Saturday 28 December 2013

Bighal


Bighal bermaksud "baghal";

Dan kuda dan baghal dan keldai (16/8).

Wallahualam.

Baghda

Baghda bermaksud "kebencian";

Wahai orang-yang-beriman, janganlah kamu mengambil kebatinan dari selain kamu mereka mengupayakan kamu gangguan, mereka mahu apa pecah-belah kamu sesungguhnya ia telah-jelas baghda dari mulut mereka dan apa ia menyembunyi dada mereka lebih-hebat (3/118).

Dan dari orang-yang mereka-berkata; "Sesungguhnya kami nasara", Kami mengambil perjanjian mereka maka mereka lupa sebahagian dari apa diperingatkan dengannya dan Kami tingkatkan antara mereka permusuhan dan baghda ke hari Kiamat (5/14).

Dan Kami temukan antara mereka permusuhan dan baghda ke hari Kiamat (5/64).

Sesungguhnya apa-yang-memahu Setan bahawa menyebabkan antara kamu permusuhan dan baghda pada khamr dan maisir dan menghalang kamu dari pengingatan Allah dan dari Solat (5/91).

Dan ia telah-jelas antara kami dan antara kamu permusuhan dan baghda sehingga kamu beriman dengan Allah satu-satuNya (60/4).

Wallahualam.

Sunday 22 December 2013

Perempuan dan Cinta Bhg. IV


Di sini saya ingin memberi tips kepada perempuan untuk mendapatkan lelaki baik sebagai teman hidup.

1) Menjadi baik

Umpama ingin membuka pintu yang terkunci. Kita memerlukan anak kunci yang sesuai untuk membukanya.

2) Berkenalan

Berkenalan jangan disalahtafsir sebagai playgirl pula. Persepsi antaranya dipengaruhi oleh budaya. Anda kena pergi lebih dalam, iaitu dengan berkenalan.

Berkenalan tidak sekadar skopnya berkenaan nama, hobi, tempat tinggal dan sebagainya. Ia juga boleh merangkumi loghat, body language, tabiat dan sebagainya.

Berkenalan sepatutnya tidak terhenti apabila anda dinikahi oleh si dia. Ia sepatutnya berterusan.

3) Imej

Berpakaian lucah di khalayak ramai boleh menarik perhatian penzina-penzina. Ini boleh memberi persaingan kepada lelaki baik untuk mendapatkan anda.

4) Melamar

Jika ayah anda seorang lelaki yang baik, anda boleh meminta budi baik ayah anda, untuk melamar. Kebaikan ayah anda berpotensi untuk memikat si dia.

5) Bagaimana jika si dia menolak?

Mungkin si dia ingin memilih perempuan baik yang lain sebagai teman hidup.

Wallahualam.

Sunday 15 December 2013

2:2

ذلك الكتاب لا ريب فيه هدى للمتقين

Itu kitab itu tiada keraguan padanya panduan bagi entiti-yang-bertaqwa-itu (2:2).

Kitab adalah untuk diikuti (6/155). Namun, status sebagai "ahli Kitab" tidak menjamin keimanan (3/70). Wujudnya manusia yang beriman dengan sebahagian Kitab (2/85), dan ada juga yang menulis Kitab dengan tangan mereka kemudian mereka mendakwa ia dari Allah (2/79).

Allah bersama (2/194) dan mencintai entiti-yang-bertaqwa (3/76).

Wallahualam.


Merenung

Saya merenung ragam manusia. Dunia indah jika semua manusia baik-baik. By the way di Malaysia, melihat kepada media, sebahagiaannya kontrasi kepada syurga.

Walaupun begitu it still matter. Kerana negara ini satu kumpulan. Apabila satu kampung banjir, yang mangsanya bukan satu orang. Hakikatnya, jika anda hidup di hutan seorang diri, anda dijangka mengalami kemurungan, malah ada ketikanya sesuatu perkara mendambakan pasukan untuk dijayakan. Contohnya bola sepak.

Saya merenung, bagaimana untuk mendapatkan syurga dunia. Di dalam al-Quran disebut tentang muttaqin. Itu jawapannya. Jika sebuah negara semua penduduknya muttaqin, saya tidak perlu risau untuk mengelak dari termakan makanan haram dari kedai di tepi jalan. Realitinya taqwa tidak dipaksikan kepada bangsa keturunan tertentu, mahupun geografik tertentu. Di sebuah lokasi ada jatuh bangunnya iman manusia di situ. By the way, jika musyrikin yang menjual ayam goreng yang dicelup plastik, bagaimana mu'min ingin mengenal antara ayam goreng yang baik dengan ayam goreng berisiko kanser.

1) Orang baik

Dengan menjadi baik, mereka sebenarnya bekerjasama. Oleh kerana mereka berperilaku baik, anda dapat pergi membeli-belah dengan aman. Walaupun jika mereka tidak menghulur wang atau senyuman, tetapi dengan menghormati hak anda, mereka bekerjasama dalam kebaikan. Perilaku sebegini tidak mengenal bangsa tertentu. Di sini masalahnya dengan golongan racist.

2) Orang jahat

Apabila semakin ramai orang jahat di sesebuah negara, saya melihat kepada pemimpinnya. Apabila semakin ramai orang baik di sesebuah negara, saya juga melihat kepada pemimpinnya. Saya dapat merasakan rakyat US lebih bijak dari Obama. Bagaimana beliau boleh menjadi presiden? :)

3) Komitmen

Komitmen yang saya lihat adalah komitmen tauhid. Saya melihat mereka yang berkomitmen tauhid umpama berlian. Ini tidak bermakna pendapat kami serupa 100%, tetapi cenderung kepada direksi yang sama.

Dalam erti kata lain, kehadiran mereka membantu saya mendapatkan makanan halal secara langsung atau tidak langsung. Jika anda mempunyai kedai makan, it's easy untuk menggunakan bad trick dalam masakan, seperti isu kebersihan.

4) Jenama

Ada banyak jenama dalam masyarakat. Namun bak kata omputeh; "Don't judge a book by its cover". Jika anda ingin mendabik dada dengan gelaran sunni, dan memakai jubah 16 jam sehari, tetapi saya melihat akhlak anda melepasi senyuman anda. Saya lebih prefer manusia yang bermasam muka dengan saya dari manusia yang menipu.

5) Masjid

Tempat persinggahan kencing atau berak. Apabila imam lebih suka perhambakan diri kepada Kerajaan berbanding perhambakan diri kepada Allah, ini memberi persepsi kepada saya terhadap masjid itu.

6) Majoriti atau minoriti?

Poin utama saya dalam coretan ini adalah berkenaan pasukan. Majoriti tidak menjamin kebenaran. Jumlah ahli juga tidak menjamin kebenaran. Ini antara kelemahan sistem demokrasi. Anda menang dunia, tetapi tidak menjamin kebenaran.

Wallahualam.

Monday 9 December 2013

2:1

الم
Alif Lam Meem (2:1).

Secara hipotesis, jika ia dibaca sebagai "Alam", ia boleh menjadi maksud "adakah tidak" (94/1), memberi penekanan mengiyakan ayat yang berikut iaitu 2/2.

Jika hipotesis itu dikecualikan, maka hanya ada 6 kalimah ini dalam al-Quran (2/1, 3/1, 29/1, 30/1, 31/1, 32/1) semuanya bermula pada ayat pertama surah.

Wallahualam.

1:7

صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين
Laluan entiti-itu-yang Engkau nikmatkan atas mereka bukan kemurkaan itu atas mereka dan bukan pesesat-pesesat itu (1:7).

Laluan terbahagi kepada tiga kategori;

1) Laluan Mustaqim (1/6)
2) Laluan sawi (19/43)
3) Laluan Jahim (37/23)

Wallahualam.


Sunday 8 December 2013

Wang

Perkara yang berpengaruh. Saya mahu menulis tentang benda ini. Di sini saya kisahkan dua kisah;

1) Ahmad, Wang dan Cinta

Ahmad, namanya cantik. Harapan ibunya memberi nama ini dengan harapan anaknya menjadi seorang yang terpuji. Umurnya sekarang 14 tahun. Bukan dari keluarga yang mewah. Suatu hari Ahmad ke bandar.

"Wangi sungguh bau Sampoerna itu." Bisiknya. Itu adalah kepulan zarah dari hembusan Ali, seorang rakannya. Ali tidak pernah mengatakan dia menganut fahaman Syiah.

"Nah, cubalah", kata Ali sambil menghulurkan batang yang masih panas. Terbatuk-batuk Ahmad dibuatnya.

"Mula-mula memang macam itu", kata Ali. Sejak itu Ahmad menemui cinta baru. Jika sebelum ini, rakan sekelasnya di sekolah rendah, Fatim, menolak cintanya, sekarang dia menemui cinta yang baru. Sebelum pulang ke rumah, Ahmad sempat membelikan dua kotak cintanya. Sebagai bekalan, katanya.

Sekarang, Ahmad, seorang pencinta batang, dengan tanggungan kos cinta lebih kurang RM40 sebulan tidak termasuk kos pengangkutan menaiki bas ke bandar.

2) Ahmad, Wang dan Cinta versi kedua

Ahmad, namanya cantik. Harapan ibunya memberi nama ini dengan harapan anaknya menjadi seorang yang terpuji. Umurnya sekarang 14 tahun. Bukan dari keluarga yang mewah. Suatu hari Ahmad ke bandar.

Seakan tidak percaya, Ahmad menemui Fatim, cinta lamanya ketika dia masih bersekolah rendah.

"Hai." Teguran Ahmad itu dibalas senyuman oleh Fatim. Bagai langkah kanan, hari itu hari bersejarah baginya. Fatim akhirnya sudi menjadi teman wanitanya. Benarlah kata pepatah, bisik Ahmad, bahawa "Usaha tangga kejayaan". Selepas dua kali lamarannya ditolak ketika di sekolah rendah, cubaannya ketiga membawa hasil.

"Ali, aku ada hal. Lain kalilah kita bertemu, ya?", sms Ahmad kepada rakannya yang mengajaknya bertemu. Ahmad membuat keputusan untuk mengubah tentatif aktiviti. Ini soal kebahagian dan masa depan, katanya.

Sekarang, Ahmad, seorang pencinta wanita, dengan tanggungan kos cinta lebih kurang RM40 sebulan belanja Fatim makan di KFC tidak termasuk kos pengangkutan menaiki bas ke bandar.

Wallahualam.

Friday 6 December 2013

1:6

اهدنا الصراط المستقيم
Pandukanlah kami laluan yang lurus itu (1:6).

1/5 menerangkan "etika" doa bagi 1/6;

1) Mengabdikan-diri kepada Allah
2) Meminta-pertolongan-kepada Allah

Apabila dua kriteria ini disemati, kemudian disusuli doa bagi "laluan yang lurus". Dalam erti kata lain, goal setting, kemudian disusuli request.

Laluan yang lurus adalah untuk diikuti (6/153). Allah memandukan ke laluan yang lurus bagi siapa yang Dia sesuatukan (10/25).

Wallahualam.

Monday 2 December 2013

Masjid

Kalimah masjid bermaksud "tempat sujud". Hari ini samada penganut Sunni, Syiah mahupun Ahmadiyyah membina banyak bangunan yang digelar sebagai "masjid".

1) Jenis masjid

Masjid antaranya terdiri kepada masjid dhiror (9/107) dan masjid Allah (2/114).

2) Masjid dhiror

Ciri-ciri masjid dhiror seperti berikut (9/107);

- Kekufuran
- Memecahbelah antara orang beriman
- Stesen memerangi Allah dan RasulNya

3) Masjid Allah

Ciri-ciri masjid Allah adalah penzikiran padanya nama Allah (2/114).

Al-Quran menerangkan ciri-ciri berikut sebagai yang mengumur masjid Allah (9/18);

- Beriman dengan Allah
- Beriman dengan hari Akhirat
- Aqim Solat
- Datang Zakat
- Tidak merasa-khasyat kecuali-kepada Allah

4) Larangan aqim di masjid

Orang yang beriman dilarang aqim di masjid dhiror selamanya (9/107-108).

5) Suruhan aqim di masjid

Orang yang beriman diseru aqim di masjid yang berasaskan taqwa (9/108).

6) Ciri-ciri penghuni masjid Allah

Penghuni masjid Allah mencintai untuk membersih (9/108).

7) Larangan di masjid

Orang yang beriman dilarang memanggil bersama Allah walau-satu (72/18) di masjid.

Wallahualam.