Saturday 29 May 2010

Abu Hanifah Bhg. II

Dalam kitab yang bertajuk 'Tarikh Khatib Baghdadi' ada perkara yang mungkin menarik. Antaranya;

1) Abu Hanifah menggelarkan Imam Ja'far Sadiq dan Imam Malik sebagai makhluk yang paling teruk

2) Imam Shafie menggelarkan Abu Hanifah sebagai makhluk yang paling teruk

3) Abu Hanifah dan Imam Ahmad bin Hanbal adalah pengengkar hadis

4) Imam Malik mengatakan Abu Hanifah adalah tidak kurang daripada Iblis dan Dajjal

5) Abdur Rahman bin Mahdi mengatakan bahawa orang yang paling teruk dalam Islam adalah Abu Hanifah

6) Abu Hanifah patut disebat (flogged) kerana beliau menerima hanya 17 hadis

Dalam kitab 'Tahqiqil Mazahib' pula;

1) Abu Hanifah mengisytiharkan bahawa Imam Malik adalah seorang manusia yang tidak berasas

2) Abu Hanifah mengatakan Imam Malik, Shafie, Ja'far Sadiq adalah penipu

Dalam kitab 'Fatawa Alamgiri' pula;

1) Imam Abu Yusof telah berkata bahawa Imam yang lain adalah serangga jika dibandingkan dengan Abu Hanifah

Dalam kitab 'Durri Mukhtar' pula;

1)Abu Hanifah mengatakan bahawa 'para Imam' Islam adalah lebih teruk daripada makhluk yang merangkak.

Petikan sejarah dalam kitab Durri Mukhtar dan Tahqiqil Mazahib di atas menggambarkan bahawa Abu Hanifah 'tidak berminat' dengan gelaran Imam, sebagaimana 'para Imam' seperti Imam Shafie dan Imam Maliki.

Samada tulisan sejarah yang dinyatakan di atas adalah benar atau tidak, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Jika anda terbiasa dengan kitab-kitab riwayat hadis, kisah 'pelik' seperti di atas itu mungkin bukan sesuatu yang asing.

Perkara yang ingin dihightlightkan adalah Abu Hanifah dikatakan pernah digelar sebagai 'anti hadis' kerana hanya menerima 17 riwayat hadis. Apakah 17 riwayat hadis yang diterima itu?

Berbeza dengan mazhab hanafi pada hari ini, berapa riwayat hadiskah yang terlibat?

Menerima hadis, tidak semestinya menganggapnya sebagai salah satu sumber wahyu sebagaimana yang diamalkan dalam mazhab Sunni.

Riwayat hadis adalah tulisan/khabar sejarah. Samada give authority or not, dengan tulisan/khabar sejarah, adalah persoalan yang kedua.

Dari satu sudut, prinsip Abu Hanifah ini selaras dengan prinsip Omar al-Khatab that not give authority to riwayat hadis. Mari kita perhatikan petikan kitab Jami' Bayan Al-Ilm;

Omar bin Al-Khattab telah direkod berkata;" Aku mahu menulis tradisi, dan aku teringat orang sebelum kamu, mereka menulis kitab lain untuk diikuti dan meninggalkan Kitabullah. Dan aku tidak akan sekali-kali, aku bersumpah, menggantikan Kitabullah dengan apa sekalipun." (Jami' Bayan Al-Ilm, m/s 67)

Dalam kes ini, Omar dan Abu Hanifah 'seolah-olah' memahami Surah Al-Furqan ayat 30;

Dan Rasul berkata "Tuhanku, orang-orangku telah meninggalkan al-Quran ini."

Dari satu sudut, ini memberi klu kenapa Nu’man bin Thabit bin Zuta bin Marzuban digelar sebagai 'Abu Hanifah'.

Wikipedia pula menceritakan;

No evidence exists, however, to indicate Abu Hanifa had narrated any hadith from the companions although there is no doubt that he was a "tabi'i" (one who had met a companion of Muhammad) and had met Anas bin Malik.


The author of al-Khairat al-Hisan collected information from books of biographies and cited the names of the Sahaba whom it is reported that the Imam has transmitted ahadith from.

Wikipedia di atas menceritakan bahawa tiada bukti Abu Hanifah telah meriwayatkan mana-mana hadis daripada para sahabat walaupun beliau pernah berjumpa dengan sahabat Nabi Muhammad.

Dan penulis al-Khairat al-Hisan yang mengumpul maklumat, seterusnya mewujudkan 'mazhab' Hanafi.

Wallahualam.

Friday 28 May 2010

Abu Hanifah

Antara empat Imam mazhab, saya paling tertarik dengan Abu Hanifah. 'Hanifah' yang membawa maksud 'monotheist', yang melambangkan kefahaman bahawa tiada Tuhan selain Allah.

Apabila saya meneliti tulisan sejarah, terdapat dalil yang menunjukkan fahaman mazhab Hanafi pada hari ini adalah tidak original datang dari Abu Hanifah.

Abu Hanifah yang saya kenali adalah seorang ulama yang menolak hukuman rejam sampai mati ke atas kesalahan zina, namun jika anda menyelidik versi mazhab Hanafi pada hari ini, menyatakan sebaliknya.

Malah, terdapat banyak lagi tulisan sejarah yang 'ditapis' daripada 'orang awam'. Tulisan sejarah ini wujud dalam 'kitab-kitab lama'.

Wallahualam.

Thursday 27 May 2010

Hukuman Rejam Sampai Mati Bhg. II

Mereka yang melakukan hukuman rejam sampai mati, 'tidak ubah' seperti mereka yang melakukan honor killing.

"Perbuatan kamu melakukan honor killing adalah salah."

"Kami mentaati Rasul. Kami tak peduli jika anak perempuan kami dibunuh seperti tikus."

Seolah-olah sama jua bila puak yang melakukan hukuman rejam sampai mati ditegur.

"Perbuatan kamu melakukan hukuman rejam sampai mati adalah salah."

"Kami mentaati Rasul. Kamulah yang Kafir, sebab tidak mahu mentaati Rasul."

Mata mereka telah buta daripada Surah An Nur ayat 2? Kemudian mereka terpekik-pekik marahkan puak Zionist bila Gaza diserang. Mereka tidak pula nampak unsur Zionism dalam diri mereka sendiri?

Kemudian mereka berkata;

"Kami dari kalangan orang yang beriman."

Wallahualam.

Ketika Cinta Bertasbih

Filem ini mengingatkan saya ketika menuntut di sekolah agama suatu ketika dahulu. Dari segi pakaian, kitab-kitab, akhlak dan sebagainya. Juga mungkin dari segi sebahagian silibus pelajaran, kerana bekas sekolah agama saya menggunakan sukatan pelajaran dari Universiti Al-Azhar.

Mazhab apapun, semua meletakkan al-Quran di tangga teratas. Kemudian baru hadis, ijmak, qias, dan ijtihad, dan sebagainya. Ini menunjukkan mereka ada laluan untuk kembali kepada al-Quran.

Dalam mazhab Sunni, dikatakan ada dua sumber wahyu. Al-Quran dan Sunnah. Wahyu yang bersumber daripada al-Quran adalah jelas, tersedia. Tidak perlu kepada perawi, sanad dan sebagainya. Yang bermasalah mungkin adalah yang bersumberkan Sunnah, sehingga memecahkan mazhab Sunni kepada beberapa puak lagi. Lebih merbahaya apabila ada versi 'Wahabi' yang mengganas umpama Osama Bin Laden.

Gelaran 'Wahabi' pada hari ini lazimnya akan dilemparkan kepada sesiapa yang menolak ijmak tertentu. Samada ke arah yang lebih dekat dengan al-Quran, atau semakin jauh.

Persoalannya, apakah ijmak yang sebenar-benar? Jawapannya boleh dikatakan hanya al-Quran. Jika yang bermusyawarah itu ditapis sehingga hanya tinggal satu puak sefahaman sahaja yang terlibat, maka di situ akan wujud ijmak yang hanya terhad kepada puak itu sahaja.

Saya hanya baru menonton Ketika Cinta Bertasbih episod satu. Mungkin saya telah ketinggalan. Merancang untuk melihat episod yang seterusnya pula. Mungkin ia perlu didownload.

Yang menariknya, gubahan melodi Melly Goeslaw mengalir dalam filem ini.

Wallahualam.

Wednesday 26 May 2010

Nabi Muhammad Tidak Maksum

Katakanlah; "Sesungguhnya aku telah diharamkan untuk menyembah itu yang kamu panggil selain daripada Allah apabila telah datang kepadaku bukti yang jelas dari Tuhan dan aku diarahkan untuk berserah kepada Tuhan sekalian alam." (40:66)

Ayat di atas menjelaskan kewujudan pengaruh syirik sebelum Nabi Muhammad dilantik menjadi Nabi.

Sesungguhnya Allah menerima taubat Nabi, Muhajirin, dan Ansar yang mengikutinya ketika saat kesusahan selepas apa yang hampir terpesong jantung-hati sebahagian daripada mereka kemudian Dia menerima taubat mereka. (9:117)

Ayat di atas pula menjelaskan bahawa Nabi Muhammad pernah diterima taubatnya oleh Allah.

Dan oleh itu Kami wahyukan kepada kamu satu roh dengan perintah Kami, tidaklah telah kamu tahu apa Kitab dan tidak juga Iman, tetapi Kami telah membuatnya satu cahaya yang Kami akan pandukan dengannya sesiapa dari hamba Kami. (42:52)

Ayat di atas menjelaskan bahawa Nabi Muhammad pernah tidak mengetahui apakah Kitab dan Iman.

Wahai Nabi, kenapa kamu haramkan yang dihalalkan Allah untukmu, mencari keredhaan isteri-isterimu? Dan Allah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani. (66:1)

Ayat ini menjelaskan bahawa Nabi Muhammad pernah mengharamkan yang halal.

Dia bermasam muka dan berpaling, kerana telah datang padanya seorang yang buta. Tetapi apakah yang membuatkanmu tahu bahawa dia mungkin ingin membersih dirinya. Atau diingati agar memberi manfaat kepadanya Peringatan. Maka untuk yang berasa diri bebas dari keperluan, kemudian padanya kamu memberi perhatian. Dan tidak kepadamu tidak dia membersih sendiri. Tetapi demi untuk yang datang kepadamu bersungguh-sungguh. Dan dia takut. Maka kamu darinya diganggu. (80:1-10)

Ayat ini menjelaskan bahawa Nabi Muhammad telah melakukan perbuatan yang tidak disukai oleh Allah.

Dan Dia mendapati kamu sesat, kemudian Dia menghidayahkan. (93:7)

Ayat ini pula menjelaskan bahawa Nabi Muhammad pernah berada dalam kesesatan.

Dalil-dalil di atas jelas menerangkan bahawa Nabi Muhammad tidak maksum. Ingin ditekankan di sini bahawa, hujah yang digunakan oleh pihak tertentu bagi mengatakan bahawa Nabi Muhammad adalah maksum, sebenarnya merujuk kepada Rasul, bukannya Nabi. Dengan ini diharapkan  dapat menjelaskan sedikit sebanyak tentang perbezaan antara Rasul dan Nabi. Dalil yang digunakan mereka antaranya;

Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu lakukan maka tidak kamu sampaikan mesejNya. Dan Allah akan melindungimu dari manusia. Sesungguhnya Allah tidak menghidayahkan orang-orang yang kafir. (5:67)

Jelas, adalah untuk kamu pada Rasul Allah satu contoh yang baik untuk sesiapa yang berharapkan Allah dan Hari Akhirat dan mengingati Allah banyak-banyak. (33:21)

Kedua-dua ayat ini jelas menunjukkan bahawa ia merujuk kepada Rasul, bukannya Nabi.

Wallahualam.

Papan Kekunci

Ini bukan tentang papan kekunci komputer atau laptop. Ini adalah papan kekunci muzik. Kenapa 'board' diterjemahkan sebagai 'papan'? Tetapi itulah Bahasa Malaysia, saya cuba terima ia seadanya.

"Dimanakah lagi kedai yang menjual instrumen muzik di Kota Bharu?"

"Setahu saya hanya di kedai ini." jawab pekerja kedai.

Saya pernah membeli gitar akustik Santa Cruz di kedai itu suatu ketika dulu. Hari ini, kedai yang pada mulanya ada dua lot, sekarang sudah menjadi satu lot. Di tingkat atas pula ada kelas muzik. Majoriti student di sini adalah berbangsa Cina.

Di US, harga keyboard ini hanya dalam RM300 sahaja. Di Kuala Lumpur pula ada kedai yang menjualnya serendah RM700. Namun di Kota Bharu ini harganya RM970 termasuk adapter. Keyboard lama saya telah dicuri. Saya 'harap' pencuri itu pandai bermain keyboard.

Saya tidak ada banyak pilihan. Hanya ada dua model keyboard yang dijual di kedai itu. Jenama Yamaha sememangnya diakui kualiti bunyinya. Jenama model ini adalah PSR E323.

Wallahualam.

Sunday 23 May 2010

Judi, Arak dan Dadah

Satu kisah yang menarik dicoretkan oleh seorang bekas isteri di http://pukullima.blogspot.com/2010/05/letter-from-my-friend.html

Rumahtangganya runtuh akibat daripada tabiat suaminya yang suka berjudi.

Dua tiga hari ini Malaysia kecoh dengan isu judi. Dalam al-Quran, judi mempunyai persamaan dengan arak. Dadah, walaupun tidak disebut secara langsung dalam al-Quran, namun sifatnya menyerupai arak.

Antara sifat dadah yang mempunyai persamaan dengan arak adalah;

1) Berasal daripada tumbuhan
2) Membuatkan rasa ketagih
3) Menimbulkan ketidakseimbangan pemikiran

Judi menepati 2) dan 3). Namun judi bukan bersifat fizikal seperti arak dan dadah yang berasal dari tumbuhan.

Dalam kes ini, Setan boleh diumpamakan seperti seorang pemancing yang menggunakan judi, arak dan dadah sebagai umpan, manakala manusia pula adalah ikan itu.

Arak dan dadah bersifat taken in, diharuskan hanya terhad untuk tujuan tertentu dan dalam keadaan tertentu seperti perubatan, dan sebagainya. Keterangan yang lebih terperinci diperlukan bagi isu ini.

Dari satu sudut, pemberian lesen judi oleh kerajaan terhadap bidang sukan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Mungkin ini satu berita gembira bagi sebahagian si penganggur.

"Ada kerja kosong. Kerajaan luluskan."

"Menarik. Aku sudah lama menganggur. Kerja apa?"

"Berjudi."

"Ceh."

Wallahualam.

Saturday 22 May 2010

Permata Hijrah

Bercadang untuk menjadi pelanggan bagi produk ini. Penggunaannya lima kali sehari dengan berpantang dari makanan yang boleh mendatangkan kegatalan seperti ketam, udang dan sebagainya.

Saya cuba meninggalkan penggunaan cermin mata, yang diamal sejak berumur dua belas tahun. Satu perkara yang mungkin saya pernah terlupa adalah untuk menyayangi diri sendiri.

Diharapkan mata saya gembira dengan produk ini.

"Hai mataku, kamu berdua gembira tak jika saya belikan Permata Hijrah untuk kamu?"

"Oh, lantak kamulah Ariji."

Mata saya tidak mampu bercakap. Dialog di atas hanyalah khayalan.

Wallahualam.

Ron Paul


Saya pernah berkempen untuk beliau ketika pilihanraya US pada tahun 2008, namun beliau kalah jua kepada John McCain. Kemudiannya John McCain kalah pula kepada Barack Obama.

Sudah sekian lama saya tidak mengikuti perkembangan beliau, atau mendengar beliau berceramah seperti dalam video tersebut. Ini mengingatkan saya kepada kenangan lalu.

Mungkin, jika beliau yang menjadi presiden, sejarah umpama yang menimpa John Kennedy bisa berulang. Setakat ini, setahu saya puak Illuminati boleh dikatakan tidak menyukai beliau.

Wallahualam.

Friday 21 May 2010

Harun Yahya dan Penganut Yahudi

"Arrogant is self-worship." kata seorang penganut Yahudi ketika berbual dengan Harun Yahya. Ini antara ayat yang menarik dalam video yang durasinya kira-kira lebih 20 minit itu.

Sila rujuk; http://en.harunyahya.tv/videoDetail/Lang/4/Product/23466/ADNAN_OKTAR_S_LIVE_INTERVIEW_WITH_JEWISH_GUESTS_FROM_DERUSHA_PUBLISHING_(USA)_ON_HARUNYAHYA.TV_(APRIL_14,_2010)

Agama Yahudi dan Zionism adalah dua perkara yang berbeza.

Wallahualam.

Wake Up Project

Sekian lama saya tidak dapat mengakses laman web Wake Up Project, mungkin ianya di blocked oleh pihak tertentu.

Jika ia diblocked, ini bukanlah perkara yang menghairankan, lihat saja berapa banyak loji Freemasonry di Malaysia. Harun Yahya, salah seorang ulama Sunni kegemaran saya, pernah jua dipenjara kerana kelantangan menentang Freemasonry.

Beliau pernah menulis buku berkenaan kedatangan Nabi Isa. Hakikatnya, tiada dalil kedatangan Nabi Isa dalam al-Quran. Untuk mempercayainya adalah hak ekspresi masing-masing.

Noreaga, pengasas Wake Up Project, pernah menghasilkan video berkenaan kedatangan Nabi Isa melalui siri The Arrivals. Namun mungkin ada yang terlepas pandang, salah satu quote yang pernah dicoretkan beliau umpama berikut;

"Saya bukan Sunni atau Syiah. Saya hanyalah cuba menjadi apa yang al-Quran mahu saya jadi."

Dan quote lain yang penting seperti;

"Hanya ayat al-Quran yang mutlak dalam video ini. Video ini hanyalah satu penyelidikan yang akan disambung oleh para penonton."

Quote ini bersesuaian dengan coretan di blog saya. Perkara lain selain Kitabullah, termasuklah tafsir, penterjemahan, pendapat peribadi dan sebagainya, hanyalah ekspresi dan bukan bersifat mutlak. Jika Mahaguru58 menggunakan Surah An Nahl ayat 125 sebagai tema, saya pula menggunakan Surah Al-Isra' ayat 36.

Padah hari ini, Noreaga telah pun pencen daripada Wake Up Project Team, dan perjuangan beliau lazimnya akan diwarisi oleh mereka yang cintakan kebenaran.

Wallahualam.

Soalan Istimewa

Soalan istimewa untuk puak Sunni. Saya akan gunakan tafsir daripada http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/

1) Bagaimanakah untuk mengurangkan separuh hukuman rejam sampai mati? Sebagaimana yang dikehendaki oleh Surah An Nisa ayat 25? Mari kita perhatikan Surah An Nisa ayat 25;

Dan sesiapa di antara kamu yang tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk berkahwin dengan perempuan-perempuan yang baik-baik (yang merdeka, yang terpelihara kehormatannya) lagi beriman, maka bolehlah kamu berkahwin dengan hamba-hamba perempuan yang beriman yang kamu miliki. Dan Allah lebih mengetahui akan iman kamu; kamu masing-masing (suami yang merdeka dan isteri dari hamba - abdi itu) adalah berasal sama (dari Adam, dan seugama pula). Oleh itu berkahwinlah dengan mereka dengan izin walinya serta berikanlah maskahwinnya menurut yang patut. Mereka (hamba-hamba perempuan yang akan dijadikan isteri, hendaklah) yang sopan bukan perempuan-perempuan lacur, dan bukan pula yang mengambil lelaki sebagai teman simpanan. Kemudian setelah mereka (hamba-hamba perempuan itu) berkahwin, lalu mereka melakukan perbuatan keji (zina), maka mereka dikenakan separuh dari (hukuman) seksa yang ditetapkan ke atas perempuan-perempuan yang merdeka. (Hukum perkahwinan) yang demikian (yang membolehkan seseorang berkahwin dengan hamba-hamba perempuan) itu ialah bagi orang-orang yang bimbang melakukan zina di antara kamu; dan sabarnya kamu (tidak berkahwin dengan hamba-hamba perempuan) itu adalah lebih baik bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 

2) Jika Nabi Muhammad menerangkan tentang hal ini, maka dimanakah riwayat hadis yang menerangkan tentang hal ini?

Mari kita perhatikan Surah al-Qiamah ayat 18 hingga 19.

[18]
Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;
[19]
Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan).

Wallahualam.

Thursday 20 May 2010

Jemaah

Ada pihak tertentu menyarankan saya menyertai 'jemaah'. Saya menolak pelawaan mereka, kerana saya tidak mahu menjadi hipokrit dalam kes ini.

Saya percaya bahawa riwayat hadis berkenaan hukuman rejam adalah hadis dhoif. Kitab The Old Testament bukanlah perkara yang agak asing bagi saya. Mungkin dalam kes ini, saya lebih mengenali apa itu Israeliyyat berbanding mereka.

Jika saya berpura-pura percaya bahawa riwayat hadis itu sahih, adakah itu yang mereka mahu?

Mungkin mereka terlepas pandang. Isu khilaf adalah bagaikan aur dengan tebing di kalangan ahli agama.

Wallahualam.

Mahmood Zuhdi

Tadi saya telah berdialog dengan Mahmood Zuhdi. Beliau menyarankan agar saya membaca beberapa buku tulisannya, juga menyarankan agar saya menghantar artikel kepadanya bagi dinilai.

Satu tajuk bermain di fikiran saya.

Wallahualam.

Wednesday 19 May 2010

Waalaikumussalam Muhd Abdillah Bhg. VI

Nenek moyang tidak ada kene mengena disini kau asyik nak sebut2 perkara ini. apa fahaman nenek moyang itu ariji? jawablah Hadith sahih yg aku beri dulu jgn nk asyik sebut itu ini semua fahaman nenek moyang aja. Aku sudah bawa hadith Nabi s.a.w. xnk terima? okey,beri dulu hujah kau dan dalilnya. susahla kalau aku perlu minta - minta kau jawab tapi kau xjwab plak. asyik katakan ini fahamn nenek myg aja. xbersyuralah ini. semua org tahu tafsir2 yg masyhur yg diterima ulama dan para fuqaha yg alim dan soleh. xsiapa pun hanya pakai satu tafsir sahaja. dan kalau kau berangan nak tafsir Quran lebih pendamkan dulu. Belajar dulu B.Arab. jangan nk megah. Tafsir dan terjemahan pun kau konfius. bahye nie.

Sesiapa sahaja yang telah meninggal ratusan tahun lalu, maka mereka adalah nenek moyang.

Mana-mana riwayat hadis yang bercanggah dengan al-Quran adalah hadis dhoif.

Aku xde pernah 'perlu hapuskan' kau ariji. jgn nk fitnah2 asyik berdalih. kau sudah terlampau salah aku pula kau tuduh itu ini ya. Drpd buang masa berdialog dgn kau lebih baik aku mencari ilmu dari bermegah2 xtentu hala. 'mensesatkan' secara jahil fahaman Sunnah yg mulia walhal diri sendiri xberilmu tapi taksub dgn akal sendiri. salah nie. x ikut acuan Quran langsung. 

Hidayah ditentukan olehNya.

celah mane pula aku mentamakn tafsir nnk myg dgn kitab Allah??? ini la kerja kau kan. asyik nk menuduh aje. pilih isu yg nk membangkitkan kemarahan aja. selesaikan dgn cara tuduh dan fitnah2 aja. isu2 utama yg major yg sepatutnya dibinacngkan kita kau langsung xpeduli. xjwb ape tapi sibuk nk mengejek2 aku. mcmn nie ke kau nk buat kalo berdialog nnt? kau print la hujah kita suruh je sesapr bace. tnye pendapat diorg. print komen2 aku semua skali bg ramai2 kt universiti 2 baca. bdk universiti pasti cerdik2. tnye pndapat mereka. jgn gah dgn ilmu sendiri je nk anggap sume org bodo bahlul. ikut nnk myg la kate kau.
hujah xda fitnah suka ya. haih.........

Membebel?

tlng jangan jadi bodoh atau sila baca SAMBIL FAHAM wahai Ariji. da aku hujah Sunnah yg TIDAK DIIKUT ,ANTARANYA BERPUASA HINGGA MLM!
apasal kau tanye dgn mengejek "puak sunni xpuasa smpai mlm tp smpai maghrib, xikut sunnah la diorg 2" ..
Adui hai. bodoh ke apa? dah terang aku ckp itu sunnah yg hanya untk Nabi s.a.w.
Kau buat apa ini Ariji??????? betul ke apa fahaman macam ini????? ini emosi lebih dari akal ni!
kau sudah tidak mahu berpuasa kaa???? macam mana cara berpuasa cara Quran berdasarkan kehebatan akal kau itu ariji??? terangkan! ini soal agama. jika kau ada cara yg lain maka kau pasti igt ini lah yg seperti Allah mahu dari hambanya. jadi kongsikan dgn aku! huhu...tapi pastinya kau tidak akan menjawab soalan ini tapi jgn ejek aku pula ya. sudah aku beri katakan jwb dulu. ok?

Al-Quran menerangkan bahawa berpuasa hingga ke malam. Puak Syiah lebih tepat dalam kes ini berbanding puak Sunni kerana mereka berbuka pada waktu Isyak.

riwayat kambing makan itu kan sudah pelik dan xmasuk akal itu. kau tahu tak bagaimana cara Quran dibukukan? sudah baca blom? Quran dihafal olh ramai sahabat Nabi s.a.w! mana ada Quran yg hanya ditulis ats satu kertas sahaja. Isu ini adalah amat biasa. sdgkan berjuta lg fitnah diorg. ini sume xmasuk akal. sdgkan riwayat itu tiada percakapan Nabi s.a.w. dan hal itu mmg tidak pernah terjadi. Al-Quran dijaga baik la ariji. kafir kalau xpercaya ni. surah Al-hijr :9 rujuk ayat itu ok. 
isu ini hanya fitnah yahudi dan kristian. fitnah ini tidak pernah menjadi isu utama pun krn org2 yg kurg pengetahuan dlm islam pun tahu hal ini dusta 100%! nampaknya ariji. kau suka menyuntik fitnah yahudi msuk dlm islam ya. isu ini xperlu dibangkitkn olh seorg muslim kemudian 'mempromosi' knnya. ini akan dilaknat.
Wallahu'Alam.

Riwayat tentang kambing itu terdapat dalam Kitab Ibn Majah dan Kitab Ibn Hanbal.

aku tidak penah pulak suruh kau 'meminati' imam2 itu. tapi jgnlah sombong fitnah mereka. mereka org soleh yg terseksa ketika bernafas. mereka ditomah,difitnah,disiksa,dibuang ketika mrk mengajar ilmu Allah. hampir kesemua imam2 ini mati dlm keadaan yg mereka dihina dan dikafirkan. Allah s.w.t Maha Pemurah dan Maha Agung! merahmati mereka dgn mengangkat ilmu2 mereka dgn peninggalan kitab2 mereka menjadi pembimbing dlm pelbagai permasalahan kaum muslimin. mereka tidak hidup sbagai raja dan 'merosakkan' muka bumi seperti yg kau fitnah itu. mereka tidak punyai harta yg hebat. mereka tidak punyai istana atau kepelbagaian harta benda yg boleh diletak dimuzium!
mereka meninggalkn ilmu yg berlandaskan iman dan taqwa! 
membuktikan bagi mereka yg beriman pada hari ini jika mereka sabar dan terus menegakkan hak yg benar walau rintangan nya amat berat dan sakit, Allah s.w.t akan mengangkat martabat mereka setalah bertemu dgn-Nya.
sebelum kau memfitnah imam2 ku yg soleh. Al-Bukhari,Muslim,AsSyafie,Hanafi,Maliki,Hanbali, Ahmad,dll. lebih baik kau sediakan hujah dan dalil yg kuat sekuat gunung dan bukit. bukkanya asyik memfitnah sebanyak lautan!

Apalah yang kamu membebel ini?

Tdk pernah pula aku suruh kau beli mana2 tafsir. sebaliknya kau perlu kenal dulu apa itu tafsir. dan jika kau menganggap Tafsir2 sprt Ibn Kathir dllnya itu sbgai kitab berunsur 'fitnah'. maka moga kau menjumpai Jalan yg benar. smoga kau sedar akan disiplin penuntut ilmu dan bertindak bersama yg Hak.
Terima kasih kerana membetulkan kesalahan salam aku itu. Moga jadi manfaat.
apa yg kau perlu perbetulkan disini Ariji lebih byak dan lebih major. Sila belajar Bahasa Arab dulu seblum mengajar org lain dan bahasa ini tidak mudah dikuasai walaupun dlm masa beberapa tahun! sdgkan org Arab sendiri sukar memahami Quran jika tidak teliti dlm Bahasa Arab tinggi. Apatah lagi org melayu. 
Assalamualaikum. 
-Muhd Abdillah-

Aku meminta kamu tunjukkan dalil dalam al-Quran sebagai hujah, bukan sekadar membebel. Waalaikumussalam.

Wallahualam.

Mazhab Sunni dan Pernikahan


Video di atas mengisahkan pernikahan oleh seorang penganut Sunni dengan gadis berumur 13 tahun. Abdillah pernah berhujah, bahawa 'Sunnah Nabi' tergolong kepada itu dan ini, dibenarkan menolak riwayat hadis tertentu apabila mendapat riwayat hadis sahih yang lain, dan sebagainya. Namun lazimnya, penganut Sunni memilih sahaja mana-mana 'Sunnah Nabi' pilihan mengikut kefahaman masing-masing.

Al-Quran menerangkan, antara syarat si perempuan untuk dinikahi adalah;

1) Calon mencapai puberti
2) Calon mencapai pemahaman yang sihat
3) Mendapat izin daripada penjaga bagi calon yang belum pernah bernikah
4) Mendapat izin daripada calon

Konsep 'wali mujbir' dari mazhab Shafie yang menghalalkan nikah paksa hukumnya adalah haram kerana melanggar syarat no 4). Isu umur pula adalah subjektif. Puberti dan pemahaman yang sihat tidak bergantung kepada umur tertentu.

Umur 13 tahun, ada kemungkinan calon telah mencapai puberti, namun belum tentu mencapai pemahaman yang sihat. Pemahaman calon hendaklah diuji, samada ia adalah baik, atau belum lagi.

Wallahualam.

Tuesday 18 May 2010

Zaman Jahiliyyah

Hidup pada hari ini, ada menyerupai hidup pada zaman Jahiliyyah. Kejadian umpama menanam anak perempuan hidup-hidup, siapa kata tidak berlaku, cuma mungkin aktiviti itu tidak popular di Malaysia.

Ada kes di negara Arab, anak perempuan dibunuh oleh keluarga sendiri hanya kerana si dia berbual dengan lelaki bukan muhrim. Honor killing, kata mereka.

Lihat pula apa yang diajar di masjid-masjid, di sekolah-sekolah agama, di institusi pengajian, di universiti dan sebagainya, apakah mereka mengajar Islam yang sebenar? Apakah mereka tidak meninggalkan al-Quran?

Peperangan demi peperangan, umat Islami kalah. Perang Salib, Bosnia, Gaza, sebutkan saja. Pemimpin Islami pula, seperti Saddam Hussien, sempat lagi mengambil kesempatan menyerang Iran bagi mendapatkan sumber minyak, dikala Iran sedang berkalutan dengan US.

Mereka tahu, bahawa Nabi Muhammad menjadikan musyawarah untuk memerintah negara, tapi mereka tidak kisah semua itu, pemerintahan autokrasi juga yang dipilih oleh Arab Saudi.

Masjid-masjid pula begitu banyak di Malaysia, malah akan bertambah dari semasa ke semasa, namun kelahiran anak luar nikah juga meningkat.

Teruk. Teruk. Teruk. Ini belum masuk bab kalendar lagi. Kalendar Hijrah kurang relevan jika dilihat dari perspektif al-Quran. Sila rujuk http://ariji86.blogspot.com/2010/04/kalendar-hijrah-bhg-ii.html

Lihat pula negara Islami, tidak ada satu pun bertaraf negara maju. Kebuluran di Afrika seolah-olah unstoppable.

Perbankan Islami pula, masih tidak dapat menyaingi perbankan konvensional. Saya pernah membuat assignment tentang isu ini pada tahun lepas. Perbankan Islami pada hari ini seolah-olah tiada sengat.

Tinggi tekanan yang dialami apabila memikirkan isu dunia secara keseluruhan. Ini baru bab dalaman, belum masuk isu luaran seperti Illuminati, Rothschild, isu nuklear dan sebagainya.

Ini soal Syurga Neraka. Siapa tidak mahu masuk Syurga? Samada apa agama mereka, apa mazhab mereka, semua mahu masuk Syurga. Masing-masing dengan versi 'Tuhan' masing-masing.

Teruk. Dunia ditabur dengan wang fiat. Mereka yang bertanggungjawab dalam perbankan Islami, masih kurang 'nampak' mereka menjalankan kegiatan wang yang bersandarkan emas atau perak.

Menakutkan. Dimanakah Islam? Kebenaran begitu kabur. Waktu bergerak, ajal kata datang.

Jika dikaji, apakah punca konflik antara puak Sunni dan Syiah selama ratusan tahun, anda akan mendapati ia berpunca dari riwayat hadis.

Kenapa begitu sukar untuk mereka menolak riwayat hadis yang bercanggah dengan konsep al-Quran? Kenapa mereka mengabaikan Rasul yang terdapat dalam Kitabullah? Namun mereka lebih sibuk memakai jubah dan menyimpan janggut.

Tidak 'kelihatan' turunnya para Malaikat membantu Taliban di Afghanistan. Mereka berjuang menegakkan kepentingan mazhab, mentaati versi 'Rasul' mereka, kenapa mereka tidak nampak Rasul dalam al-Quran?

Mereka cuba memasuki Syurga secara shortcut dengan mengebom diri sendiri, sesungguhnya belum tentu mereka memasuki Syurga dengan cara itu. Kenapa pula nyawa insan yang tidak berkaitan perlu terkorban jua?

Mereka seolah-olah tidak takut pada Allah. Apabila mata mereka tidak dapat mempercayai ayat al-Quran, mungkin mereka patut tanya diri mereka, "apakah kami orang beriman?"

Zaman kegemilangan Islami telah lama meninggalkan umatnya. Bilangan masjid dan ulama, telah gagal mengembalikan zaman kegemilangan ini walaupun selama ratusan tahun. Kembalilah kepada al-Quran.

Wallahualam.

Al-Quran Ditinggalkan

"Al-Quran sukar untuk difahami."

"Al-Quran hanyalah untuk mendapatkan pahala apabila dibaca,bukan untuk diamal"

"Al-Quran tidak terperinci. Ia tidak menerangkan baju warna apa yang perlu saya pakai pada hari Ahad, sebab itu ia tidak terperinci."

"Tiada paksaan dalam agama? Si murtad perlu dibunuh."

"Nabi Muhammad sendiri tidak ikut al-Quran sepenuhnya, maka kami juga boleh buat begitu."

"Ulama adalah pewaris Nabi. Kami taat tanpa mempersoal, sehingga sanggup telan air liur ulama." Sila rujuk http://drmaza.com/home/?p=1079

"Nabi Muhammad adalah penutup bagi segala Nabi? Penutup itu tidaklah tertutup rapat. Ada lubang kecil di situ, dan Nabi Isa akan keluar dari lubang kecil itu, untuk datang kembali dan menyelamatkan dunia kelak."

"Al-Quran menyesatkan. Nenek moyang kami yang membawa kami ke jalan yang lurus."

"Kami tidak boleh menggunakan akal untuk memahami al-Quran, walaupun akallah yang membezakan antara manusia dengan binatang. Akal hanya digunakan untuk perkara-perkara lain seperti makan, minum, berjalan dan sebagainya."

"Nenek moyang telah siapkan agama untuk kami. Kenapa kami harus bersusah payah? Ikut saja ajaran mereka."

"Kami tidak peduli Rasul dalam al-Quran, kami hanya peduli Rasul di luar daripada al-Quran."

Mari kita perhatikan Surah Al-Furqan ayat 30;

Dan Rasul berkata "Tuhanku, orang-orangku telah meninggalkan al-Quran ini."

Wallahualam.

Monday 17 May 2010

Waalaikumussalam Muhd Abdillah Bhg. V

(Saya mempelawa kamu untuk berdialog secara terbuka di institusi yang saya sedang menuntut. Saya boleh siapkan proposal dan kita akan berdialog secara terbuka di satu majlis. Berani?


Mungkin kamu adalah salah seorang pelajar di institusi itu. Tonjolkan dirimu.)


(Sila mempertimbangkan pelawaan berdialog secara terbuka tadi. Jika kamu rasa bahawa aku ini perlu 'dihapuskan', bukankah ini peluang keemasan? Kamu juga boleh menjemput mana-mana ulama. Jika ulama itu perlukan bayaran, saya boleh cuba memohon peruntukan.)


*Ariji, aku tgk kau ini bukannya alim dalam ilmu agama. Aku tidak mahu berdialog secara terbuka dgn kau kerana:
1. Kau tidak arif dan alim mengenai hal agama Islam. tlng jgn nk berlagak hendak berdialog dgn ulama pula. renungkan dulu dialog kita ini. sedarkan dulu ilmu kau ini tidak keluar 'kampung' lagi pun. jadi lawak je kau nk pggil ulama. watpe? nk mengajar?
sedar skit ok. lawak betol la kau ni. jgn jadi lurus sgt. tajam la skit akal 2.
2.Kau 'menyesatkan' fahaman sunnah yg berlandaskan Quran. ini menunjukkan betapa lemahnya ilmu Quran mu.
3.Kau xpandai bahasa Arab pun.
asas2 bahasa inipun kau terlalu tonggang langgang. terlalu lemah.
kau tidak layak utk berbicara pasal hal agama dgn ilmu sebegini tapi kau lanyak je atas tiket 'hak bersuara'. Ini adalah sikap yg aku benci.
4.Kau berhujah tanpa dalil dan tanpa bukti yg kuat dan kukuh. 'menghukum' sahabat Nabi s.aw dan org Alim dgn maksud fitnah walhal kau langsung tidak ada idea bagaimana kisah2 mereka. Ini amat keji!
5.kau memahami islam dgn menggunakan akal sendiri tanpa ilmu yang benar dan tanpa berlandaskan Quran dan akal yg sihat.
6.hujahku kau tidak jawab! hampir kesemuanya kau tidak jawab!
7.kau tidak menjawab soalan2 ku.
8.kau sering berdalih mengenai fahaman mu. Sedangkan aku tidak mahu suka memandai2 buat andaian mengenai fahaman kau yg agak lucu itu.Aku telah jelas dgn akidah ku walau kau tdk mengenali ku.
9.Aku masih belajar dan kesuntukan masa.
10.Aku mempunyai pekerjaan.
11.ada tanggungan.

Adalah sesuatu yang dijangka jika si buta tidak nampak, dan si pekak tidak mendengar. Aku menggunakan dalil daripada al-Quran. Mungkin bagi kamu, al-Quran itu tidak berguna tanpa tafsir daripada nenek moyang, seolah-olah nenek moyang yang menggubah agama untuk mu.

Aku lebih muda daripada kau dan masih belajar sambil bekerja membuatkan aku sibuk dan sukar mencari peluang kosong lebih2 lg pd waktu siang.
kesimpulannya adalah ia amat membuang masa untuk berdialog dgn kau kerana kau sememangnya tidak layak untuk membuat sesi dialog ini. Jika mahu aku berjumpa dan berdialog dgn kau, Boleh saja! Tapi dgn syarat!
kau mesti jawab semua hujah dan persoalan ku didalam blog mu ini dan kau menyiarkan dialog kita disini dahulu.
Buat 2 perkara ini dahulu baru kita berjumpa! jika tidak lebih baik kau tuntut ilmu dulu dan cuba tingkatkan kefahaman islam daripada ilmu asas islam dahulu. kau patutnya bersedia menghormati disiplin para penuntut ilmu bukan berlagak tidak berilmu.
Aku pun menjawab dgn hujah adalah kerana sudah lama aku tgk kau sesat tapi berlagak(pada mulanya aku tidak kisah). jadi aku nak tegur kau skit. aku xserius pun utk jmp kau . bukan aku mahu menyakiti hati kau ariji, tapi kau sendiri boleh baca blog kau, xpun kau suruhla sesape kwn2 kau bace hujah kita, tgk diorg ckp pe. Kau sendiri kene hentam. jawab dulu k. jangan sombong. Daripada membuang masa ku dan Ulama lebik baik kau baca dulu kitab2 ilmu. Boleh? Aku xtakut pada kau. ilmu ini sikit sangat pada kau. Maaf jika terkasar bahasa. Tapi inilah yang dapat dilihat disini. kalau kau tidak setuju, jawab semua dulu. lagipun hal2 disini dibangkitkan kau. aku hanya tetamu saja. kau yang bangkitkan jadi jawabla!

Jika tafsir nenek moyang menyamakan antara 'Kitab Allah' dengan 'Allah', sesungguhnya aku berlepas diri dari fitnah ini. Ini kesesatan yang nyata. Pelbagai taktik mereka gunakan untuk menegakkan fahaman nenek moyang yang telah disuntik dengan pengaruh agama Yahudi.

(Untuk mengekalkan 'Sunnah' kepercayaan kamu itu, maka kenapa kamu tidak kahwin saja dengan gadis 'bawah umur'? Dan bakal mertua mu boleh gunakan konsep 'wali mujbir', yang menghalalkan amalan nikah paksa. Malah kamu boleh mengumpul sehingga empat gadis 'bawah umur' dengan cara ini.)


*Minat ku utk berdialog dgn kau menjadi semakin berkurangan dengan kenyataan kau ini. 
Apa kau terlalu jahil krn Nabi Muhammad s.a.w pun kau tidak kenal??! kau sering 'sesatkan' golongan Sunnah tapi ini lah sebenarnya masalah kau. JAHIL!
Sudahkah kau memberi peluang pada ibu bapa kau mengenai perbincangan ini??
Sunnah Nabi terbahagi dlm kategori juga!
Aduh kau ini langsung tiada ilmu ke mengenai hal ini? xlayak benar kau ini utk mengkritik Islam!.


Perkara-perkara yang dikhususkan hanya untuk Baginda Rasulullah s.a.w digelar dengan berbagai gelaran di kalangan para cendekiawan Islam kita , seperti : 
1 - “ Khususiyat ar-Rasul s.a.w “
2 - “ Khosois ar-Rasul s.a.w
3 - “ Sunnah Khossah “
4 – “ Khisol an-Nabi s.a.w “
5.dan lain2.


antaranya ialah:
1.Nabi boleh kahwin lebih dr 4.
2.Tidak berganjak dan menyerah diri kepada musuh-musuh Islam sekalipun jumlah mereka sangat besar .
3.Solat Malam ( Qiyammullail 
4.Dilarang Baginda Rasulullah s.a.w menerima zakat dan sedekah kecuali ianya hadiah.
5.meringankan azab seksa kubur dgn izin Allah mggunkn pelepah tamar.
6.berpuasa hingga malam.
7.banyak lagi!

Berpuasa hingga malam? Namun puak Sunni tidak berpuasa hingga malam iaitu Isyak, tetapi berpuasa sehingga Maghrib sahaja. Mereka melanggar 'Sunnah Nabi'?

(Sila pertimbangkan pelawaan saya untuk kita berdialog secara terbuka. Atau kamu tidak cukup berani?)


*Telah aku pertimbangkan dgn sewajarnya. sekarang kau pertimbangkanlah untuk delete segala fitnah mu sebelum ini terhadap segala perkara yg hak! atau jawab semua itu dan semoga Allah s.w.t merahmati hambanya yang menegakkan kebenaran! Amiin!

Allah jua yang menghakimi di Hari Pengadilan, bukan nenek moyang.

(Siapa yang beremosi tinggi di sini? Dengan menggelarkan aku sebagai jahil, bodoh, murtad dan sebagainya?)


*Aku tidak pernah menggelar kau bodoh dan murtad. Kau nie emosi lebih nie.kejahilan kau mmg ternyata! jawablah hujahku kalau kau tidak jahil! jgn mudah sesatkan je jawab xpandai pulak. jahil la 2. Kau pilih isu ini utk dijawab? mana ilmu kau yg hebat itu? hujahkan! atau kau tiada ilmu mahupun pendirian??

Kamu sendiri menolak riwayat hadis. Contohnya seperti riwayat hadis berkenaan kambing yang memansuhkan ayat al-Quran tertentu.

(Untuk mengekalkan 'Sunnah' kepercayaan kamu itu, maka kenapa kamu tidak kahwin saja dengan gadis 'bawah umur'? Dan bakal mertua mu boleh gunakan konsep 'wali mujbir', yang menghalalkan amalan nikah paksa. Malah kamu boleh mengumpul sehingga empat gadis 'bawah umur' dengan cara ini.)


Aduhai,Timba ilmu dulu ya Ariji.
Imam mazhab keempat2 pernah berkata "jika sahihnya sesuatu Hadith itu, maka itulah mazhabku". 
Malah mereka pernah mengungkap "jika sesiapa yg menerima pendapat kami, dia perlu tahu hujah dan dalil kami". 
Jadi pengikut mazhab yg bertaqlidlah yg membuat kesalahan. bukan fiqh yg mnjadi pendapat Imam2 Mazhab dikala mereka hidup. Matlamat Imam2 Mazhab adalah menjadi Quran dan Sunnah sebagai destinasi utama dan teraju Agama!

Aku tidak berminat dengan Imam-imammu itu. Sesungguhnya mereka bukan Imamku.

(Al-Quran diterangkan oleh Allah. Sila rujuk Surah al-Qiamah ayat 18 hingga 19. Mari kita lihat tafsir yang dibawa oleh laman web Universiti Islam Antarabangsa.)


(Kenapa kamu tidak mahu menggunakan tafsir al-Quran yang bersifat neutral? Tetapi kamu menggunakan tafsir yang mengikut acuan mazhab mu jua?)


*Haih Ariji2......
Perkara ini terlampau asas utk aku perbetulkan kau.
sila lah belajar dulu apa itu Terjemahan dan apa itu 'Tafsir Al-Quran' 
susahla perkara ini pun kau tidak tahu tapi sibuk nak berdialog. ada hati nk pggil Ulama pulak. Adoi. kalau aku ni kurang sabar dah bermacam perkataan dasyat2 aku sebut pada kau. sepatutnya kau cubalah jawab serba sedikit dgn betul sekurang-kurangnya. sebab inilah aku geli hati dgn sikap kau Ariji. Dasyat betul. Belajar dulu. Fahaman kau amat lemah dan rosak.
Moga Allah s.w.t yg Maha Pemurah akan merahmati pada mereka yg taat pada-Nya. Sesiapa yg Allah berkehendakkan hidayah padanya maka benarlah dia, jika Allah tdk membimbing seseorang itu, maka tiada siapa mampu membimbingnya. Assalamualaikum Warrahmatullah hiwabarrakatuh.


-Muhd Abdillah-

Aku tidak berminat dengan tafsir yang berunsur fitnah. Menyamakan 'Kitab Allah' dengan 'Allah'.

Kamu mengatakan aku jahil dalam bahasa Arab. Lihat saja ucapan salam mu itu. Sepatutnya tiada sabdu pada kedua-dua huruf Ra itu.

Waalaikumussalam warahmatullaahi wabarakaatuh.

Wallahualam.

Sunday 16 May 2010

Jatuh Cinta

Saya jatuh cinta lagi. Manfaatnya adalah saya dapat 'melupakan' Hani. Masalah yang sama jua dihadapi, iaitu bagaimana untuk 'melupakan' si dia pula?

Saya sudah mula bosan memikirkan tentang couple. Biarlah cinta itu sekadar untuk persahabatan. Motto 'single forever' bukan sesuatu yang baru beberapa tahun yang lalu. Motto itu, sememangnya ada something wrong. Bukanlah 'forever' itu yang ditekankan, cuma ia hanya satu istilah ekstrem terhadap cara hidup single. Itu adalah kisah lama, saya tidak berminat untuk menggunakan motto itu lagi.

Situasi couple yang terkongkong dan terhindar daripada sosial rakan-rakan kelihatan agak membosankan.

"Jika kamu couple, kamu tidak bosankah selalu keluar dengan pasangan kamu? Bagi saya, ia sesuatu yang membosankan."

Ayat ini yang boleh digambarkan pernah diquotekan oleh Blue Chelsea. Apa yang menarik dalam kes couple ini adalah kasih sayang. Persahabatan hebat jua dalam aspek kasih sayang, cuma mungkin kalah dari segi perkongsian.

"Best apa ramai kawan. Abaikan gosip yang tidak betul. Namanya pun tak betul, bukan? Kalau betul lainlah."

Ini sampukan saya apabila Blue Chelsea berasa kurang senang dengan gosip yang melabelkannya sebagai playgirl.

Dengan situasi saya yang berkontroversi dalam isu agama, ditambah pula 'bakal mertua' di Malaysia yang lazimnya bermazhab Sunni, berkemungkinan mereka tidak dapat menerima seorang menantu yang tidak bermazhab.

"Saya tidak bermazhab. Mungkin ini menjadi antara faktor cabaran bagi saya dalam memilih pasangan hidup." kata saya kepada beberapa kawan perempuan Thai beberapa bulan lepas.

Ini mungkin juga antara sebab kenapa Hani pernah menjadi target saya, kerana dia kelihatan tidak bermazhab.

Ada lelaki yang melihat isu couple ini untuk zina/rogol. Saya mengharapkan perempuan yang baik terselamat daripada jerat mereka. Hanya perempuan yang baik yang saya patut berkahwin. Ini perintah dalam al-Quran.

Berkawan dengan perempuan berniatkan untuk zina/rogol, mungkin itu bukan kasih sayang namanya, walau mungkin beribu wang yang dilaburkan, tetapi ia adalah nafsu. Dan lelaki sebegini, bukankah mereka sesuai untuk perempuan yang merelakan penzinaan demi wang pula? Bagai pinang dibelah dua.

Berkawan dengan perempuan berniatkan persahabatan atau perkahwinan, ini contoh yang baik. Mungkin ada perasaan cemburu apabila si dia berkawan dengan lelaki lain, namun apa yang lebih penting adalah niat si lelaki itu.

Mungkin ada juga lelaki yang berniat baik pada awalnya, kemudian dikuasai nafsu setelah mendekati zina, lalu terlanjur.

Al-Quran menyarankan lelaki dan perempuan saling berkenalan, bagaimana pula untuk saya menghalang si dia, mahupun bakal isteri saya, berkenalan dengan lelaki lain?

Apabila saya menulis tentang berkenalan, yang dimaksudkan adalah berkenalan, bukannya melakukan maksiat. Dan berkenalan itu bukan maksiat.

"Mari kita dapatkan four flat semester depan." kata saya kepada Fatim. Fatim, adalah kawan baru saya. Dia pernah bercita-cita untuk menjadi pilot, tetapi terhalang kerana faktor halangan pemakaian tudung kepada pilot wanita.

Menghalang wanita memakai tudung, tidak ubah seperti menghalang saya menulis tentang isu agama. Saya pernah mendapat ugutan bunuh, tulisan didelete, dilocked, dan sebagainya. Mendapat sumpah seranah itu perkara biasa.

Menulis di blog ini seolah-olah tinggal di rumah sendiri. Moderator mana yang mahu menghapuskan tulisan saya?

Mereka 'marah-marah' apabila saya cuba mengikut al-Quran. Bukankah mereka orang Islam?

"Hidup tidak bermakna tanpa persahabatan, dan persahabatan tidak bermakna tanpa keikhlasan."

Ini yang diqoutekan oleh Lynn di facebooknya tadi. Quote ini mungkin sesuai dengan coretan kali ini. Menurut facebooknya, dia baru saja mendapat boyfriend. Mungkin boyfriend baru.

Saya ucapkan salam kepada persahabatan. Hidup dan membesar di Malaysia yang disulami dengan campuran pengaruh Sunni dan liberal, berbeza pendapat dalam isu agama dengan para sahabat, sememangnya dijangka.

Kepada mereka yang menghargai persahabatan, mungkin mereka sedar bahawa friendship is priceless. Dan seperti yang diquotekan oleh Lynn, persahabatan mensyaratkan keikhlasan.

Wallahualam.

Saturday 15 May 2010

Waalaikumussalam Muhd Abdillah Bhg. IV

Semoga Allah merahmat kepada mereka yang benar-benar beriman.
Setelah membaca jawaban kau aku mengambil kira bahwa kau sememangnya jahil dalam ilmu agama dan taksub dengan ilmu sendiri.

Saya mempelawa kamu untuk berdialog secara terbuka di institusi yang saya sedang menuntut. Saya boleh siapkan proposal dan kita akan berdialog secara terbuka di satu majlis. Berani?

Mungkin kamu adalah salah seorang pelajar di institusi itu. Tonjolkan dirimu.

Aku bukan mahu merendah-rendahkan kau namun jelas dan berbukti bahwa kau seorng yang mengikut hawa nafsu dalam berbicara mengenai agama. Al-Quran jika jatuh pada tangan orang yg jahil tidak mungkin boleh difahami. Sedangkan hujahku didalma komen kau begitu byk tapi hujah kedua ku yg telah lama aku beri pun masih kau tidak mampu menjawab semuanya. Bukan aku mahu menghina kau Ariji. Tapi kau sendiri yg memulakan dgn menyesatkan beberapa kefahaman dan pegangan kaum muslimin. kau menolak untuk menggelarkan diri dari golongan sunnah tapi dgn jahil kononnya menegak Quran. Tidak mengapa, Org seperti kau (anti hadith) amatlah banyaknya di beberapa kawasan di Afrika, Turkey, Amerika dll namun golongan ini tidak popular kerana hujah mereka lemah dan cacat. Apa kau igt kau mendapat 'Hidayah' dari Allah s.w.t utk menolak hadith Nabi s.a.w lalu kau merasa perlu untuk menyedrkan org ramai??? kemudian kau jumpa mcm2 hal yg tidak jelas bagi kau tapi kau da syok sgt. samapi kau buat blog dan dengan bangga kau ingin mengajar org?? tapi kau start dgn menyesatkan fahama Sunnah dgn senang lenang. MasyAllah.

Atau kamu yang percayakan fitnah terhadap Nabi? Kenapa kamu tidak pergi saja berkahwin dengan perempuan 'bawah umur'? Bukankah itu 'Sunnah Nabi' yang kamu agong-agongkan? Atau kamu yang terpedaya dengan fitnah terhadap Nabi?

Maaflah ariji, kes ini telah capai hampir ribuan kes. biasalah inilah namanya 'culture shock' mungkin terjadi pada kau kerana terlalu 'mengagungkan' ilmu di internet. hahahaha. tidak mengapa sedgkan masih begitu byk soalan -soalan tajam dari org kafir dan anti hadith namun kau ini (ariji) hanya mengketengahkan isu2 remeh yg telah berjuta kali dijawab sejak zaman dulu lagi. sekali lagi tidak mengapa!
cuma aku nasihatkan kau agar carilah dulu jawapan pada persoalan-persoalan kau ini. janganlah sombong bodoh berlagak konon pandai sangat. Hujah macam nie budak jurusan akaun pun bley bagi la. bukan aku mahu merendah2kan kau Ariji. igt kata2 kita boleh jadi doa dan mungkin dimakbul! oleh itu berhati2 dalam berkata2. Apa salahnya kau meneliti dulu perkara2 'sesat' itu dulu,siapkan dalil, teliti dulu adakah dalil itu sahih?, perlu ada hujah juga bagi menguatkan pandangan dan pendapat. ini soal Akhirat tahu,ini ilmu agama. jika tidak mampu menghormati dan mengikut disiplin dalam kalangan penuntut ilmu maka aku syorkan kau pergilah bentangkan hujah dan 'penemuan hebat' kau ini di media massa atau badan N.G.O yg sedia menerima kau. Ataupun sekurangnya kau patutnya fahamlah dulu sesuatu perkara atau buat satu Musyawwarah dan Syura dgn org2 berilmu dulu. bukannya dengan senyuman kau menunjukkan kecetekan ilmu dan menyanjungi sikap berandaian serta hidup dalam kejahilan yang nyata. Nauzubillah!
Jawablah kesemua hujah ku dan yang jawablah semula berkenaan kalendar hijrah dll lg. jangan hentam skit je sedangkan berpuluh yg lain kau tggalkan tanpa hujah dan aku pasti kau akan terus berdiam tanpa menjawab nya. xpalah Ariji kau tidak berilmu mengenai pelbagai perkara yg kau sendiri bangkitkan dan menjadi bingung jadi sebab itulah aku tidak berapa nak menunggu jawapan2 kau kerana bnyk yg kau jawab tapi xkene pada tempatnya atau ada yg jelas menunjukkan kau langsung tidak ada ilmu mengenai sesuatu hal. (tapi dgn gah pakai Quran pastu 'sesatkan' hal itu pulak) inilah contoh kejahilan yg dasyat.
bercakap atas nafsu dan kesombongan akhirnya jelas sesat.

Sila mempertimbangkan pelawaan berdialog secara terbuka tadi. Jika kamu rasa bahawa aku ini perlu 'dihapuskan', bukankah ini peluang keemasan? Kamu juga boleh menjemput mana-mana ulama. Jika ulama itu perlukan bayaran, saya boleh cuba memohon peruntukan.


(1 Nabi Muhammad adalah penutup bagi semua nabi, namun mazhab Sunni lah yang mengajar manusia bahawa Nabi Isa akan datang kembali, seterusnya bercanggah dengan kepercayaan bahawa Nabi Muhammad sebagai penutup bagi semua nabi.)


(2 Tiada dalil dalam al-Quran yang mengatakan bahawa Nabi Muhammad sebagai Rasul yang terakhir.)

* Nabi Isa akan dtg kembali bukan membawa wahyu baru. Baginda akan mengembalikan Islam dan menegakkan hak2 Muslimin.Baginda adalah Nabi yg belum wafat. Org terakhir yg dilantik membawa wahyu adalah Muhammad ibn Abdillah. Baginda adalah penutup semua Anbiyya dan Rasul. Apakah kau masih tidak faham aturan ini? atau berpura2 jahil dan tidak faham lagi? 
Disebabkan kejahilan yg mengatakan akan ada Rasul setelah Nabi Muhammad s.a.w muncullah pelbagai versi 'rasul'. jadi kau percaya nanti akan ada lagi rasul yg dtg??
Innalillah..'rasul' palsu telah ada sejak zamn Abi Bakr r.a lg. golongan ahmadiyyah menganggap dajjal mirza ghulam ahmad juga 'rasul' adakah dia Rasul? tidak! 'rasul melayu' kahar pun dipuja sebagai 'rasul' oleh pngikutnya, adakah dia rasul? Tidak! ada juga yg menganggap rashad khalifa sbgai 'rasul' adakah dia Rasul? Tidak! 
Jadi boleh aku bertanya samada 'rasul' kau sudah dtg?? siapa ya? atau belum lagi? atau sbenarnya kau pun xyakin akan dtgnya seorang rasul lg? Abis mana satu kau percaya nih? Muslimin yg menjadikan Quran sebagai panduan menganggap Rasul yg terakhir adalah Muhammad s.a.w! 

Nabi Isa akan kembali?

Al-Quran menerangkan bahawa Nabi Muhammad sebagai penutup bagi segala Nabi. Perkataan 'khatama' itu juga digunakan bagi menggambarkan bagaimana tertutupnya hati, telinga, dan penglihatan si Kafir.

Adalah fakta bahawa tiada dalil dalam al-Quran bahawa Nabi Muhammad adalah Rasul terakhir. Perkataan 'Nabi' dan 'Rasul' mempunyai maksud yang berbeza.

Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul SEBELUMMU (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami WAHYUKAN kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui. Al Anbiya : 7


Iaitu seorang Rasul dari Allah yang membacakan (kepada mereka) Lembaran-lembaran Suci, 
Al Bayyinnah : 2


jelas sudah seorang Rasul adalah mereka yang diberikn wahyu serta syariat baru (yg menggantikan syariat yg lama). Jadi siapa agaknya pada kau atau dimana agaknya pada kau akan 'rasul' selepas Muhammad s.a.w al Mustafa.
seluruh kaum muslimin sedar akan syariat islam yg terkandung dlm Quran dan Sunnah adalah syariat yg akan kekal hingga kiamat. Apa kau ada pandangan lain? Jawab!

Untuk mengekalkan 'Sunnah' kepercayaan kamu itu, maka kenapa kamu tidak kahwin saja dengan gadis 'bawah umur'? Dan bakal mertua mu boleh gunakan konsep 'wali mujbir', yang menghalalkan amalan nikah paksa. Malah kamu boleh mengumpul sehingga empat gadis 'bawah umur' dengan cara ini.

('Nabi Muhammad' versi mazhab Sunni tidak meninggalkan umat Islam dalam keadaan terang dan jelas. Hukum agama bagaikan 'taman permainan' bagi mereka. Budaya 'menghalalkan yang haram' dan 'mengharamkan yang halal' popular dalam ajaran mazhab Sunni.)


*kaulah yg menyesatkan fahaman sunnah. amat bahaya untuk berada di situasi kau ini. amat sesat. sila berikan bukti dan dalil tentang fahaman yg 'sesat' itu. kesemua hal fahaman sunnah yg kau 'sesatkn' telah aku jawab dengan dalil dan hujah. namun kau masih berdalih-dalih. Aku telah beri bukan satu tapi lebih dgn dalil yg terang dan jelas yg ditinggalkan Muhammad s.a.w! 
Mungkin inilah salah satu bukti kecil bahwa kebenaran akan menghapuskan kebatilan seperti yg Allah s.w.t telah berfirman!

Tiada jaminan bahawa nenek-moyang mendapat hidayah. Allah memerintahkan kita mengikut wahyu yang diturunkannya, dan hidayah ditentukan olehNya.

(4 Komputer juga sesuatu yang baru, maka ia bidaah? Maka Abdillah menggunakan teknologi yang bidaah? Ya, mungkin Abdillah maksudkan adalah bidaah dari sudut hukum agama. Suatu ketika dahulu, memakai tali leher pernah difatwakan haram oleh puak Sunni, namun pada hari ini mereka halalkan pula. Jika memakai tali leher hukumnya haram, maka menghalalkannya adalah bidaah, bukan?


Hakikatnya, mengeluarkan fatwa bahawa memakai tali leher itu hukumnya haram, mungkin itulah bidaah yang dimaksudkan oleh Abdillah.)


*Apakah kau faham akan bidaah dari segi agama itu? jika faham maka baguslah tapi kenyataan kau mengenai tali leher itu menunjukkan kau masih kurang teliti dlm memahami perkara ini. Jika mereka yg berpegang bidaah itu dari segi penambaham dlm agama pasti tidak akan susah pyh membuat fatwa itu. sedangkan billion lg ciptaan lain yg ada xkanlah ulama itu memilih tali leher sebagai bidaah lalu mengharamkannya pula???
ini pelik dan sia-sia. sila beri kan nama ulama yg 'mengharamkan' tali leher itu. jangan suka fitnah-fitnah. ia lebih dasyat dari membunuh!


Hakitkatnya kau masih tidak menjawab soalan pokok yg mendukung hujahku tapi memilih perkara-perkara biasa saja lalu sombong dgn jawapan itu. Sikap apa ini Ariji??
Marilah mencari kebenaran!

Sila pertimbangkan pelawaan saya untuk kita berdialog secara terbuka. Atau kamu tidak cukup berani?

(Apakah Abdillah tidak mampu bezakan antara 'beriman' dengan keperluan sumber untuk dijadikan hukum?)


*kenyataan ku sebelum ini telah terdelete plak. pnt plak nk jwb semula. xpe2.


*Jawapan aku telah ada dlm hujah lepas.skrg aku bertnya pada kau apakah dan bagaimanakah caranya beriman kpd taurat dan injil itu untk jd org soleh seperti yg kau sebutkn itu??

Bagaimana cara untuk beriman?

(Ya, Abdillah. Jika Al-Bukhari, As Shafie, atau mungkin Nabi Muhammad itu yang dipertuhankanmu, maka bagi saya agama saya, dan bagi kamu agama kamu.)


*ayat ini adalah ditunjukkan pada mereka yg kafir. janganlah marah padaku dgn momokan sebegini. sedngkn akidah aku jelas aku nyatakan disini tapi kau pula hanya memusing2 fakta dan sentiasa menghina fahaman kaum muslimin. jngn biar emosi mengawasi akal! 

Siapa yang beremosi tinggi di sini? Dengan menggelarkan aku sebagai jahil, bodoh, murtad dan sebagainya?

(Jika benarpun hadis nabi Muhammad yang terjamin kesahihannya masih wujud, apakah Nabi Muhammad menyeru umatnya meninggalkan al-Quran? Bukan satu atau dua ayat al-Quran yang diingkari oleh mazhab Sunni.)


(Saya tidak mengatakan bahawa semua hadis Nabi Muhammad pupus, malah pengetahuan itu tiada dengan saya, hanya Allah Maha Mengetahui. Tetapi kegagalan puak Sunni merekod kesemua hadis Nabi Muhammad adalah satu fakta.


Nabi Muhammad dikala baginda masih hidup, sudah tentu banyak hadis yang disebutnya, tidak cukup dengan hanya apa yang terkandung dalam Kitab al-Bukhari itu.


Mengatakan riwayat hadis dijamin oleh Allah dengan menggunakan dalil Sura al-Hijr ayat 9 bercanggah dengan ajaran Sunni tertentu itu sendiri. Apa yang saya tahu, ulama Sunni sendiri mengatakan bahawa Surah al-Hijr ayat 9 itu merujuk kepada al-Quran, bukannya riwayat hadis.


(Jika Surah Al-Hijr ayat 9 itu merujuk kepada riwayat hadis, maka tiada pula ayat yang menjamin al-Quran?)


Nabi s.a.w tlh mensyariatkan agar ummatnya berpegang pada Quran dan Sunnah! Mana mungkin manusia berpegang pada Quran tanpa penjelasan dari Nabi s.a.w!

Sunnah mana yang kamu maksudkan? Al-Quran menerangkan tentang Sunnatullah. Atau kamu yang terlalu percaya kepada al-Bukhari?

Al-Quran diterangkan oleh Allah. Sila rujuk Surah al-Qiamah ayat 18 hingga 19. Mari kita lihat tafsir yang dibawa oleh laman web Universiti Islam Antarabangsa.

[18]
Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;
[19]
Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan).


Tidak pernah pula Nabi s.a.w menuntut meninggalkn Quran. Ini dusta. Hadith Nabi s.a.w telah meliputi segala permasalahan agama. Islam telah lengkap. Jika hadith tiada permusuhan golongan2 'koranic' lah akan berleluasa. masing2 lebih pandai dr yg lain. sdgkn Quran wajibkan taati Rasul. Masih lg mereka jahil. Hadith dlm bukhari tdk lnkp dgn kesemua hadith sahih. byk lg kitab Hadith sahih dr Imam2 lain. Hadith dlm bukhari ada beribu! jwablah dulu haditnya jgn hentam orangnya! Apalah!

Hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina, dan hukuman bunuh bagi kesalahan murtad tiada dalam al-Quran, malah bercanggah dengan al-Quran. Mazhab Sunnilah yang mengajar bahawa Rasul menuntut kita meninggalkan al-Quran.

Kau tidak pandai Bahasa Arab. Lemahnya ilmu ini menyebabkn kau tidak faham akan Quran dgn baik. Bahasa Arab amat tnggi perkataan2nya amat kaya dgn tafsie dan tidak terikat dgn pemikran jumud seperti kau. Zikir merangkumi maksud yg luas bukan hanya diterjemah sebagai Quran sahaja. Apa kau buta atau tidak membaca hujahku yg telah tersedia jawab hal ini. aku telah bg dalil dr Quran lg. Kau suka betul mengingkari Quran ya. Sampai bila kau mahu hidup dalam kejahilan ini??

Kenapa kamu tidak mahu menggunakan tafsir al-Quran yang bersifat neutral? Tetapi kamu menggunakan tafsir yang mengikut acuan mazhab mu jua?

Sila rujuk http://ariji86.blogspot.com/2010/05/konspirasi-fitnah-terhadap-al-quran.html

Jika bagi kamu Zikr juga Solat, maka Al-Quran juga menerangkan tentang Solat, bukan? Atau kamu ingat al-Quran tidak menerangkan tentang Solat?

Malah dalam Solat juga ada bacaan al-Quran, bukan?

Wallahualam.

Thursday 13 May 2010

Dekad Sembilan Puluhan

Jaclyn Victor - Bertamu Di Kalbu, lagu ini dipromosikan oleh Azureen Haris di Facebook, dia baru saja add facebook saya tadi. Dari quotenya; dia mendakwa bahawa lagu ni best, saya pun mendownloadnya, hm, boleh tahan.

Bila melayan lagu ini, saya terbayangkan seseorang. Oh, ini perkara biasa. Bila ada perasaan sayang, beginilah. Lagu ini memang sesuai bagi menggambarkan tentang kasih sayang dari sudut kesedihan yang sederhana. Stylenya seperti 90an genre balada. Gitarnya pula bunyi tidak seperti Indon, tetapi Melayu punya touch.

Lagu ini juga terbayangkan saya kira-kira 18 tahun lalu, suasana tempat kelahiran saya, Jeli. Mungkin sebab lagu ini bersifat 90an. 2010 tolak 18 sama dengan 1992. Rumah Nenek di Kota Bharu pula ketika itu dihiasi dengan bunga raya, pokok jambu merah, lebih banyak unsur 'kehijauan' berbanding sekarang.

Ketika kecil dahulu saya selalu berkhayal. Mencipta dunia sendiri. Ada hero, heroin, penjahat dan sebagainya. Alat-alat permainan mewakili watak-watak semua itu. Yang penting, endingnya hero menang jua, hehe, walaupun hampir mengalami kekalahan. Kenapalah watak penjahat selalu mengusik watak heroin? Tak ada skrip lain ke?

Pernah juga saya bergurau dengan kakak. Saya sebagai watak gadis sunti memakai coli, coli siapa entah. Seingat saya, coli itu berwarna merah. Kakak saya pula sebagai watak perogol. Aih, bertukar jantina?

Pernah juga tidur, lalu jatuh dari katil. Pernah juga mandi parit ketika hujan lebat. Oh tidak, apa yang telah saya lakukan, mandi parit? Ini mungkin sebab pengaruh rakan-rakan.

Pernah juga seekor ular melalui celah kaki saya ketika saya berdiri berdekatan dengan pintu. Ketika itu saya tidak takut pula. Ular itu dengan selamba memasuki rumah saya.

Pernah juga jatuh cinta. Haha. Ketika itu saya di darjah satu di Pulai Chondong. Dia suka apabila bukunya dicoretkan dengan bintang-bintang. Apa lagi, saya pun coretkan bintang-bintang di bukunya.

Sebelum itu, ketika di Ayer Lanas pula, dengan perempuan lain, kami berpegang tangan pergi menonton aksi sukan di padang. Oh, tak sangka saya begitu ketika kecil.

Ketika saya mungkin umur lima tahun, ada tetamu datang. Si dia dalam berumur empat tahun mungkin, memakai gincu merah. "Lawanya." Detik hati saya. Haha.

Pernah juga mengigau. Di sekolah berhampiran ada makmal sains, ada patung rangka manusia di situ. Saya mengigau saya berada di dalam kelas terkunci gelap, lalu dikelilingi oleh patung-patung tersebut. Patutlah, kerana malam itu, kami bermain-main di sekitar kelas itu. Kononnya masing-masing berani. Bila jerit "hantu!" Semua mahu lari.

Ketika di Ketereh pula, ada kejadian mati lemas. Saya masih ingat, mulutnya berbuih.

Ketika di Kota Bharu pula, pernah juga terkena kejutan elektrik. Saya mencucuk soket dengan gunting, kemudian menyentuhnya, lalu terpelanting. Kenapa saya buat begitu? Berani betul. Haha.

Pernah juga ditipu oleh seorang rakan ketika berumur tujuh tahun.

"Dekat rumah saya ada Power Rangers." Entah bagaimana, kami percaya katanya. Power Rangers yang didakwanya adalah yang real, bukan plastik. Lalu petang itu kami bergerak ke rumahnya.

"Dia tiada di rumah. Tadi dia keluar." kata seorang wanita, setelah kami sampai ke rumahnya. Tidak nampak pula Power Rangers. Bagaimana kami boleh percaya? Jawapannya saya tahu pada hari ini.

Secara asasnya, sama seperti apa yang dilakukan oleh sebahagian pemimpin dunia pada hari ini, bagaimana mereka cuba menguasai minda penduduk dunia. Ketika itu, senior mengiya-iyakan apa yang didakwa oleh si penipu itu, membuatkan kami percaya.

Saya masih ingat lagi. Di dalam kelas, kami dikehendaki menulis tarikh di buku latihan. Saya tulis '93', memberi dalil bahawa ketika itu adalah pada tahun 1993. Setakat ini dahulu. Lagu dendangan Jaclyn Victor itu telah membantu sedikit sebanyak kepada ilham coretan ini.

Wallahualam.

Wednesday 12 May 2010

Perkahwinan

Saya telah mendapat jemputan ke majlis perkahwinan daripada seorang rakan. Secara kebetulan kami pernah belajar di institusi yang sama di Johor, dan juga di Selangor. Kami bukan kenal sangat. Sekadar berkawan secara online. Friendsternya pernah mencecah ribuan, begitu juga facebooknya. Dia adalah seorang businesswoman yang menjalankan perniagaan menerusi blog. Dia adalah Ika Radiusite.

Colorful dan stylistic; komen ini yang boleh saya simpulkan melihat kepada produk-produk jualannya. Tidak pernah pula saya membelinya.

Apabila dia mencoret something tentang perkahwinan di facebooknya tempoh hari, saya ingatkan ianya hanya sekadar 'suka-suka'. Lalu saya menyampuk;

"Kalau rasa malas nak kahwin, tangguhkan saja."

Rupa-rupanya sesi jemputan ke majlis telah pun dibuat, seperti berikut;

Ahad, 30 Mei, 2010

10:55am - 4:55pm
925-A, Kg Sg Choh, 48000 Rawang, Selangor

Sejak bila menulis 'cerpen' menjadi hobi saya? Sejak menulis blog kah? Okey, mari beralih kepada isu agama pula.

Acara perkahwinan dengan gadis 'bawah umur' masih lagi berlaku di negara Arab. Mereka menjadikan perkahwinan Nabi Muhammad dengan Aisyah sebagai hujah. Sunnah Nabi, kata mereka. Nik Aziz sendiri tidak membenarkan upacara ini di Kelantan, walaupun beliau berserban dan berjubah. Saya pernah mencoret tentang hal ini suatu ketika dahulu, sila rujuk http://ariji86.blogspot.com/2010/02/nabi-muhammad-dan-aisyah.html

Saya pernah berkonflik dengan Jeragang dan Abdillah tentang isu 'nikah paksa'. Sila rujuk 'wali mujbir' untuk kes ini. Mazhab Shafie membenarkan si bapa untuk memaksa si anak perempuan bernikah dalam syarat yang tertentu.

"Berdosa jika awak meminta cerai dengan suami!" Ini pula tentang kes si isteri meminta cerai.

"Penceraian mampu menggoncang Arasy!"; kata mereka. Artikel tulisan Mohd Asri ada baiknya direnungkan untuk kes ini, sila rujuk http://drmaza.com/home/?p=1076

Sudah tiga isu dicoretkan. Ada lagi. Isu cerai talak tiga.

"Saya ceraikan awak dengan talak tiga!" Kemudian hakim Mahkamah Syariah memutuskan untuk 'menidakkan' masa iddah untuk dua penceraian.

Ini bercanggah dengan al-Quran. Setiap penceraian harus melalui masa iddah.

"Saya menolak amalan bercerai tiga kali serentak."

Ayat ini yang boleh digambarkan yang saya ucapkan ketika berborak dengan seorang rakan perempuan kira-kira lebih dua bulan lepas.

Isu kelima pula, adalah kes pukul isteri.

"Riwayat hadis menceritakan bahawa pukul isteri hanya sekadar pengajaran dan tidak mencederakan si isteri."; kata mereka.

Al-Quran menerangkan untuk kes ini dengan ayat 'idribuu hunna', bukan 'idribuu hunna bi...'; menunjukkan ia bukan bermaksud 'pukul'.

Ada lagi isu? Hm, tak mengapalah, setakat ini dahulu. Selamat menghadapi malam pertama kepada Ika saya ucapkan. :D

Giliran saya pula bila? Buat masa ini saya letakkan tarikh pada tahun 2016. Bak kata Blue Chelsea; "Memilih pasangan hidup ini bukan seperti memilih ikan di pasar."

Iran, yang juga dikenali sebagai Blue Chelsea, meminati Chelsea FC? Dia perempuan, saya yang lelaki ini, tidak berapa minat dengan sukan bola, melainkan video game bola, terutamanya keluaran FIFA EA Sports. Hehe.

Wallahualam.

Pekomen

Tajuk coretan ini adalah pekomen, bukan pokemon; bagi menjawab hujah dari pekomen.

(Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab Suci (yang menjadi panduan); dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan, supaya ENGKAU(MUHAMMAD) MENERANGKAN kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya. 
Al Nahl:44

Dengan itulah wujudnya Hadith sahih yang dijaga lebih-lebih lagi hadith Qudsi!

rujuk. http://www.youtube.com/watch?v=bzhMCUIuTBI

1) Al-Quran ditulis dalam bahasa Arab supaya manusia memahaminya.

Al-Quran ditulis dalam bahasa Arab, bagi memudahkan kita memahami Kitabullah. Sekian lama puak Sunni mentafsirkan bumi dalam al-Quran sebagai 'hamparan', sehingga diejek oleh puak Kristian yang membawa bukti saintifik bahawa Bumi berbentuk sfera.

Akhirnya, setelah dikaji al-Quran dari perspektif bahasa Arab, Bumi dalam al-Quran dinyatakan sebagai berbentuk seperti telur, bukannya mendatar.

2) Al-Quran diterangkan oleh Allah.

Al-Quran diterangkan oleh Allah. Sila bandingkan antara Surah An-Nahl ayat 44 itu dengan Surah al-Qiamah ayat 19. Sila pertimbangkan hujah no 1) untuk kes ini.

3) Al-Quran senang difahami.

Wallahualam.

Sunday 9 May 2010

Waalaikumussalam Muhd Abdillah Bhg. III

Alhamdulillah , Segala Puja Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin. 
Dan sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w adalah penutup segala Nabi dan Rasul, Baginda yang menjadi rahmat bagi sekalian alam telah meninggalkan ummatnya dalam keadaan yang terang dan jelas
"Setiap sesuatu yang baru itu adalah bida'ah, dan bida'ah itu adalah sesat dan sesat itu membawa ke neraka

1) Nabi Muhammad adalah penutup bagi semua nabi, namun mazhab Sunni lah yang mengajar manusia bahawa Nabi Isa akan datang kembali, seterusnya bercanggah dengan kepercayaan bahawa Nabi Muhammad sebagai penutup bagi semua nabi.

2) Tiada dalil dalam al-Quran yang mengatakan bahawa Nabi Muhammad sebagai Rasul yang terakhir.

3) 'Nabi Muhammad' versi mazhab Sunni tidak meninggalkan umat Islam dalam keadaan terang dan jelas. Hukum agama bagaikan 'taman permainan' bagi mereka. Budaya 'menghalalkan yang haram' dan 'mengharamkan yang halal' popular dalam ajaran mazhab Sunni.

4) Komputer juga sesuatu yang baru, maka ia bidaah? Maka Abdillah menggunakan teknologi yang bidaah? Ya, mungkin Abdillah maksudkan adalah bidaah dari sudut hukum agama. Suatu ketika dahulu, memakai tali leher pernah difatwakan haram oleh puak Sunni, namun pada hari ini mereka halalkan pula. Jika memakai tali leher hukumnya haram, maka menghalalkannya adalah bidaah, bukan?

Hakikatnya, mengeluarkan fatwa bahawa memakai tali leher itu hukumnya haram, mungkin itulah bidaah yang dimaksudkan oleh Abdillah.

hujahku bertanda *, kau pula didalam kurungan ( ) 

Saya highlight kan ayat ini kerana mungkin ia menjadi satu panduan yang penting bagi pembaca.

Assalamualaikum sahabatku, kenapa kamu hanya menjawab sebahagian hujahku dan meninggalkan sebahagian besar yang lain?. Orang Islam berdiri diatas hujah dan dalil yang teguh.Terlalu banyak yang ingin saya perkatakan pada saudara. Jika tidak keberatan harap dapat dipapar dalam blog kamu dan au ingin mengucapkan terima kasih kerana kamu telah memaparkan hujahku sebelum ini dan memberi sedikit masa bagi menjawabnya. Oleh itu sekali lagi aku ingin berhujah menjawab beberapa pertanyaan kamu, diharap dpt dipapar hujah ini pula bagi para pembaca. Semoga Allah menunjukkan kebenaran kepada hambanya yang ikhlas dan benar-benar menginginkan kebenaran.

Waalaikumussalam Abdillah. Semoga kita menemui kebenaran.

kenyataan dalam kurungan ( ) adalah kenyataan kau.
1(Saudara mengaku bahawa kaum muslimin tidak beriman kepada Injil dan Taurat. Hakikatnya, orang yang tidak beriman dengan Injil dan Taurat adalah bukan mereka yang soleh.)


*Kenyataan ini bercanggah dengan kenyataan kamu yang berbunyi:


2(Saya percaya bahawa Kitab terdahulu versi yang tidak original tersebut bukan semuanya palsu 100%. Persoalannya, adakah Muslim masih perlukan Kitab terdahulu versi yang tidak original itu untuk dijadikan hukum agama?)


*Mulanya kau kata tidak soleh kalau tidak beriman dengan taurat dan injil tapi lepas tu kau sendiri mengaku xperlukn kitab terdahulu. Mana satu? Yang aku maksudkan adalah kita wajib percaya bahawa taurat dan injil diwahyukan kepada Nabi Musa dan Nabi Isa a.s tapi kita TIDAk BERHUKUM DENGANNYA. Apa yang terkandung didalam Kitab terdahulu itu telah diubah, walau bukan keseluruhannya tapi kita tidak berhukum dengannya. Islam hanya mengikut kitab terakhir iaitu Quran dan berpegang dengan Hadith sahih. Ngerti?

Apakah Abdillah tidak mampu bezakan antara 'beriman' dengan keperluan sumber untuk dijadikan hukum?

3(Saudara mengatakan bahawa tiada dalil dalam al-Quran bahawa Kitab terdahulu versi yang tidak original itu tiada kesesatan.)


*Tidak benar sama sekali! Didalam taurat dan injil memang banyak kesesatan! Banyak kesalahan dan percanggahan. Ini aku anggap sebagai kes salah faham. Aku ini manusia biasa,pasti ada kelemahan. Sebenarnya aku yakin akan ayat Surah Al-Baqarah ayat 79 itu menunjukkan salah satu bukti bahawa kitab terdahulu itu telah diubah suai oleh para paderi mereka dengan tangan. NAMUN. Tiada ayat khusus dalam Quran yang mengatakan taurat dan injil adalah sesat. Malah banyak pula ayat yang mengesahkan kebenaran kitab-kitab Allah itu didalam Quran. Sebenarnya ramai orang Kristen dan yahudi menggunakan hujah ini mengatakan Quran tidak menyesatkan taurat dan injil pun secara khusus. Banyak hukum-hukum didalam taurat dan injil juga diamalkan oleh kita kaum muslimin. Seperti adanya hukum berhijab,berkhatan, haramnya babi,arak, dan lain-lain, bukanlah bermaksud kita mengikut kitab-kitab itu tapi kerana hukum-hukum itu juga ada dijelaskan didalam Quran dan Hadith maka itulah yang perlu kita taati dan wajiblah kita mengikutnya. Namun aku ingin jelaskan bahwa aku yakin ayat 79 surah al-baqarah itu adalah ayat yang membuktikan bahwa taurat dan injil telah diubah! Tidak syak dan tiada keraguan lagi! Dan kerana inilah kita sebagai muslimin wajib hanya menerima Quran dan Sunnah sahaja! Tiada sumber lain. Dengan inilah kita berhujah dengan ahlul Kitab menggunakan Surah Al-Kafiruun. Bagimu agamu bagiku Agamaku. Ayat 6. Ngerti?

Ya, Abdillah. Jika Al-Bukhari, As Shafie, atau mungkin Nabi Muhammad itu yang dipertuhankanmu, maka bagi saya agama saya, dan bagi kamu agama kamu.

4(Samada Sunni, Syiah, Wahabi, Kristian, Yahudi dan sebagainya, itu hanyalah label semata-mata bagi membezakan antara satu sama lain. Yang kritikal adalah isinya)


*Wahabi? Mereka tergolong dalam kelompok sunni. Mereka tidak melabel diri sebagai wahabi. Seperti orang sufi menggelar diri mereka sufi, syiah menggelar diri mereka syiah,ahlul Quran/Quranist menggelar mereka sebegitu, begitu juga yang lain-lain. tetapi manusia yang sombong tidak mahu menerima hakikat sahaja yang terus melabel mereka sebagai wahabi. Wahab adalah Nama Allah s.w.t.
Para muslimin yang menerima berpegang dengan Quran dan hadith dan tidak menokok nambah hal dalam agama adalah mereka yang terbaik. Mereka adalah muslim yang bermanhai Salafus-soleh(yang hanya menginginkan islam yang asal). Golongan Salafus-soleh adalah golongan terdahulu yang dijamin oleh Nabi s.a.w sebagai ummat yang terbaik. Semoga Allah merahmati sekalian muslimin!

Jika benarpun hadis nabi Muhammad yang terjamin kesahihannya masih wujud, apakah Nabi Muhammad menyeru umatnya meninggalkan al-Quran? Bukan satu atau dua ayat al-Quran yang diingkari oleh mazhab Sunni.

5(Kepupusan hadis sahih yang sahih dalam erti kata sebenar, sememangnya satu kehilangan. Apa tidaknya, itu adalah fakta sejarah. Padahal, tiada dalil dalam al-Quran bahawa kesahihan fakta sejarah di luar al-Quran itu terjamin sehingga ke hari Kiamat.)


*Kau menganggap Hadith sahih sebagai fakta sejarah yang pupus?? Berat tuduhan ini yang tiada asas! Malah amat dusta! Sememangnya ini adalah pemikiran karut marut. Ternyata kau telah termakan dengan hujah anti-hadith diinternet lalu mula terpedaya dengan hujah mereka yang nampak kuat tapi sebenarnya lemah-selemahnya! Ariji aku pasti kau banyak mengahabis masa diinternet menelaah apa yang sering bermain-main didalam fikiran dan apa yang sentiasa menjadi kemusykilan yang membuak-buak. Ramai juga yang jadi sebegini. Hadith adalah perkara diluar Quran namun ia telah dijamin akan dijaga. Surah Al-Hijr ayat 9.
Tak tersangka kau terperangkap pula dengan hujah anti-hadith yang zahirnya tampak begitu menarik. Cuba kau bandingkan yahudi dan Kristen. Mereka meninggalkan Nabi mereka, tiada sunnah Nabi Musa, Nabi isa. Mereka beribadah secara sesuka hati mereka tanpa ada sandaran dari Nabi mereka. Langsung wujudnya pelbagai benda baru dan pelik-pelik didalam agama mereka. Itulah perbezaan nya pada Muhammad s.a.w yang mendidik ummatnya secara menyeluruh!
Quran menuntut jika kita berkelahi dalam sesuatu perkara maka perlu dirujuk pada Allah dan Rasulnya, contohnya masalah hukum. Kita pasti ada yang tidak sependapat dalam sesuatu maka rujuklah pada Quran (Allah s.w.t.) dan Hadith (Rasulullah s.a.w) untuk menyelesaikannya. Maka itu adalah satu dalil untuk kita berpegang dengan Hadith sahih. Quran ada menjamin Hadith juga akan dijaga oleh-Nya.

Saya tidak mengatakan bahawa semua hadis Nabi Muhammad pupus, malah pengetahuan itu tiada dengan saya, hanya Allah Maha Mengetahui. Tetapi kegagalan puak Sunni merekod kesemua hadis Nabi Muhammad adalah satu fakta.

Nabi Muhammad dikala baginda masih hidup, sudah tentu banyak hadis yang disebutnya, tidak cukup dengan hanya apa yang terkandung dalam Kitab al-Bukhari itu.

Mengatakan riwayat hadis dijamin oleh Allah dengan menggunakan dalil Sura al-Hijr ayat 9 bercanggah dengan ajaran Sunni tertentu itu sendiri. Apa yang saya tahu, ulama Sunni sendiri mengatakan bahawa Surah al-Hijr ayat 9 itu merujuk kepada al-Quran, bukannya riwayat hadis.

Jika Surah Al-Hijr ayat 9 itu merujuk kepada riwayat hadis, maka tiada pula ayat yang menjamin al-Quran?

Mari kita perhatikan Surah Al-Hijr ayat 9;

Sesungguhnya Kami yang telah menurunkan Peringatan, dan sesungguhnya Kami yang akan menjaganya.

Mari pula kita perhatikan Surah Fussilat ayat 41;

Yang mengingkari Peringatan apabila ia datang kepada mereka; dan ia adalah Kitab Suci.

Kitab al-Bukhari yang mengandungi fitnah terhadap Nabi Muhammad, apakah ia kitab suci yang dimaksudkan dalam ayat di atas? Dan apakah Allah yang menurunkan Kitab al-Bukhari?

6(Saya mengatakan tiada dalil dari al-Quran bahawa riwayat hadis itu terjamin keasliannya. Ini terbukti apabila para ulama Sunni sendiri terpaksa mengkelaskan riwayat tersebut kepada kategori tertentu seperti Sahih, Hasan, Dhoif dan sebagainya. Lebih buruk lagi, apabila pelbagai kerosakan di muka bumi telah terjadi selama ratusan tahun akibat orang Islam tertentu yang terlalu mempercayai riwayat hadis tertentu yang kononnya sahih sesahih-sahihnya, padahal yang 'mengecop' logo 'sahih' itu adalah manusia, bukannya Allah. Apatah lagi dengan ketiadaan Sahih Abu Bakar, Sahih Omar dan sebagainya, menerangkan bahawa mereka yakin bahawa al-Quran itu penuh terperinci).


*Riwayat hadith ada yang diklasifikasikan sebagai hasan,mutawwattir dan sebagainya adalah kerana dilihat dari segi keadaan sahabat yang berada mendengar pada waktu itu. Jika hadith itu sahih maka benarlah ia sabit kepada Nabi melalui beberapa disiplin juga. Iaitu antaranya seperti diambil kira sahabat yang mana mendengarnya?sahabat yang rapat atau tidak(adakah sahabat itu dilihat sebagai tinggi martabatnya disisi mukmin seperti Khulafa alrasyidin).? Berapa orang? Adakah ada hadith yang terkemudian yang telah menggantinya dan lain-lain lagi. Seperti yang kita ketahui kau bukanlah pencinta hadith malah kau memusuhinya, apatah lagi kau tidak belajar hadith dan tidak memahami segala disiplin dalam ilmu hadith sudah pasti hadith sahih, Hassan, dhaif menjadi masalah dan beban dalam fikiran kau yang cetek ilmu dan tidak meneliti apa yang dicedok dari internet. Sudah tentu kau tidak ngerti hadith dan cara ia berfungsi. Terangkan padaku apakah kerosakan dibumi selama beratus tahun itu yang disebabkan oleh ummat islam yang taat pada rasulnya? Ketiadaan sahih abu bakr. Umar r.a adalah kerana mereka tidak mengumpulnya. Namun mereka adalah orang yang amat berhukum dengan hadith seperti banyak peristiwa yang diungkap dalam sirah mereka bahwa mereka taatkan rasul melalui hadith yang dibawa oleh sahabat-sahabat lain seperti Abu Hurayrah r.a , seorang fakir yang amat rapat dengan Nabi s.a.w dan banyak meriwayat hadith dari baginda. Namun dengan jahil kau mengatakan dia tergolong dalam orang yang meriwayatkan kisah israilyyat, fitnah mu ini akan dibalas Allah kerana telah memfitnah sahabat yang banyak meniggalkan ilmu yang sahih dan sabit dari Nabi s.a.w yang membimbing muslimin hingga hari ini!

Kerosakan bukan datang kerana mentaati Rasul, tetapi kerana mentaat 'Rasul' palsu, yang digubah dengan unsur-unsur fitnah. Apa yang berlaku ini ada persamaan dengan kes 'Rasul Melayu'.

Apa yang dilakukan Omar itu iaitu keengganan menerbitkan kitab hadis tidak dicontohi dalam ajaran Sunni walaupun puak Sunni menggelarkan jua Omar sebagai salah satu daripada Khalifah Ar-Rashidin.

*Bacalah ayat ini dengan baik Ariji.
Ini adalah doa Ibrahim a.s. dan puteranya Ismail a.s .
"Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan(Sunnah) dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".Al-Baqarah: 129
Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah, dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu! surah Muhammad:33
Dengan yang demikian, adakah orang orang (yang beriman dan taat) yang keadaannya sentiasa berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhannya: sama seperti orang-orang (yang ingkar - derhaka) yang telah diperhiaskan kepadanya (oleh Syaitan) akan kejahatan amalnya (sehingga dipandangnya baik), dan yang telah menurut hawa nafsunya? (Sudah tentu tidak sama)! surah Muhammad :14
Dan di antara mereka (yang hadir di majlismu wahai Muhammad, ialah orang-orang munafik) yang mendengar ajaranmu (dengan sambil lewa), sehingga apabila mereka keluar dari sisimu berkatalah mereka (secara mengejek-ejek) kepada orang-orang yang diberi ilmu (dari kalangan sahabat-sahabatmu yang setia): "Apa yang dikatakan oleh Muhammad tadi?" Mereka (yang munafik) itu ialah orang-orang yang telah dimeteraikan Allah atas hati mereka, dan ialah orang-orang yang menurut hawa nafsunya. Surah Muhammad:16
Sesungguhnya orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, mereka tetap ditimpa kehinaan sebagaimana orang-orang yang terdahulu dari mereka ditimpa kehinaan; kerana sesungguhnya Kami telah menurunkan keterangan-keterangan yang jelas nyata. Dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang menghina, Al-Mujaadalah:5
Berikut Adalah surah Al-Qalam dari ayat 4 - 10
Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia. 4
Maka (tidak lama lagi) engkau akan melihat, dan mereka juga akan melihat, - 5
[6]
Siapakah orangnya yang gila di antara kamu semua.
[7]
Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.
[8]
Oleh itu janganlah engkau menurut kemahuan orang-orang yang mendustakan (ugama Allah).
[9]
Mereka suka kalaulah engkau bertolak ansur (menurut kemahuan mereka), supaya mereka juga bertolak ansur berlemah-lembut (pada zahirnya terhadapmu).
[10]
Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), -
[11]
Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai), -
[12]
Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum ugama, lagi yang amat berdosa, !
Firman Allah dalam Surah al-Anbiya' ayat 107:
"....dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. "
Rahmat Allah itu luas salah satu rahmat bersumber dari Nabi s.a.w adalah Haditnya yang mengandungi sunnahnya!
Sedangkan Qiblat kita ditukar kerana doa Nabi s.a.w kepada qiblat yang disukai baginda! MasyAllah! Maka pasti ganjaran pahala dan rahmat akan diberi bagi mereka yang mengikut Sunnah!

Antara formula yang digunakan oleh puak Sunni adalah seperti berikut;

Hikmah = Sunnah = Az Zikr = Hadis = Rasul = Muhammad.

Mereka seolah-olah sudah tidak mampu membezakan maksud antara perkataan-perkataan tersebut. Hakikatnya, 'Rasul' dari kalangan puak Sunni adalah selalu berbeza antara satu sama lain. Sebagai contoh, ada versi 'Rasul' yang meletakkan hukum wajib bagi penyimpanan janggut, ada pula versi 'Rasul' yang meletakkan hukum sunat.

Kitab itu adalah rekod bertulis, manakala Hikmah adalah kebijaksanaan. Hikmah adalah tidak bersifat fizikal seperti rekod bertulis.

Mari kita perhatikan Surah Yunus ayat 1;

ALR, ini adalah tanda-tanda bagi Kitab hikmah.

Mari pula kita perhatikan Surah Luqman ayat 2;

ini adalah tanda-tanda bagi Kitab hikmah.

Sebahagian puak Sunni lazimnya melakukan amalan membaca Surah Yasin pada malam Jumaat, mari kita perhatikan Surah Yasin ayat 2;

Dan al-Quran hikmah.

Ini adalah kenyataan kau yang yang menolak Nabi itu maksum:


7(Keterangan saudara yang ini bercanggah dengan hadis Sahih Muslim, 2362;


Aku adalah manusia seperti kamu. Apabila aku memberi apa-apa arahan agama, terimalah ia. Apabila aku mengemukakan pendapat peribadiku, ingatlah bahawa aku adalah hanya manusia.


Hakikatnya, Nabi Muhammad mengajar kita Syura. Ini membuktikan bahawa baginda adalah manusia biasa, memerlukan pandangan/perbincangan/pendapat/nasihat.
Malah, baginda tidak terlepas daripada melakukan kesilapan).


*Sesatnya ajaran ini!. MasyAllah. Hadith apa ini????? Sahih muslim???? Tidak pernah didengari langsung! Berikan perawinya,sanadnya,dan matannya!
Hatu Burhanakum In Kuntum Sodiqin Bawalah bukti kamu sekiranya kamu memang orang-orang yang benar !
Ariji adalah seorang yang gila sahih Bukhari 3456.
Adakah dengan mudah dan bodoh menganggap ini juga hadith? Jahil!
Ini adalah fitnah terhadap Nabi Muhammad s.a.w! Ya Allah berikanlah dia petunjuk sebelum dia dilaknat kau! Innalillah!






Sila rujuk pakar hadis, riwayat hadis itu sememangnya wujud dalam Kitab al-Muslim.

Hadith tidak mungkin berbeza dengan Quran!


Kenyataan apakah ini? Ini mungkin adalah perbuatan meletakkan riwayat hadis setaraf dengan Al-Quran. Sememangnya inilah antara gejala penganut Sunni.


Dan dia(Muhammad) tidak memperkatakan menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.An-Najm: 3
Bukti nyata untuk kau yang berakal untuk beriman dengan Rasulullah s.a.w dan segeralah menolak hadith palsu itu! Dan ternyata setiap pendapat Rasulullah adalah benar!Tepat dan padat untuk kau yang tidak tahu. Sekarang buang jauh-jauh apa yang kau telan sebelum ini. Kau menolak hadith Abu Hurayyrah? Tapi menerima dengan bodoh hadith maudhu ini??? Jangan bersikap jahil tidak mahu menerima kebenaran dengan helah dan tipu daya lagi.terimalah yang hak. Bukankah kau menggelar diri Koranic dan beriya-iya mencari perempuan yang begitu? Sedangkan Quran mengatakan agar menggelar dirimu Muslim! Setahu saya 7 kali.
Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal . An-Nisa: 80
Allah s.w.t yang telah menurunkan peringatan untuk kamu supaya bertaubat! wahai sahabatku,jangan bersikap jahil. Aku tahu kau seorang yang baik hati, amat sedih melihat kau begini. Innalillah wainnaila hirajiun.
Setiap apa yang diberi Nabi s.a.w adalah wajib diterima! Ini adalah dari dalil Quran!
Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus - Al-Hujuraat ayat 7
Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Al-Ahzaab ayat 40.
Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung. Al-Qalam ayat 4.
Ayat 4 surah Qalam ini membuktikan bahawa kita boleh mengenali watak baginda melalui Hadith sahih. Anti Hadith adalah golongan yang jauh tersesat.
Nabi Muhammad s.a.w adalah insan agung yang maksum! Tiada dosa dan baginda tidak akan tersalah dalam memberi hukum dan segala gala apa yang diungkap yang menjelaskan islam oleh Nabi s.a.w adalah dari Allah dan tiada sedikitpun kesalahan dan keraguan pada baginda s.a.w! jika baginda melakukan kesilapan ianya bukan kesilapan yang boleh menyebabkan dosa dan kesalahan baginda s.a.w akan terus diperbetul oleh Allah s.w.t. maka dengan itu yakinlah umat islam akan Rasulnya yang bersifat maksum iaitu tidak berdosa dan bebas dari kesilapan. Namun Baginda s.a.w hanya manusia biasa yang merasa suka,duka,sakit,penat,lapar dan sebagainya.
Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu, engkau hendak mencari keredaan isteri-isterimu? Dan Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. At-tahriim: 1
Adakah kau tahu kisah disebalik ayat ini? Nabi s.a.w mennggauli hamba perempuan Baginda s.a.w dirumah Isterinya Hafsa. Hafsa kecewa dengan hal itu lalu Nabi s.a.w mengambil hatinya semula dengan bersumpah tidak akan menggauli hamba itu lagi kerana sayangkan hafsa iaitu Isterinya. Nabi s.a.w telah melarang hafsa dari memberitahu sesiapa mengenai hal ini. Lalu turunlah ayat 1 surah tahriim. Kita semua boleh bersumpah ia tidak mendatangkan dosa kerana perempuan itu hanya hambanya bukan isterinya, maka ia adalah pilihan Nabi s.a.w untuk hendak menggaulinya atau tidak. Fahamkah? Nabi hanya telah diarah untuk melepaskan sumpahnya itu sahaja kerana Allah s.w.t meredhai peristiwa itu dan Nabi tidak mengetahui kehendak Allah yang ghaib maka Allah s.w.t telah memperbetulkan kekasihnya. Ini adalah salah satu bukti kemaksuman Nabi s.a.w yang dijaga Allah s.w.t. Muhammad s.a.w tidak sama sedikitpun dengan segala hero fiksyen barat namun, sememangnya Baginda Nabi s.a.w seorang Superman!

Salah satu taktik puak Sunni adalah menggunakan dalil dari Surah An-Najm ayat 3 bagi membela kesahihan riwayat hadis. Untuk mendapatkan kefahaman yang lebih jelas dalam hal ini adalah sila rujuk Surah An-Najm ayat 3 hingga 10.

Surah Najm ayat 3 itu merujuk kepada ucapan Nabi ketika menerima wahyu melalui Jibril. Sila kemukakan dalil dari al-Quran yang menerangkan tentang kemaksuman Nabi Muhammad.

8(Jika saudara susah untuk memahami perkara ini, saudara boleh ambil daripada kes mazhab Syiah dan sebagainya, bagaimana mereka mempercayai riwayat hadis tertentu.


Dari perspektif Sunni, riwayat hadis tertentu adalah palsu, tapi dari perspektif Syiah, hadis tersebut adalah Sahih pula. Lebih buruk lagi, apabila berlakunya peperangan, pengeboman masjid dan sebagainya)


*Ini samalah untuk hujah yang perlunya menerima yang hak dan yang batil. Hadith yang dipakai syiah banyak yang bercanggah, direka-reka dan pelik. Syiah juga memberi darjat yang tinggi pada imam mereka sehingga ada sebilangan memuliakan mereka lebih dari Nabi-Nabi! Kesesatan mereka yang mengambil sedikit dari Quran manakala meninggalkan sebahagiannya (sama seperti anti Hadith) adalah golongan yang benar-benar sesat. Kewujudan puak syiah juga bercanggah dengan ayat Quran. Golongan yang mengkafirkan Khulafa Al-Rasyidin r.a. (kecuali Ali r.a), Isteri Nabi s.a.w, dan keseluruhan sahabat kecuali beberapa orang sahaja adalah amat sesat lagi zalim dan tidak akan diterima sehingga akhir zaman. Ini adalah fakta

Puak Sunni lah yang hanya mengambil sebahagian ayat al-Quran.

Mari kita perhatikan Surah Al-Furqan ayat 30;

Dan Rasul berkata "Tuhanku, orang-orangku telah meninggalkan al-Quran ini."

Ayat tersebut menerangkan bahawa Rasul berkehendakkan kita mengambil al-Quran, bukannya 'Sunnah Nabi' yang direka-reka dan berunsur fitnah.

9(Apakah yang saudara maksudkan? Mereka tidak menggunakan akal? Bukankah akal yang membezakan antara manusia dan binatang?)


*Aduhai sahabatku. Maksudku otak itu adalah akal. Aku hanya menggunakan bahasa pasar.cnth(pakailah kepala otak skit bro) yang dimaksudkan adalah akal tapi yang disebut otak. Maaf jika tersalah faham. Namun rasanya masih banyak pertanyaan ku yang lain tapi kau tinggalkan sahaja. Dimana pendirianmu untuk hal-hal itu?

Gunakanlah akal dalam memahami al-Quran. Al-Bukhari gunakan apa ketika mengsahihkan riwayar hadis? Hanya nafsu semata-mata?

10(Atau yang saudara maksudkan adalah bahawa mereka mendapat wahyu tertentu?)


*Aku langsung tidak maksudkan begitu.

Abdillah mengaku bahawa riwayat hadis yang 'dibawa' oleh al-Bukhari itu bukan wahyu. Namun dia meletakkan riwayat hadis dengan Al-Quran setaraf pula?

11(Ini memberi masalah kepada isu hukuman rejam sampai mati. Kerana setahu saya, pada hari ini, tiada riwayat hadis bahawa Nabi Muhammad hanya menjatuhkan hukuman sebat ke atas kesalahan zina.


Mungkin sebab itu isu ini menjadi titik pertemuan antara Sunni dan Syiah.


Namun, saudara boleh baca sendiri dalil berikutnya, Surah An-Nur ayat 2;)


*Inilah masalah yang menjadi kegemaran kau dan sering kau hujahkan. Aku juga sengaja tidak menyentuh isu ini dalam hujah terdahulu kerana aku ingin lihat apa kau akan gunakannya atau tidak. Penzina disebat 100 kali manakala penzina yang telah berkahwin pula disebat 100 kali kemudian direjam sampai mati. Sebenarnya hal ini amat sukar untuk dijalankan kerana ia perlukan:
1.4 orang saksi . Jika salah seorang sahaja dari saksi adalah kanak-kanak, orang yang dikenali sebagai pendusta, tidak diyakini, orang asing,gila,timbul beberapa criteria yang meragui dan lain-lain akan menyebabkan penzina tidak boleh disebat tidak dianggap zina dan jika tiga saksi itu masih menuduh pasangan itu berzina maka mereka disebat 80 kali. Ini membuktikan hukuman rejam sebenarnya amat sukar sehingga dalam keadaan dunia sebegini membuatkan ia seperti mustahil juga untuk berlaku.
2.Nabi telah bersabda jika ingin menuduh orang berzina maka mestilah ia seperti
sebagaimana benang masuk ke dalam jarum atau timba masuk ke dalam sumur
(((Alat kemaluan lelaki memang sah berada didalam alat kemaluan wanita dan dilihat 4 orang saksi yang beriman)))

Hukuman rejam sampai mati adalah ajaran daripada agama Yahudi. Malangnya penganut Sunni, apabila mereka percayakan riwayat hadis yang direka oleh musuh Islam untuk menfitnah Nabi Muhammad.

Sistem mengintip/mengetuk pintu-pintu hotel kemudian memalukan pasangan yang ditangkap khalwat (mereka tidak dianggap zina jika bukti tidak kukuh seperti diatas) adalah memalukan hukum islam kerana artis-artis dikaca tv dibiar terbogel,berjoget ,maksiat dipromosi,arak dijual,judi diberi lessen dan banyak lagi boleh pula mereka biarkan, inilah masalah akhir zaman, pelbagai fitnah dan segala macam maksiat berkuasa. Islam hanya dilihat melalui Quran dan Hadith bukan manusia masa kini.
Maka selamatlah manusia jika berhukum dengan menggunakan Hadith sahih. Sebab itulah hukuman penzina ini amat sukar dan seperti mustahil untuk dilaksanakan dengan manusia dizaman kini. Namun jika kena pada tempatnya maka Hukum Allah azzawajalla dan Rasulnya adalah pengukurnya. Demikian sulitnya pembuktian bagi sesuatu kes zina. Dan jika manusia berdegil dan dengan bodoh mentakwilkan ayat Allah dengan logik akal mereka sendiri maka kucar-kacir dan hancurlah system mereka. Orang yang menolak hadith tidak akan tahu bagaimana hendak mengurus pembuktian zina , kerana bukannya dengan mudah muslimin berhukum spt melepas panah dari busur2nya tanpa mengambil kira realiti semasa yg melanda umat islam hari ini jika tidak mengambil hadith.

Apakah Nabi Muhammad mampu selamatkan kamu dari Neraka?

Daripada Abdullah Bin Masud r.a dia berkata , Baginda Rasulullah s.a.w telah bersabda : Tidaklah halal darah seseorang muslim yang menjadi saksi bahawa Tidak ada sama sekali Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan aku ini adalah utusan Allah MELAINKAN dengan melakukan salah-satu drp tiga jenis kesalahan ini , iaitu : ( 1 ) Orang-orang yang telah berkahwin yang melakukan zina , ( 2 ) Orang yang membunuh orang lain , dan ( 3 ) Orang yang meninggalkan agamanya iaitu orang yang meninggalkan jemaahnya ( umat Islam ) ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rh dan al-Imam Muslim rh .

Mungkin sebab itu mereka meletakkan perkataan 'jemaah' pada nama mazhab mereka, iaitu 'Sunnah wal Jamaah'. Apakah mereka adalah puak yang membunuh orang lain yang keluar dari mazhab mereka lalu menyebabkan peperangan demi peperangan berlaku?

Begitu juga dengan kisah seorang sahabat r.a yang bernama Saidina Maiz rh Bin Malik , yang mengakui telah melakukan kesilapan zina , walhal dia telah pun berkahwin, maka Baginda Rasulullah s.a.w pun memerintahkan agar Saidina Maiz r.a dijatuhi hukuman rejam .
Drp Sulaiman Bin Buraidah , Drp bapanya yang telah berkata : Maiz Bin Malik pernah datang menemui Baginda Nabi s.a.w , maka dia berkata : (( Wahai Utusan Allah , sucikanlah diri saya )) . Jawab Baginda s.a.w : (( Kesiannya engkau , pergilah balik dan mohon ampunlah kepada Allah serta bertaubatlah kepadanya )) , lalu pulanglah Maiz dan tidak lama selepas itu dia datang kembali menemui Baginda Nabi s.a.w. dengan mengatakan hal yang sama seperti tadi . Peristiwa ini berulang sehinggalah apabila sampai kali keempat, Baginda Rasulullah s.a.w pun bertanya kepadanya : (( Apakah yang boleh aku tolong untuk mensucikan dirimu ? )) , jawab Maiz : (( Sucikanlah diriku drp dosa zina )) , maka Baginda Rasulullah s.a.w pun bertanya kepada orang lain : (( Adakah Maiz ini ada penyakit gila ? )) , maka diberitahu kepada Baginda Rasulullah s.a.w bahawa Maiz bukanlah seorang yang gila . Baginda Rasulullah s.a.w pun bertanya lagi ( kepada para sahabat r.a ) : (( Adakah Maiz ini peminum arak ? )) . Maka bangunlah seorang lelaki lalu cuba menghidu-hidu bau pada Maiz dan tidaklah didapati ada sebarang bau arak padanya . Lalu Baginda Rasulullah s.a.w pun bertanya lagi : (( Wahai Maiz ! , adakah engkau benar-benar telah berzina ? )) , maka Maiz pun menjawab : (( Ya ! )) , maka Baginda Rasulullah s.a.w pun memerintahkan agar Maiz dibawa untuk dijatuhi hukuman rejam .. ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Bukhari rh , al-Imam Muslim , Imam Abu Daud rh , Imam at-Tirmidizi rh , Imam Ahmad rh , Imam al-Baihaqi , Imam Abu Yaala rh , Imam al-Bazzar rh dan Imam at-Tobrani rh .
Kisah Saidina Maiz r.a diatas sebagai kisah yang mutawatir ( sesuatu kisah yang diriwayatkan oleh majoriti para sahabat r.a dan merupakan kisah yang tidak dapat dimungkiri lagi ) . Cuba rujuk : Jamie al-Usul ( 4 / 279 ) , Nailul Autor ( 7 / 95 & 109 ) , Majma az-Zawaid ( 6 / 266 ) , Nasbur Rayah ( 3 / 314 ) , Subulus Salam ( 4 / 6 ) , at-Talkhis al-Habir ( ms 350 ) , an-Nuzum al-Mutanastir minal Hadis al-Mutawatir ( ms 18 ) .
MUTAWATIR bererti : Satu berita yang diriwayatkan oleh sekumpulan ramai manusia kepada sekumpulan manusia yang ramai , yang mana ramainya mereka yang meriwayatkan berita itu menyebabkan mustahil ianya dianggap sebagai satu berita yang dusta dan palsu .


Nampaknya begitu panjang lebar hujah untuk menyokong hukuman rejam sampai mati itu.

cnth. Berpuluh-puluh orang yang menyaksikan jenayah ragut dikawasan itu amat pasti melihat dua orang pemuda yang naik motor telah meragut beg seorang nenek kemudian memecut motorsikal yang dinaiki manakala nenek tua itu cedera dengan parah akibat terjatuh kerana diragut. Orang ramai membantu Nenek tersebut. kemudian peristiwa itu disebar pada orang yang lain hingga diketahui seluruh negara.


Maka status hadis di atas pun begitulah juga , ianya bersifat MUTAWATIR .


Bagaimana pula riwayat yang terhasil daripada kisah sebegini sahihnya setaraf dengan sahihnya al-Quran? Atau ada unsur kufur di sini? Bukan Allah yang mengsahihkan riwayat hadis yang terdapat dalam Kitab al-Bukhari.


Berikut adalah jawpan dari Panel Al-ahkam.net mengenai hal ini:
Al-Quranul Karim tidak dapat dinafikan ianya bersifat Qotieyah ats-Tsubut sebab ia memang muktamad bersumber daripada Allah Taala tanpa ragu-ragu lagi .


Al-Hadist pula , apabila telah diselidik ianya benar-benar bersumber drp Baginda Rasulullah s.a.w , maka ia juga adalah Qoteiyah ats-Tsubut kerana ia telah diyakini bersumber drp Baginda Rasulullah s.a.w . Apatah lagi jika sesebuah hadis sahih itu pula bersifat Mutawatir ( sbg mana telah disebut di atas ) maka ia juga adalah Qotieyah ats-Tsubut .

Hujah ini mungkin adalah satu konspirasi untuk meletakkan al-Quran setaraf dengan riwayat hadis.

Orang-orang yang menentang Al-Quranul Karim dan As-Sunnah ( yang telah dipastikan ianya adalah muktamad dan qotie , apatah lagi yang mutawatir ) bermakna dia telah menentang sesuatu yang telah diyakini datang daripada Allah Taala dan Rasul-Nya s.a.w ,. Dan orang-orang yang menentang Allah Taala dan Rasul-Nya s.a.w tidak syak lagi menjadi seorang yang murtad ! .


Hujah ini mungkin bertujuan menyamakan sifat mutawattir bagi al-Quran dengan sifat mutawattir bagi riwayat hadis. Pelbagai hujah mereka bagi menyamakan al-Quran dengan kitab lain.


Hadith-hadith lemah ( dhoief ) dan palsu ( maudhu ) sama sekali tidak bersifat QOTIEYAH ats-TSUBUT .
Walaupun Al-Quranul Karim itu telah muktamad bersumber drp Allah Taala ( Qotieyah ats-Tsubut ) , akan tetapi bukanlah semua ayatnya menunjukkan kepada dalil secara qotie ( secara muktamad ) ataupun di dalam lain perkataan tidak semestinya sesuatu yang qotieyah ats-tsubut itu MESTI JADI qotieyah ad-dilalah !!! .


Hujah daripada mereka yang ragu-ragu dengan al-Quran? Mereka hanya yakin pada sebahagian ayat sahaja?

Manakala al-Hadist pula walaupun diistilah sebagai ZONNI ( Boleh jadi benar datangnya drp Baginda s.a.w dan boleh jadi pula tidak bersumber drp Baginda s.a.w ) , akan tetapi banyak juga hadis-hadis yang bersifat QOTIEYAH ad-DILALAH . Yang bersigat Qotieyat ad-Dilalah ini sudah pastilah ia juga menjadi Qotieyah ats-Tsubut , dan sudah pasti pula hukuman yang diputuskan oleh hadis itu juga merupakan SATU PERKARA YANG TIDAK BOLEH LAGI DIPERTIKAIKAN !!!
Perbicaraan mengenai hal ini sangatlah menarik kerana ianya ada kena-menganai dengan apa yang dipanggil sebagai USUL dan FURU , dan kadang-kadang memeningkan lebih-lebih lagi bagi mereka yang bukan ahli di dalam selok-belok pengajian Islam dan B. Arab ! .

Riwayat hadis dalam Kitab al-Bukhari adalah disahihkan oleh al-Bukhari. Dan al-Bukhari tidak maksum, bukan? Atau kamu cuba menyamakan al-Bukhari dengan versi 'Nabi Muhammad' dalam ajaran Sunni?

Oleh sebab bukan semua hadis itu mestinya bersigat ZONNI ( pada dilalah mahupun tsubutnya ) sebagai mana kata-kata golongan yang anti-perlaksanaan undang-undang Islam , maka kata-kata mereka di atas itu sendiri sudah gugur secara automatik ( tak boleh dibuat hujah lagi ) !!! .

Mungkin inilah yang menjadikan Abdillah sebagai seorang muqallid? Iaitu orang yang mengikut ajaran nenek-moyang tanpa mempersoal ajaran itu. Apakah bezanya dengan penganut Hindu yang menyembah batu tanpa mempersoal sifat ketuhanan yang ada pada batu?

Kalau mereka tetap berkeras mengatakan bahawa semua hadis adalah ZONNI dan lantaran itu hadis tidak boleh dipakai ( sbg mana dakwaan GAH : Gerakan Anti Hadis ) ataupun mereka mengatakan bahawa hadist-hadist di atas semuanya tak boleh dipakai , maka kami jawab sekali lagi :
Hatu Burhanakum In Kuntum Sodiqin ( Bawalah bukti kamu sekiranya kamu memang orang-orang yang benar ! ) .

Al-Quran adalah bukti kepada kesesatan yang terdapat dalam mazhab Sunni.

KESIMPULANNYA : Hukuman mati bagi mereka yang melakukan kesalahan zina ( bagi orang-orang yg telah berkahwin ) dan mereka yang melakukan kesalahan murtad adalah KUKUH dan SESUAI dengan ajaran Islam !!! .


Alangkah sayangnya tiadanya Saidina Abu Bakar as-Siddiq ra diakhir zaman ini sebagai seorang perwira yang paling perkasa dan hebat menentang jenayah murtad ( Ar-Riddah Bi La Saiyyidina Abi Bakr as-Siddiq ) !!! .

Tiada paksaan dalam agama.

12(Dari mana datangnya hukuman rejam sampai mati itu? Adakah Nabi Muhammad mendapat wahyu tertentu dari Tuhan yang lain selain daripada Allah?)


Soalan gila.

Soalan gila? Atau kamu yang kekurangan hujah?
.
13(Adakah Al-Bukhari adalah satu lagi 'Superman'? Padahal, riwayat hadis dalam kitabnya berkenaan tarikh pernikahan antara Nabi Muhammad dan Aisyah pun bercanggah antara satu sama lain.


Kemudian, saudara mendakwa ia langsung tidak bercanggah dengan al-Quran pula?


Atau saudara sekadar ingin menegakkan benang yang basah?
Apabila saudara sujud ketika solat, adakah saudara sujud kepada Allah atau As-Shafie? Atau saudara sujud kepada periwayat hadis tertentu?


Atau saudara menganggap bahawa Nabi Muhammad itu 'Superman'? Mempunyai 'lesen' untuk mengingkari perintah Allah yang terdapat dalam Surah An-Nur tersebut?


Atau saudara lebih beriman kepada Kitab Sahih Al-Bukhari berbanding Kitabullah?


Bukankah sudah banyak bukti yang menonjolkan kesilapan al-Bukhari dan As-Shafie?


Dari mana datangnya hukuman rejam sampai mati itu? Adakah Nabi Muhammad mendapat wahyu tertentu dari Tuhan yang lain selain daripada Allah?)


*Selagi ku ingin jawab. Bahwa memang ada segelintir Hadith Al-Bukhari dikritik namun ia mungkin difahami dengan dua makna malah mungki lebih dari itu. Ia tidak bersifat tetap semuanya. Kau bukanlah pengkaji Hadith, kau tidak belajar dengan guru tapi dengan internet? Ilmu mu belum takat mana jangan lah jadi sombong. Adakah kau tahu hadith yang berbeza itu? Aku takut kau hanya menerima hadith lemah atau maudhu mengenai hal ini. Perbezaannya hanya beberapa bulan sahaja itupun boleh difahami dengan lebih dari satu maksud. Siapa pula yang sujud pada As-Syafie? Al-Bukhari? Aku bukannya bermazhab Syafie. Namun tidak syak lagi As-Syafie adalah seorang soleh dan seorang yang imam mujtahid. Syafie bukanlah Nabi dan ajaran beliau adalah berdasarkan Hadith sahih! Imam Syafie tidak maksum beliau tidak menjumpai sebahagian Hadith Nabi s.a.w begitu juga imam-imam yang lain namun tidak pernah pula mereka berpesan mewajibkan ajaran mereka. Malah mereka orang soleh yang amat merendah diri dan hidup mereka dihujani ujian yang keras. Ke-empat-empat imam mazhab pernah mengungkap agar membuang ajaran yang bercanggah dengan hadith sahih termasuk ajaran mereka sendiri. Al Imam As Syafie r.a pernah berkata jika kamu menjumapai hadith Nabi s.a.w dan ia bercanggah dengan pendapatku maka terimalah ia dan campaklah pendapatku ke dinding!.
Jadi orang yang men-Nabi-kan Syafie lah yang bersalah bukan Imam Syafie sendiri. Ini juga boleh dicontohkan ajaran Nabi Isa a.s yang dieseleweng. Adakah kita menyalahkan Nabi Isa a.s atas kesesatan kristian? Tidak Ariji! Tidak!
Namun dengan tenang kau berkata As-Syafie telah menyebabkan ramai anak perempuan dipaksa kahwin?
Maka aku kata: Hatu Burhanakum In Kuntum Sodiqin ( Bawalah bukti kamu sekiranya kamu memang orang-orang yang benar ! ) .

Sila rujuk pakar hadis dan sila rujuk istilah 'wali mujbir'. Dalam mazhab Shafie berkenaan kes pernikahan, si bapa meminta izin si anak perempuan untuk menikahkan si anak perempuan hukumnya sunat, bukannya wajib.

14(Saudara baru saja memberikan bukti kelemahan riwayat hadis berbanding Kitabullah. Alhamdulillah.


Ya, faktor yang lebih kurang begitu juga berlaku sedikit terhadap riwayat Kitabullah, sehingga mempunyai dua riwayat Kitabullah iaitu Hafs dan Warsh, tetapi tidak sekronik riwayat hadis.)




*Tidak perlu bukti sememangnya Quran adalah lebih hebat kerana ia adalah Kalamullah. Tidak pernah pula aku menganggap hadith adalah sama tarafnya.
Riwayat Hafs dan Warsh langsung tidak sedikitpun kronik. Tiada masalah antara keduanya. Bezanya Qiraatnya saja. Hadith jika diberi pada yang jahil maka pasti ia kronik.


Antara riwayat Hafs dan Warsh juga berbeza sedikit dari segi makna. Sebagai contoh, sila rujuk Surah al-Baqarah ayat 125 bagi kedua-dua riwayat. Perbezaan 'tanda baris' boleh memberi maksud yang berbeza.


15(Pertamanya, mari kita lihat tafsir daripada Universiti Islam Antarabangsa bagi Surah Al-Hijr ayat 9;


Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.


Sila rujuk http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/index.html


Ini antara kelemahan puak Sunni dalam mentafsir al-Quran. Jelas, bahawa perkataan yang lebih sesuai adalah 'Peringatan' atau 'Al-Zikr', tetapi bagaimana pula mereka menukarnya dengan perkataan 'al-Quran'?


Namun, ini menjelaskan bahawa mereka percaya bahawa 'Peringatan' itu merujuk kepada al-Quran. Dan mungkin kerana tidak mahu ia disalahfahamkan sebagai merujuk kepada riwayat hadis, lalu ditukarkan perkataan 'Al-Zikr' kepada al-Quran.
)
Aku tidak tahu mengapa kau membalas sebegini? Kau baca Quran ke kau baca TERJEMAHAN Quran??? Cuba buka Sura Al-hijr ayat 9 itu apa yang tertulis???
Zikir bukan hanya bermaksud peringatan sahaja ataupun hanya diterjemah sebagai Quran sahaja. Malah golongan Muslimin semua tahu apa itu zikir yang diamalkan seharian itu bukanlah hanya diterjemah sebagai Quran semata-mata malah mengandungi maksud lain termasuklah diterjemah sebagai Hadith Sahih!
Inna nahnu nazzalnaz ZIKRA wa innalahu,lahafidhzun surah Al-Hijr: 9
Dengan jelas dan terang ia tertulis zikir. Hadith itu Zikir kerana ia mengandungi cara beramal kepada Allah s.w.t melalui Rasul-Nya. Begitulah juga kerana solat juga digelar zikir. Kau menerima terjemahan zikir itu sebagai peringatan. Tapi Ariji, zikir juga diterjemah sebagai solat dalam :
Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka solatlah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu mengingati Allah (dengan mengerjakan solat secara yang lebih sempurna), sebagaimana Allah telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya.surah Al-Baqarah : 239.
"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah zikir(solat) untuk mengingati Daku. Surah Taha: 14
.
Sila rujuk ulama Sunni sendiri berkenaan Surah al-Hijr ayat 9. Bukankah kamu bermazhab Sunni, wahai Abdillah?

Begitu juga di-surah yang lain zikir bermaksud dengan pelbagi seperti:


"Menceritakan" (QS. Maryam : 56),
"Al-Qur'an" (QS. Al-Anbiya : 50),
"Shalat" (QS. Al Baqarah : 239),
"Wahyu" (QS. Al Qamar : 25)


Maka jelaslah Zikir itu adalah cara mengingati Allah melalui Quran atau Rasul-Nya.

Tiada perkataan 'Salat' dalam Surah Al-Baqarah ayat 239. Al-Zikr, perkataan 'Al' itu menerangkan bahawa ia khusus kepada sesuatu.

Sebagai contoh; Al-Kitab, merujuk kepada Kitabullah, bukannya kepada kitab-kitab lain. Al-Quran pula bermaksud 'bacaan itu'; 'bacaan' jika diambil secara umum, suratkhabar pun boleh digelar sebagai bacaan.

16(Soalan ini, jika ditanya kepada si kena khatan pun tahu jawapannya. "Kulup la yang berubahnya. Dulu ada, sekarang dah tak ada. Macam chipsmore.")


*ini sahaja kah hujah khatan mu? adakah masih tidak yakin akan Hadith? MasyAllah. Allah memberi petunjuk kepada mereka yang dikehendaki-Nya!
*Lansung sedikitpun tidak sama seperti chipsmore! Chipsmore ditelan semuanya tapi kulup itu tidak pula!


Nah telah ku jawab hujah kau. Jadi jawablah semula jika kau masih enggan menerima Hadith. Dan semoga Allah s.w.t merahmat engkau dengan member taufik wa Hidayah kepada kau agar kembali menerima jalan yang lurus lagi benar. Amiin.Assalamualaikum Sahabat.


Allah Maha Besar. Berkuasa dalam tiap sesuatu.


Terima kasih kerana mendoakan saya agar dirahmati Allah dan diberi hidayah, dan semoga kita dipandukan ke jalan yang lurus.

Wallahualam.