
Ariji:
Apakah hukum menyimpan janggut?
Abdillah:
Imam Malik berpendapat bahawa hukumnya wajib, manakala Imam Syafie berpendapat bahawa hukumnya sunat.
Ariji:
Apakah hukum menyimpan janggut yang sebenar-benarnya? Sunat atau wajib?
Abdillah:
Saya sudah jawab soalan itu tadi. Ada dua pendapat.
Ariji:
Pendapat mana yang betul?
Abdillah:
Saya rasa pendapat Imam Shafie yang betul.
Abangsheikh:
Wahai Abdillah, apakah itu mentaati Rasul namanya? Apabila Rasul memerintahkan kamu menyimpan janggut, kamu sepatutnya dengar dan taat, bukannya mencari-cari pendapat ulama yang membenarkan kamu untuk melanggar perintah Rasul.
Abdillah:
Tetapi tidak salah bukan, jika kita mengambil pendapat Imam yang lain?
Abangsheikh:
Nampaknya kamu tidak ikhlas mentaati Rasul sepenuhnya. Kamu cuba mencari dalih. Padahal, kita sebagai umat Islam wajib mentaati Rasul.
Ariji:
Jika menyimpan janggut hukumnya wajib, ini bermakna Imam Syafie telah membuat kesilapan dalam mengeluarkan fatwa. Jika hukum sebenarnya adalah sunat, maka Imam Malik pula yang silap. Apakah mungkin kedua-duanya benar? Padahal jelas kedua-duanya berbeza.
Abangsheikh:
Sudah tentu Imam Syafie yang telah membuat kesilapan, kerana kita wajib mentaati Rasul.
Abdillah:
Maksud kamu, saya berdosa kerana tidak menyimpan janggut?
Abangsheikh:
Ya, benar. Bertaubatlah wahai Abdillah. Mulai sekarang, simpanlah janggut. Kita bukan sahaja diwajibkan mentaati Allah, tetapi juga mentaati Rasul.
Abdillah:
Saya faham maksud kamu. Tetapi saya lebih kepada mazhab Syafie.
Ariji:
Saya pula tidak bermazhab. Menyimpan janggut hukumnya harus.
Abangsheikh:
kamu sesat wahai Ariji. Bertaubatlah.
Ariji:
Apakah kamu menyamakan mazhab dengan Islam?
Abangsheikh:
Bermazhab Sunni adalah Islam yang sebenar.
Wallahualam.