Sunday 24 November 2013

Hukuman Rejam Sampai Mati Bhg. V

"Bagaimana hendak menunaikan Zakat, Solat, Haji?"

Ini umpama persoalan yang dikemukakan oleh penganut Sunni.

Perhatikan kitaran ideologi berikut;

Apabila tolak hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina --> maka tolak hadis --> jika tanpa hadis, bagaimana untuk Solat?

Persoalan itu bagus. Yang tidak bagusnya apabila memberi "seribu" alasan untuk menolak Haq. Maksud saya, kita masih boleh sembahyang lima waktu walaupun tolak hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina. Jika Mahathir boleh melakukannya, kenapa anda tidak boleh?

Maksud anda, anda tak boleh sembahyang jika menolak hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina? Maka alasan itu tidak relevan. Ini mengingatkan saya tentang sirah Musa, apabila baginda memberitahu kaumnya bahawa Allah menyuruh mereka menyembelih Baqarah (2/67), lalu kaum baginda bertanyakan keperincian (2/68-70).

Namun bukan persoalan keperincian itu yang tidak bagus, akan tetapi penolakan Haq itu yang tidak bagus. Perhatikan 2/71;

Sekarang kamu datang dengan Haq (2/71).

Lihat kaum Musa. Ketika Musa memberitahu mereka pada awalnya (2/68), mereka tidak berkata "Sekarang kamu datang dengan Haq".

Perintah Allah dalam 2/68 ketika itu sudah terperinci. Namun gara-gara ketidakpuasan kaum Musa, keperincian itu menjadi semakin komplikated, sampai satu tahap, baru kaum Musa menerima ia sebagai Haq.

Wallahualam.

Thursday 21 November 2013

Baghtat

Baghtat bermaksud "tiba-tiba", yang-mana Saat datang secara tiba-tiba;

Apabila datang kepada mereka Saat baghtat (6/31).

Atau ia datang-kepada mereka Saat baghtat (12/107).

Sehingga datang-kepada mereka Saat baghtat (22/55).

Wallahualam.


Tuesday 19 November 2013

Koranik Band


Hai. Saya ingin menubuhkan band. Jiwa saya bukan nyanyian, mahupun persembahan. Jiwa saya penulisan lagu. Oleh itu, saya mengimpikan sebuah band memainkan karya-karya saya. Tapi, saya meletakkan syarat seperti berikut;

1) Perlembagaan band adalah al-Quran
2) Bukan perokok

Syarat pertama adalah sesuai jika anda bercita-cita untuk menjadi orang yang bertaqwa. Dalam erti kata lain, serius dengan Deen. Rasionalnya, jika ahli band berzina sesama sendiri, saya akan kecewa dengan penubuhan band ini. Mari mengaji al-Quran. :)

Syarat kedua pula, untuk kebaikan anda juga. Lebih baik anda simpan bajet rokok itu kepada bajet membeli gitar baru, sebagai contoh. Bak pepatah Melayu, lama-lama jadi bukit. Dalam bab merokok, lama-lama paru-paru anda jadi hitam.

Jika passion anda adalah persembahan muzik, walaupun anda belum mahir, itu bisa dilatih. Jika anda berminat, boleh hubungi saya. Saya tinggal di Kelantan buat masa sekarang.

Lagu yang akan dimainkan;

1) Wow http://youtu.be/eNfd522tW38
2) Itu Adalah Kamu http://youtu.be/bE_SasOOL-o
3) Babycute http://youtu.be/KJdUULbfArA
4) Rindu Sama Kamu

Lagu yang ke-empat saya belum lagi publish demonya. Kita fokus kepada 4 lagu ini dahulu. Maka posisi yang dicari adalah;

1) Penyanyi
2) Pemain Gitar
3) Pemain Bass
4)Pemain Papan Kunci
5) Pemain Drum

Jika anda masih bersekolah, itu bagus. Band ini tak mengenal anda masih bersekolah atau anda tidak pernah ke sekolah. Band ini melihat passion anda. Sudah bersedia untuk ke medan? Hubungi saya 014-5157861. Anda juga boleh hubungi di fesbuk saya. :)

Wallahualam.

Sunday 17 November 2013

1:5

إياك نعبد وإياك نستعين
Pada Engkau kami mengabdikan-diri dan pada Engkau kami meminta-pertolongan (1:5).

"Mengabdikan-diri" kata kerja pertama dalam al-Quran, yang mana ia patut dilakukan oleh manusia (2/21). Namun begitu, suruhan untuk tidak mensyirikkan Allah adalah kepada orang yang beriman (4/36).

Pengabdian-diri kepada Allah inilah laluan yang lurus (19/36), namun manusia khilaf tentangnya (19/37). Manakala orang-kafir mengabdikan-diri kepada selain Allah (109/2).

Meminta-tolong kepada Allah hendaklah dengan kesabaran dan Solat (2/45, 2/153).

Wallahualam.

1:4

مالك يوم الدين
Pemilik hari deen itu (1:4).

Di dunia manusia memiliki. Dan hawa memiliki menjadi modal bisikan Iblis (20/120) bagi mempengaruhi Adam untuk derhaka (20/121).

Namun di hari Deen, nafs tidak memiliki nafs yang lain (82/19), Allah jua memiliki hari Deen (1/4).

Wallahualam.

1:3

الرحمن الرحيم
Rahman itu Rahim itu (1:3).

Repetasi adalah salah satu dari ciri zikr. Ini menunjukkan manusia perlu diperingatkan secara berulang-ulang untuk mencapai optimum.

Dada manusia menghadapi ancaman bisikan was-was (114/5). Repetasi antara solusi bagi masalah ini.

Ia juga menunjukan empasis. Perhatikan kes 55/13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, 77.

Wallahualam.

Tuesday 12 November 2013

1:2

الحمد لله رب العالمين
Pujian itu bagi Allah Rabb alam-alam itu (1:2).


Pujian sepatutnya kepada apa yang dilakukan (3/188). Dalam erti kata lain, apa yang Allah lakukan adalah terpuji.

Muhammad menjadi simbol bagaimana basyar (18/110) mengikut panduan (2/38) Hamid, manakala bagi Ribbiyun (3/146) pula bagaimana basyar mengikut panduan Rabb.

Wallahualam.

1:1

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Rahman itu Rahim itu (1:1).

Ayat pertama al-Quran. Ini mengingatkan saya kepada 96/1;

Kamu qaralah, dengan nama Rabb kamu yang-mana Dia cipta (96:1).

Maka qara bukan sekadar qara, tetapi qara dengan nama Rabb.

Kemudian pada awal bacaan lain terdapat kembar 1/1 sebagai peringatan. Ini membawa khilaf kepada persoalan samada 8/ dan 9/ itu satu surah atau tidak memandangkan 9/ tiada 9/0.

Maka oleh itu, kelihatan peringatan 1/1 lebih repetatif berbanding 16/98 kerana dikembarkan dengan 2/0, 3/0 dan seterusnya. Apapun kewujudan kembar-kembar itu telah-dijadikan asas kepada pengasingan surah secara tradisinya. Jika tidak nanti lebih besar probabiliti logikal datangnya pendapat bahawa 1/1 hingga 114/6 itu satu "surah".

96/1 dan 1/1 menjadi simbolik kepada sirah Adam dimana baginda diajarkan nama-nama (2/31). Dari peristiwa itu, Adam menjadi lebih berilmu dari Malaikat dalam hal tertentu (2/32).

Berbeza dengan isu pasangan antara "Rahim" dan "Ghofur" (34/2), tiada ayat yang mendahulukan kalimah "Rahim" apabila dipasangankan dengan "Rahman".

Wallahualam.

Sunday 10 November 2013

Bal


Bal adalah nama bagi sebuah berhala;

Adakah kamu memanggil Bal dan kamu meninggalkan sebaik Pencipta-Pencipta (37:125).

Wallahualam.

Baudat


Baudat bermaksud "nyamuk";

Sesungguhnya Allah tidak memalu untuk mengemukakan misal apa baudat maka apa kedudukan-atas-dari nya (2/26).

Wallahualam.

Bair

Bair adalah "haiwan-tanggungan" lazimnya mempunyai tapak kaki hoof;

Dan kami meningkatkan ukuran bair (12/65).

Dan bagi siapa datang dengannya tanggungan bair (12/72).

Wallahualam.

Bud

Bud bermaksud "jarakan";

Dan ia dikatakan;"Bud bagi kaum penzalim" (11/44).

Bud bagi Ad kaum Hud (11/60).

Bud bagi Samud (11/68).

Bud bagi Madyan seperti-apa ia bud Samud (11/95).

Maka bud  bagi kaum penzalim (23/41).

Maka bud bagi kaum yang-tidak-beriman (23/44).

Bud musyrikin (43/38).

Wallahualam.

Wednesday 6 November 2013

Ulul Albab dan Muqallid


Alkisah dua orang pemuda bernama Ulul Albab dan Muqallid. Mereka berdua menghadiri satu ceramah di masjid oleh seorang ustaz bernama Azhar Idrus. Ceramah pada malam itu bertajuk "Operasi tambah".

Di ceramah itu berkenaan tiga isu seperti berikut;

1 + 2 = ?
2 + 3 = ?
3 + 4 = ?

Lalu si ustaz memberi jawapan berikut;

1 + 2 = 3
2 + 3 = 4
3 + 4 = 5

Ulul Albab dan Muqallid masing-masing belum pandai mengira. Sebab itu mereka ke ceramah itu. Kata mereka, mereka ke sana bukan untuk berhibur saja. Tapi untuk ilmu juga.

Muqallid menggenggam erat nota ceramah itu. katanya, ia jalan ke Syurga. Manakala Ulul Albab, berijtihad pada nota asal menjadi seperti berikut;

1 + 2 = X
2 + 3 = Y
3 + 4 = Z

Katanya, dia belum cukup faham mazhab Azhar Idrus, dan ingin mendengar pendapat dari mazhab Shafie juga.

Pada malam keesokannya, giliran Ustaz Shafie pula. Ustaz ini menjadikan buku tulisannya sebagai modal pengajaran pada malam itu. Buku itu bertajuk "Ar-Risalah".

4 + 2 = 3
3 + 1 = 4
2 + 3 = 5

Muqalllid terkejut dengan jawapan Ustaz Shafie. Katanya, Ustaz Shafie terkeluar dari aqidah. Ahlul Albab bertanya, kenapa?

Muqallid berkata sepatutnya 1 + 2 = 3, bukan 4 + 2 = 3. Muqallid berpendapat Ustaz Shafie patut dihukum bunuh atas kesalahan murtad kerana terkeluar dari jemaah.

Ulul Albab kemudian pulang ke rumah. Dia mengumpul nota ceramahnya seperti berikut;

1 + 2 =  X
2 + 3 = Y
3 + 4 = Z

4 + 2 = X
3 + 1 = Y
2 + 3 = Z

Kemudian dia tadabbur nota-nota ceramah itu selama dua jam, lalu mendapat hasil berikut;

1 + 2 =  X
2 + X = Y
X + Y = Z

Y + 2 = X
X + 1 = Y
2 + X = Z

Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk. Nampaknya isterinya telah pulang. Isterinya bernama Ariji. Nama isterinya memang pelik tetapi unik.

"Sayang, boleh sayang bantu abang tak?"

"Boleh, saya kan isteri yang maskulin."

Lalu isterinya merenung nota-nota ceramah itu. 30 minit kemudian, isterinya mendapat hasil seperti berikut;

1 + 2 =  X
2 + (1 + 2) = Y
(1 + 2) + Y = Z

Y + 2 = (1 + 2)
(1 + 2) + 1 = Y
2 + (1 + 2) = Z

"Abang, sayang sudah mengantuk. Abang sambunglah kajian ini. Tadi di kedai, saya ada beli nota Skripjava. Cuba abang lihat nota itu, mungkin dapat membantu."

Ulul Albab teruja dengan nota Skripjava itu.

"Nota ini telah mendedahkan kelemahan Mazhab Azhar Idrus dan Shafie!"

Isterinya membeli Skripjava kerana mahu menukar ciri maskulin kepada feminin. Tetapi, apa salahnya jika nota itu digunakan untuk penyelesaian operasi tambah, fikirnya.

Hasil dari panduan nota Skripjava, Ulul Albab telah mendapat hasil berikut, lalu tertidur kerana terlalu mengantuk;

1 + 2 =  X
2 + (1 + 2) ≠ Y =  (1 + 2) + 1
(1 + 2) + Y ≠ Z  = 2 + (1 + 2)

Pagi keesokannya, Ulul Albab mendapat berita bahawa Ustaz Shafie telah dipancung atas tuduhan kesalahan murtad.