Sunday 24 June 2012

Ashir

Ashir bermaksud 'angkuh'.

"Telah ditemukan Zikr atasnya dari antara kita, bahkan-tidak, dia penipu yang ashir". Mereka akan-mengetahui siapa itu penipu yang ashir. (54:25-26).

Wallahualam.

Saturday 23 June 2012

Uswat

Uswat bermaksud 'ikutan'. Salah faham bagi takrif 'uswat' dalam konteks 33/21 boleh membawa kepada konsep 'Sunnah Nabi' dalam erti fizikal semata, padahal si ustaz pergi ke pejabat dengan menaiki Volvo, bukan dengan menaiki unta, walaupun berpegang pada 'sunnah', jika katanya.

Atau si ustaz melabel orang lain sebagai 'anti-sunnah', sedangkan dia sedang bercakap dalam bahasa Melayu?

Pasti-sesungguhnya adalah bagi kamu pada Rasul Allah uswat bagi siapa yang mengharapkan Allah dan hari Akhirat dan yang ingat Allah banyaknya (33:21).

Golongan yang tidak menepati 3 ciri yang diterangkan dalam 33/21, maka pada Rasul Allah bukan uswat bagi mereka, walaupun jika mereka berjubah dari leher hingga ke buku lali. Uswat boleh merujuk kepada Ibrahim jua;

Sesungguhnya adalah bagi kamu uswat yang-baik pada Ibrahim dan yang bersamanya apabila mereka berkata pada kaum mereka; "Sesungguhnya kami berlepas-diri dari kamu dan dari apa yang kamu ibadatkan dari selain Allah, kami kufur dengan kamu dan yang muncul antara kita dan antara kamu ketidak-sukaan dan kebencian selamanya sehingga kamu beriman dengan Allah satuNya (60/4).

Mari pula perhatikan 60/6;

Pasti-sesungguhnya bagi kamu pada mereka uswat yang-baik bagi siapa yang mengharapkan Allah dan hari Akhirat dan siapa berpaling maka sesungguhnya Allah, Dia Kaya dan Terpuji. (60:6).

 'Mereka' dalam 60/6 merujuk kepada 'Ibrahim dan yang bersama Ibrahim' dalam 60/4.

Wallahualam.

Tuesday 19 June 2012

Asin

Asin bermaksud 'berubah kepada buruk' atau 'basi'.

Misal jannah yang-mana dijanjikan-kepada orang yang bertaqwa padanya sungai dari air yang-tidak asin (47/15).

Sunday 17 June 2012

Ismail

Apabila Allah jadikan Bait model bagi manusia dan keamanan, Allah kontrakkan kepada Ibrahim dan Ismail; "Bersihkanlah Bait Aku bagi yang melawat, setia, rukuk dan sujud (2/125). Dan apabila Ibrahim merafa' kedudukan dari Bait dan Ismail;" Rabb kami, terimalah dari kami sesungguhnya Engkau, Engkau Mendengar dan Alim" (2:127).

Sesungguhnya Ismail siddiq pada janji dan dia adalah Rasul, Nabi. Dan dia menyuruh ahlinya dengan Solat dan Zakat dan dia di-sisi Rabb nya diredhai (19/55). Ismail adalah dari kalangan penyabar (21/85) dan dari kalangan lebih-baik (38/48).

Ibrahim berkata; "Pujian bagi Allah  yang menganugerahkan aku atas ketuaan, Ismail dan Ishak, sesungguhnya Rabb ku pasti Mendengar doa" (14/39).

Wallahualam.

Saturday 9 June 2012

Asaf

Asaf bermaksud 'kekecewaan'.

Maka apabila mereka cuba-mengasafkan Kami, Kami naqim dari mereka, dan Kami tenggelamkan mereka semuanya (43:55).

Golongan yang tidak beriman dengan Kitab, boleh mengecewakan penganzar (18/6), di mana penganzar boleh terdiri dari Nabi jua (7/150, 20/86).

Wallahualam.

Tuesday 5 June 2012

Tadabbur Bhg. II

Bagi penubuhan GTQ, maka kalimah 'tadabbur' dalam bahasa Melayu harus didefinasikan secara kritikal. Dalam coretan ini, kalimah 'tadabbur' dipaksikan kepada bahasa Melayu.

Kalimah 'tadabbur', dipinjam dari bahasa Arab, iaitu 'tadabbur', kata akarnya adalah 'dabara'. 'Dabara' bermaksud 'mengikut dari belakang' atau 'membawa bersama'.

Kalimah 'dibrah', iaitu bersifat antonim bagi 'qiblah'. Dalam keadaan al-Quran mengadap ke arah qiblah, maka perilaku 'mengikut dari arah belakang al-Quran' boleh dikenali sebagai 'tadabbur al-Quran'.

Kata akar itu juga membawa unsur maksud 'yang akhir', menerangkan bahawa 'tadabbur Quran' ini prosesnya dari seseorang secara berperingkat, sebagai contoh mungkin bermula dengan sebilangan kecil ayat pada permulaannya, di mana lebih banyak jumlah ayat pada akhirnya.

Kalimah 'udabir' bermaksud pemutus hubungan, dalam konteks ini, menerangkan ada hubungan tertentu yang diputuskan apabila 'tadabbur al-Quran'.

Kalimah 'tadbir' dalam bahasa Melayu dipinjam dari kata akar ini. Dalam konteks ini, tadabbur al-Quran boleh membawa maksud 'menjadikan al-Quran sebagai asas pentadbiran'.

Manakala kalimah 'tadabbur' itu sendiri didefinasikan sebagai 'meneliti-memikir', iaitu perilaku yang dilakukan untuk 'mengikut al-Quran dari arah belakang'.

Adakah anda expect untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan dengan tanpa 'meneliti-memikir' arahan soalan?

Berikut adalah adalah visi, misi dan objektif GTQ setakat ini;

1) Visi

Untuk tadabbur setiap kalimah dalam al-Quran secara komprehensif.

2) Misi

Memberi ruang dan peluang kepada manusia samada ahli team atau bukan ahli terutamanya di penempatan orang berbahasa Melayu seperti Malaysia, untuk menyuara, mendengar, berkongsi dan berdiskusi pendapat atau analisis mengenai al-Quran secara matang supaya menambah ilmu mengenai al-Quran dari masa ke semasa dengan berimejkan muslim.

3) Objektif

- Mengadakan aktiviti interaktif dua-hala seperti pembentangan, sesi soal jawab, dan debat mengenai al-Quran secara maya atau bukan-maya.

- Mengutamakan kaedah QbQ dalam memahami maksud sesuatu kalimah dalam al-Quran.

- Memberi penekanan terhadap Bahasa Arab al-Quran.

- Mempraktiskan nilai-nilai murni al-Quran dalam aktiviti seharian.

Wallahualam.

Monday 4 June 2012

Assas

Assas bermaksud 'asas'.

Jangan kamu aqim padanya selamanya, pasti masjid assas atas ketaqwaan dari awal hari lebih haq bagi kamu aqim padanya rijal yang mencintai untuk membersih dan Allah cintakan orang yang membersih (9/108).

9/107-108 menerangkan persoalan dasar penubuhan masjid. Masjid yang berasaskan ketaqwaan, ahlinya adalah golongan yang cenderung untuk membersih.

Adakah maka siapa telah-assas binaannya atas taqwa dari Allah dan keredhaan lebih-baik atau siapa telah-assas binaannya atas pinggir hurf maka roboh dengannya di Neraka jahannam dan Allah tidak menghidayahkan qaum yang zalim (9:109).

Wallahualam.