Sunday, 29 July 2012

Ufuq

Ufuq bermaksud 'ufuk'. Ayat Allah mampu 'dilihat' di ufuq, mahupun di nafs;

Kami akan memperlihatkan mereka ayat Kami di ufuq dan di nafs mereka sehingga menerang bagi mereka sesungguhnya ia kebenaran (41/53).

Ufuq merujuk kepada keadaan seperti terang (81/23) dan tinggi (53/7) jua;

Dan dia melihatnya dengan ufuq Terang (81:23).

Dan dia dengan ufuq Tinggi (53:7).

Wallahualam.

Friday, 6 July 2012

Uff

Uff bermaksud 'huh' bagi mengekspresikan keluhan. Seumpama merenung keperihan si ibu mengandung (31/14), dan melahir dan mendukung dan mefisal (46/15), si anak diberikan peringatan;

Dan jangan kamu katakan kepada mereka-berdua uff dan jangan menengking mereka-berdua dan katakan bagi mereka-berdua perkataan mulia (17/23).

Contoh bagi 17/23 diterangkan dalam 46/17;

Dan yang berkata kepada kedua-ibubapanya; "Uff bagi kamu-berdua, adakah kamu-berdua menjanjikan aku yang aku akan dikeluarkan dan sesungguhnya telah-berlalu generasi dari sebelum aku?" (46/17).

21/67 pula menerangkan Ibrahim mengekpresikan keluhan bagi kaumnya;

"Uff bagi kamu dan bagi apa yang kamu abdikan dari selain Allah, maka apakah tidak kamu menggunakan-akal?" (21:67).

Wallahualam.

Wednesday, 4 July 2012

Asl

Asl bermaksud 'asalan' atau 'akar'.

Seperti pohon baik aslnya kukuh dan dahannya di langit (14/24).

Pohon yang sudah besar-panjang, sebelum itu bijian benih. Dari tanah, ia tumbuh keluar ke langit. Si Arab menggelar akar sebagai 'asalan' kerana di tempat itu permulaan si pohon.

Jika dilihat pada pohon dan ditanya, 'dimanakah asalannya?', maka akar dituju, sebagaimana asl dirujuk kepada akar jua dalam 59/5;

Apa kamu menghiris dari linah atau kamu meninggalkannya aqim atas aslnya (59/5).

37/64 pula menerangkan Jahim dicipta dalam kadar waktu, kerana ia diumpamakan mempunyai asalan;

Sesungguhnya  ia pohon yang keluar di asl Jahim (37:64).

Wallahualam.

Monday, 2 July 2012

Isr

Isr bermaksud 'ikatan'.

Dan dia meleraikan dari mereka isr mereka dan gari yang telah-dijadikan atas mereka (7/157).

7/157 menerangkan isr dari konotasi negatif, sebagaimana diterangkan dalam 2/286;

Rabb kami, dan jangan Engkau letak-beratkan atas kami isr, sebagaimana Engkau letak-beratkan atas orang dari sebelum kami (2/286).

Manakala 3/81 menerangkan isr dari konotasi yang positif;

Dia berkata;"Adakah kamu berikrar dan kamu mengambil atas itu isrku?" Mereka berkata; "Kami berikrar", dan dia berkata;" Maka kamu bershahadahlah dan aku bersama kamu dari penshahadah (3/81).

Wallahualam.