Tuesday 31 May 2011

Sham Kamikaze


Alhamdulillah. Tergerak hati Sham untuk mencari jalan pulang. Beberapa isu seperti berikut;

1) Suka berfikir sejak kecil

Ini satu sikap yang bagus. Berfikir adalah jalan agar manusia menjadi waras.

2) "Jangan tanya, haram."

Dalil yang digunakan oleh ustaz yang dimaksudkan oleh Sham itu boleh jadi riwayat hadis berikut;

Sesungguhnya orang Islam yang paling durhaka adalah orang yang banyak bertanya perihal suatu masalah, hingga sesuatu yang tidak diharamkan menjadi ia haramkan karena permasalahannya." (Riwayat Bukhari)

3) Pemakaian gelang dan rantai oleh lelaki

Mengharamkan pemakaian gelang dan rantai adalah bercanggah dengan konsep al-Quran.

Katakanlah; Siapakah yang mengharamkan perhiasan yang Allah keluarkan untuk hambaNya dan kebaikan dari rezeki... (7/32)

Malah, Nabi Muhammad ditegur oleh Allah kerana mengharamkan apa yang Allah halalkan;

Wahai Nabi, mengapa engkau haramkan apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu, engkau hendak mencari keredhaan isteri-isterimu? Dan Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (66:1)

Jika larangan, itu persoalan lain.

Mengharam dengan melarang adalah dua perkara berbeza. Jika lelaki dilarang memakai rantai dan gelang, maka ini adalah berbeza dengan mengharamkan pemakaian rantai dan gelang. Sebagai contoh, rakyat Malaysia dilarang menunggang motosikal tanpa lesen, atau mahasiswa dilarang memakai selipar ke kuliah.

Akhir coretan ini, saya mengucapkan selamat mencari kebenaran kepada Sham, satu usaha yang telah dan sedang saya lakukan. Satu resipi yang perlu adalah penggunaan akal, kerana akal yang menjadi faktor kepada kewarasan manusia untuk melakukan perkara-perkara betul.

Langkah Sham berjumpa dengan tokoh agama tajdid, boleh jadi satu permulaan yang baik. Bukan semua pendapat Mohd Asri saya setuju, namun, jika dibandingkan dengan Harussani, saya lebih syorkan Mohd Asri kepada Sham.

Sekian dulu coretan.

Wallahualam.

Saturday 28 May 2011

Kanser Cinta


Kita belajar dari pengalaman. Kali ini dengan sound engineering yang lebih baik.

Wallahualam.

Tuesday 24 May 2011

Abadan

Kassim Ahmad mengatakan 'abadan' bermaksud 'lama', bukannya 'kekal'. Apabila kita berkata tentang kekal, persoalannya kekal sehingga bila?

Sudah tentu berbeza antara 'kekal selama-lamanya' dengan 'kekal untuk tempoh masa yang berterusan tetapi tertentu'. Sudah tentu berbeza antara kekekalan Allah dengan kekekalan nikmat Syurga mahupun kekekalan azab Neraka. Ini adalah persoalan pendefinisian kalimah 'kekal'.

'Abadan' bermaksud 'kekal untuk tempoh masa yang berterusan tetapi tertentu'. Sebagai contoh, orang kafir tidak diberi hidayah abadan. Namun, apabila si kafir itu tidak lagi kufur, maka boleh jadi dia diberikan hidayah.

33:53 menerangkan mu'min diperintahkan agar jangan bernikah dengan bekas isteri Nabi Muhammad abadan. Namun, perintah Allah tidak semestinya terlepas daripada dilanggar oleh makhlukNya.

60:4 menerangkan abadan mempunyai limit, dimana kalimah 'hatta' digunakan selepas kalimah 'abadan'.

5:24 menerangkan abadan yang bersyarat.

Kalimah 'abadan' tidak digunakan untuk menerangkan kekekalan Allah.

Kemudian, timbul persoalan, selama mana manusia di Syurga nanti? Apapun, kalimah 'abadan' digunakan untuk menerangkan kekekalan bagi makhluk, bukan kekekalan Allah.

Wallahualam.

Monday 23 May 2011

Abb

Dan buah-buahan dan Abb (80:31).

'Abb' adalah merujuk kepada bahagian tumbuhan yang bukan berasaskan benih, seperti dedaun, dan memberi manfaat major kepada pemakanan bagi manusia. Bahagian tumbuhan yang tidak dimakan oleh manusia bukan 'Abb', seperti ranting-ranting kayu. Ini kerana 80:31 merujuk kepada pemakanan. Definisi antara buah-buahan dan sayur-sayuran dalam penggunaan bahasa pada hari ini mempunyai unsur interchangeble. Sebagai contoh, cili. Adakah ia buahan atau sayuran?

Jika menggunakan pendefinisian bahawa 'Abb' adalah bahagian tumbuhan yang bukan berasaskan benih, maka cili dikategorikan sebagai buahan. Kedua, saya mengatakan ia memberi manfaat major kepada pemakanan manusia kerana 80:28 hingga 80:32 mengisahkan tentang kebahagiaan duniawi. Ini bermakna, tumbuhan yang beracun tidak termasuk dari 'Abb'.

Wallahualam.

Abariq

Dengan akwab dan Abariq dan ka's dari aliran (56:18).

Perkataan 'Abariq' dikatakan berasal dari bahasa Persian. Penciptaan bahasa adalah dipilih dan digubal oleh manusia sendiri. Kita boleh lihat sejarah Melayu sendiri bagaimana bahasa Melayu berubah dari zaman ke zaman, seperti dari gantinama 'hamba' ditukar kepada 'saya'. Bagaimana perkataan bahasa Melayu 'amuk' di eksport ke bahasa Inggeris menjadi 'amock', dan sebagainya.

Dalam ertikata lain, 'Abariq' adalah kalimah Arab yang berasal dari bahasa Persian.

'Abariq' adalah merujuk kepada sesuatu yang berkaitan dengan cecair. Begitu juga dengan akwab dan ka's. Bezanya, kalimah 'Abariq' dalam ayat itu adalah genitive.

Memandangkan ayat di atas berkenaan dengan gambaran suasana di Syurga, maka 'Abariq' itu hanyalah sebagai satu persamaan. Jika hendak dilakar bagaimana bentuk 'Abariq' di Syurga, tidak mampu untuk memberi lakaran yang real, dengan andaian realiti adalah duniawi.

Sebagaimana rasa durian yang diterjemahkan melalui kata-kata, yang paling tepat untuk dilakukan adalah dengan membuat persamaan.

Wallahualam.

Saturday 21 May 2011

Kisah Syiah Bhg. II

Satu video penting bagi mendedahkan sebahagian ajaran Syiah.


Wallahualam.

Monday 16 May 2011

Kasih Tak Sampai Bhg. II



Semalam, saya tidak tidur sampai ke subuh, untuk menyiapkan klip video ini beserta sari kata. Alhamdulillah, saya masih hidup untuk bekerja.

Kebetulan, karya ini di published pada hari guru, saya mengucapkan selamat hari guru kepada sesiapa sahaja yang pernah mengajar saya tentang apa saja yang berkaitan dengan penggubahan lagu.

Wallahualam.

Sunday 15 May 2011

Azar

Azar adalah nama bagi bapa Nabi Ibrahim.

Dan apabila Ibrahim berkata pada bapanya Azar patutkah kamu buatkan idola sebagai tuhan? Aku lihat kamu dan orang-orang kamu dalam kesesatan yang nyata. (6:74)

Ada golongan tertentu yang mengidolakan Nabi Muhammad sehingga ke tahap mentuhankan Nabi Muhammad. Ada juga golongan yang mengidolakan Sayyidina Ali sehingga ke tahap mentuhankan Sayyidina Ali. Sejarah berulang, zaman yang berbeza.

Wallahualam.

Perempuan dan Lamaran


Tiga perempuan yang telah saya lamar di institusi ini. Saya mengatakan institusi ini, kerana saya masih berada di institusi ini, menghabiskan baki kerja yang perlu diselesaikan.

Apabila saya mencoret 'lamaran' dalam coretan ini, yang saya maksudkan adalah melamar sebagai girlffriend saya.

1) Hani

Mula tertarik dengannya apabila dia menunjukkan sikap mempersoal. Lihat bagaimana dalam blog ini saya mempersoal ajaran Sunni, di situ saya lihat persamaan antara saya dengan dia, iaitu mempersoal.

Faktor keduanya, perangainya umpama kanak-kanak riang. Dia pernah menggelepar di atas lantai seperti kanak-kanak ketika kami menjalani kursus Biro Tatanegara. Tetapi, pada hari ini, dia mungkin sudah lupa tentang kes ini.

Faktor ketiga, bagaimana dia membela watak si suami yang mati pucuk. "Takkanlah dah bersama 4 tahun, nak tinggalkan si suami begitu saja? Cubalah usaha bagi merawat penyakit itu."

Kes yang ini berlaku apabila kami beramai-ramai berdiskusi, antaranya tentang isu mati pucuk.

Ketiga-tiga faktor di atas adalah berlaku ketika kami menghadiri kursus Biro Tatanegara pada tahun lepas. Dalam keadaan yang tak berapa kenal, saya telah melamarnya melalui tagged. Dia lah perempuan pertama di institusi ini, yang saya melamar. Saya melamarnya dengan sms. Sila rujuk; http://ariji86.blogspot.com/2010/03/putus-cinta.html

2) Fatim

Fatim, mula mengenalinya apabila kami sekelas bagi subjek bahasa Inggeris pada penggal pertama tahun lepas. Ketika itu berlaku kekurangan tenaga pengajar bahasa Inggeris, sehingga kami terpaksa bergabung kelas.

"Hai, boleh minta tolong? Boleh awak tolong kutip duit bagi bayaran membeli buku bahasa Inggeris pada rakan-rakan awak pelajar diploma?"

Mungkin ayat seumpama ini yang pertama saya katakan kepadanya.

Antara faktor yang saya tertarik dengan Fatim ketika itu adalah adalah adanya item al-Quran di Facebooknya ketika itu. Sila rujuk; http://ariji86.blogspot.com/2010/04/target-bhg-ii.html

Dalam keadaan yang kurang kenal juga, saya melamarnya, melalui Facebook.

3) Farhana

Mula mengenali gadis ini ketika kami menjadi sukarelawan Sukan Anak Yatim Malaysia, atau secara ringkasnya, SUKYA. Sila rujuk; http://ariji86.blogspot.com/2010/03/sukya.html

Faktor yang saya tertarik dengannya antaranya, ayat berbaur tauhid di bahagian maklumat facebooknya seperti berikut, kalau tak silap saya;

cinta ini kdg2 myakiti ati,trutamnya apabila dimain olh org yg bnr2 kte cnta,olh itu,jgn fkrkn cinta duniawi,ushalh utk mcari cnta Allah s.w.t,krn cnta Allah sahaja dpt mnnagkn hati kte stiap keadaan suka maupun duka,wahai kaum hawa skalian,jgnlh bsdh tkkala cnta klian ddustai.krn ia mmg x akn kekl dlm khidupn,yg kekl hnylah stu,iaitu cnta kpd Allah…insyaAlaah kalian akn mdpt ktnngan..,yg burk dtg dri kta,yg baik dtang dri Allah s.w.t…

Dalam keadaan kurang kenal juga, saya melamarnya melalui Facebook.

Berikut adalah persamaan dari ketiga-tiga kes di atas;

1) Kurang kenal

Ketiga-tiga gadis di atas, saya melamar ketika kami kurang kenal antara satu sama lain, atau dalam erti kata lain, pada awal perkenalan.

2) Tidak bersemuka

Saya melamar mereka secara tidak bersemuka, iaitu samada sms atau facebook. Apa? Melamar secara bersemuka? Mungkin lain kali.

3) 2010

Kesemua lamaran dan awal perkenalan antara kami berlaku pada tahun 2010.

4) Merek bertiga pernah sebagai penari.

Antara perbezaan pula seperti berikut;

1) Kekerapan lamaran

Saya melamar Fatim lebih dari sekali. Pada tahun ini, saya telah melamarnya sekali lagi, sila rujuk; http://ariji86.blogspot.com/2011/01/aku-bukan-siapa-bhg-iii.html. Sedar tak sedar, Zulfadhli telah menjadi boyfriend nya.

2) Bulat

Hani dan Fatim berwajah bulat, tetapi Farhana berwajah bujur. Sila rujuk; http://ariji86.blogspot.com/2010/04/mana-lebih-bulat.html. Gambar dua orang gadis dari link ini bukan Hani mahupun Fatim.

Tiga kes lamaran yang saya coretkan di atas adalah penting dalam hidup saya. Ia menjadi pengalaman yang berharga pada saya dalam pengalaman mengorat perempuan. Umpama kaedah test and error. Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada awak bertiga, kerana jujur dengan saya. Bersikap jujur adalah Koranik.

Akhir pesan saya, jangan berhenti belajar al-Quran. Saya ulang sekali lagi, jangan berhenti belajar al-Quran.

Sekian dulu coretan.

Wallahualam.

Wednesday 11 May 2011

Majlis Perwakilan Pelajar

Pada malam ini dengan rasminya pemergian saya sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar selaku Exco Akademik dan Kerjaya di institusi ini.

Setelah berkhidmat selama kira-kira tiga bulan, saya terpaksa pergi lebih awal disebabkan beberapa faktor, terutamanya perubahan dasar tertentu yang memaksa saya berhijrah ke Serdang pada awal bulan Julai ini.

Selama menjadi ahli MPP, ia menjadi antara kenangan manis di institusi ini. Teringat pada awalnya, saya dan Fatim bertanding sebagai calon MPP. Kami berdua tidak merancang untuk sama-sama bertanding. Secara kebetulan sahaja.

Manifesto utama Fatim ketika itu adalah berkenaan akademik. Secara kebetulan juga kemudiannya saya dilantik memegang jawatan sebagai Exco Akademik dan Kerjaya.

Selepas memenangi pilihanraya, kemudian saya melepaskan jawatan sebagai Yang Dipertua bagi Persatuan Pelajar Ekonomi dan Pengurusan, dan Fatim mendapat undi tertinggi bagi jawatan itu. Tetapi kerana dia seorang perempuan, maka jawatan YDP diisi oleh seorang lelaki, dan dia menjadi Timbalan YDP.

Antara perjuangan terakhir saya sebagai ahli MPP di institusi ini adalah bagi mendapatkan lapan buah meja Jepun untuk ditempatkan di Surau KTB, supaya para pelajar sekalian dapat menggunakannya untuk mengulangkaji pelajaran, dan alhamdulillah, ia telah diluluskan.

Selamat tinggal kawan-kawan. Anda semua meninggalkan banyak kenangan kepada saya.

Sekian dulu coretan.

Wallahualam.

Monday 9 May 2011

Adam

Allah berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku letakkan di Bumi khalifah."

Malaikat berkata; "Apakah Engkau meletakkan padanya siapa merosakkan padanya dan menumpahkan darah dan kami memuliakan dengan pujian Engkau dan mengquduskan bagi Engkau?"

Allah berfirman; "Sesungguhnya Aku mengetahui apa tidak kamu mengetahui" (2/30).

Allah menciptakan Adam, membentuk rupa Adam (7/11). Allah mengajar Adam nama-nama bagi semua benda. Kemudian Allah tunjukkan benda-benda kepada Malaikat lalu Allah berfirman; "Terangkan kepada Aku nama-nama bagi benda-benda ini jika kamu jujur" (2/31).

Kemudian Malaikat berkata; "Kemuliaan Engkau, kami tidak mempunyai ilmu hanya apa yang Engkau ajarkan kepada kami, Kamulah Mengetahui dan Bijaksana" (2/32).

Kemudian Allah berfirman; " Wahai Adam, maklumkan mereka nama-nama bagi semua ini."

Apabila Adam memaklumkannya bagi nama-nama semua itu, kemudian Allah berfirman kepada Malaikat; " Tidakkah Aku telah memberitahu kamu yang Aku tahu yang ghaib bagi Langit dan Bumi, dan Aku tahu apa yang kamu serlahkan dan apa yang kamu menyembunyi" (2/33). Sujudlah kamu kepada Adam."

Lalu Malaikat sujud hanya Iblis bukan dari yang sujud (7/11). Iblis adalah dari Jin (18/50). Allah berfirman; "Apakah yang menghalang kamu dari sujud apabila Aku perintahkan?"

Iblis menjawab; "Aku adalah lebih baik darinya. Engkau menciptakan aku dari api dan menciptakan dia dari tanah" (7/12). Patutkah aku sujud kepada yang Engkau ciptakan dari tanah?" (17/61).

Hanya Iblis yang engkar (20/116), dan menjadilah ia kafir (2/34). Allah berfirman; "Turunlah kamu darinya, ia bukan untuk kamu menjadi takbur padanya; Maka keluarlah, sesungguhnya kamu dari yang tidak-bersyukur" (7/13).

Iblis berkata; "Perhatikan aku sehingga hari mereka dibangkitkan?" (7/14).

Allah berfirman; "Sesungguhnya Kamu dari yang diperhatikan" (7/15).

Iblis berkata; "Oleh kerana Engkau telah menyebabkan aku sesat, aku akan halang mereka dari laluan Engkau yang lurus (7/16). Kemudian aku akan datang kepada mereka dari tangan-tangan mereka, dan dari belakang mereka, dan dari kanan mereka, dan dari kiri mereka, Engkau tidak akan mendapati ramai dari mereka yang bersyukur" (7/17).

Allah berfirman; "Keluar kamu darinya, kamu tidak-disukai dan dihalau. Sesiapa yang ikut kamu dari mereka, Aku akan penuhi jahanam dari kamu semua (7/18). Wahai Adam, uskun kamu dan pasangan kamu Jannah maka makanlah darinya sepuas-puasnya mana-saja kamu-berada dan jangan dekati pohon ini maka menjadilah kamu dari pezalim (2/35, 7/19). Sesungguhnya Iblis musuh bagi kamu dan pasangan kamu maka jangan benarkan ia mengeluarkan kamu-berdua dari Jannah maka kesusahan (20/117). Di Jannah kamu tidak akan lapar atau dahaga. Tiada penderitaan-sejuk dan penderitaan-panas (20/118, 20/119)." 

Maka Setan berbisik kepada mereka-berdua, untuk mendedahkan kemaluan bagi mereka-berdua apa yang disembunyikan dari mereka-berdua. Setan berbisik kepada Adam; "Wahai Adam, Adakah kamu mahu aku pimpinkan kamu atas pohon keabadian  dan kerajaan yang tidak memundur? (20/120) Apakah yang pentadbir kamu-berdua melarang kamu-berdua dari pohon ini, sesungguhnya kamu hanya menjadi Malaikat atau menjadi dari yang abadi" (7/20).

Iblis bersumpah kepada mereka-berdua; "Aku berikan nasihat yang baik" (7/21).

Kemudian mereka-berdua makan dari pohon itu maka jelaslah bagi mereka-berdua kemaluan mereka-berdua, dan mereka-berdua mula letakkan atas mereka-berdua dari dedaun Jannah. Adam telah mengengkari pentadbirnya dan telah salah-pilih-jalan (20/121). Iblis telah menyesatkan mereka-berdua dengan tipu-daya dan Allah memanggil mereka-berdua; "Apakah aku tidak mengharamkan kamu-berdua dari pohon itu, dan beritahu kamu bahawasanya Setan itu musuh kamu yang sebenar?" (7/22).

Mereka-berdua berkata; "Pentadbir kami, kami telah menzalimi nafs kami dan sesungguhnya jika-tidak Engkau maafkan bagi kami dan kasihani kami, maka pasti kami dari yang rugi" (7/23). Kemudian Allah menerima taubat Adam dan menghidayahkannya (20/122).

Allah berfirman; "Turunlah kamu, sebahagian kamu bagi sebahagian yang lain musuh. Dan bagi kamu di Bumi penduduk dan kehidupan untuk jangka-masa tertentu (7/24). Dalamnya kamu akan hidup dan dalamnya kamu akan mati, dan darinya kamu akan dibangkitkan (7/25). Maka jika hidayah datang kepada kamu, kemudian sesiapa yang ikut hidayah Aku, dia tidak akan sesat atau menderita" (20/123).

Wallahualam.

Saturday 7 May 2011

Kasih Tak Sampai

Bayangkan jika saya mati pada petang ini, tidak sempat untuk publish demo version bagi lagu 'Kasih Tak Sampai'. Bukan itu saja, kegagalan mendapatkan girlfriend selepas berusaha seadanya, ini semacam menginsafkan. Ia memberi mesej; "Ariji, kamu kena rajin."

Secara jujurnya, saya tidak berapa suka mengejar perempuan. Jika kita lihat dalam filem-filem tertentu bagaimana si lelaki mengejar perempuan, wow, saya tidak sanggup se agresif itu.

Jika dilihat bagaimana Zulfadhli mengejar Fatim, agak agresif bagi saya. Saya tidak sanggup sampai ke tahap itu. Jika saya kalah dalam persaingan ini, tidak mengapa.

Berbalik kepada isu penggubahan lagu, selama ini saya kurang komited dalam bidang songwriting, sekadar hobi.

"Aku tidak mahu jadi performer."

Pemikiran ini mungkin sedikit sebanyak membantut kejayaan saya dalam bidang songwriting. Samada praktis instrumen mahupun nyanyian, terasa kemalasan.

"Jiwa aku bukan bidang performance."

Suatu ketika dahulu senior saya ada masanya menegur saya bila malas praktis. Mungkin ada benarnya senior itu.

Lagu dan lirik 'Kasih Tak Sampai', kedua-duanya saya mula gubah pada tahun 2008. Berikut liriknya;


Kasih Tak Sampai
Pencipta: Ariji
Penulis lirik: Ariji


Bila pertamanya
Aku terpandang wajahmu
Hatiku telah jatuh tersungkur


Bila kau tiada  
Aku mencarimu
Kerna aku derita tanpamu


Engkau yang satu
Menambat hatiku
Apakah mungkin
yang mampu sama dengan dirimu 


Tetapi mungkin takdir
memisahkan kita
Ada sahaja yang tak kena
Melanda perjuangan ini


Sejak hari itu
kau mula bermasam muka 
Tanpa menjelaskan hal sebenar


Oh kerana fitnah itu
Kau membenci aku
Sedangkan aku tak bersalah pun


Telah ku cuba
Terangkan semua
pada dirimu 
Agar terungkai kebenarannya


Tiada lagi kata 
Yang mampu ku ucap
Pergilah engkau dengan dia
Semoga bahagia selalu
Kasih


Apabila check kembali karya ini yang tersimpan dalam 'stor', saya melakukan sedikit perubahan pada lirik dan melodi. Dari sudut arrangement pula, bagi saya ia sudah memadai bagi demo version, cuma perlu diperbaiki dari segi balancing.

Kerja melakukan balancing adalah kerja audio engineer. Memandangkan saya seorang diri saja di sini, saya buat semua kerja ini. Apatah lagi velocity bagi lagu ini adalah secara manual, bukan automatik dari performance, kecuali bagi instrumen gitar akustik. Sudah tentu kecuali bagi vokal juga.

Oleh kerana lirik lagu ini mungkin agak kontroversial, biarlah dirahsiakan kepada siapa saya tujukan lagu ini. Sudah tentu bukan Fatim, kerana ia mula digubah pada tahun 2008. Saya takut ada salah faham pula.  Tambahan pula, ada ayat; "... Pergilah engkau dengan dia..." Sudah tentu dia itu bukan Zulfadhli.

Namun, sememangnya ada beberapa persamaan. Dari segi jatuh hati, pihak ketiga, dan sebagainya. Saya tidak perlu melakukan sumpah khianat untuk mengatakan lagu ini bukan ditujukan kepada Fatim.

Sebagai contoh, ayat berikut; "... Kau mula bermasam muka...", sejak bila Fatim bermasa muka dengan saya? Maka lagu ini ditujukan kepada perempuan lain. Tambahan pula, penulis lirik ada masanya lebih kepada imaginasi berbanding realiti.

Semalam antara kenangan indah saya di institusi ini. Meluangkan masa bersama Geng Fela' dan dapat berkenalan dengan beberapa junior baru. Saya lihat mereka masing-masing ada keistimewaan tersendiri. Bak kata orang muda; "Banyak orang banyak ragam."

Mereka adalah manusia seperti saya, dan saya manusia seperti mereka. Kami umat manusia.

Sekian dulu coretan.

Wallahualam.

Sunday 1 May 2011

MCLM

Telah mendaftar sebagai ahli MCLM secara online sebentar tadi, dengan no-voting rights. Mula mengenali pergerakan ini dalam bulan Disember 2010, melalui Youtube.

Wallahualam.