Friday 28 February 2014

Perempuan dan Cinta Bhg. V


Poligami adalah isu yang femes di kalangan perempuan terutamanya yang dikatakan muslimah. Antara faktornya kerana perundangan syariah yang membenarkan, berbanding undang-undang sivil.

Di sini saya ingin memberi tips kepada perempuan bagaimana untuk mengelak dari memilih pasangan yang cenderung menyalahgunakan peluang untuk berpoligami.

1) Adil

Lelaki yang cakna dengan keadilan boleh cenderung kepada monogami berbanding poligami. Ini kerana si dia takut jika tidak dapat berlaku adil kepada isteri-isterinya.

2) Taksub

Sebahagian ustaz seolah-olah terlalu menggalakkan poligami. Jika si dia taksub dengan ustaz ini, maka tidak hairan jika si dia madukan anda setelah bernikah nanti.

3) Kewangan

Pahit atau tidak, kewangan yang lebih kukuh dijadikan modal jua bagi si dia untuk berpoligami.

4) Pendidikan

Anda boleh bertanya kepada si dia, apakah pendapatnya berkenaan poligami. Sebahagian lelaki bercita-cita untuk berpoligami.

5) Ketegasan

Ketegasan anda dalam memilih pasangan juga boleh menjadi faktor. Jika anda sekadar "tangkap muat" tanpa menyelidik terdahulu keperibadian si calon tentang poligami, maka risiko untuk anda dimadukan secara paksa juga akan lebih tinggi.

6) Sikap

Sebahagian perempuan memberi ruang yang terlalu luas kepada lelaki untuk berpoligami. Bergantung kepada karakter si dia, samada ingin mengambil peluang itu atau tidak.

7) Perbuatan

Perbuatan anda yang tidak disukai oleh si dia apabila bernikah nanti boleh memberi idea kepadanya untuk mendapatkan penawar dengan berpoligami, dengan harapan orang baru dapat menampung kekurangan yang terdapat dalam layanan anda. Oleh itu, anda patut mengenalpasti perbuatan anda yang si dia sukai atau tidak sukai.

Wallahualam.

Monday 24 February 2014

Anti Hadis

Di sini saya ingin membantu sedikit-sebanyak bagaimana menghadapi perihal isu "anti hadis".

1) Label

Label boleh dikategorikan kepada dua. Label dari yang dilabel, dan label dari pelabel. Dalam kes Kassim Ahmad, saya tidak pernah mendengar beliau mengaku sebagai "anti hadis". Maka jika begitu ini kes "label dari pelabel".

Dalam kes "label dari pelabel", si pelabel mampu melabel apa saja yang dia mahu. Contohnya, masa saya di sekolah dulu saya pernah dilabel sebagai "Mr. Bean".


Anda harus faham bahawa ia boleh dikategorikan sebagai external environment. Orang lain mampu melabel kita sebagai "perempuan", tapi kita belum tentu perempuan. Kalau tak percaya boleh periksa jantina.

2) Takrif

Antara takrif yang manusia kenakan kepada kalimah "anti hadis" adalah antaranya "menolak semua hadis", ada juga takrifkannya sebagai "menolak hadis tertentu" atau anda mungkin jumpa takrif yang lain seperti "menolak Nabi" dan sebagainya.

Takrif yang berbeza, walaupun kalimah yang antonasinya sama, secara saintifiknya ianya bukan perkara yang sama. Manusia yang menggubah kamus.

3) Ekstremisma

Gerakan Ahmadiyyah diterima kerana membawa mesej kesejahteraan. Jika penganut Buddha datang ke rumah anda dengan mengucap hello dan senyuman, anda masih boleh menerimanya masuk ke rumah.

Dikala penganut Sunni mengkritik "Gerakan Anti Hadis", ada baiknya anda merenung jua ektremisma yang dipupuk dari pecahan Sunni seperti Jemaah Islamiyyah atau Taliban.

4) Masjid dan institusi

Masjid dan institusi Sunni di Malaysia begitu banyak. Kes jenayah pun banyak. Anda patut jua merenung faktor antara kuantiti dan kualiti.

5) Dialog

Saya suka merenung sirah Musa apabila masuk bab dialog. Bagaimana baginda pergi berjumpa Firaun. Jika anda melihat Kassim itu Firaun, pernahkah anda pergi berdialog dengannya? Atau anda sekadar terpekik-pekik ceramah selepas sesi sembahyang Jumaat meluahkan ketidakpuashatian terhadap Kassim?

Jika Kassim ada AK47, mungkin beliau boleh mengejar anda ke "lautan terbelah". Dalam kes Musa, baginda lebih lemah dari segi ketenteraan ketika itu sehingga melarikan diri.

Jika Kassim tidak mahu berjumpa, itu lain isu. Kerana Firaun sudi berjumpa dengan Musa dan Harun.

Cuba anda fikir, berapa ramai Sunni di Malaysia ini. Kalau anda takut, anda boleh mengajak pergi berjumpa Kassim secara beramai-ramai bukan bertujuan untuk memukulnya. Bahkan Musa mengajak Harun untuk berjumpa dengan Firaun.

6) al-Quran

Tanya diri anda, adakah anda sudi duduk semeja dengan Kassim diskusi tentang al-Quran? Sedalam mana cinta anda kepada al-Quran? Atau anda sekadar suka menyanyikan al-Quran?

Atau anda sebenarnya malas nak ambil tahu pasal al-Quran? Hanya mahu bergantung kepada ustaz-ustaz untuk menjaga hubungan anda dengan Tuhan?

7) Taksub

Kita tidak patut taksub dengan Kassim. Tetapi bukan kesempurnaan yang diharapkan dari beliau. Jika anda mencari kelemahan, lihat saja wajahnya yang berkedut-kedut itu. Bak pepatah Melayu; "Buang yang keruh, ambil yang jernih".

Wallahualam.

Tuesday 18 February 2014

Debat Bhg. II


Adakalanya berlaku ketegangan antara Sunnisma dan Kristian di Malaysia. Di sini saya menyarankan kepada penganut Sunni supaya tidak perlu membakar atau merosakkan gereja secara terlalu emosional, jika penganut Kristian didakwa menghina Islam, tetapi didahului dengan dialog atau debat secara terbuka.

Dengan ini saya mempelawa mana-mana penganut Sunni untuk menjemput saya berdebat dengan mana-mana wakil Kristian, dan mempelawa mana-mana penganut Kristian untuk menjemput saya bagi mewakili Islam.















Jika anda bersetuju bahawa kaedah ini lebih sejahtera, maka dipersilakan. Atau jika anda mahu melihat tragedi sebelum ini berulang lagi.

Wallahualam.

Baldat

Baldat bermaksud "lantai-tanah";

Bahawasanya Kami menghayatkan dengannya baldat mati (25/49).

Sesungguhnya apa aku disuruh bahawa aku mengabdikan-diri-kepada Rabb ini baldat Dia-yang haramkannya  (27/91).

Pasti telah-jadi bagi Saba pada tempat-beristirehat mereka ayat dua-jannah dari kanan dan kiri; "Kamu makanlah dari rezeki Rabb kamu dan kamu bersyukurlah baginya baldat toyyib dan Rabb ghofur (34:15).

Dan Yang turunkan dari langit air dengan kadar maka Kami bangkitkan dengannya baldat mati seperti itu kamu sedang-dibangkitkan (43:11).

Rezeki bagi hamba-hamba dan Kami hayatkan dengannya baldat mati seperti itu Pengeluaran (50:11).

Wallahualam.

Thursday 13 February 2014

Maafkan Diri Ini



Maafkan Diri Ini
Pencipta/Penulis lirik: Ariji


kamu yang sangat aku sayang
kamu yang amat aku rindu
sampai bilakah
mampu aku bertahan
tanpa dirimu
jantungku menantimu

maafkan diri ini

jika hatimu terluka
bukan niatku untuk menyakiti kamu

maafkan diri ini
jika buatmu kecewa
tak pernah aku suka berpisah denganmu

sayang
maafkan diri ini
berikan diriku peluang

sayang
kembalilah padaku
tanpamu aku lemas rindu

tanpamu aku mencarimu
tanpamu aku menantimu

Saturday 1 February 2014

Bukiyy


Bukiyy bermaksud "ketangisan";

Apabila disebutkan-ia atas mereka ayat Rahman mereka jatuh penyujud dan bukiyy (19/58).

Wallahualam.

Abkam

Abkam bermaksud "bebal";

Pekak abkam buta maka mereka tidak mengembali (2:18).

Pekak abkam buta maka mereka mengakal (2/171).

Dan orang-yang menafikan dengan ayat Kami pekak buta dan abkam dalam kegelapan (6/39).

Sesungguhnya seburuk Dawab di-sisi Allah pekak abkam orang-yang tidak mengakal (8/22).

Dan kemuka Allah misal dua-rijal satu-dari keduanya abkam tidak mentaqdir atas sesuatu dan dia tidak-produktif atas pelindungnya (16/76).

Dan Kami mengumpulkan mereka hari Kiamat atas wajah-wajah mereka buta dan abkam dan pekak (17/97).

Wallahualam.