Tuesday, 27 December 2011

Akhadha

Akhadha bermaksud 'ambil'. Tetapi saya ingin menganalisis kalimah 'aakhadha' yang bermaksud 'ambil-kira'. Apa yang Allah ambil-kira berkait dengan 'aiman' kita;

Allah tidak mengambil-kira kamu dengan lagha pada aiman kamu tetapi mengambil-kira kamu yang diperolehi jantung kamu (2/224), mengambil-kira dengan apa diakadkan kamu aiman itu maka kafarahnya menjamu sepuluh orang-miskin dari pertengahan apa kamu jamukan ahli kamu atau pakaiankan mereka atau bebaskan hamba maka sesiapa yang tidak menemuinya, maka siam tiga hari itu kafarah aiman kamu apabila kamu bersumpah dan jagalah aiman kamu maka itulah Allah menerangkan bagi kamu ayat-ayatNya supaya kamu bersyukur (5/89).

18/58, 35/45 dan 16/61 menerangkan betapa kita diberi peluang oleh Allah untuk mendapatkan 'tiket' syurga, sebelum terlambat;

Dan pentadbir kamu Pengampun dengan kasih jika Dia mengambil-kira kamu dengan apa mereka perolehi pasti Dia percepatkan bagi mereka azab tapi bagi mereka temu-janji  tidak-akan mereka menemui dari selainnya pengecualian (18:58).

Dan jika Allah mengambil-kira manusia dengan apa yang diperolehi mereka (35/45) dengan kezaliman mereka (16/61) tidak ditinggalkan atas belakangnya dari makhluk-bergerak (35/45) tetapi  Dia mengakhirkan mereka kepada ajal dispesifikkan maka apabila datang ajal mereka tidak akan-mengakhirkan satu-saat dan mereka tidak akan-mendahulukannya (16/61).

Musa, walau berpangkat Nabi, tapi masih melakukan kesilapan (18/69-71), baginda terlupa;

Dia berkata; " Tidakkah aku katakan sesungguhnya kamu tidak-akan  mampu-taat denganku kesabaran? Jangan ambil-kira dengan apa yang aku lupa dan jangan bebankan aku dari suruhan aku (18:72-73).

Allah tidak memaksa-bebankan diri kita kecuali dalam kapasiti kita;

Allah tidak memaksa-bebankan nafs kecuali kapasitinya baginya apa ia perolehi dan atasnya apa ia diperolehi, pentadbir kami jangan engkau mengambil-kira kami jika kami lupa atau kami silap, pentadbir kami dan jangan engkau hamilkan atas kami beban sebagaimana kamu hamilkannya atas yang dari sebelum kami, pentadbir kami dan jangan hamilkan kami apa yang tiada keupayaan bagi kami dengannya lepaskan-denda dari kami ampunkan bagi kami dan kasihi kami Engkau pelindung kami maka bantulah kami atas kaum kafir (2:286).

Wallahualam.

Wednesday, 21 December 2011

Sembahyang Jumaat

Wahai orang yang beriman apabila kamu dipanggil bagi Solat dari hari Jumaat maka berusahalah kepada mengingati Allah dan tinggalkan jual-beli itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui (62:9).

Hari Kiamat juga manusia berkumpul (3/25, 11/103, 56/50). Tetapi 'hari Jumaat' dalam 62/9 merujuk kepada di dunia kerana hari Kiamat tiada jual-beli (14/31).

1) Masa

Di Malaysia, sembahyang Jumaat diadakan pada waktu Zohor. Jika 'hari Jumaat' dalam 62/9 merujuk kepada Friday, maka Friday ada 24 jam, dan dalam 24 jam itu bila saja mampu dipanggil bagi Solat. Maka apakah sembahyang Jumaat hanya boleh dilakukan pada waktu zohor yang jangka-masanya dalam 3 jam sahaja berbanding 24 jam?

2) Qariah

Baru-baru ini isu sembahyang Jumaat berasingan dalam satu Qariah disebut di Terengganu. Sila rujuk  http://www.bharian.com.my/articles/Sultankesal2solatJumaatsatuqariah/Article/. Mengehadkan hanya satu masjid bagi satu Qariah untuk melakukan sembahyang Jumaat akan lebih menyukarkan ahli untuk melakukannya akibat faktor jarak perjalanan, kos pengangkutan, kos jangka-masa dan sebagainya.

3) Perempuan

'Orang yang beriman' dalam 62/9 tidak mengecualikan perempuan yang beriman (16/97). Di Malaysia, walaupun masjid mempunyai ruang untuk jumlah ahli perempuan, tetapi perempuan lazimnya tidak pergi melakukan sembahyang Jumaat. Malah, jika kuota satu masjid bagi satu Qariah dihapuskan, maka sembahyang Jumaat lebih digalakkan kerana faktor ruang yang lebih luas dan kadar fleksibeliti yang lebih tinggi.

4) Khutbah

Perpecahan umat Islam kepada Sunni dan Syiah antaranya berpaksikan riwayat khutbah. Sila rujuk http://ariji86.blogspot.com/2010/08/mazhab-sunni-bhg-iii.html. Jika Sembahyang Jumaat di Malaysia menggunakan dalil dari 62/9, maka misinya haruslah 'kepada mengingati Allah' (62/9).

Walahualam.