Monday 31 December 2012

Aku Bukan Siapa Bhg. IV

Saya sangat suka lagu ini. Lagunya pendek. Chorus diulang sekali saja. Tetapi endingnya umpama Chorus 2. Ia seperti sebiji coklat yang kecil tetapi lazat, kalau nak sila beli lagi.

Yang penting lagu ini dari jiwa saya. Dan saya boleh menyanyikannya kerana ia sesuai dengan range vokal saya. Anda dialu-alukan untuk menyanyi lagu ini. Tapi anda kena perhatikan liriknya; "Aku lelaki masih bujang". Takut nanti bini anda salah faham. :)

Video ini adalah versi minus one. Untuk kita berkaraoke.



Wallahualam.

Fatim Bhg. IV

Fatim datang lagi. Kali ini dengan minus one. Ini sebagai inisiatif kepada manusia untuk praktis lagu ini, termasuk diri saya.

Melodi lagu ini cukup kuat untuk sekadar didampingi susunan lagu yang simple. Namun instrumental bridge ia penting, saya anggap ia patut kekal walau jika susunan genre diubah.

Masa untuk praktis dan hafal lirik.



Wallahualam.

She Loves Me Not

Saya mula menulis lagu ini pada penggal kedua tahun 2005. Kemudian siap susunan chordnya pada tahun 2008. Liriknya pula pada bahagian chorus, bermula pada tahun 2005. Lirik di bahagian verse pula, baru disiapkan, setelah ditukar beberapa kali. Tajuknya pula saya decide pada tahun 2008.

Menulis lirik lagu cinta memerlukan pengalaman bercinta untuk menjiwainya. Mungkin kerana saya kurang dari segi pengalaman itu, itu yang menyebabkan saya baru dapat siapkan liriknya?

Lirik pada chorus lagu ini adalah bersifat "asalan", iaitu ia ditulis cenderung seiring dikala saya mendapat ilham melodi. Manakala pada versenya, sebahagiannya sahaja dari yang dulu. Kemudian saya imbas kembali rasa saya ketika dahulu, untuk menyiapkan binaan lirik pada verse itu.

Chorus lagu ini saya nyanyikan di temuduga kursus komposisi muzik pada tahun 2006, di hadapan Encik Shukor dan Pak Yus. Saya terpaksa untuk menyanyi ketika itu.

Lagu ini sangat istimewa pada saya. Priceless. Kerana ia jujur dari jiwa. Saya juga telah perbaiki sekali lagi karya ini dari segi susunan dan velocity.

Sudah lama saya terfikir untuk mengeluarkan produk minus one. ia berguna untuk sesi latihan dan persembahan. Siapa yang patut memajukan karya kalau bukan penulis lagu itu sendiri.

Berikut liriknya;

Lagu: She Loves Me Not
Pencipta: Ariji
Penulis Lirik: Ariji

Faezah, do you know that I'm looking for you
Faezah, do you know that I've been missing you 
Faezah, where are you, I long for you baby
Faezah Faezah (oh Faezah)

Every time when we meet each other
You will smile and look at me
Oh your eyes are so beautiful
Do you really like me


Wallahualam.

Thursday 27 December 2012

Rokok

Kerajaan harus mengenakan polisi yang lebih ketat terhadap pengeluaran rokok. Apakah nilai keuntungan cukai yang diperolehi kerajaan dari bisnes rokok jika dibandingkan dengan kos perubatan yang ditanggung rakyat bagi merawat penyakit-penyakit yang disokong dari penyalahgunaan tembakau.

Antara pihak yang berkepentingan dalam industri rokok adalah pelabur. Pelabur boleh dibahagikan kepada dua kategori;

1) Untung kewangan individu adalah nombor satu
2) Untung lain diambil kira seperti kesejahteraan rakyat

Kerajaan juga digesa untuk memberi peruntukan subsidi dalam pemberhentian tabiat penyalahgunaan tembakau kepada rakyat. Hasil cukai dari bisnes rokok boleh dijadikan rujukan bagi ukuran peruntukan ini.

Wahai manusia, makanlah dari apa di Bumi yang halal toyyib, dan janganlah ikut langkah Setan, sesungguhnya dia bagi kamu musuh yang nyata (2:168).

Dikala pihak kerajaan berkempen makanan halal untuk muslim, hakikatnya 2/168 menyebut "Wahai manusia", iaitu merangkumi golongan munafiq, musyrik, dan kafir jua. Kalimah "toyyib" dalam 2/168 adalah kritikal, kerana isu yang dimaksudkan dalam 2/168 adalah berkenaan "bukan sekadar halal". Ini disokong dalam 23/51;

Makanlah dari toyyib (23/51).

Untuk mencapai "toyyib" ini, ia melibatkan persoalan kaedah pemakanan, sebagaimana diterangkan dalam 7/31;

Dan kamu makanlah dan kamu minumlah dan janganlah kamu berlebihan (7/31).

Wallahualam.

Wednesday 5 December 2012

Imma

Imma adalah partikel yang bermaksud "samada";

Sesungguhnya kami hidayahkannya jalan itu imma syukuran dan imma kufuran (76:3).

Wallahualam.

Amma

Amma adalah partikel bermaksud 'bagi';

Maka amma orang yang beriman maka mereka mengetahui sesungguhnya ia Kebenaran dari Rabb mereka dan amma orang yang mengufur maka mereka berkata; "Apakah mahu Allah dengan ini misal? Dia menyesat dengannya banyak dan menghidayah dengannya banyak dan tidak dia menyesat dengannya kecuali orang-fasiq (2/26).

Wallahualam.