Monday, 30 November 2009
Budak Arab, Anti Hadis Dan Nasihat
Saya telah membuat komen berikut berkenaan video di atas;
The kid take hadith as the resource for the law, not the Koran.
In Islam, the Koran is above over any books including hadiths.
Lalu kemudiannya saya ditegur oleh seseorang seperti berikut;
Bahasa yang kau guna tu bahasa golongan anti hadis. Nampaknya kau memperlekehkan usaha knak-kanak itu mengambil hadis sebagai sumber hukum serta dalil.
Wahai Ariji, dengar sini, kalau aku beri seribu hadis sahih pun untuk sokong hujjah aku, kalau kau tak mahu terima hadis sebagai sumber hukum perundangan Islam, maka tak ada gunanya kita berdiskusi dalam tajuk thread ini.
Wahai Ariji, dengar sini. Sumber perundangan Islam yang utama ialah Al-Quran dan Al-Hadis/As-Sunnah Nabi s.a.w. sesiapa yang engkar Al-hadis /As-Sunnah sebagai sumber perundangan islam maka dia telah kafir kerana dia telah kafir kepada Al-Quran.
Wahai Ariji, sila baca yang berikut :
1. Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah. Dan apa yang dilarang bagimu maka tinggalkanlah” (Terjemahan Al-Quran Surah Al Hasyr 59 : Ayat 7) Dalam ayat Al-Quran yang mulia ini, Allah mewajibkan kepada manusia agar taat kepada perintah Rasulullah s.a.w. dan menjauhi apa yang di larangannya. Barangsiapa mentaati Rasulullah s.a.w. maka ia mentaati perintah Allah. Barangsiapa tidak mentaatinya maka ia tidak mentaati perintah Allah.
2. “Barangsiapa yang mentaati Rasul itu, sesungguhnya ia telah mentaati Allah. Dan barangsiapa yang berpaling (dari ketaatan itu), maka kami tidak mengutusmu untuk jadi pemelihara bagi mereka” (Terjemahan Al-Quran Surah An-Nisa 4 :Ayat 80) Sudah sangat jelas dari ayat ini bahawa metaati Rasullullah s.a.w. adalah bererti mentaati Allah. Terdapat banyak lagi ayat Al-Quran yang menunjukkan supaya taat kepada Rasulullah s.a.w..
Wahai Ariji sila baca lagi :
3. “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Ar-Rasul dan Ulil ‘Amri di antara kamu” (Terjemahan Al-Quran Surah An-Nisa 4 :Ayat 59)“
4. Katakanlah, ‘Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul, dan jika kamu berpalig maka sesungguhnya kewajiban dia (Ar-Rasul itu) adalah apa yang dibebankan kepadanya dan kewajiban kamu adalah semata-mata apa yang dibebankan kepada kamu. Dan jika kamu taat kepadanya, nescaya kamu mendapat petunjuk. Dan tidak lain kewajiban Ar-Rasul itu melainkan menyampaikan (amanat Allah) dengan terang’” (Terjemahan Al-Quran Surah An-Nur 24 :Ayat 54)“
5. Katakanlah, ‘Jika kalian (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu’. Dan Allah maha pengampun lagi maha penyayang” (Terjemahan Al-Quran Surah Ali Imran : Ayat 31)“
6. Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul dan janganlah kalian merusak (pahala) amal-amalmu” (Terjemahan Al-Quran Surah Muhammad : Ayat 33)
Wahai Ariji! Yang aku sebutkan di atas itu adalah terjemahan Al-Quran. Untuk dapat pengertian yang betul kenalah rujuk Al-Quran yang diturunkan oleh Allah kepada Muhammad s.a.w. dalam bahasa Arab. Kalau pakai Al-Quran terjemahan semata-mata tentulah kau tak dapat merasakan kehebatab Al-Quran itu.
Oleh itu BACA lah Al-Quran itu dalam bahasa aslinya iaitu bahasa Arab.
"Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al Quran dalam bahasa Arab, supaya kamu memberi peringatan kepada ummul Qura (penduduk Mekah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya serta memberi peringatan (pula) tentang hari berkumpul (kiamat) yang tidak ada keraguan padanya. Segolongan masuk surga, dan segolongan masuk Jahannam". (Terjemahan Al-Quran Surah Asy-Syura 42 : Ayat 7)
Terima kasih kerana prihatin tentang saya. Pertama sekali mari kita analisis komen saya tentang video youtube tersebut.
The kid take hadith as the resource for the law, not the Koran.
Ini adalah fakta. Jika anda menonton video tersebut, anda sememangnya akan mendapati bahawa Budak Arab tersebut mengambil Hadis sebagai hujah dan tiada pun dibacakan mana-mana ayat al-Quran. Ada masalah?
In Islam, the Koran is above over any books including hadiths.
Ini adalah kebenaran Islam. Al-Quran adalah wahyu, sememangnya mengatasi ayat-ayat lain. Ada masalah? :D
Saya yang bermasalah atau papan kekunci yang saya gunakan untuk menaip ini yang bermasalah?
Apa pun saya menghargai kerana beliau sudi menasihati saya.
Beliau adalah seseorang yang menggunakan nama samaran 'Abangsheikh' di http://www.tkodaily.net/
Saturday, 28 November 2009
The Coming Back of Jesus
'When the Son of Man comes in His glory, and all the holy angels with Him, then He will sit on the throne of His glory. All the nations will be gathered before Him, and He will separate them one from another, as a shepherd divides his sheep from the goats.' (Matthew 25:31-32)
'Then the sign of the Son of Man will appear in heaven, and then all the tribes of the earth will mourn, and they will see the Son of Man coming on the clouds of heaven with power and great glory. And He will send His angels with a great sound of a trumpet, and they will gather together His elect from the four winds, from one end of heaven to the other.' (Matthew 24:30-31)
Narrated Abu Huraira: Then Allah's Apostle said, "By Him in Whose Hands my soul is, son of Mary (Jesus) will shortly descend amongst you people (Muslims) as a just ruler and will break the Cross and kill the pig and abolish the Jizya (a tax taken from the non-Muslims, who are in the protection of the Muslim government). Then there will be abundance of money and nobody will accept charitable gifts" (Hadith Bukhari & Muslim)
'So peace is on me The day I was born, the day that I die, and the day that I shall be raised up to life (again)!' (The Koran 19:33)
Some Muslims relate this verse for the coming back of Jesus. Is that true? Not clear. For me, it is about the doomsday.
In conclusion, the coming back of Jesus clearly mentioned in the Bibles and Hadiths, but not in the Koran.
Friday, 27 November 2009
Muzik: Budak Arab vs JAKIM & Mufti
Budak arab ini mengharamkan terus muzik, manakala ulama di negara kita lebih bersikap terbuka.
Tuesday, 24 November 2009
Ulama Dan Zina
Surah An-Nur ayat 2;
'Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.'
Ayat di atas jelas dan terang merujuk kepada lelaki dan perempuan.
Namun hukuman dalam ayat di atas hanya digunakan oleh sebahagian ulama utk si bujang dan perawan.
sila rujuk;
http://alislamu.com/index.php?Itemid=22&id=326&option=com_content&task=view
Apakah orang yg dah berkahwin setelah berzina sudah tidak berjantina apabila dijatuhi hukuman rejam?
Apakah orang yg berzina dgn mahram itu bukan lelaki atau perempuan apabila dijatuhi hukuman bunuh?
Atau apakah ada sesuatu yg cuba disembunyikan sebagaimana yg dilakukan oleh paderi Kristian?
sila rujuk;
http://www.tkodaily.net/v2/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3898#112622
'Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.'
Ayat di atas jelas dan terang merujuk kepada lelaki dan perempuan.
Namun hukuman dalam ayat di atas hanya digunakan oleh sebahagian ulama utk si bujang dan perawan.
sila rujuk;
http://alislamu.com/index.php?Itemid=22&id=326&option=com_content&task=view
Apakah orang yg dah berkahwin setelah berzina sudah tidak berjantina apabila dijatuhi hukuman rejam?
Apakah orang yg berzina dgn mahram itu bukan lelaki atau perempuan apabila dijatuhi hukuman bunuh?
Atau apakah ada sesuatu yg cuba disembunyikan sebagaimana yg dilakukan oleh paderi Kristian?
sila rujuk;
http://www.tkodaily.net/v2/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3898#112622
Subscribe to:
Posts (Atom)