Sunday 28 June 2015

Ramadhan

Berikut adalah hujah yang menyanggah Ramadhan versi kalendar Hijrah sebagai Ramadhan yang dimaksudkan dalam al-Quran.

Siang dan malam adalah kriteria signifikan dalam pengshahidan Ramadhan (2/187) bagi melaksanakan siyam (2/185). Dalam erti kata lain, jika tiada siang atau malam, maka tiada pengshahidan bulan Ramadhan di kawasan itu.

Manakala teori kalendar Hijrah mewajibkan pengshahidan Ramadhan oleh muslim di segenap permukaan Bumi apabila datang bulan Ramadhan versi kalendar Hijrah.












Bahagian Utara dari garisan merah dalam gambar tersebut dikatakan menunjukkan kawasan yang tiada malam dari 18 Jun sehingga 1 Julai 2015 bersamaan dengan 1 hingga 14 Ramadhan kalendar Hijrah tahun 1436. Dalam erti kata lain, ia berlaku sekarang ketika coretan ini ditulis.

Berikut gambaran dari perspektif berbeza;


Maka tiada pengshahidan Ramadhan di kawasan yang dimaksudkan walaupun kalendar Hijrah menunjukkan waktu Ramadhan pada tempoh itu.

Penolakan kalendar Hijrah sebagai "kalendar Islam" disokong 10/5;

Dialah yang menjadikan Matahari sinaran, dan Bulan cahaya, dan mengukurnya fasa-fasa; supaya kamu tahu jumlah tahunan dan pengiraannya (10/5).

10/5 menerangkan penglibatan Matahari dalam mengukur tempoh tahunan, manakala kalendar Hijrah mengetepikan Matahari.

Kalimah "yaum" tunggal dalam al-Quran berjumlah 365 memihak Matahari jua kerana setahun dalam kalendar solar berjumlah 365 hari.

Manakala dalam kalendar Hijrah, setahun adalah bersamaan dengan 354 hari.

Bagaimana dengan kalendar Hijrah solar yang digunakan di Iran dan Afghanistan? Tiada bulan Ramadhan secara literal dalam kalendar itu. Kalendar Hijrah yang dimaksudkan dalam coretan ini merujuk kepada kalendar Hijrah lunar.

Wallahualam.

Friday 5 June 2015

Keibubapaan

Secara amnya, mudah untuk ibubapa yang bersetuju dengan 17/23 bahawa anak mereka supaya menghormati mereka;

Jika salah satu atau kedua-dua mereka tua maka janganlah kamu katakan "uff" dan janganlah kamu menengking kedua-dua mereka dan katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (17/23).

Dari pihak anak pula, saya melihat kepentingan mereka disusu-badan selama dua tahun kalendar solar (2/233).

Jika dilihat tulisan sejarah bangsa Arab, menjadi kebiasaan si ibu mencari wanita susuan bagi anaknya. Bagaimana jika si ibu melahirkan bayi kembar? Berbeza dengan kucing yang mempunyai tetek yang banyak mampu menyusu anak yang ramai serentak.

Bagaimana pula jika si ibu menghadapi masalah kekurangan susu. Tanpa Nestle, maka menjadi keperluan mendapatkan wanita susuan.

Adakah susu lembu setanding dengan susu manusia bagi bayi manusia?

Hakikatnya anak anda bukan lembu. Dan coretan ini ditulis bukan untuk lembu. Menjadi harapan saya kepada bakal isteri saya untuk mengutamakan susu manusia berbanding susu lembu kepada anak selama dua tahun kalendar solar.

Wallahualam.