Thursday 29 October 2015

Hadis

Hari ini, kalimah "hadis" adalah begitu semantik. Ia ditakrifkan dan didialekkan begitu pelbagai. Sebagai hamba Allah, anda patut juga mengambilkira hadis dari dialek al-Quran jua. Melainkan jika anda menganggap al-Quran sebagai buku karaoke semata-mata. Atau anda sekadar mengikut buntut so called "ulama" semata-mata untuk mencapai jalan ke syurga tanpa perlu menggunakan akal.

Kemudian anda mengkritik penganut Syiah kerana mengikut buntut sedemikian rupa. Persoalannya adakah anda 2x5 dengan mereka.

Namun poin utama dalam coretan ini adalah berkenaan fitnah terhadap Nabi. Jika anda pernah dituduh melakukan perkara yang anda tidak lakukan, anda lihat bagaimana manusia boleh mempercayai fiksyen.

Itu "akidah" mereka. Akidah mereka mengatakan anda melakukan perbuatan tertentu. Kemudian anda memperjuangkan "akidah"?

Antara hujah saya dalam perbahasan hadis suatu ketika dahulu adalah seumpama berikut;

"Jika isteri difitnah, maka si suami marah. Tetapi apabila Nabi difitnah melalui hadis-hadis, so called "pengikut Nabi" tidak marah".

Malah golongan yang membela Nabi dari fitnah pula digelar sebagai "anti-hadis". Ada benarnya, oleh kerana ada fitnah datang dari hadis, maka menyanggah fitnah menjadi "menyanggah hadis". Seterusnya oleh kerana jabatan agama menfatwakan "golongan anti hadis" sebagai sesat, maka aktiviti membela Nabi dari fitnah dianggap sesat.

Jika anda menganggap hadis bermaksud "ucapan dari Nabi" semata, anda begitu amatur. Jika anda menganggap "menolak hadis" bermaksud "menolak Nabi" semata, anda begitu novice.

Seperti yang saya terangkan di atas, kalimah "hadis" hari ini begitu semantik.

 Jika anda terlalu memuja imam-imam tertentu dari nenek moyang dan menganggap diri kita begitu hina berbanding mereka, anda mengalami perasaan rendah diri. Anda yang bermasalah. Adakah nanti masalah anda ini diterjemahkan sebagai menghina orang lain yang tak bersalah;

"Kita jika dibandingkan dengan tahi kuku Imam Shafie pun tak layak".

Jika anda mengalami masalah rendah diri sebegitu, anda boleh mengubah ayat tanpa menghina orang lain yang tak bersalah;

"Saya jika dibandingkan dengan tahi kuku Imam Shafie pun tak layak".

Bak kata pepatah; "Ketika bercinta, bau kentut pun dikatakan wangi".

It's horrible apabila membela Nabi dari fitnah dikategorikan sebagai sesat.

Wallahualam.