Kebaikan bersifat universal. Dan Islam bersifat sinonimous dengan kebaikan.
Manusia mempunya daya fitrah untuk mengenal apa itu kebaikan. Jika anda melihat seorang kanak-kanak kebuluran di tepi jalan dan anda punya banyak wang ketika itu, mungkin anda akan berkata; "Apa salahnya jika aku berikan dia sedikit makanan atau wang kepadanya".
Dan perkara-perkara yang mempunyai label "Islam" belum tentu penuh dengan kebaikan, seperti "Negara Islam", "Bank Islam", "Parti Islam", Ia cuma seperti kalimah "Islam" yang ada pada kad pengenalan.
Jika kita melihat kebaikan itu pada label "Islam" semata-mata, itu tidak kena. Sebagai contoh, jika ajaran Buddha mengajar agar kita menghormati tetamu, itu kebaikan walaupun tiada label "Islam".
Saya ingin melihat kebaikan itu merentasi dua dimensi. Seekor monyet yang mempunyai label "manusia" belum tentu perangainya seperti manusia. Bahkan melabel ini bersifat taktikal dalam politik;
"Itu pakaian pengganas. Serban, jubah dan janggut".
Dan kesan dari aktiviti melabel ini boleh berlaku pecahan takrif. Di sini ahli bahasa perlu kritikal. Bahasa Melayu pada zaman Hang Tuah sudah tentu berbeza dengan Bahasa Melayu dalam ujian SPM.
Saya pernah dilabel. Mungkin saya memahami apakah perasaan Mohd Asri apabila dilabel "Wahabi", mahupun perasaan Nik Aziz apabila dilabel sebagai "Ayah Pin".
"Apa ada pada nama?"
Ini adalah satu falsafah. Bukan bermaksud nama tidak berguna, tetapi menyeru agar 'don't judge a book by its cover'.
Apabila manusia yang baik melihat kebaikan itu bukan pada label semata-mata, tapi melihat dengan menggunakan mata jantung, di situlah penyatuan orang-orang yang baik.
Selamat bersatu manusia-manusia baik! Bukan bersatu dengan pakaian seragam, tetapi bersatu dengan pandangan mata jantung. Bagaimana untuk mendapatkan seseorang yang baik 100%? Tidak, kebaikan sesuatu perkara itu boleh bersifat relatif dan boleh ada naik turunnya.
Sebagai contoh seperti berikut;
1) Kebaikan minuman
2) Kebaikan minuman ringan
3) Kebaikan minuman ringan keluaran Nestle
4) Kebaikan minuman susu kurang lemak keluaran Nestle
5) Kebaikan minuman susu kurang lemak perisa vanilla keluaran Nestle
So how kita boleh melihat kebaikan pada sesuatu perkara itu pada pecahan-pecahan malah secara lebih dari dua dimensi.
Sekian dahulu coretan.
Wallahualam.
Saturday, 25 February 2012
Thursday, 23 February 2012
Idhan
Idhan bermaksud 'akan'.
Dan jangan kamu berdoa dari selain Allah, apa tidak memanfaatkan kamu dan tidak memudaratkan kamu maka jika kamu lakukannya, maka sesungguhnya kamu akan dari yang-zalim (10:106).

Wednesday, 22 February 2012
Kebersihan
Satu suami empat isteri. Maksud saya, 1H 4W. Kita mulakan dengan W dahulu;
1) Apa itu kebersihan?
Kebersihan adalah kebersihan.
2) Kenapa perlu kepada kebersihan?
Supaya Allah cinta (2/222, 9/108).
3) Siapa yang bersih?
Pasangan ahli syurga (2/25, 3/15, 4/57), al-Quran (98/2), air hujan (25/48), air minuman (76/21), Maryam (3/42), Lut dan ahlinya kecuali isterinya (27/57).
4) Dimana kebersihan?
Dimana ada kebersihan, di situ ada kebersihan.
5) Bagaimana untuk membersih?
Menggunakan air (8/11), dengan berwuduk dan tayammum (5/6).
6) Kesimpulan
Pentingnya membersih, samada dengan menggunakan air (8/11) mahupun membersihkan jantung (5/41), supaya Allah mencintai kita (2/222).

Sunday, 19 February 2012
Solat Bhg. III
Antara yang perlu diambil perhatian adalah kalimah 'qaim Solat'. Dalam coretan ini, saya menggunakan kalimah 'qaim' secara am untuk mewakili kata akar 'qaf-wau-mim' selain untuk 'kaum'.
1) Apa maksud 'qaim'?
Kalimah 'qaim' bukan khusus bermaksud 'berdiri' semata-mata. Tetapi ia mempunyai unsur 'berdiri'.
Dan apabila ia gelap atas mereka atas mereka berqaim (2/20).
Sifat goncang pada kaki mereka ketika mereka berjalan (2/20) bertukar menjadi lebih teguh apabila mereka tercegat.
Sebahagian orang mungkin dizalimi tanpa pembelaan sepatutnya di dunia. Maka al-Hisab (14/41) diqiamkan pada hari Kiamat, dimana kalimah 'Kiamat' juga dari kalimah 'qaim'. al-Hisab ini memberi pembelaan yang ditangguh di dunia sebelum itu, sebahagian orang mungkin menggelarkannya sebagai 'hukum karma'.
2/229 menerangkan tentang 'qaim hudud Allah', bermaksud 'menegakkan' hudud Allah, seumpama lutut dalam keadaan kaki-berduduk 'ditegakkan' apabila keadaan kaki-berdiri.
Begitu juga apabila kita menyebut 'sirotolmustaqim' (1/6) yang bermaksud 'laluan yang lurus'. Dan tidak ketinggalan 'qaim' dalam 95/4;
Kami menciptakan insan pada sebaik-baik qaim (95/4).
Dan untuk mempertahankan 'sebaik-baik qaim' ini adalah dengan beriman dan beramal soleh (95/6). Malah Allah adalah qaim atas setiap nafs dengan apa ia perolehi (13/33).
2) Maka mengapa berdiri ketika sembahyang cara tradisi?
Ia sebagai simbolik, sedangkan orang yang sujud 34 kali sehari secara ritualistik masih boleh melakukan perkara mungkar sedangkan Solat melarang dari kemungkaran (29/45). Kalimah 'Islam' pada kad pengenalan belum tentu bermakna pemiliknya adalah bukan beragama Hindu.

Buku Bhg. III
Terima kasih bro.
Wallahualam.
Saturday, 18 February 2012
Young Da Vinci
Meluangkan beberapa hari untuk menamatkan game Assassins's Creed II.
"... Bumi mengelilingi Matahari." kata Leonardo Da Vinci dalam game itu.
"Maksud awak, Matahari mengelilingi Bumi?"
Mungkin pada dalam abad ke 1400, kebanyakan manusia berpendapat Matahari mengelilingi Bumi.
"Tiada yang benar, semuanya halal".
Ini falsafah Assassin dalam game itu. Sudah tentu ada yang benar dan bukan semuanya halal.
Kemudian saya juga berjumpa lagu "We Are Young" bukan dari game itu. Wow, chorusnya mengingatkan saya dengan band Vengaboys yang pernah 'meletup' suatu ketika dahulu.
Isu 'Codex' dalam game itu mengingatkan saya kepada al-Quran. Adakah kita mempunya 'Codex' untuk memahami al-Quran?

Wednesday, 15 February 2012
Solat Bhg. II
Antara yang perlu diberi perhatian adalah kalimah 'Solat atas'.
1) Allah dan MalaikatNya Solat atas manusia tertentu
Itulah mereka atas mereka Solat-Solat dari Rabb mereka dan rahmah dan itulah mereka muhtadin (2:157).
Dia yang Solat atas mereka dan MalaikatNya supaya Dia mengeluarkan kamu dari kezaliman kepada cahaya (33/43).
Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya Solat atas nabi (33/56).
2) Larangan Solat
Dan janganlah kamu Solat atas walau-satu dari mereka yang mati selamanya (9/84).
3) Suruhan Solat
Dan Solatlah atas mereka sesungguhnya Solat kamu ketenangan bagi mereka (9/103).
Wahai orang yang beriman, Solatlah atasnya dan salaminya dengan-salam (33/56).

Sunday, 12 February 2012
Idha
'Idha' bermaksud apabila. Saya memilih 81/- kerana ada banyak kalimah 'idha' di dalamnya.
Apabila Matahari diliputi (81:1).
Samada Matahari akan bertembung dengan objek lain, atau apinya malap. 'Diliputi' boleh juga digunakan bagi ayat 'diliputi kegelapan'.
Dan apabila Bintang malap (81:2).
Matahari dikatakan sejenis bintang, boleh jadi 'diliputi' dalam 81/1 membawa maksud 'diliputi bayang' atau dalam erti kata lain 'malap'.
Dan apabila Gunung beralih (81:3).
Wow, boleh jadi gempa bumi ketika itu.
Dan apabila Isyar dibiar-tinggalkan (81:4).
Whatsoever Isyar means, apabila gunung beralih, safety first!
Dan apabila Wuhush dikumpul (81:5).
Wow, seperti apabila siren kebakaran berbunyi, lalu manusia berkumpul di tempat lapang.
Dan apabila Bihar mendidih (81:6).
Boleh jadi Bihar mendidih kesan dari muntahan mantel mahupun teras dari dalam Bumi.
Dan apabila nafs dipasangankan (81:7).
Yang mati hidup kembali, mahupun yang tidur terjaga dari tidurnya (39/42).
Dan apabila Mau-udah disoal (81:8).
Perhatikan tema blog ini, 17/36!
Dengan dosa mana dia dibunuh (81:9).
Perbicaraan di 'mahkamah'.
Dan apabila halaman-buku dibuka-tontonkan (81:10).
Halaman-buku yang dimaksudkan adalah Sijjin (83/7) dan Eliyyin (83/18).
Dan apabila Sama' diselak (81:11).
Sama' juga gubah (82/1), dan carik (84/1).
Dan apabila Jahim dinyalakan (81:12).
Persediaan untuk orang kafir dan yang menafi-kebenaran dengan ayat Allah (5/10, 5/86).
Dan apabila Jannah didekatkan (81:13).
Persediaan bagi mereka yang menyahut panggilan Allah (2/221).
Nafs telah-tahu apa yang dipersembahkan (81:14).
Sijjin (83/7) dan Eliyyin (83/18) dipersembahkan.

Saturday, 11 February 2012
Wednesday, 8 February 2012
Solat
Bab Solat antara bab yang paling femes. Mari kita jelajah bab ini;
1) Siapa yang Solat?
Insan (70/19) yang Solat dikenali sebagai 'musollin'.
2) Boleh terangkan apa itu 'musollin'?
Musollin terbahagi kepada dua, iaitu musollin yang konstan atas solat mereka (70/23), dan musallin yang dari solat mereka pelalai (107/5).
3) Apakah ciri-ciri musollin yang konstan atas solat mereka?
Pada harta mereka hak yang diketahui bagi penyoal dan mahrum, dan yang siddiq dengan hari Deen, dan yang mereka dari azab Rabb mereka, mereka takut (70/24-27).
4) Apakah ciri-ciri musollin yang dari solat mereka pelalai?
Mereka menunjuk-nunjuk dan menafikan bantuan-kebaikan (107/6-7).
3) Apakah ciri-ciri manusia yang bukan-musollin?
Mereka adalah insan yang gelisah, apabila disentuhnya oleh kesusahan, tidak-sabar, dan apabila disentuhnya oleh kebaikan, kedekut (70/19-21), tidak pernah memberi-makan orang-miskin, menipu bersama puak-penipu, dan pernah menafikan hari Deen (74/44-46).

Sunday, 5 February 2012
Idh
Idh bermaksud 'apabila'.
Apabila berkata bagi mereka saudara mereka Nuh (26/106), Hud (26/124), Soleh (26/142), Lut (26/161), Syuaib, tidakkah mereka bertaqwa (26/177); "Sesungguhnya aku bagi kamu Rasul yang amanah, maka kamu taatilah Allah dan kamu taatilah aku, dan tidak aku menyoal kepada kamu atasnya dari ganjaran tidak ganjaran aku kecuali atas Rabb alam-alam" (26/107-109, 26/125-127, 26/143-145, 26/162-164, 26/178-180).
Kebetulan dengan sambutan "Maulidur Rasul" terhadap Muhammad, jangan pula kita lupa kepada Rasul-Rasul yang lain seperti Nuh, Hud, Soleh, Lut dan Syuib.

Saturday, 4 February 2012
Ada'
Kalimah 'Ada'' bermaksud 'sampaian'. Kata akarnya antaranya berkait dengan 'amanah';
Maka sampaikan orang yang diamanahkan itu amanahnya (2/283).
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu untuk menyampaikan amanah kepada ahlinya (4/58).
Sampaikan kepada aku hamba Allah sesungguhnya aku bagi kamu Rasul yang amanah (44/18).
Mari kita merenung 3/75;
Dan dari ahli Kitab siapa yang jika kamu amanahkan dengan jumlah-banyak maka dia sampaikan kepada kamu dan dari mereka siapa yang kamu amanahkan dengan satu-dinar tidak dia sampaikan kepada kamu kecuali jika kamu konstan atasnya berdiri (3/75).
3/75 menerangkan tentang integriti. Seorang pengurus syarikat boleh menguji kejujuran pekerjanya berdasarkan 3/75, dan keputusan ujian boleh dijadikan panduan bagi pembuatan keputusan di masa depan, kerana kejujuran adalah kriteria kedua yang perlu diberi perhatian dalam pemilihan pekerja (28/26).

Subscribe to:
Posts (Atom)