Thursday, 30 September 2010

Shabir Ally


'Pengganas'. Perkataan ini yang mungkin terbayang di minda non-muslim apabila melihat kelebatan janggut Shabir Ally.

Namun video ini menerangkan bahawa beliau jauh berbeza dari anggota Jemaah Islamiah mahupun Osama anak lelaki Laden, walaupun dari segi penampilannya seperti seorang anggota Taliban.

Wallahualam.

Thursday, 23 September 2010

JAKIM, Shafie dan Wahabi Bhg. II

Ia berkenaan tentang tahlil. Menurut video tersebut, sila rujuk; http://ariji86.blogspot.com/2010/09/jakim-shafie-dan-wahabi.html, Ibn Kathir berpendapat bahawa Imam Shafie menfatwakan hadiah bacaan al-Quran kepada si mati 'tidak sampai' kepada si mati.

JAKIM pula dikatakan berpendapat bahawa mereka yang berpegang kepada fatwa tersebut adalah bermazhab Wahabi, padahal fatwa itu dari mazhab Shafie. Ya, Saya tidak nafikan ada persamaan antara mazhab Wahabi dan mazhab Shafie, seperti fatwa hukuman bunuh bagi kesalahan murtad.

Mungkin ini gara-gara budaya menggelar 'Wahabi' yang agak aktif sejak akhir-akhir ini di Malaysia.

Atau mungkin kerana JAKIM menolak fatwa dari mazhab Shafie berkenaan tahlil itu.

Fatwa dari mazhab Shafie berkenaan nikah paksa mungkin ditunjukkan dengan baik dalam filem 'Perempuan Berkalung Sorban'. Si hero sememangnya frust menonggeng kerana tidak dapat berbuat apa-apa kerana sedang melanjutkan pengajian di Mesir.

Adakah JAKIM menerima fatwa itu pada hari ini?

"Si bapa adalah wali mujbir, layak untuk memaksa si anak perempuannya menikah dengan calon menantu pilihan."

Apatah lagi jika si anak perempuan itu berumur semuda 6 atau 9 tahun, bergantung kepada riwayat hadis mana yang dijadikan dalil.

"Pernikahan adalah bertujuan untuk melahirkan zuriat. Banyak lagi Sunnah Nabi lain yang boleh diamalkan."

Ayat ini yang boleh gambarkan dikatakan oleh Nik Aziz berkenaan kes 'nikah Sunnah Nabi' di Kelantan. Beliau berpendapat sedemikian, mungkin berdasarkan dalil berikut, petikan Surah al-Baqarah ayat 223;

Isteri-isteri kamu adalah pertanian bagi kamu, maka datanglah pertanianmu bila kamu mahu dan kebaikan bagi diri kamu sendiri...

Ayat ini menerangkan tentang beberapa perkara seperti berikut;

1) Zuriat

Orang bercucuk tanam antaranya bertujuan untuk mendapatkan hasil seperti buah-buahan. Maka, hubungan seks dilakukan antaranya bertujuan untuk mendapatkan zuriat.

2) Bahagian depan atau belakang?

Ayat ini menerangkan tentang 'bahagian depan', kerana 'bahagian depan' dicipta untuk melahirkan zuriat, manakala 'bahagian belakang' dicipta untuk berak, kentut dan sebagainya.

Mari kita berfikir secara logik ala-ala Mu'tazilah tentang isu tahlil. Jika hadiah bacaan al-Quran kepada si mati sampai kepada si mati, maka si bilionair berpeluang untuk mengupah jutaan muslim agar menghadiahkan bacaan al-Quran kepadanya untuk setelah dia mati.

Si bilionair tidak mampu membeli sebutir gula-gula pun setelah meninggal dunia. Rumah besar yang ditinggalkan, bukankah lebih baik dijual, kemudian wang itu digunakan untuk mengupah orang bagi menyalurkan hadiah kepadanya? Bukankah itu lebih memberi manfaat kepada si bilionair berbanding jika dia mewasiatkan harta kepada orang lain yang masih hidup?

Mari kita perhatikan satu coretan tentang upacara Cheng Beng, sila rujuk; http://pukullima.blogspot.com/2008/03/cheng-beng-yang-kutinggalkan.html

Cheng Beng disambut pada minggu pertama bulan April setiap tahun. Sebelum upacara itu, persediaan rapi diperlukan. Wang kertas neraka dibeli dari kedai, dan ada yang dilipat membentuk kon. Kertas-kertas warna untuk menghiasi kubu sebagai tanda sudah diziarahi oleh ahli keluarga juga dibeli. Kertas-kertas yang dilipat akan dimasukkan ke dalam beg-beg plastik besar dan dibawa bersama semasa menziarahi kubur. Di samping itu, baju-baju, alat elektrik, alat solek, barang kemas, dan sebagainya yang dibuat daripada kertas turut dibeli untuk dibakar sebagai hadiah kepada si mati.


Sebelum bertolak menziarahi kubur, orang Cina akan menyembah 'tuhan penjaga kubur' di tokong tempat si mati dikebumikan. Amalan ini dianggap sebagai tanda menghormati tuhan di situ dan untuk menjamin keselamatan ahli keluarga. Apabila tiba di kubur, ia dibersihkan terlebih dahulu. Makanan berlauk seperti nasi putih, sayur, kuih, kek dan buah-buahan akan dihidangkan di hadapan batu nesan. Selepas lilin dinyalakan, colok akan dibakar. Kemudian roh si mati akan dijemput untuk menjamu makanan yang disediakan. Kaum keluarga akan menunggu di tepi kubur sehingga lilin yang dibakar tinggal separuh.


Surah Yasin lazimnya menjadi pilihan bagi upacara tahlil. Mari pula kita perhatikan petikan Surah Yasin ayat 69 hingga 70;

... Bukan ia kecuali satu peringatan dan satu bacaan yang jelas. Bagi memperingatkan sesiapa yang hidup...

Maka, kepada orang hidup yang membacakan al-Quran dalam upacara tahlil, maka katakanlah;

"Bacaan al-Quran ini adalah bagi memperingatkan diri saya sendiri."

Wallahualam.

Sunday, 19 September 2010

Perempuan, Raya, Rakan Sebaya, Muzik dan Kematian

Perempuan bukan muhrim yang saya paling rindu sekarang adalah Ira. Dia tidaklah secantik 'Bidadari Dari Langit'. Itu adalah tajuk bagi sebuah lagu yang saya gubah pada tahun 2007.

Ini bukan soal kecantikan fizikal. Ini soal bila hati ini berasa rindu. Jika dia berkahwin dengan orang lain, atau jika dia adalah girlfriend orang sekalipun, berasa rindu padanya bukan bermakna kami ada skandal.

Namun bila pergi beraya ke rumahnya, saya mengalami kekeringan topik untuk berbual.

Menemui rakan-rakan sebaya sekolah menengah, masih ramai antara mereka masih belum menghabiskan pengajian. Ada yang terpaksa mengambil cuti semester kerana masalah kesihatan. Ada juga yang telah berkahwin walaupun belum menghabiskan pengajian.

Ya, ada juga yang sudah bekerja.

Ada juga yang baru sahaja bersanding, semalam. Ariff Husin. Kami bukanlah kenal sangat. Cuma, kawannya adalah kawan saya.

Beberapa jam lagi saya akan bertolak ke Terengganu. keprihatinan saya terhadap penggubahan lagu tidak seperti dahulu. Jika dahulu, bila ada saja ilham walaupun secebis melodi, saya lazimnya akan menulis atau merekodnya. Tetapi pada hari ini, saya lebih malas. Sekarang ia lebih cenderung sekadar disimpan dalam memori di otak.

Saya mula kekeringan ilham untuk meneruskan coretan ini dan memasang sebuah lagu priceless, 'Tak Bisa Memilihmu' dari Sixth Sense. Bila melayan lagu ini, lazimnya saya akan teringat kepada Farah, si pemain Cello. Semuanya gara-gara kerana saya terdengar lagu tersebut ketika kami dalam usaha untuk menyiapkan assignment suatu ketika dahulu.

Ketika itu, lagu tersebut begitu menarik perhatian saya. Ini antara sebab kenapa saya suka Indonesia, kerana muziknya. Sixth Sense, mungkin band itu dikatakan band Malaysia, namun lagu itu ada Indonesia punya touch.

Mungkin sejak akhir-akhir ini sebahagian orang Indon mengamuk memarahi Malaysia. Saya sudah berumur 24 tahun, saya tahu, saya sudah dewasa. Nationalism dan muzik adalah dua perkara yang berbeza.

Dikala saya membelek Facebook Farah, kelihatan banyak perkataan 'takziah'. Ada sesuatu yang tidak kena.

"Mak dia meninggal."

Ayat ini memberi saya klu tentang apa yang terjadi. Mari kita perhatikan petikan Surah al-Baqarah ayat 156;

... Sesungguhnya kita kepada Allah, dan sesungguhnya kepadaNya kita akan kembali.

Jam menunjukkan kurang 15 minit sebelum jam tiga. Saya mahu tidur.

Sekian dahulu coretan.

Wallahualam.

Thursday, 9 September 2010

Nik Aziz dan Abu Hanifah

Membaca coretan terbaru blog Nik Aziz, ia berkenaan hudud, sila rujuk http://www.blogtokguru.com/pages/posting/48/tekad-bersama-melaksana-hududullah; didapati ada lapan perkataan 'sebat', dua daripadanya adalah dari terjemahan surah an-Nur ayat 2. Manakala tiada satu pun perkataan 'rejam'.

Ada sumber yang meragui bahawa Fiqh al-Akbar adalah original dari Abu Hanifah, sila rujuk;

1) http://www.metacafe.com/watch/3241796/al_fiqh_al_akbar_written_by_abu_haneefah/

2) http://www.sunniforum.com/forum/showthread.php?6496-Al-Fiqh-Al-Akbar-The-Creed-of-Imam-Abu-Hanifah-RH&p=83864&viewfull=1

Saya sendiri meraguinya apabila kali pertama membaca Fiqh al-Akbar.

Wallahualam.

Tuesday, 7 September 2010

Abdillah dan Kezaliman

Si Abdillah adalah seorang penganut Sunni yang menyokong hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina.

Berikut saya simpulkan hujah penganut Sunni berkenaan isu hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina.

1) Nabi Muhammad
gagal menyampaikan keseluruhan al-Quran kepada umatnya dengan baik

Seekor kambing telah memansuhkan ayat al-Quran berkenaan hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina yang pernah wujud dalam al-Quran.

"Ayat al-Quran mengenai hukuman rejam sampai mati untuk penzina telah ditulis tetapi telah hilang kerana ia dimakan oleh seekor kambing." (Riwayat Ibn Majah 36/1944 dan Ibn Hanbal 3/61; 5/131, 132, 183; 6/269)

2) Nabi Muhammad pembunuh yang zalim

Nabi Muhammad mengengkari perintah Allah dalam surah an-Nur ayat 2 dan membunuh mangsa dengan zalim.

3) Nabi Muhammad pengikut ajaran Yahudi

Hukuman bagi kesalahan zina dalam ajaran Yahudi adalah hukuman bunuh. Nabi Muhammad mengengkari al-Quran dan mengamalkan ajaran Yahudi;

Jika seorang lelaki berzina dengan isteri orang lain, kedua-dua penzina harus
dihukum mati. (Leviticus 20:10)

4) Nabi Muhammad
tersilap menjatuhkan hukuman.

Sepatutnya sebat 100 kali bagi penzina bukan muhsan. Atau, monyet perlu bernikah untuk melakukan hubungan seks?

Sepuak monyet menangkap seekor monyet yang berzina dan menghukum rejam sampai mati ke atasnya, dan aku telah membantu mereka. (riwayat Bukhari)

Apakah yang menarik dalam hujah si Abdillah? Iaitu kalimah 'Sunnah Nabi' dan 'mentaati Rasul'. Apakah Surah an-Nur ayat 2 itu bukan keluar dari mulut Rasul? Kalau bukan, dari mulut siapa pula? Dari mulut Abu Jahal?

Mari kita perhatikan petikan Surah az-Zumar ayat 23;

Allah telah menurunkan hadis terbaik sebuah kitab yang konsisten...

Wallahualam.

Sunday, 5 September 2010

Najib, Hantu, Bidaah dan Setan

Najib pernah menegur stesen televisyen tertentu  kerana kerap menayangkan drama hantu.

"Bidaah"; kata Najib.

Bak kata Fadhilah Kamsah;

"Tiada perkataan 'hantu' dalam al-Quran."

Namun Bukhari mungkin lebih hebat daripada stesen televisyen, kerana beliau meriwayatkan tentang Setan. Berbeza dengan 'hantu', perkataan 'Setan' wujud dalam al-Quran.

Mari kita perhatikan riwayat hadis berikut;

Abu Hurairah: Nabi pernah sembahyang dan bersabda, "Setan telah datang ke hadapanku dan cuba mengganggu sembahyangku, tetapi Allah menganugerahkan aku kelebihan berbandingnya dan aku mencekik dia... (Volum 2, Buku 22, Nombor 301; riwayat Bukhari)

Riwayat hadis ini menerangkan bahawa Nabi Muhammad pernah mencekik Setan. Ini bermakna, dari perspektif mazhab Sunni, amalan mencekik Setan adalah 'Sunnah Nabi'.

Saya harap, si Abdillah sebagai penganut Sunni yang progresif ala-Taliban harus berusaha keras agar dapat mencekik Setan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Sudah pasti, ia bukan sesuatu yang mudah.

Kepada penganut Sunni yang menyokong hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina atas nama 'mentaati Rasul', ada baiknya perhatikan Surah al-Furqan ayat 30;

Dan Rasul berkata "Tuhanku, orang-orangku telah meninggalkan al-Quran ini." 

Wallahualam.

Saturday, 4 September 2010

Zahazan Mohamed

Firman Allah swt dlm surah al-Anfal ayat ke 2 maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. Sila hubungi Hj Ab Rahman di 0192236520 jika menghadapi sebarang masalah utk hadir/ bertanya tempat

Ini yang tercoret di Facebook Zahazan Mohamed tadi sempena mempromosikan kuliah Subuh untuk pagi esok. Dengan 259 orang yang like coretan itu, saya pun mengkomen seperti berikut;

Adakah orang yg beriman, bila dibacakan surah an Nur ayat 2, kemudian dia menyokong hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina pula? Adakah itu yg dimaksudkan dgn bertambah iman? Hope anyone answer this...

Namun dikala saya sedang menulis ini, masih belum sesiapa yang mereply komen itu. Mungkin mereka sedang sibuk bersiap untuk sembahyang terawikh.

Ini adalah persoalan tentang ribuan nyawa yang telah terkorban akibat hukuman yang tidak Koranik itu. Atau nilai nyawa mangsa itu lebih murah daripada nilai nyawa rakyat Palestin di Gaza?

Wallahualam.

Friday, 3 September 2010

Pekomen Bhg. XII

Mereply komen pekomen di https://www.blogger.com/comment.g?blogID=1323782569523397951&postID=1694803620003244907

Mereka bertanya tentang hilal-hilal, katakanlah itu adalah WAKTU bagi manusia dan bagi (ibadah) haji (QS. al-Baqarah [2]: 189)

"Dan matahari ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui". Yaasin:38

"Allah jualah Yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar), dan yang menjadikan malam untuk tinggal berehat, dan menjadikan MATAHARI DAN BULAN untuk MENGIRA WAKTU (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui".Al-An'naam:96

Tiga ayat ini yang digunakan Abdillah sebagai hujah membela kalendar Hijrah.

Kalendar yang berasaskan matahari adalah mengenepikan fungsi Bulan. walhal tidak terjadi hal ini jika mengikut fasa Bulan.

Tidak semestinya. Menjadi pilihan mujtahid kalendar samada untuk melibatkan fungsi bulan dalam sistem pengiraan kalendar atau tidak. Sama juga dengan mujtahid kalendar Hijrah yang memutuskan untuk tidak melibatkan fungsi Matahari sebagai asas tahunan.

Dalam kalendar Masihi, bilangan hari dalam bulan Februari berubah, sekali dalam empat tahun. Ini bukti mudah bahawa kalendar Masihi melibatkan fungsi bulan dalam pengiraan.

Jika mujtahid kalendar Masihi tidak mahu melibatkan fungsi Bulan, maka tidak perlulah dia bersusah payah mencipta satu sistem yang merubah-rubah bilangan hari bagi bulan Februari.

Tidak perlu juga dia bersusah payah menetapkan bahawa bulan Januari ada 31 hari dan bulan April ada 30 hari dan sebagainya.

Surah Yunus ayat 5;

Dialah yang menjadikan Matahari sinaran, dan Bulan cahaya, dan mengukurnya fasa-fasa; supaya kamu tahu jumlah tahunan dan pengiraannya. Allah tidak menciptakan ini kecuali dengan Kebenaran. Dia menjelaskan ayat-ayat bagi kaum yang mengetahui.

"Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan kami), maka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap-gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari); dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan ugama kamu), Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam Al-Quran) dengan sejelas-jelasnya".
Al-Israa:12

"Allah jualah Yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar), dan yang menjadikan malam untuk tinggal berehat, dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui".Al-An'naam:96


“Dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar.” (QS. Al Baqarah: 187)

Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaan olehmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin" [At-Taubah : 128]

Empat ayat ini digunakan oleh Abdillah bagi berhujah isu berbuka puasa.

1) Pasangan

Jika diukur kedudukan Matahari secara logik, maka waktu Subuh pasangannya adalah Maghrib.

2) Maghrib adalah al-Lail?

Al-Lail dalam al-Quran merujuk kepada waktu Isyak. Puak Sunni berbuka pada waktu Maghrib adalah menggunakan dalil yang Abdillah bawa seperti berikut;

Dari Sahl bin Sa'ad ra. Rasulullah SAW bersabda,
"Artinya : Umatku akan senantiasa dalam sunnahku selama mereka tidak menunggu bintang ketika berbuka (puasa)." 
(Hadits Riwayat Ibnu Hibban (891) dengan sanad Shahih).

Dari Abu Hurairah ra., Rasulullah SAW bersabda,
"Artinya : Agama ini akan senantiasa menang selama manusia menyegerakan berbuka, karena orang-orang Yahudi dan Nasrani mengakhirkannya" 
(Hadits Riwayat Abu Dawud 2/305, Ibnu Hibban 223, sanadnya Hasan).

Dari Abu Darda' ra. ,

"Tiga perkara yang merupakan akhlak para nabi : menyegerakan berbuka, mengakhirkan sahur dan meletakkan tangan di atas tangan kiri dalam shalat"

Syaikh Abdur Razaq telah meriwayatkan,
"Para sahabat Muhammad SAW adalah orang-orang yang paling bersegera dalam berbuka dan paling akhir dalam sahur" 

Sebagai mengakhiri reply ini, saya sediakan dua soalan untuk Abdillah seperti berikut;

1) Dalam mazhab Sunni, terdapat ajaran Yahudi seperti hukuman mati bagi kesalahan zina, hukuman bunuh bagi kesalahan murtad dan sebagainya. Kenapa puak Sunni tidak menggunakan kalendar versi Yahudi pula?

2) Pada hari ini, puak Yahudi sudah tidak mengamalkan hukuman mati bagi kesalahan zina, walaupun hukuman itu wujud dalam Kitab Taurat versi tidak original. Tapi kenapa puak Sunni mahu mengamalkannya pula, padahal hukuman itu not described dalam al-Quran, malah secara terangan bercanggah dengan surah an-Nur ayat 2?

Surah An-Nur ayat 2;

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.


Wallahualam.

Thursday, 2 September 2010

Sepi Bhg. II

Sejenak selepas menerbitkan coretan bertajuk 'Sepi', Amran datang mengajak pergi ke bazar. Rupanya dia masih belum membawa diri ke kampungnya lagi.

Apapun, walaupun saya seorang diri di bilik, namun upacara berbuka puasa masih lagi meriah dengan rakan bilik sebelah dan juga jiran. Jiran itu ketika ini on the way to bus station, balik ke Cheras malam ini.

Selepas pulang dari bazar, saya singgah ke bilik Amran. Saya perlukan bekalan untuk mengisi aktiviti cuti ini. Ryuusei No Kizuna. Ini adalah tajuk sebuah drama Jepun. Saya harap ia berbaloi untuk ditonton. Sebuah drama bukan sedikit jam untuk menghabiskan semua episod.

Kedengaran mercun bergema.

"Masih ada orang lagi rupanya."

Seperti Ramadhan versi kalendar Hijrah sebelum ini, waktu maghrib adalah waktu mereka bermain mercun.

Antara perkara yang mencetuskan saya menerbitkan coretan Sepi Bhg. II ini adalah kerana tidak disangka Amran datang ke rumah petang tadi. Padahal, saya baru saja mencoret bahawa dia dijangka telah membawa diri.

"Malam ini saya akan menaiki bas balik ke Melaka."

Ayat ini yang boleh digambarkan dicoretkan oleh Fatim di Facebook tadi. Begitulah, masing-masing sudah mahu membawa diri. Terfikir juga jika ada 'orang luar' yang beraya di sini, kemungkinan orang dari Sabah yang tidak berkesempatan untuk ke benua sebelah Timur itu.

"Awak tidak dating dengan Fatim ke?"

"Kami berdua hanya kawan."

Teringat pula pada Sha. Dia pernah menjual mahal ketika saya mengajaknya keluar makan suatu ketika dahulu. Ketika itu dia masih belum bercouple dengan Farid lagi.

Teringat pula ketika pertamanya saya berjumpa dengannya. Ya, dia jual mahal. Bayangkan, kali pertama dan kedua saya meminta nombor telefonnya, seakan-akan dia tidak mendengar suara saya. Sebagai pelajar baru ketika itu, memang penting untuk mencari kenalan secepat mungkin. Apatah lagi dengan rakan sekelas.

Akhir coretan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan serta lecturer yang banyak membantu dan memberi saya tunjuk ajar untuk midterm.

Sebagai contoh, Mat Dorm datang ke bilik saya malam peperiksaan hari itu. Banyak saya belajar dengannya malam itu seterusnya memberi saya input untuk menjawab soalan keesokannya. Maklumlah, untuk catch up semua subjek bukan sesuatu yang mudah.

Baiklah, sekian Sepi Bhg. II.

Wallahualam.

Sepi

Orang semakin tiada di Setiu ini. I mean, orang luar Setiu mula balik kampung untuk beraya. Rakan-rakan mula beransur pergi buat sementara.

Walaupun orang mula tiada, namun burung masih berkicauan di sebelah 'rumah sewa' ini. 24 jam sehari, seakan tidak berhenti mereka berkicau.

"Apa warna baju raya abang?"

"Abang tak suka baju Melayu."

"Apalah abang ni."

Amira, adik angkat saya. Saya pun mula lupa sejak bila dia menjadi adik angkat saya. Kami tidak pernah bersua muka, cuma berhubung di Internet sahaja.

Ketika mencoret ini, saya sedang melayan lagu 'How Can I Tell Her' dari Lobo. Lagu ini adalah lagu sedih. Ditambah pula suasana selepas hujan.

Saya mengenali band ini secara kebetulan saja. Ketika itu mungkin pada tahun 2004. Saya membeli cd koleksi mp3 dari kumpulan ini, padahal saya tidak tahu-menahu tentang mereka. Dalam erti kata lain, saya telah 'main tembak' sahaja.

Ia satu pelaburan yang tidak merugikan. Banyak lagu priceless dari album mereka. Namun koleksi itu telah hilang. saya perlu mendownloadnya jika saya mahu melayan semula.

Saya menukar lagu kepada band Korn pula. Cukuplah bersayu hati. Malas pula pergi ke bazar petang ini. Biasanya saya pergi dengan Amran. Namun saya menjangkakan dia telah pun membawa diri ke kampungnya. Dia tiada exam pada petang tadi.

Apakah perancangan saya malam ini? Dengan keadaan seorang diri di bilik, kekurangan orang sekeliling, mungkin saya patut menonton movie, dan juga mereply komen dari pekomen pada coretan terakhir lepas.

Okey, saya mahu pergi berak dan kencing serta bersiap diri ke bazar. Jam menunjukkan hampir pukul enam. Coretan kali ini mungkin lebih pendek dari biasa.

Sekian dahulu coretan.

Wallahualam.