Thursday 29 May 2014

Perempuan dan Cinta Bhg. VI

Kes rogol di media, kerana melibatkan perempuan, maka saya coret di siri ini. Ia mengcokek jantung saya antaranya kerana, saya belum kahwin lagi. Straight to the point, kalau boleh saya mahu bernikah dengan gadis yang masih ada dara.

Semakin ramai gadis dirogol, maka semakin tipis peluang saya bernikah dengan gadis yang masih ada dara. Lebih lagi, ia menggambarkan keupayaan gadis masa kini dalam menjaga diri. Di sini saya memberi tips kepada gadis-gadis dari mengelak dari dirogol.

After all, bukan dara itu yang lebih penting. Tetapi kebijaksanaan perempuan itu dalam menjaga diri.

1) Pagar

"Harapkan pagar, pagar makan padi"

Apabila anda dirogol, orang yang pertama bertanggungjawab terhadap diri anda adalah bukan perogol itu. Malah bukan anggota polis, ibu bapa, rakan-rakan mahupun manusia-manusia lain yang baik. Tetapi orang yang pertama bertanggungjawab terhadap diri anda adalah diri anda sendiri.

Oleh itu, anda tidak patut terlalu bergantung kepada orang lain dalam menjaga keselamatan anda, melainkan antaranya jika anda masih kanak-kanak. Kanak-kanak mendapat pengecualian kerana secara semulajadinya mereka kurang matang. Berbeza dengan anda.

2) Serius

Anda perlu serius menjaga keselamatan diri anda. Dalam sebahagian hal kita mungkin ketawa. Bergurau senda. Tetapi di dunia ini bukan semua perkara itu boleh dibawa ketawa.

3) Berkenalan

Apabila anda menjumpai manusia yang baru, anda belum tahu samada dia baik atau tidak. Berkenalan di sini bukan bermaksud mengadakan hubungan rapat. Tapi mengenal diri orang lain, kerana anda perlu membuatkan tapisan.

4) Tapisan

Apabila anda mengenal manusia mana yang jahat, maka ia memudahkan kerja anda. Elakkan dari rapat dengan orang yang jahat, jika anda mahu menjadi manusia yang baik.

5) Lelaki

Anda mungkin mempunyai teman lelaki. Anda perlu melihat adakah teman lelaki anda serius mahukan hubungan jangka-panjang, merangkumi pernikahan, penjagaan anak, dimana tempat-tinggal selepas pernikahan nanti, saraan hidup sebagainya.

Hubungan seks boleh bersifat jangka pendek, seperti tidur semalaman. Seorang perogol tidak perlu memikirkan isu penjagaan anak jika dia sekadar mahukan seks 5 minit.

Wallahualam.