.

Saturday, 24 November 2012

Amt

Amt bermaksud ketidakrataan;

Tidak kamu lihat padanya kebengkokan dan tidak amt (20:107).

Wallahualam.

Friday, 23 November 2012

Am

Am bermaksud atau;

Adakah Allah lebih-baik am apa mereka syirikkan? (27/59).

27/59-60 menerangkan perbandingan antara Allah dengan berhala.

Wallahualam.

Alyasaa

Alyasaa adalah dari kalangan yang soleh (6/85-86). Orang yang beriman diperintah oleh Allah untuk mengingati Alyasaa (38/48).

Wallahualam.

Thursday, 22 November 2012

Ilyas

Ilyas adalah dari kalangan yang soleh (6/85), dan dari kalangan Rasul (37/123).

Salam atas Ali Ilyas (37:130).

Kalimah Ilyas dalam 37/130 adalah kritikal kerana ejaannya berbeza. Melihat kepada kalimah "mukhlisin" dalam 37/131 merujuk kepada "Ali Ilyas" menunjukkan "Ali Ilyas" adalah jamak.

Antara ciri "Ali Ilyas" dalam 37/130 'mengikut Ilyas'. Ejaannya berbeza pula kerana faktor pantun dari 37/128-137 jua.

Wallahualam.

Monday, 19 November 2012

Ila

Ila bermaksud ke atau kepada;

Ila Nya kamu kembali (2/28, 2/245, 10/56, 11/34, 21/35, 28/70, 28/88, 29/17, 30/11, 36/22, 36/83, 39/44, 41/21, 43/85).

Wallahualam.

Sunday, 18 November 2012

Ala

Ala bermaksud "keupayaan";

Maka mana ala Rabb kamu yang kamu ragui (53/55), nafikan (55/13, 16, 18 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, 77).

Wallahualam.

Allahumma

Allahumma bermaksud "Ya Allah";

Katakanlah; "Allahumma pemilik milikan, Engkau memberi milikan siapa yang Engkau sesuatukan, dan Engkau mengambil milikan dari siapa yang Engkau sesuatukan, dan Engkau meninggi-taraf siapa yang Engkau sesuatukan, dan Engkau merendah-taraf siapa yang Engkau sesuatukan dengan tangan Engkau kebaikan, sesungguhnya engkau atas tiap sesuatu qadaran (3:26).

Wallahualam.

Friday, 16 November 2012

Cuba-Menipu Bhg. II



 Wallahualam.

Yalamu

Yalamu bermaksud menderita atau sakit;

Dan janganlah kamu menjadi-lemah dalam pencarian kaum itu, jika kamu sedang yalamu, maka sesungguhnya mereka yalamu sebagaimana kamu yalamu, dan kamu mengharapkan dari Allah apa tidak mereka mengharap, dan Allah Maha-Mengetahui dan Maha-Bijaksana (4:104).

4/104 menerangkan antara perbezaan antara orang yang beriman dengan kaum yang kufur adalah orang yang beriman mengharapkan dari Allah.

Wallahualam.

Wednesday, 14 November 2012

Fatim Bhg. III

Mengapa gambar ini beharga? Kerana dia adalah heroin dalam sebahagian dari lagu-lagu saya. Excuse me Linda, kerana saya memotong gambar awak. Bak kata Dimas dan Chelsea;

"Dunia ini milik berdua".

Wallahualam.

Cuba-Menipu

Dan dari manusia siapa mengatakan; "Kami beriman dengan Allah dan hari Akhirat", dan tidak mereka beriman. Mereka cuba-menipu Allah dan orang yang beriman dan tidak mereka menipu kecuali diri mereka sendiri dan mereka tidak meneliti (2:8-9).

2/8-9 menerangkan tentang individu yang menipu dengan mengaku beriman demi kepentingan tertentu. Tetapi dalam isu murtad di Malaysia, si murtad boleh jadi diseru agar menipu.

"Jika saya mengaku murtad, nanti orang lain marah. Lebih baik saya murtad secara diam-diam".

Perhatikan dialog berikut;

Najib: Adakah awak beriman dengan Allah dan hari Akhirat?
Anwar: Ya. Saya sangat beriman.
Najib: Baguslah kalau begitu. Mari kita ke masjid.
Anwar: Jom. (Fuh, nasib baik aku pandai cover. Sebenarnya aku sudah murtad).

Dunia ini bukan saja dihuni mereka yang menipu dengan mengaku beriman dengan Allah dan hari Akhirat demi kepentingan tertentu, apatah lagi jika Malaysia memaksa mereka yang murtad agar mengaku beriman.

Adakah Malaysia begitu terdesak untuk mencapai kuantiti tapi bukan kualiti?

Masakan Nuh gagal menjadikan anaknya beriman, apatah lagi perlembagaan Malaysia.

Wallahualam.

Meminta-Pertolongan

Hanya Engkau kami mengabdikan-diri dan hanya Engkau kami meminta-pertolongan (1:5).

Kalimah 'istainu' dalam 1/5 adalah kritikal. Sebagai contoh, jika anda meminta isteri anda agar tolong mengurut bahu anda, atau bahagian anggota yang lain, adakah itu dikira melanggar 1/5?

Atau anda ingin meminta pertolongan dari ahli bomba untuk memadamkan semarak api gara-gara anda cuai dengan putung rokok, adakah anda melanggar 1/5?

Mari kita perhatikan pula ayat berikut;

Hanya Engkau kami mengabdikan-diri dan meminta-pertolongan (1/5).

1:5 dan 1/5 di atas boleh membawa maksud yang sama, berdasarkan kes "taat Allah dan taat Rasul". Sila perhatikan 5/92 dan 8/20;

Dan taatilah Allah dan taatilah Rasul (5/92).

Taatilah Allah dan rasulNya (8/20).

Kalimah "taatilah" dalam 5/92 adalah "kalimah ulangan", dijustifikasikan dari 8/20. Berdasarkan hujah ini, kalimah "iyya" dalam 1/5 adalah boleh jadi sebuah "kalimah ulangan", di mana 1:5 dan 1/5 di atas boleh membawa maksud yang sama.

1/5 menerangkan agar kita menyertakan antara "pengabdian diri" dengan "permintaan pertolongan" kepada Allah. Ini berbeza jika kita hanya meminta tolong tanpa "mengabdikan diri".

Wallahualam.

Thursday, 8 November 2012

Tiada Paksaan dalam Deen

Konsep paksaan dalam Deen boleh membawa kesan negatif kepada kesejahteraan.

Sebagaimana kita tahu, fahaman "Deenul Islam" adalah berbeza-beza dari individu. Sebagai contoh, jika seseorang mufti menganggap Islam adalah mempercayai Bumi itu flat, maka bayangkan jika muslim yang percaya bahawa Bumi itu berbentuk sfera dipaksa untuk mempercayai Bumi itu flat, apatah lagi jika mereka dijatuhkan hukuman bunuh bagi kesalahan murtad kerana mempercayai Bumi itu berbentuk sfera.


Tiada paksaan dalam Deen (2/256).

Pendapat Fathul Bari bahawa 2/256 hanya menuju kepada non-muslim, adalah salah satu dari tafsir. Dan sesepucuk tafsir boleh jadi betul atau salah jua.

Wallahualam.