Saturday 25 June 2011

Athl

Athl adalah nama bagi sejenis tumbuhan.

Dan Kami menukar dua taman mereka kepada dua taman buahan buruk, athl, dan sesuatu dari hasil-tuaian yang sedikit (34/16).

Friday 24 June 2011

Athara

Athara adalah kata kerja bermaksud cenderung.

Dia athara dengan kehidupan dunia (79/38).

Apabila kita ada dua halatuju, iaitu dunia dan akhirat, salah satu dari keduanya kita lebih cenderung, samada cenderung kepada dunia atau akhirat.

Begitu juga dengan ajaran dari Rasul, diteruskan dengan Rasul lain yang datang kemudian. Ajaran dari Rasul-rasul ini cenderung ke arah yang sama.

Kecenderungan ke halatuju tertentu meninggalkan 'bekas tapak kaki', yang mana menjadi ikutan dari orang yang terkemudian.

"Sesungguhnya kami mendapati nenek-moyang kami mengikut sistem-pimpinan tertentu, dan sesungguhnya kami atas athar mereka ikutan" (43/23).

Wallahualam.

Abdullah Yasin


Tuesday 21 June 2011

Quromantic

Harapan baru kepada saya untuk mendapatkan teman hidup dari kalangan ahli Quran, sila rujuk; http://www.quromantic.com/.

Boleh jadi bukan semuanya ahli Quran, namun sekurang-kurangnya ia cenderung ke arah itu. Lebih-lebih lagi ia global. Saya bukan kisah sangat tentang geografik dalam mencari teman hidup. Jika jodoh saya orang Norway, apa salahnya. Tapi mungkin bukan Marit Larsen, kerana dia Kristian.

Apapun, usaha tangga kerajaan. Harap dapat bertemu dengan beberapa ahli-Quran di sana walaupun jika bukan ke arah pernikahan. Berkawan biasa pun apa salahnya.

Wallahualam.

Kalau Cinta


Lagu 'Kalau Cinta' gubahan Panji, memberi saya rasa keindahan bercinta dengan makhluk. Nampaknya saya tidak perlu bercinta dengan makhluk secara realiti untuk merasai keindahan bercinta?

Begitu romantik. Tahniah Panji. Lagu gubahan kamu memberi saya keindahan.

Dan janganlah kamu bernikah dengan perempuan-perempuan musyrik sehinggalah mereka beriman. Bagi seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada seorang perempuan musyrik walaupun jika dia membuatkan kamu tertarik. Dan janganlah kamu bernikah dengan lelaki-lelaki musyrik sebelum mereka beriman. Bagi seorang hamba lelaki yang beriman itu lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun dia membuatkan kamu tertarik. Yang itu mengajak ke neraka, sedangkan Allah mengajak ke Syurga dan keampunan dengan izinNya. Dia menjelaskan ayat-ayatNya kepada umat manusia, supaya mereka beringat (2:221).

Ayat ini menerangkan hidup single lebih baik dari bernikah dengan si musyrik.

"Couple adalah haram."

Kata rakan saya berkenaan isu couple. Ini adalah ajaran Sunni. Haram bercouple, tapi penganut Sunni jua yang ramai bercouple.

Couple, definisi saya, lebih kurang dengan bertunang, cuma, couple cenderung kepada tidak semestinya melibatkan campurtangan orang tua.

Perempuan jahat untuk lelaki jahat dan lelaki jahat untuk perempuan jahat, dan perempuan baik untuk lelaki baik dan lelaki baik untuk perempuan baik (24/26).

Seorang lelaki yang meminta untuk berzina, kemudian pasangannya mengizinkannya dan mereka melakukannya, ini antara contoh perempuan jahat untuk lelaki jahat. 'Jahat' dalam ayat ini perlu dilihat dari perspektif al-Quran.

Namun, jika ada tiga perempuan baik, dan empat lelaki baik, seorang lelaki terpaksa single jua. Maka saya tidak hairan jika saya single, boleh jadi saya lelaki yang terpaksa single itu.

Jika perempuan baik bertemu dengan lelaki baik sekalipun, mungkin serasi untuk berkawan, tetapi belum tentu serasi untuk hidup bersama.

Saya berimpian untuk menggubah lagu yang hebat seperti lagu 'Kalau Cinta' ini. Untuk ini, saya memerlukan kolaborasi, atau dikenali sebagai menjadi produser yang serius. Apapun, ia bermula daripada songwriting jua.

Bagaimana seorang komposer single untuk menggubah lagu romantik berprofail tinggi seperti lagu ini? Ingin jua saya tahu, siapakah buah hati Panji. Atau dia menggubah lagu ini tanpa buah hati?

Namun, lirik lagu ini melepasi batas memuja makhluk, yang mana saya hindari apabila menulis lirik.

"Seluruh jiwaku hanya dirimu yang aku mahu."

Wallahualam.

Monday 20 June 2011

Athath

Athath adalah kata nama bermaksud barangan.

Dan dari bulu-binatang-ternakannya dan bulu-mamalianya dan rambutnya athath dan barangan-kegunaan ke suatu-masa (16/80).

Dan berapa banyak Kami musnahkan sebelum kamu dari generasi mereka lebih baik athath dan pengaruh (19/74).

Wallahualam.

Zakir Naik



"Death penalty is not the standard rule for any muslim who changes his faith to any other religion."

Yang membawa maksud;

"Hukuman bunuh adalah bukan undang-undang berpiawai bagi mana-mana muslim yang menukar akidahnya kepada agama lain."

Alhamdulillah. Zakir Naik yang banyak mengkaji al-Quran membuat kenyataan begini, seterusnya menolak salah satu ajaran Sunni yang bercanggah dengan konsep al-Quran.

Wallahualam.

Ataya

Ataya adalah kata akar bagi aataa yang membawa maksud 'datang'. Namun, ada kalimah Arab lain yang membawa maksud 'datang' jua iaitu kalimah ja-a.

Dan apa yang aataa kamu Rasul maka terima ia dan apa yang larang darinya maka hindari (59/7).

Wahai ayahku, Sesungguhnya ja-a aku dari ilmu apa yang tidak ataa kepadamu, maka ikutlah aku pandukan kamu laluan yang betul (19/43).

Maka sudah tentu ada ruang perbezaan antara ataa dan ja-a walaupun ianya sinonim.

Walahualam.

Friday 17 June 2011

Al-Quran dan As-Sunnah

Antara perkara yang mengecewakan saya dalam ajaran Sunni adalah, penggantian 'Kitab dan Hikmah' dengan 'Quran dan Sunnah'.

Apa yang sebenarnya mereka cuba lakukan? Menukarganti kalimah al-Quran dengan kalimah lain? Atau sekadar pentafsiran?

Lihat apa yang berlaku;

Dan ingatlah nikmat Allah atas kamu dan apa yang diturunkan kepada kamu dari Kitab dan Hikmah (2/231).

Kemudian ditafsir kepada;

Dan ingatlah nikmat Allah atas kamu dan apa yang diturunkan kepada kamu dari Quran dan Sunnah (2/231 tafsir Sunni).

Perkataan Sunnah adalah kalimah Koranik, yang digunakan dalam ayat-ayat al-Quran yang lain, antaranya;

Ini adalah Sunnah Allah yang datang dari sebelum ini, dan kamu tidak akan mendapati perubahan dalam Sunnah Allah (33/62).

Maka ini adalah akar sistem dalam mazhab Sunni yang menukar pelbagai ajaran al-Quran kepada ajaran-ajaran yang bercanggah dengan konsep al-Quran seperti hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina.

Mari kita lihat wajah mangsa dari ajaran sonsang mazhab Sunni ini, siapa yang bertanggunjawab?;

Maka saya ingin meluahkan kekecewaan dengan masjid-masjid tertentu di Malaysia, yang dikenali sebagai Rumah Allah, apabila mengajar atau menyebarkan ajaran-ajaran yang bercanggah dengan konsep al-Quran, iaitu Kitab Allah itu sendiri.

Begitu juga dengan silibus pelajaran di sekolah-sekolah agama di Malaysia, yang menjunjung kalimah Islam, tetapi mengajar ajaran-ajaran yang bercanggah dengan konsep al-Quran.

Sekian dulu coretan.

Wallahualam.

Thursday 16 June 2011

Pertengahan Tahun

Tahun 2011 hanya tinggal lebih kurang separuh sahaja. Walaupun baru saja upload lagu 'Jangan Bersedih Lagi', namun di jantung ini berasa sedih.

Sedih kerana perempuan. Perempuan  banyak memberi saya ilham dalam penggubahan lagu. Namun perempuan jua antara yang menjadi faktor kesedihan dalam hidup saya.

Fatim, dia adalah girlfriend orang. Sudah tidak macam dulu lagi. Sudah tentu ada sebab kenapa lelaki lain yang lebih berjaya memikat jantungnya.

Ada seorang gadis yang ingin menghadiahkan sebuah buku kepada saya. Kami tidak pernah berjumpa. Saya telah memberikannya alamat rumah di kampung.

Dia pernah menangis kerana telah menyebabkan sesuatu berlaku kepada saya, pada pagi itu. Menangis, kerana dia sememangnya seseorang yang mudah menangis, menurut pengakuannya sendiri.

Saya harap buku itu sampai ke rumah saya. Dia seseorang yang sangat berminat tentang Islam. Ini yang saya suka tentang dirinya.

Namun, berminat pada Islam bukan bermakna taqlid dengan papan tanda 'Islam'. Lain individu mungkin lain fahamannya tentang 'Islam'. Hakikatnya, Islam dengan mazhab adalah dua perkara yang berbeza.

Penganut Sunni harus sedar tentang beberapa perkara. Bukan semua ajaran Sunni itu betul. Terang lagi bersuluh, ramai yang berjaya menjadi pengganas hasil dari pengaruh ajaran Sunni.

"Buang yang keruh, ambil yang jernih."

Kata pepatah Melayu yang ini bagus bagi saya.

Kelantan, negeri saya. Saya sayang negeri saya. Saya menyeru rakyat Kelantan agar rajin mengkaji al-Quran. Di Kelantan ada banyak sekolah tahfiz, mahupun sekolah agama. Al-Quran boleh dikatakan ada di mana-mana. Diri sendiri lah yang membuat pilihan.

Tiada kalimah 'al-Quran dan Sunnah' dalam al-Quran. Rakyat Kelantan harus ambil tahu tentang perkara ini. Bagusnya orang Kelantan kerana mereka berminat dengan kalimah 'Islam'.

Kita mahu rakyat Kelantan bukan sekadar menghafal al-Quran, tetapi kritis terhadap isi kandungannya. Konsep pembelajaran yang diajar dari al-Quran adalah 'pembelajaran secara berterusan'.

Katakanlah; "Pentadbirku, tingkatkanlah ilmu aku (20/114).

Apabila kita bercakap tentang Allah, al-Quran itu Kitab Allah. Kita harus belajar Kitab Allah secara berterusan.

Kepada si gadis buku di atas, saya menunggu awak online. Sejak beberapa hari ini saya lihat awak tidak online.

Namun, lagu 'Jangan Bersedih Lagi' itu bukan saja gubah ditujukan kepada si gadis buku itu. Saya takut ada salah faham pula.

Sekian dulu coretan.

Wallahualam.

Wednesday 15 June 2011

Jangan Bersedih Lagi



Jangan Bersedih Lagi


Penyanyi: Ariji
Pencipta: Ariji
Penulis lirik: Ariji


ingin aku
ciptakan sebuah lagu
agar dapat 
mengubati kesedihan di hatimu sayang


jangan bersedih lagi
pilunya hati ini
melihatmu berduka
sebegitu


ingin aku
nyanyikan sebuah lagu
agar dapat
menjadi penawar luka di hatimu sayang


jangan bersedih lagi
sayunya hati ini
melihatmu menangis
kesedihan


jika ada apa yang ku mampu
untuk membuatmu kembali
kembali tersenyum
kembali gembira
kembali ceria
kembali riang dan ria


jika kamu
bersedih aku pun sama
ku berharap
agar senyuman manis itu terukir lagi 


jangan bersedih lagi
aku ada di sini
menemani lukamu
sampai mati

Saturday 11 June 2011

Abaya

Abaya adalah kata akar bagi aba. Aba bermaksud engkar.

Dan apabila Kami firmankan kepada Malaikat; "Sujudlah kepada Adam." Maka mereka sujud hanya Iblis aba (20:116).

Pengenalpastian perintah Allah adalah kritikal supaya kita dapat mentaatiNya dengan baik. Ajaran agama yang dikenali sebagai 'ajaran Islam' menjadi semakin komplikated dan 'tergelincir dari landasan keretapi' apabila kitab lain selain Kitabullah dijadikan sumber perintah Allah.

Lalu terjadilah gejala seperti mengharamkan perhiasan yang Allah keluarkan untuk hambaNya. Maka dalam kes ini, siapa yang mentaati Allah? Golongan yang mengharamkan perhiasan atau golongan yang menghalalkan perhiasan?

Katakanlah; Siapakah yang mengharamkan perhiasan yang Allah keluarkan untuk hambaNya dan kebaikan dari rezeki... (7/32)

Wallahualam.

Abawa

Abawa adalah kata akar bagi aba', ab, dan abawan.

Aba' bermaksud nenek-moyang.

Dan jika mereka diberitahu; "Turutlah akan apa yang Allah telah turunkan." Mereka menjawab; "Tidak, kami akan mengikut apa yang kami dapati aba' kami lakukan..." (2/170)

Satu lumrah kepada mana-mana manusia apabila dilahirkan di mana-mana kawasan, akan disaji dengan ajaran nenek moyang setempat samada ajaran yang baik mahupun kurang baik.

Ab pula bermaksud bapa.

Dan apabila Ibrahim berkata kepada ab nya Azar; "patutkah kamu buatkan idola sebagai tuhan? Aku lihat kamu dan orang-orang kamu dalam kesesatan yang nyata" (6:74).

Abawan pula bermaksud ibubapa.

Wahai bani Adam, jangan biarkan Setan memperdayakan kamu sebagaimana dia keluarkan abawan kamu dari syurga... (7/27)

Abawan dalam ayat ini merujuk kepada Adam dan pasangannya. Tidak dinyatakan dalam al-Quran bahawa pasangan Adam bernama Hawa sebagaimana yang terdapat dalam ajaran Sunni.

Kromosom XY yang memainkan peranan dalam menentukan jantina bayi mungkin antara faktor bagaimana kalimah 'nenek moyang' dan 'ibubapa' berkongsi kata akar yang sama dengan kalimah 'bapa'. Sila rujuk; http://ariji86.blogspot.com/2011/03/jantina-bayi.html

Wallahualam.

Friday 10 June 2011

Iblis

Allah berfirman kepada malaikat; "Sujudlah kepada Adam."

Maka mereka sujud hanya Iblis bukan dari yang sujud (7/11), engkar (20/116) untuk bersama yang sujud (15/31), dan takbur, menjadi dari yang kafir (2/34, 38/74), menjadi dari jin maka fasiq dengan perintah pentadbirnya (18/50).

Allah berfirman; "Wahai Iblis, apa yang membuatkan kamu tidak bersama yang sujud (15/32), mengapa kamu tidak sujud? (7/12). Apa yang menghalang kamu dari sujud kepada apa yang Aku ciptakan dengan tanganKu? Adakah kamu takbur? atau kamu menjadi dari yang berkedudukan tinggi?" (38/75).

Iblis berkata; "Aku lebih baik darinya. Engkau mencipta aku dari api dan Engkau menciptanya dari tanah (7/12, 38/76). Patutkah aku sujud pada yang Engkau ciptakan dari tanah? (17/61). Aku tidak sujud kepada insan Engkau ciptakan dari tanah keras dari tanah lembab yang boleh-digubah" (15/33).

Allah berfirman; "Turunlah kamu darinya, ia bukan untuk kamu menjadi takbur padanya (7/13), maka keluarlah darinya maka sesungguhnya kamu dihalau (15/34, 38/77), sesungguhnya kamu dari yang tidak-bersyukur (7/13). Dan sesungguhnya atas kamu laknat hingga ke hari Deen" (15/34).

Iblis berkata; "Pentadbirku, perhatikan aku sehingga hari mereka dibangkitkan?" (7/14, 15/36, 38/79). Lihatkah Engkau yang ini Engkau lebih muliakan dari aku, jika Engkau lanjutkan aku hingga ke hari Kiamat, aku akan musnahkan keturunannya kecuali sedikit" (17/62).

Allah berfirman; "Sesungguhnya Kamu dari yang diperhatikan (7/15, 15/37, 38/80). Sehingga ke hari yang masanya dimaklumkan" (15/38, 38/81).

Iblis berkata; "Oleh kerana Engkau telah menyebabkan aku sesat, aku akan menjadikan Bumi ini kelihatan cantik bagi mereka, maka demi kekuatan Engkau (38/82), aku akan pesongkan mereka (15/39, 38/82). Aku akan halang mereka dari laluan Engkau yang lurus (7/16). Kecuali hambaMu dari yang ikhlas (15/39, 38/83). Kemudian aku akan datang kepada mereka dari tangan-tangan mereka, dan dari belakang mereka, dan dari kanan mereka, dan dari kiri mereka, Engkau tidak akan mendapati ramai dari mereka yang bersyukur" (7/17).

Allah berfirman; "Keluar kamu darinya, kamu tidak-disukai dan dihalau (7/18). Pergilah kamu maka sesiapa yang ikut kamu dari mereka maka sesungguhnya jahannam balasan kamu, balasan yang layak (17/63). Pujuklah sesiapa kamu mampu dari mereka denga suara kamu serang atas mereka dengan tentera kamu dan orang kamu dan syirikkan mereka dalam kekayaan dan keturunan dan janjikan mereka dan tidak Setan janjikan mereka, kecuali khayalan (17/64). Ini adalah laluanKu yang lurus (15/41). Bagi hambaKu, kamu tidak ada kuasa ke atasnya (17/65), kecuali yang disesatkan dan mengikut kamu (15/42). Dan sesungguhnya Neraka akan menjadi tempat destinasi mereka (15/43). Sesiapa yang ikut kamu dari mereka, Aku akan penuhi jahanam dari kamu semua (7/18). Kebenaran, dan Kebenaran adalah apa yang Aku firmankan (38/84). Bahawa Aku akan penuhi Neraka dengan kamu dan semua yang ikut kamu (38/85). Ia mempunyai tujuh pintu, bagi tiap pintu akan ditugaskan segmen dari mereka (15/44). Yang soleh akan berada di Syurga dan aliran (15/45). Masuklah ia dalam kesejahteraan dan keselamatan" (15/46).

Cadangan Iblis kepada orang-orang Saba' berjaya apabila mereka mengikutinya kecuali satu kumpulan orang yang beriman (34/20). Iblis tidak mempunyai kuasa ke atas mereka, kecuali yang Allah tahu bahawa mereka beriman dengan hari Akhirat dari sesiapa yang darinya ragu-ragu (34/21).

Iblis, tentera Iblis, dan orang kafir dilempar dalam Neraka secara-terkumpul-dibalik-balik (26/94-95).

Wallahualam.

Thursday 9 June 2011

Abala

'Abala' adalah kata akar bagi 'ababil' dan 'al-ibil'.

Dia menghantarkan mereka ababil makhluk terbang (105:3).

Ababil adalah kata sifat, bermaksud 'sekelompok'. Manakala 'al-ibil' adalah kata nama bermaksud 'sekelompok unta'.

Pentafsir boleh jadi antaranya mentafsirkan 105:3 berkenaan burung. Antaranya kewujudan kapal terbang kawalan jauh yang dikenali sebagai Ababil. Sila rujuk; http://en.wikipedia.org/wiki/Ababil

Burung yang membawa api kemudian menjatuhkan api ke Bumi? Atau sebenarnya mereka sendiri yang menjunam ke Bumi. Ini mengingatkan saya kepada meteor. Maka nama Ababil mungkin lebih sesuai diberi kepada roket pemusnah berbanding UAV.

Wallahualam.

Abaqa

Apabila dia abaqa ke kapal muatan (37:140).

Nabi Yunus bersalah kerana abaqa dari misinya. Abaqa bermaksud 'melarikan diri'.

Perhatikan riwayat hadis berikut;

Jangan bezakan antara Rasul-rasul, aku pun tidak lebih baik dari Yunus. (Riwayat Bukhari dan Hanbal)

Maka siapa yang ingin mengatakan Nabi Muhammad lebih baik dari Rasul yang lain?

Wallahualam.

Wednesday 8 June 2011

Ibrahim

Allah tunjukkan Ibrahim kerajaan langit dan bumi, agar dia akan menjadi antara yang yakin (6/75).

Apabila langit meliputi Ibrahim, dia melihat planet dan dia berkata; "ini adalah pentadbirku."

Tetapi apabila ia menghilang Ibrahim berkata; "Aku tidak suka yang menghilang" (6/76).

Maka apabila Ibrahim melihat bulan terbit, dia berkata; "Inilah pentadbirku." 

Tetapi apabila ia menghilang Ibrahim berkata; "Jika pentadbirku tidak menghidayahkan aku, aku akan jadi orang yang sesat" (6/77).

Maka apabila dia melihat Matahari terbit, dia berkata; "Ini adalah pentadbir aku, ia lebih besar."

Tetapi apabila ia menghilang, dia berkata; Wahai orang-orang, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu syirikkan (6/78). Sesungguhnya aku akan berpaling wajahku kepada Dia yang mencipta langit dan bumi, sebagai seorang monotheist, dan aku bukan dari yang musyrik" (6/79, 16/120). 

Allah berfirman kepada Ibrahim; "sejahteralah menyerah diri."

Ibrahim berkata; "Aku menyerah diri secara sejahtera kepada pentadbir alam-alam" (2:131).

Ibrahim berkata; "Pentadbirku, tunjukkan aku bagaimana Engkau menghidupkan yang mati."

Allah berfirman; "Adakah kamu tidak beriman?"

Ibrahim berkata; "Tidak, tetapi untuk meyakinkan jantung aku."

Allah berfirman; "Pilih empat burung, kemudian potongnya dan letakkan bahagian burung pada tiap gunung, kemudian panggillah mereka kepadamu, meraka akan berlumba ke arahmu" (2/260).

Ibrahim telah diuji dengan perintah dari Allah, yang mana dia telah sempurnakan. Allah berfirman; "Aku akan jadikan kamu Imam bagi manusia."

Ibrahim berkata; "Juga dari keturunan aku?"

Allah berfirman; "Perjanjian Aku tidak merangkumi orang-orang yang zalim" (2/124).

Oleh kerana Ibrahim bersyukur, Allah menghidayahkannya dan mendapat laluan yang lurus (16/121). Allah memberikan Ibrahim di dunia kebaikan dan sesungguhnya Ibrahim di akhirat dari yang soleh. (16/122) Allah menjadikan Ibrahim sebagai kawan (4/125). Ibrahim berkata pada bapanya Azar; "Patutkah kamu buatkan idola sebagai tuhan? Aku lihat kamu dan orang-orang kamu dalam kesesatan yang nyata (6/74). Wahai ayahku, kenapa menyembah apa yang tidak mendengar tidak melihat tidak membantu kamu sesuatu? (19/42). Wahai ayahku, sesungguhnya telah datang kebenaran kepadaku tidak datang kepadamu maka ikutlah aku tunjukkan kamu laluan yang betul (19/43). Wahai ayahku, janganlah menyembah Setan. Sesungguhnya Setan engkar pada Pengasih" (19/44). Wahai ayahku sesungguhnya aku takut menimpa kamu azab dari Pengasih maka menjadi rakan Setan" (19/45).

Ayah Ibrahim berkata; "kamu telah meninggalkan tuhan-tuhan aku kah Wahai Ibrahim? Jika kamu tidak berhenti, aku akan merejam kamu. Tinggalkan aku sendiri" (19/46).

Ibrahim berkata; "Sejahtera atas kamu, aku akan memohon ampun bagi kamu dari pentadbirku (19/48, 60/4). Tetapi aku tidak mempunyai kuasa untuk melindungi kamu dari Allah (60/4). Sesungguhnya Dia sangat baik padaku (19/47). Aku akan meninggalkan kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah. Aku akan memanggil pentadbirku. Aku berharap aku tidak akan leka dari memanggil pentadbirku" (19/48). 

Ibrahim mencari kemaafan untuk ayahnya hanya kerana janji yang dia buat untuk ayahnya. Tetapi apabila Ibrahim jelas bahawa ayahnya adalah musuh Allah, dia meninggalkannya. Sesungguhnya Ibrahim baik dan penyabar (9/114).

Orang-orang Ibrahim berhujah dengan Ibrahim, Ibrahim berkata; "Adakah kamu berhujah tentang Allah, apabila dia menghidayahkan aku? Aku tidak takut apa yang kamu syirikkan hanya jika pentadbirku mahu begitu. pentadbirku merangkumi semua perkara dengan ilmu, tidak kamu ingatkah? (6/80) Aku berlepas diri dari apa yang kamu sembah (43/26). Hanya yang memulakan aku, maka  sesungguhnya Dia akan menghidayahkan aku" (43/27).

Ibrahim berkata kepada ayahnya dan orang-orangnya; "Apa yang kamu sembah? (26/70, 37/85). Bukankah itu tuhan-tuhan palsu, disebalik Allah yang kamu mahu? (37/86). Apakah pendapat kamu tentang pentadbir alam-alam?"

Kemudian Ibrahim melihat bintang dan berkata; "Aku sakit" (37/89).

Mereka berkata; "Kami menyembah berhala dan kami teruskan tumpu padanya" (26/71).

Apakah Tamasil ini yang kamu padanya tumpukan? (21/52). Adakah mereka mendengar apabila kamu memanggil mereka? (26/72)" Atau adakah mereka memanfaatkan kamu atau mencederakan kamu?" (26/73).

Mereka berkata; "Tidak. Kami mendapati nenek-moyang kami menyembah mereka (21/53, 26/74). 

Ibrahim berkata; "Kamu dan nenek-moyang kamu dalam kesesatan yang nyata (21/54). Kamu jelaskah apa yang kamu sembah itu? kamu dan ayah kamu adalah lapuk (26/75). Sembahlah Allah dan ambil perhatian tentangNya, ini adalah lebih baik bagi kamu jika kamu tahu (29/16).  Kamu menyembah idola selain dariNya, dan kamu membuat kepalsuan. Itu yang kamu sembah tidak mendatangkan perlindungan, maka carilah dengan Allah perlindungan dan sembahNya dan bersyukur kepadaNya dan kepadaNya kamu akan kembali (29/17). Jika kamu mengingkari, bangsa sebelum kamu juga telah mengingkari (29/18). Menjelajahlah Bumi dan perhatikan bagaimana makhluk dimulakan. Kemudian Allah mengadakan rekabentuk yang akhir. Sesungguhnya Allah atas tiap sesuatu qadir (29/20). Allah akan mengenakan hukuman kepada siapa yang Dia kehendaki dan Dia  mengasihi siapa yang Dia kehendaki, dan kepadaNya kamu akan kembali (29/21). Kamu tidak akan mampu mencabar fakta ini, di Bumi mahupun di langit, tidak juga kamu mendapat selain Allah sebagai rakan atau kemenangan" (29/22).

Mereka berkata; "Adakah kamu datang dengan kebenaran atau kamu main-main?" (21/55).

Ibrahim berkata; "Tidak, pentadbir kamu yang mentadbir langit dan bumi aktifkannya dan aku atas itu naik saksi" (21/56). Demi Allah, aku akan lakukan sesuatu terhadap berhala kamu selepas kamu berlalu pergi" (21/57).

Ibrahim berkata; "Maka sesungguhnya mereka adalah musuh bagi aku, hanya pentadbir alam-alam (26/77). Yang menciptakan aku maka Dia menghidayahkan (26/78). Dan Dia yang memberi aku makan dan minum (26/79). Dan yang membuat aku sakit kemudian Dia menyembuhkan (26/80). Yang mematikan aku kemudian menghidupkan (26/81). Yang aku berharap agar Dia mengampunkan kesalahan aku di hari Kiamat (26/82). Pentadbirku, kurniakan aku penghakiman dan libatkan aku dengan orang yang soleh (26/83). Dan buatkan bagiku lidah yang benar dalam yang terkemudian (26/84). Jadikanlah aku dari pewaris syurga yang penuh nikmat (26/85). Dan ampunkanlah bagi ayahku sesungguhnya dia dari yang sesat (26/86). Jangan kecewakan aku di hari mereka dihisab (26/87). Pada hari tiada wang atau anak boleh menolong (26/88). Hanya bagi dia yang datang kepada Allah dengan hati yang suci" (26/89).

Maka mereka berpaling dari Ibrahim dan berlalu pergi. Ibrahim kemudiannya pergi kepada idola mereka dan berkata; "Bolehkah kamu makan? (37/91). Apa kamu tidak bercakap?" (37/92).

Maka Ibrahim kembali kepadanya dan memukul dengan tangan (37/93). Ibrahim menjadikan patung-patung itu cebisan-cebisan hanya yang paling besar, agar mereka kembali kepadanya" (21/58). 

Kemudian mereka kembali dan marah (37/94). Mereka berkata; "Siapakah yang melakukan semua ini atas tuhan-tuhan kami? Sesungguhnya dia zalim" (21/59).

"Kami dengar seorang pemuda mengingatkan mereka. Dia Ibrahim" (21/60). 

"Maka bawakan dia di depan mata manusia supaya mereka menyaksikannya" (21/61).

"Adakah kamu lakukan semua ini terhadap tuhan-tuhan kami wahai Ibrahim?" (21/62).

Ibrahim berkata; "Tidak, dia melakukannya yang besar dari mereka ini maka tanyalah mereka jika mereka boleh bercakap" (21/63).

Maka mereka berpaling ke nafs mereka dan berkata; "Sesungguhnya kamulah yang yang zalim (21/64).

Kemudian mereka kembali ke idea lama mereka: "Kamu tahu bahawa mereka tidak bercakap" (21/65).

Ibrahim berkata; "Adakah kamu menyembah dari selain Allah apa yang tidak memanfaatkan kamu sesuatu dan tidak mencederakan kamu? (21/66). Aku kecewa dengan kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah, apakah kamu tidak mengakal? (21/67). Adakah kamu sembah apa yang kamu ukir? (37/95). Sedangkan Allah yang menciptakan kamu dan semua yang kamu lakukan" (37/96).

Mereka berkata; "Jika kamu hendak lakukan apa-apa, maka bakarkan dia dan berikan kemenangan atas tuhan-tuhan kamu (21/68). Bunuh dia atau binakan untuknya satu struktur dan kemudian lemparkan dia dalam api" (29/24, 37/97).

Allah berfirman; "Wahai api, sejuklah dan sejahterakan Ibrahim" (21/69).

Allah selamatkan Ibrahim dari api (29/24). Mereka ingin mencederakan Ibrahim, namun Allah yang menjadikan mereka orang yang kalah (21/70, 37/98). Ibrahim berkata; "Kamu mengambil idola selain Allah untuk mendapatkan persahabatan antara kamu di kehidupan dunia ini, tetapi kemudian, pada hari Pengadilan, kamu akan tidak memihak antara satu sama lain, dan saling mencarut. Destinasi kamu adalah neraka dan kamu bukan pemenang (29/25). Aku menuju kepada pentadbirku, Dia menghidayahkan aku (37/99). Pentadbirku, jadikanlah aku dari yang soleh" (37/100). 

Seseorang dari kerajaan telah berdebat dengan Ibrahim tentang Allah. Ibrahim berkata; "Allah adalah yang menghidupkan dan mematikan."

Dia berkata; "Aku menghidupkan dan mematikan." 

Ibrahim berkata; "Allah menerbitkan matahari dari Timur, maka kamu bawakannya dari Barat" (2/258).

Maka Allah menganugerahkan Ibrahim anak yang halim (37/101). Apabila si anak itu cukup membesar untuk bekerja, Ibrahim berkata; "Anakku, aku melihat dalam mimpi yang aku mengorbankan kamu. Apa yang kamu fikir?"

Dia menjawab; "Wahai ayahku, lakukan apa yang kamu diperintahkan untuk lakukan, kamu akan mendapati aku, insyaallah, bersabar" (37/102).

Maka apabila kedua-duanya menyerah diri dengan sejahtera, kemudian Ibrahim meletakkan kepala si anak ke bawah (37/103). Allah memanggilnya; "Wahai Ibrahim (37/104). Kamu telah jujur dengan visi. Sesungguhnya Kami menganugerahkan kepada yang betul" (37/105).

Itu adalah ujian kepada Ibrahim (37/106). Allah mengfidyahkannya dengan pengorbanan yang besar (37/107).

Rasul-rasul Allah datang kepada Ibrahim dengan khabar gembira, mereka berkata; "Sejahtera" (11/69, 15/52).

Ibrahim berkata; "Sejahtera kepada orang yang tidak dikenali" (51/25).

Ibrahim kemudiannya kembali kepada keluarganya. Tidak lama kemudian Ibrahim datang dengan mamalia gemuk yang dimasak (11/69, 51/26). Ibrahim mempelawanya kepada mereka, dia berkata; "Kamu tidak makankah?" (51/27).

Maka apabila Ibrahim melihat tangan-tangan mereka tidak ke arahnya, dia tidak mempercayai mereka, dan berasa takut kepada mereka (11/70, 51/28). Ibrahim berkata; "Sesungguhnya kami bimbangkan kamu" (15/52).   

Mereka berkata; "Jangan takut, kami telah dihantar kepada orang Lut (11/70). Jangan bimbang, kami bawakan kamu khabar baik tentang anak yang alim" (15/53).

Ibrahim berkata; "Apa khabar baik yang boleh kamu bawakan aku ketika usia tua telah datang kepadaku? Apakah kabar baik kamu?" (15/54).

Mereka berkata; "Kami bawa khabar baik dengan kebenaran, maka janganlah jadi dari orang yang menolak" (15/55).

Ibrahim berkata; "Siapa yang akan mengingkari dari rahmat pentadbirnya hanya orang-orang yang sesat (15/56).

Mereka kemudiannya memberikan khabar baik tentang anak yang berilmu (51/28). Isteri Ibrahim berdiri dan dia ketawa (11/71). Dia teruja dan menampar wajahnya, dan berkata; "Aku adalah perempuan tua yang mandul" (51/29). Bagaimana aku mampu melahirkan sedangkan aku perempuan tua, dan suamiku ini orang tua? ini adalah perkara pelik" (11/72).

Mereka berkata; "Awak hairan dengan perintah Allah? Allah merahmati kamu wahai ahlul Bait. Sesungguhnya Dia terpuji dan majid (11/73). Itu yang pentadbir kamu firmankan. Dia Bijaksana dan Alim" (51/30).

Maka apabila kejutan itu meninggalkan Ibrahim dan khabar gembira dihantar kepadanya, dia mula berhujah dengan Allah bagi orang Lut (11/74).

Sesungguhnya Ibrahim adalah penyabar dan baik (11/75). Ibrahim berkata; "Apakah urusan kamu, wahai Rasul-rasul? (15/57, 51/31).

Mereka berkata; "Kami diutus kepada penjenayah-penjenayah (15/58, 51/32). Untuk menjatuhkan atas mereka batu-batu tanah (51/33). Disediakan oleh pentadbir kamu untuk pengkhianat (51/34). Hanya keluarga Lut, kami akan menyelamatkan mereka semua" (15/59). Hanya isterinya, kami mentakdir bahawa dia dari yang hancur (15/60). Wahai Ibrahim, berpalinglah dari ini. Sesungguhnya telah datang perintah pentadbir kamu, dan sesungguhnya akan datang kepada mereka azab yang tidak terhenti" (11/76).

Ibrahim dan pengikut Ibrahim berkata; "Kami berlepas diri dari kamu dan apa yang kamu sembah. Kami nafikan kamu, dan ia kelihatan akan ada ketidaksukaan dan kebencian antara kami dan kamu sehingga kamu ambil tahu tentang Allah" (60/4).

Allah jadikan Bait sebagai model bagi manusia dan keamanan dan manfaat makam Ibrahim untuk dicapai. Allah mengamanahkan kepada Ibrahim dan Ismail; " Janganlah syirikkan Aku dengan sesuatu dan bersihkan Bait Aku untuk mereka yang melawat, yang setia, dan untuk yang rukuk dan sujud (2/125, 22/26).

Abraham berkata; "Pentadbirku, jadikan negeri ini aman (2/126, 14/35), dan jagalah aku dan anak-anak aku jauh dari menyembah idola (14/35). Dan rezekikan habitatnya dari buah-buahan bagi sesiapa yang ambil-tahu tentang Allah dan hari Akhirat. Dia berkata; "dan siapa yang kufur, maka Aku akan biarkan dia menikmati untuk seketika, kemudian Aku akan paksanya kepada azab api, penyudah yang dasyat (2/126).

Ibrahim berkata; "Pentadbirku, sesungguhnya mereka telah menyesatkan ramai dari antara manusia. Maka, sesiapa yang mengikuti aku, kemudian dia adalah bagi aku, dan sesiapa yang tidak mentaati aku, maka sesungguhnya Engkau Pengampun Pemurah (14/36).

Dan apabila Ibrahim membina tapak dari Bait dan Ismail; "Pentadbir kami terimalah ini dari kami. Sesungguhnya Engkau Mendengar Mengetahui" (2/127). Pentadbir kami, dan biarkan kami menyerah diri dengan sejahtera kepadaMu dan dari keturunan kami bangsa yang menyerah diri kepadaMu secara sejahtera dan tunjukkan kami amalan kami dan ampunkan kami, Sesungguhnya Engkaulah Mengampuni Menyayangi. (2/128) Pentadbir kami, hantarkan antara mereka seorang rasul dari mereka, yang mengucapkan kepada mereka ayat-ayat Engkau dan mengajar mereka kitab dan hikmah, dan membersihkan mereka. Engkau yang Mulia Bijaksana" (2/129).

Ibraham menyertai anaknya dan Jakob; "Wahai anak-anak aku, Allah telah memilih deen untuk kamu, maka jangan mati hanya dan kamu menyerah diri sejahtera (2/132).

Ibrahim berkata; "Pentadbir kami, aku telah asingkan bahagian bagi keturunan aku dalam penempatan yang kurang membangun dekat dengan Bait Engkau Muharram. Pentadbir kami, supaya mereka boleh mengadakan Solat. Maka biarkan af-idah mereka jatuh ke arah mereka. Sediakan mereka dengan tumbuh-tumbuhan supaya mereka bersyukur (14/37). Pentadbir kami, Engkau tahu apa yang kami sembunyikan dan apa yang kita menyatakan. Tidak ada yang tersembunyi dari Allah di bumi mahupun di langit (14/38). Pujian bagi Allah yang menganugerahkan aku, walaupun umur tua, Ismail dan Ishak. Pentadbirku sememangnya mendengar doa-doa (14/39). Pentadbirku, jadikan aku dirikan Solat, dan juga dari keturunan aku. Pentadbir kami, terimalah doa (14/40). Pentadbir kami, ampunilah aku dan ibubapaku, dan orang-orang yang beriman hari diadakan Penghitungan (14/41).

Wallahualam.

Monday 6 June 2011

Peta Bahasa Arab

 1) Lafaz

Lafaz merujuk kepada apa saja yang disebut oleh lidah. Lafaz terbahagi kepada dua iaitu maudu' dan muhmal.

2) Maudu'

Maudu' bermaksud 'bermakna', merujuk kepada kalimah Arab yang mempunyai makna. Semua kalimah al-Quran adalah maudu'.

Maudu' terbahagi kepada dua iaitu mufrad dan murakkab

3) Mufrad

Mufrad dibina dengan satu kalimah sahaja; dikategorikan kepada tiga iaitu ism, fi'l, dan harf.

4) Ism

Ism adalah kata nama.

5) Fi'l

Fi'l adalah kata kerja.

6) Harf

Harf adalah partikel.

7) Murakkab

Murakkab dibina dengan lebih dari satu kalimah; dikategorikan kepada mufid dan ghair mufid.

8) Mufid

Mufid bermaksud bermanfaat, merujuk kepada ayat Arab yang sempurna.

9) Ghair mufid

Ghair mufid bermaksud tidak bermanfaat, merujuk kepada ayat Arab yang tidak sempurna, atau sekadar frasa.

10) Muhmal

Muhmal bermaksud 'tidak bermakna'; merujuk kepada kalimah Arab pada zaman ini yang tidak memberi makna yang major pada zaman sebelum. Ini berikutan kalimah-kalimah Arab yang digubah pada zaman terkemudian.

Lafaz
  •  Maudu'
  • Muhmal
Maudu'
  • Mufrad
  • Murakkab
Mufrad
  • Ism
  • Fi'l
  • Harf
Murakkab
  • Mufid
  • Ghair Mufid

Pantun Bhg. III

Semalam, saya bertanya kepada Fatim, hendak ke mana? Dia memberitahu dia di Kulai, Johor, melawat ayahnya bekerja. Pagi tadi selepas sembahyang Subuh, saya menggubah pantun untuk Fatim;

Dari Melaka gerak ke Johor,
Dari Johor pulang ke Melaka;
Harum semerbak bunga melor,
Semoga Fatim terus bahagia.

Fatim adalah gadis Melaka. Saya expect dia pergi ke Johor dari Melaka. Saya mahu merekod pantun yang saya gubah untuk Fatim.

Semoga Fatim terus bahagia.

Sekian dulu coretan.

Wallahualam.