Thursday 29 April 2010

Catur

Percaya atau tidak, saya pernah aktif bermain catur suatu ketika dahulu. Kadang-kadang, mengimbas kembali waktu yang lepas dapat memberi sedikit sebanyak color untuk hari ini.

Semuanya bermula gara-gara kerana saya tidak berpuas hati kerana asyik kalah bermain catur dengan komputer. Pelbagai permainan komputer telah saya main dan menang, tetapi permainan catur ini lain semacam. Ya, suatu ketika dahulu, saya boleh dikatakan kaki permainan komputer.

Daripada sikap tidak mahu mengaku kalah itu, telah mewujudkan minat saya terhadap permainan ini, sehingga membawa saya kepada tournament. Daripada pengalaman itu, saya mendapati bahawa peningkatan skill dalam permainan ini bersifat marginal berkurangan. Untuk meningkatkan rating dari 1500 kepada 2000 jauh lebih mudah daripada meningkatkan rating daripada 2100 ke 2150.

Bahkan ia bukan sekadar menguji skill percaturan semata-mata, malah melibatkan emosi, psikologi, stamina otak dan sebagainya. Sehingga hari ini, walaupun saya currently inactived dalam bidang ini, minat itu masih ada, dan ia masih tersenarai daripada senarai hobi saya.

Mungkin permainan ini sesuai untuk mereka yang suka berfikir.

Wallahualam.

Kemalangan Bhg. II

Terima kasih kepada dua orang jejaka yang telah menghantar saya ke hospital pada hari kejadian lalu. Sesungguhnya saya tidak berapa cam wajah awak berdua kerana saya dalam keadaan tidak bercermin mata ketika itu akibat cermin mata yang telah kehilangan matanya...

Wallahualam.

Mazhab Sunni dan Agama Yahudi

Coretan kali ini adalah berkenaan dengan thread yang diposted oleh Ayra_j berkenaan tulisan Abdul Hadi Awang yang bertajuk Sejarah Kemunculan Mazhab Akidah. Sila rujuk http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=1334#16490

Antara petikan tulisan Abdul Haji Hadi Awang adalah seperti berikut;

Terdapat beberapa faktor luar dikenal pasti mempengaruhi pemikiran umat Islam. Antaranya:

* Individu yang baru memeluk Islam terdiri daripada bekas penganut agama lain seperti Yahudi, Kristian, Majusi, Hindu dan sebagainya. Apabila mereka memeluk Islam, mereka masih berpegang pada ajaran agama lama atau amalan silam. Kemudian, fahaman dan amalan ini bercampur dengan ajaran Islam lalu membawa kepada kecelaruan yang sukar difahami.


Yang menariknya di sini, amalan nenek-moyang puak Kafir itu seperti amalan berkhatan dan hukuman rejam sampai mati adalah dari mazhab Sunni sendiri.

Wallahualam.

Monday 26 April 2010

Mazhab Sunni dan Pemerintahan Monarki Bhg. II

Coretan kali ini adalah berkenaan coretan yang ditulis oleh Hanief. Sila rujuk http://hanief.blogspot.com/2010/04/pilihanraya-suatu-pertunjukan-sarkas-pm.html

Dalam coretan itu, beliau menggambarkan Perdana Menteri Malaysia pada hari ini memerintah negara bagaikan pemerintahan monarki, atau mungkin lebih tepat jika disebut sebagai diktator, dimana Perdana Menteri lebih berkuasa daripada Polis, Mahkamah, mahupun Raja.

Dan apakah secara kebetulan, agama rasmi Malaysia adalah fahaman Sunni.

Wallahualam.

Sunday 25 April 2010

Mazhab Sunni dan Pemerintahan Monarki

Jika dilihat sejarah Tanah Melayu, bagaimana pemerintahan monarki berkuasa. Raja mempunyai kuasa mutlak dan menggubal sendiri undang-undang. Baginda berkuasa menjatuhkan hukuman, juga berkuasa memberi pengampunan. Menonton filem P. Ramlee mungkin dapat membantu memberi sedikit sebanyak gambaran mengenai hal ini.

Apakah majoriti pengaruh mazhab yang tersebar di Tanah Melayu pada ketika itu? Mazhab Sunni seperti hari ini, bukan?

Sistem demokrasi yang ada pada hari ini dibawa oleh Inggeris. Sejak dari itu, kita lihat kuasa pemerintahan monarki dikurangkan secara beransur-ansur dengan suntikan Perlembagaan. Lalu namanya bertukar kepada Raja Berpelembagaan. Raja pada hari ini umumnya bertindak atas nasihat para pegawai bawahannya. 

Itu di Malaysia, mari kita pergi ke Arab Saudi pula. Arab Saudi mengamalkan sistem pemerintahan monarki mutlak, dimana Raja juga bertindak sebagai Perdana Menteri, ada menyerupai apa yang berlaku di Tanah Melayu suatu ketika dahulu.

Pasukan Saudi telah merampas Mekah dan Madinah daripada Empayar Usmaniyyah pada tahun 1802, atas nama agama. Ya, konflik mazhab.

Sejak itu, terus berlaku perebutan kuasa antara pasukan Saudi, Empayar Usmaniyyah dan Mesir. Penemuan minyak pada tahun 1958 semasa pemerintahan pasukan Saudi mungkin menjadi 'penambah perisa' konflik dalaman sehingga membawa pembunuhan 'anak beranak' pula.

Inilah bencana pemerintahan monarki. Apakah perlu kita mengucapkan terima kasih kepada Inggeris kerana meredakan kuasa mutlak pemerintahan monarki di Tanah Melayu, padahal, al-Quran sekian lama menyediakan jawapannya. Al-Quran mengsyorkan negara yang bersistemkan musyawarah.

Yang ingin di hightlight kan di sini adalah kaitan antara mazhab Sunni dan pemerintahan monarki. Apakah ia secara kebetulan?

Mari kita lihat dari sudut global pula, bagaimana pemerintahan monarki mengalami kegagalan. Sila rujuk http://ms.wikipedia.org/wiki/Penghapusan_monarki

Wallahualam.

Saturday 24 April 2010

Mahathir

Bukan semua perkara yang saya bersetuju dengan beliau. Ini perkara biasa. Namun apabila melihat kepada ucapannya di suatu majlis, ada sesuatu yang menarik. Sila rujuk http://drmaza.com/home/?p=1107

Sebagai salah seorang pemimpin dunia, beliau semestinya dapat menghidu ada something wrong dengan umat Islam pada hari ini. Persengketaan antara puak Sunni dan Syiah masih berlanjutan sehingga ke hari ini. Manakala, puak Kafir pula 'sibuk' dengan pembangunan ekonomi dan teknologi.

Mereka yang lebih mementingkan mazhab dan ajaran nenek-moyang, berbanding al-Quran, mungkin merekalah antara yang terlibat dengan pengeboman masjid dan sebagainya.

Arab Saudi, sebuah negara yang menjadi lambang fahaman Sunni, tetapi bersistemkan pemerintahan monarki jua. Padahal secara terang-terangan al-Quran menceritakan kisah kezaliman Firaun, iaitu Raja yang dilantik oleh makhluk. Ini berbeza dengan Talut, kerana Talut dilantik oleh Allah.

Dan hakikatnya, pemerintahan monarki ini bertentangan dengan Syura. Tetapi itulah yang 'dipegang' oleh Arab Saudi pada hari ini, walaupun mereka dengan 'berteriak' melaungkan nama Islam dan Sunnah.

Wallahualam.

Friday 23 April 2010

Bunga dan Kumbang

Ketika saya menulis ini, saya sedang melayan lagu 'Kisah Aku' nyanyian band Marvells. Lagu ini 'kena' dengan saya ketika ini. Yang penting ia membuatkan morale saya meningkat sedikit sebanyak. Beberapa hari lepas, morale saya boleh dikatakan pada nilai sifar.

Melihat 'aksi' yang menceriakan seperti 'dua wajah bulat', itu hanya untuk menceriakan saya.

Sahabat saya yang sedang menuntut di US ketika ini memberikan link ini kepada saya tadi; http://www.zaharuddin.net/content/view/928/72/

Saya juga baru saja membaca blog Mohd Asri, ada baiknya Abdillah renung-renungkan; http://drmaza.com/home/?p=1107

Apapun, saya akan mula menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Abdillah dalam pertengah bulan Mei nanti akibat faktor final exam yang bakal menjelma.

Saya menulis kali ini pun sekadar berehat akibat mentelaah pelajaran tadi.

Wallahualam.

Mana Lebih Bulat?

Cuba teka, wajah mana yang lebih bulat?

Thursday 22 April 2010

Ayah Cik

Insan yang menamakan 'Ariji' kepada saya ketika saya masih bayi suatu ketika dahulu, baru saja meninggal dunia. Beliau adalah bapa saudara saya. Sesungguhnya kita semua akan kembali kepada Allah.

Wallahualam.

Monday 19 April 2010

Satu Tuhan

Hanya ada satu Tuhan. Melihat umat Islam pada hari ini berpecah-belah dan berpuak-puak, seolah-olah mereka 'mempunyai' Tuhan yang berbeza.

Hakikatnya hanya ada satu Tuhan. Kita mungkin berbeza pendapat dan sebagainya, tetapi hanya ada satu Tuhan. Katakanlah; "Tiada Tuhan selain Allah."

Wallahualam.

Sunday 18 April 2010

Muhd Abdillah?

Kemalangan

Cermin mata saya yang dibeli hampir lima bulan lepas pecah hancur. Mungkin itu yang menyebabkan wajah saya luka. Mujur ada cermin mata spare part. Seluar Brittania yang selesa itu, kecuali bila banyak barang dalam poket, kerana poketnya ketat, juga koyak rabak.

Baju yang 'dihadiahkan' oleh abang tersayang, juga koyak rabak.

Handphone saya  tercalar tapi masih boleh digunakan lagi, akibat bergeser di jalan tadi.

Motor pula, ah, jika hendak disenaraikan kerosakan, agak leceh juga.

Apakah punca utama kemalangan ini? Biarlah rahsia.

Wallahualam.

Saturday 17 April 2010

Pak Yus

Secara peribadi, bagi saya, beliau adalah lecturer yang terbaik di Fakulti Muzik secara overall suatu ketika dahulu. Namun kemudiannya saya dengar, beliau berpindah ke Brunei. Beliau hanya lecturer berkontrak di Shah Alam ketika itu.

Bila saya membelek-belek gambar di Facebook tadi, ternampak gambar ini, ingin pula coretkan sesuatu.

Wallahualam.

Target Bhg. II

"Saya kena tanya si dia dulu."

"Si dia itu boyfriend awak kah?"

"Tidak juga. Cuma kawan rapat."

"Tak apalah jika begitu. Saya tidak mahu ganggu."

"Maafkan saya."

"Okey."

Dialog sebegini yang boleh saya gambarkan di Facebook tadi setelah saya mengajaknya makan petang. Kawan rapat? Ini mengingatkan saya kepada Sha. Dia adalah kawan rapat perempuan saya di institusi pengajian ini.

Apapun, rakan-rakan sebenarnya membuatkan hidup saya lebih colorful. Banyak orang banyak ragam, kata pepatah ini yang pernah saya belajar ketika di sekolah rendah dulu.

Kenapa sekolah rendah? Kenapa bukan sekolah tadika? Seingat saya, saya hanya pergi ke tadika selama lima hari sahaja. Selebihnya ponteng.

Botol susu saya pernah disembunyikan, gara-gara kerana saya membawanya ke tadika. Tidak pula saya sangka, ketika saya berumur lima atau enam tahun tidak pula saya ingat, saya masih menghisap botol susu. Haha. Memang lawak.

Ketika di tadika, saya hanya ada seorang kawan rapat sebaya. Dia sibuk dengan rakan-rakan yang lain. Saya pula bersendirian, kurang bercakap dan kurang bersosial. Minda pula asyik teringatkan rumah.

Ketika waktu rehat, saya hanya melihat mereka bereakrasi. Meriah. Cuma saya yang tidak meriah. Menyepi dan berasa malu.

Air Milo susu. Minuman inilah kegemaran saya sejak kecil. Resipi inilah lazimnya yang saya 'masukkan' ke dalam botol susu. Bukan saya yang masukkan resipi itu, tetapi Abah.

"Abah, nak air Milo."

Ayat ini adalah biasa diucapkan suatu ketika dahulu. Roti kosong berlapiskan serbuk Milo, ini juga makanan kegemaran saya sejak kecil. Saya membesar dengan Milo.

"Anda minum Milo jadi... Sihat, dan kuat!"

Ini adalah slogan iklan Milo di televisyen, suatu ketika dahulu. Alamak, asyik mencoret tentang Milo lah pula.

"Milo ada kesan sampingan." Ini pula kata rakan saya, seorang pengedar HPA. Sejak itu, saya mula berjinak-jinak dengan koko RADIX. Sememangnya ia setanding dengan Milo, malah ada beberapa kelebihan tertentu.

Kembali ke tema yang asal, kami tidak lagi sekelas, setelah lecturer kami berhenti kerja. Kami berpecah berasingan, apa tidaknya, kami bukan mengambil program yang sama.

Tiba masanya untuk mencari target seterusnya.

"Hai, awak sombong lah."

"Hai. Awak, tolong carikan girlfriend untuk saya."

"Awak mahu kahwin muda ke? Desperate. Sebenarnya mudah saja mahu dapatkan girlfriend, mungkin awak tu yang terlalu cerewet."

Antara perkara yang menarik perhatian saya kepada target yang 'pertama' adalah al-Quran. Saya lihat dia ada aplikasi al-Quran di Facebook dan join beberapa Koranic Group. Setakat ini dahulu coretan kali ini.

Wallahualam.

Kesediaan Berdialog Secara Terbuka

Saya membuka pintu untuk berdialog secara terbuka dengan Abdillah atau mana-mana ulama pilihannya. Tarikh yang dipilih hendaklah pada waktu free/cuti semester kerana saya masih seorang pelajar.

Wallahualam.

Friday 16 April 2010

Konspirasi Fitnah Terhadap Nabi Muhammad

Patutkah mereka mempercayai bulat-bulat tulisan sejarah tanpa menyelidiki terlebih dahulu?

Saya akan buktikan tuduhan bahawa Nabi Muhammad menjatuhkan hukuman rejam sampai mati ke atas pesalah zina; adalah fitnah semata-mata.

1) Hukuman rejam sampai mati bersumberkan Kitab Perjanjian Lama.

Sekali lagi, sebagaimana kes amalan berkhatan, hukuman rejam sampai mati juga adalah amalan penganut Yahudi.

2) Al-Quran adalah sumber utama Nabi Muhammad dalam memberikan hukuman.

Ini berdasarkan Surah An Nisa' ayat 105;

Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu Kitab dengan membawa kebenaran supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu; dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.

3) Hukuman ke atas kesalahan zina adalah terperinci diterangkan dalam al-Quran.

Mari kita perhatikan Surah An-Nur ayat 2;

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

4) Konspirasi mengaburi kebenaran

Wujudnya riwayat hadis kononnya hukuman rejam sampai mati pernah tercatat dalam Kitabullah, sebelum ia dimansuhkan oleh seekor kambing.

Wallahualam.

Thursday 15 April 2010

Cinta Kepada Allah dan Rasul

Mari kita perhatikan Surah al-Baqarah ayat 165;

Dan dari manusia itu adalah antaranya yang mengambil yang lain dari Allah sebagai setaraf, mereka cintakan mereka sebagaimana cintakan Allah; dan yang beriman lebih kuat cintakan Allah; dan bila yang ingkar melihat pembalasan, mereka akan lihat yang semua kekuatan milik Allah, dan bahawa Allah adalah hebat dalam pembalasan.

Ayat di atas menjelaskan bahawa orang yang beriman adalah orang yang mencintai Allah melebihi yang lain. Tetapi ada golongan tertentu yang mencintai 'Rasul' setaraf dengan cinta mereka kepada Allah.

Contoh yang baik adalah isu hukuman ke atas kesalahan zina. Jelas, bahawa Allah memerintahkan hukuman sebat seratus kali ke atas kesalahan zina. Manakala 'Rasul' versi mereka pula memerintahkan hukuman rejam sampai mati, kemudian mereka memilih 'Rasul' berbanding Allah.

Kemudian mereka mendakwa bahawa mereka orang yang beriman?

Apatah lagi 'Rasul' versi mereka itu 'digubah' melalui kitab selain Kitabullah.

Mari pula kita perhatikan Rasul yang terdapat dalam Kitabullah. Surah Al-Furqan ayat 30;

Dan Rasul berkata "Tuhanku, orang-orangku telah meninggalkan al-Quran ini."

Hukuman rejam sampai mati tiada dalam Kitabullah. Mereka yang menjatuhkan hukuman ini bagi kesalahan zina, bukan sahaja tergolong daripada golongan yang mencintai 'Rasul' sebagaimana cintakan Allah, malah mereka adalah golongan yang disebutkan dalam ayat di atas.

Mereka adalah golongan yang meninggalkan al-Quran.

Mari pula kita perhatikan Surah Al-Baqarah ayat 170-171;

Dan jika mereka diberitahu "Turutlah akan apa yang Allah telah turunkan" mereka menjawab: "Tidak, kami akan mengikut apa yang kami dapati nenek moyang kami lakukan". Bagaimana jika nenek moyang mereka tidak faham sesuatu dan tidak mendapat petunjuk hidayah? Dan contoh yang kufur adalah seperti yang mengulangi apa yang dia telah dengar akan panggilan dan jeritan; pekak, bisu dan buta, mereka tidak faham.

Mereka pekak, bisu dan buta, dengan bersebabkan hadis mutawattir?

Apakah Kitabullah itu kurang mutawattir?

Wallahualam.

Abdillah dan Hadis

Sekilas saya membaca kritikan dan maklumbalas dari Abdillah, saya mendapati dia bukanlah dari kalangan pakar hadis.

Apapun saya tertarik dengan semangat dia untuk berhujah.

Wallahualam.

Wednesday 14 April 2010

Syura

Coretan kali ini adalah berkenaan dengan artikel yang dicoretkan oleh Mahaguru58. Sila rujuk http://mahaguru58.blogspot.com/2010/04/bila-tpm-diperlekehkan-malaysiakini.html

Mari kita perhatikan petikan Surah Asy-Syura ayat 38;

... Dan urusan mereka dilakukan dengan perundingan bersama di antara diri mereka...

Mari pula kita perhatikan petikan Surah al-Imran ayat 159;

... Maka maafkanlah mereka dan pintalah kemaafan untuk mereka, dan berundinglah dengan mereka dalam hal itu; Kemudian apabila kamu yakin, maka bertawakkallah kamu atas Allah; Sesungguhnya Allah mencintai mereka yang bertawakkal.

Malah, Balqis sebelum menjadi Muslimah juga mengamalkan Syura. Mari kita perhatikan Surah An-Naml ayat 32;

Dia berkata: Wahai ketua-ketua, nasihatilah aku dalam hal aku, aku tidak akan membuat keputusan sehingga kamu memberi testimoni.

Dari perspektif mazhab Sunni, majlis rundingan antara agama yang dicadangkan oleh TPM adalah mengikut Sunnah Nabi Muhammad.

Dari perspektif al-Quran, ia juga satu cadangan yang baik. Namun, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak menolak cadangan ini. Begitulah Syura yang diamalkan oleh sebahagian puak Sunni.

Puak Syiah, berunding sesama sendiri. Puak Sunni, berunding dengan sesama sendiri. Taliban juga, apa yang saya perhatikan, menunjukkan keengganan bagi berunding dengan pihak Kerajaan Afghanistan.

Puak Sunni yang menggunakan kalimah 'Sunnah', sepatutnya merekalah yang berada di barisan hadapan memperjuangkan Syura. Tetapi apa yang dilakukan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak itu seolah-olah menunjukkan sebaliknya.

Bukan sahaja puak Kafir yang sepatutnya berada di meja rundingan, malah sepatutnya dari segenap mazhab Islami, termasuk golongan yang tidak bermazhab seperti saya, termasuk juga dari puak Atheist.

Wallahualam.

Target

Saya masih mencari-cari pengganti. Mungkin saya belum layak bercouple, kerana faktor kekurangan komitmen dan sebagainya. Tetapi yang saya tahu, saya mahukan pengganti.

Mungkin rambut saya terlalu kering untuk bercouple

"Awak perlu pakai gel."

"Saya tak suka gel."

Hari ke hari semakin ramai friend di Facebook. Perempuan itu sekelas dengan saya. Bila diselidik Facebooknya, menunjukkan bahawa dia masih single.

"Bekas pelajar sekolah agama? Ada persamaan dengan saya." Jika mendapat teman hidup yang tahu sedikit sebanyak tentang ilmu tajwid, adalah satu bonus. Bukankah si ibu juga pendidik kepada si anak?

Saya dapat mengagak apa yang dia faham tentang Islam buat masa sekarang, kerana saya juga bekas pelajar sekolah agama seperti dia.

Ya, mungkin dia tidak secantik 'Bidadari Dari Langit', bukan itu perkara utama yang dicari. Jadikan al-Quran sebagai panduan. Antara langkah pertama adalah; berkenalan

Mari kita perhatikan petikan Surah Al-Hujurat ayat 13;

Wahai manusia, Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan perempuan, dan Kami menjadikan kamu kepada bangsa dan puak, supaya kamu boleh mengenal antara satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa...

Wallahualam.

Tuesday 13 April 2010

Mentaati Allah dan Rasul Bhg. II

Mari kita perhatikan Surah Al-Furqan ayat 30;

Dan Rasul berkata "Tuhanku, orang-orangku telah meninggalkan al-Quran ini."

Pertamanya, yang mensahihkan 'riwayat hadis' di atas ini adalah Allah, bukannya al-Bukhari atau al-Muslim atau mana-mana pengumpul koleksi riwayat hadis. Ayat di atas merujuk kepada ucapan Rasul pada Hari Pengadilan.

Kepada mereka yang 'berlumba-lumba' untuk mentaati Rasul dengan berpandukan kitab hadis, ada baiknya perhatikan ayat di atas.

Allah bukan sahaja memerintahkan kita mentaati Rasul, malah Allah memerintahkan kita mentaati yang berkuasa di antara kita seperti pemimpin, dan Allah juga memerintahkan kita mentaati ibubapa.

Yang mendukacitanya adalah, apabila golongan tertentu tetap mentaati 'Rasul' versi mereka, walaupun jika perintah 'Rasul' versi mereka itu bercanggah dengan al-Quran.

Apabila ditanya; "Jika pemimpin memerintahkan kita melakukan perbuatan yang bercanggah dengan al-Quran, adakah kita masih perlu mentaati perintah pemimpin tersebut?"

Mereka menjawab; "Tidak, kita hanya mentaati perintah pemimpin yang tidak bercanggah dengan al-Quran."

Tetapi sebaliknya jika persoalan lain yang ditanya seperti; "Jika 'Rasul' memerintahkan kita melakukan perbuatan yang bercanggah dengan al-Quran, adakah kita masih perlu mentaati perintah 'Rasul' tersebut?"

Mereka menjawab; "Ya, kita mesti mentaati 'Rasul' juga, walaupun perintah 'Rasul' itu bercanggah dengan al-Quran!"

Mereka memberi keistimewaan kepada 'Rasul' versi mereka itu, adakah kerana Allah, atau sekadar untuk mempertahankan ajaran nenek-moyang?

Jika ditanya, "Apakah kitab yang paling mulia di dunia?"

Mereka menjawab; "Al-Quran."

Maka patutkah mereka meletakkan mana-mana kitab lain setaraf, atau lebih tinggi berbanding Kitabullah?

Wallahualam.

Monday 12 April 2010

Abu Hurairah dan Israeliyyat

Yang mendakwa bahawa Abu Hurairah meriwayat begitu dan begini adalah dari fahaman Sunni sendiri. Samada Abu Hurairah benar-benar meriwayatkan sedemikian, hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Yang mengkategorikan Abu Hurairah sebagai salah seorang periwayat Israeliyyat, setahu saya, adalah dari golongan Sunni sendiri.

Mari saya hightlightkan kembali tulisan saya pada masa lalu;

Abu Hurairah dikategorikan sebagai antara periwayat Israeliyyat, dan dipercayai meriwayatkan hadis berikut;

Berkhatan Nabi Ibrahim ketika baginda berumur lapan puluh tahun dengan alat qadum. (Hadis riwayat al-Bukhari)

Bukankah dari fahaman Sunni bahawanya hadis ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah?

Abdillah, kamu menuduh saya menfitnah Abu Hurairah, padahal bukankah golongan kamu yang selama ini 'aktif' menfitnah Nabi Muhammad begitu dan begini? Kononnya baginda mempunyai tenaga seks 30 lelaki? Kononnya baginda mempunyai kuasa shafaat? Kononnya baginda melanggar perintah Allah dalam Surah An-Nur ayat 2?

Abdillah, muhasabahlah fahaman Sunni itu sendiri.

Dan berkenaan kalendar Hijrah, adalah suatu fakta bahawa jumlah perkataan 'yaum' dalam al-Quran berjumlah 365.

Saya ingin tanya kamu, jika kamu benar-benar ingin ikut fahaman Nabi Ibrahim sehingga sanggup melakukan amalan berkhatan, kenapa kamu tidak menggunakan kalendar Nabi Ibrahim?

Wallahualam.

Terima Kasih Hani

"Saya tak pernah fikir bukan-bukan pasal awak..."

Ini adalah antara ayat terakhir yang saya terima daripada Hani melalui sebuah emel suatu ketika dahulu. Terima kasih Hani, kerana awak tidak berprasangka buruk terhadap saya. Peace no war. :D

Assalamualaikum Ariji Bhg. II

Alhamdulillah , Segala Puja Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin. 
Dan sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w adalah penutup segala Nabi dan Rasul, Baginda yang menjadi rahmat bagi sekalian alam telah meninggalkan ummatnya dalam keadaan yang terang dan jelas. 
"Setiap sesuatu yang baru itu adalah bida'ah, dan bida'ah itu adalah sesat dan sesat itu membawa ke neraka" 


hujahku bertanda *, kau pula didalam kurungan ( ) 




Assalamualaikum sahabatku, kenapa kamu hanya menjawab sebahagian hujahku dan meninggalkan sebahagian besar yang lain?. Orang Islam berdiri diatas hujah dan dalil yang teguh.Terlalu banyak yang ingin saya perkatakan pada saudara. Jika tidak keberatan harap dapat dipapar dalam blog kamu dan au ingin mengucapkan terima kasih kerana kamu telah memaparkan hujahku sebelum ini dan memberi sedikit masa bagi menjawabnya. Oleh itu sekali lagi aku ingin berhujah menjawab beberapa pertanyaan kamu, diharap dpt dipapar hujah ini pula bagi para pembaca. Semoga Allah menunjukkan kebenaran kepada hambanya yang ikhlas dan benar-benar menginginkan kebenaran. 


kenyataan dalam kurungan ( ) adalah kenyataan kau. 
1(Saudara mengaku bahawa kaum muslimin tidak beriman kepada Injil dan Taurat. Hakikatnya, orang yang tidak beriman dengan Injil dan Taurat adalah bukan mereka yang soleh.) 


*Kenyataan ini bercanggah dengan kenyataan kamu yang berbunyi: 


2(Saya percaya bahawa Kitab terdahulu versi yang tidak original tersebut bukan semuanya palsu 100%. Persoalannya, adakah Muslim masih perlukan Kitab terdahulu versi yang tidak original itu untuk dijadikan hukum agama?) 


*Mulanya kau kata tidak soleh kalau tidak beriman dengan taurat dan injil tapi lepas tu kau sendiri mengaku xperlukn kitab terdahulu. Mana satu? Yang aku maksudkan adalah kita wajib percaya bahawa taurat dan injil diwahyukan kepada Nabi Musa dan Nabi Isa a.s tapi kita TIDAk BERHUKUM DENGANNYA. Apa yang terkandung didalam Kitab terdahulu itu telah diubah, walau bukan keseluruhannya tapi kita tidak berhukum dengannya. Islam hanya mengikut kitab terakhir iaitu Quran dan berpegang dengan Hadith sahih. Ngerti? 


3(Saudara mengatakan bahawa tiada dalil dalam al-Quran bahawa Kitab terdahulu versi yang tidak original itu tiada kesesatan.) 


*Tidak benar sama sekali! Didalam taurat dan injil memang banyak kesesatan! Banyak kesalahan dan percanggahan. Ini aku anggap sebagai kes salah faham. Aku ini manusia biasa,pasti ada kelemahan. Sebenarnya aku yakin akan ayat Surah Al-Baqarah ayat 79 itu menunjukkan salah satu bukti bahawa kitab terdahulu itu telah diubah suai oleh para paderi mereka dengan tangan. NAMUN. Tiada ayat khusus dalam Quran yang mengatakan taurat dan injil adalah sesat. Malah banyak pula ayat yang mengesahkan kebenaran kitab-kitab Allah itu didalam Quran. Sebenarnya ramai orang Kristen dan yahudi menggunakan hujah ini mengatakan Quran tidak menyesatkan taurat dan injil pun secara khusus. Banyak hukum-hukum didalam taurat dan injil juga diamalkan oleh kita kaum muslimin. Seperti adanya hukum berhijab,berkhatan, haramnya babi,arak, dan lain-lain, bukanlah bermaksud kita mengikut kitab-kitab itu tapi kerana hukum-hukum itu juga ada dijelaskan didalam Quran dan Hadith maka itulah yang perlu kita taati dan wajiblah kita mengikutnya. Namun aku ingin jelaskan bahwa aku yakin ayat 79 surah al-baqarah itu adalah ayat yang membuktikan bahwa taurat dan injil telah diubah! Tidak syak dan tiada keraguan lagi! Dan kerana inilah kita sebagai muslimin wajib hanya menerima Quran dan Sunnah sahaja! Tiada sumber lain. Dengan inilah kita berhujah dengan ahlul Kitab menggunakan Surah Al-Kafiruun. Bagimu agamu bagiku Agamaku. Ayat 6. Ngerti? 


4(Samada Sunni, Syiah, Wahabi, Kristian, Yahudi dan sebagainya, itu hanyalah label semata-mata bagi membezakan antara satu sama lain. Yang kritikal adalah isinya) 


*Wahabi? Mereka tergolong dalam kelompok sunni. Mereka tidak melabel diri sebagai wahabi. Seperti orang sufi menggelar diri mereka sufi, syiah menggelar diri mereka syiah,ahlul Quran/Quranist menggelar mereka sebegitu, begitu juga yang lain-lain. tetapi manusia yang sombong tidak mahu menerima hakikat sahaja yang terus melabel mereka sebagai wahabi. Wahab adalah Nama Allah s.w.t. 
Para muslimin yang menerima berpegang dengan Quran dan hadith dan tidak menokok nambah hal dalam agama adalah mereka yang terbaik. Mereka adalah muslim yang bermanhai Salafus-soleh(yang hanya menginginkan islam yang asal). Golongan Salafus-soleh adalah golongan terdahulu yang dijamin oleh Nabi s.a.w sebagai ummat yang terbaik. Semoga Allah merahmati sekalian muslimin! 


5(Kepupusan hadis sahih yang sahih dalam erti kata sebenar, sememangnya satu kehilangan. Apa tidaknya, itu adalah fakta sejarah. Padahal, tiada dalil dalam al-Quran bahawa kesahihan fakta sejarah di luar al-Quran itu terjamin sehingga ke hari Kiamat.) 


*Kau menganggap Hadith sahih sebagai fakta sejarah yang pupus?? Berat tuduhan ini yang tiada asas! Malah amat dusta! Sememangnya ini adalah pemikiran karut marut. Ternyata kau telah termakan dengan hujah anti-hadith diinternet lalu mula terpedaya dengan hujah mereka yang nampak kuat tapi sebenarnya lemah-selemahnya! Ariji aku pasti kau banyak mengahabis masa diinternet menelaah apa yang sering bermain-main didalam fikiran dan apa yang sentiasa menjadi kemusykilan yang membuak-buak. Ramai juga yang jadi sebegini. Hadith adalah perkara diluar Quran namun ia telah dijamin akan dijaga. Surah Al-Hijr ayat 9. 
Tak tersangka kau terperangkap pula dengan hujah anti-hadith yang zahirnya tampak begitu menarik. Cuba kau bandingkan yahudi dan Kristen. Mereka meninggalkan Nabi mereka, tiada sunnah Nabi Musa, Nabi isa. Mereka beribadah secara sesuka hati mereka tanpa ada sandaran dari Nabi mereka. Langsung wujudnya pelbagai benda baru dan pelik-pelik didalam agama mereka. Itulah perbezaan nya pada Muhammad s.a.w yang mendidik ummatnya secara menyeluruh! 
Quran menuntut jika kita berkelahi dalam sesuatu perkara maka perlu dirujuk pada Allah dan Rasulnya, contohnya masalah hukum. Kita pasti ada yang tidak sependapat dalam sesuatu maka rujuklah pada Quran (Allah s.w.t.) dan Hadith (Rasulullah s.a.w) untuk menyelesaikannya. Maka itu adalah satu dalil untuk kita berpegang dengan Hadith sahih. Quran ada menjamin Hadith juga akan dijaga oleh-Nya. 


6(Saya mengatakan tiada dalil dari al-Quran bahawa riwayat hadis itu terjamin keasliannya. Ini terbukti apabila para ulama Sunni sendiri terpaksa mengkelaskan riwayat tersebut kepada kategori tertentu seperti Sahih, Hasan, Dhoif dan sebagainya. Lebih buruk lagi, apabila pelbagai kerosakan di muka bumi telah terjadi selama ratusan tahun akibat orang Islam tertentu yang terlalu mempercayai riwayat hadis tertentu yang kononnya sahih sesahih-sahihnya, padahal yang 'mengecop' logo 'sahih' itu adalah manusia, bukannya Allah. Apatah lagi dengan ketiadaan Sahih Abu Bakar, Sahih Omar dan sebagainya, menerangkan bahawa mereka yakin bahawa al-Quran itu penuh terperinci). 


*Riwayat hadith ada yang diklasifikasikan sebagai hasan,mutawwattir dan sebagainya adalah kerana dilihat dari segi keadaan sahabat yang berada mendengar pada waktu itu. Jika hadith itu sahih maka benarlah ia sabit kepada Nabi melalui beberapa disiplin juga. Iaitu antaranya seperti diambil kira sahabat yang mana mendengarnya?sahabat yang rapat atau tidak(adakah sahabat itu dilihat sebagai tinggi martabatnya disisi mukmin seperti Khulafa alrasyidin).? Berapa orang? Adakah ada hadith yang terkemudian yang telah menggantinya dan lain-lain lagi. Seperti yang kita ketahui kau bukanlah pencinta hadith malah kau memusuhinya, apatah lagi kau tidak belajar hadith dan tidak memahami segala disiplin dalam ilmu hadith sudah pasti hadith sahih, Hassan, dhaif menjadi masalah dan beban dalam fikiran kau yang cetek ilmu dan tidak meneliti apa yang dicedok dari internet. Sudah tentu kau tidak ngerti hadith dan cara ia berfungsi. Terangkan padaku apakah kerosakan dibumi selama beratus tahun itu yang disebabkan oleh ummat islam yang taat pada rasulnya? Ketiadaan sahih abu bakr. Umar r.a adalah kerana mereka tidak mengumpulnya. Namun mereka adalah orang yang amat berhukum dengan hadith seperti banyak peristiwa yang diungkap dalam sirah mereka bahwa mereka taatkan rasul melalui hadith yang dibawa oleh sahabat-sahabat lain seperti Abu Hurayrah r.a , seorang fakir yang amat rapat dengan Nabi s.a.w dan banyak meriwayat hadith dari baginda. Namun dengan jahil kau mengatakan dia tergolong dalam orang yang meriwayatkan kisah israilyyat, fitnah mu ini akan dibalas Allah kerana telah memfitnah sahabat yang banyak meniggalkan ilmu yang sahih dan sabit dari Nabi s.a.w yang membimbing muslimin hingga hari ini! 


*Bacalah ayat ini dengan baik Ariji. 
Ini adalah doa Ibrahim a.s. dan puteranya Ismail a.s . 
"Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan(Sunnah) dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".Al-Baqarah: 129 
Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah, dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu! surah Muhammad:33 
Dengan yang demikian, adakah orang orang (yang beriman dan taat) yang keadaannya sentiasa berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhannya: sama seperti orang-orang (yang ingkar - derhaka) yang telah diperhiaskan kepadanya (oleh Syaitan) akan kejahatan amalnya (sehingga dipandangnya baik), dan yang telah menurut hawa nafsunya? (Sudah tentu tidak sama)! surah Muhammad :14 
Dan di antara mereka (yang hadir di majlismu wahai Muhammad, ialah orang-orang munafik) yang mendengar ajaranmu (dengan sambil lewa), sehingga apabila mereka keluar dari sisimu berkatalah mereka (secara mengejek-ejek) kepada orang-orang yang diberi ilmu (dari kalangan sahabat-sahabatmu yang setia): "Apa yang dikatakan oleh Muhammad tadi?" Mereka (yang munafik) itu ialah orang-orang yang telah dimeteraikan Allah atas hati mereka, dan ialah orang-orang yang menurut hawa nafsunya. Surah Muhammad:16 
Sesungguhnya orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, mereka tetap ditimpa kehinaan sebagaimana orang-orang yang terdahulu dari mereka ditimpa kehinaan; kerana sesungguhnya Kami telah menurunkan keterangan-keterangan yang jelas nyata. Dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang menghina, Al-Mujaadalah:5 
Berikut Adalah surah Al-Qalam dari ayat 4 - 10 
Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia. 4 
Maka (tidak lama lagi) engkau akan melihat, dan mereka juga akan melihat, - 5 
[6] 
Siapakah orangnya yang gila di antara kamu semua. 
[7] 
Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk. 
[8] 
Oleh itu janganlah engkau menurut kemahuan orang-orang yang mendustakan (ugama Allah). 
[9] 
Mereka suka kalaulah engkau bertolak ansur (menurut kemahuan mereka), supaya mereka juga bertolak ansur berlemah-lembut (pada zahirnya terhadapmu). 
[10] 
Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), - 
[11] 
Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai), - 
[12] 
Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum ugama, lagi yang amat berdosa, ! 
Firman Allah dalam Surah al-Anbiya' ayat 107: 
"....dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. " 
Rahmat Allah itu luas salah satu rahmat bersumber dari Nabi s.a.w adalah Haditnya yang mengandungi sunnahnya! 
Sedangkan Qiblat kita ditukar kerana doa Nabi s.a.w kepada qiblat yang disukai baginda! MasyAllah! Maka pasti ganjaran pahala dan rahmat akan diberi bagi mereka yang mengikut Sunnah! 
Ini adalah kenyataan kau yang yang menolak Nabi itu maksum: 


7(Keterangan saudara yang ini bercanggah dengan hadis Sahih Muslim, 2362; 


Aku adalah manusia seperti kamu. Apabila aku memberi apa-apa arahan agama, terimalah ia. Apabila aku mengemukakan pendapat peribadiku, ingatlah bahawa aku adalah hanya manusia. 


Hakikatnya, Nabi Muhammad mengajar kita Syura. Ini membuktikan bahawa baginda adalah manusia biasa, memerlukan pandangan/perbincangan/pendapat/nasihat. 
Malah, baginda tidak terlepas daripada melakukan kesilapan). 


*Sesatnya ajaran ini!. MasyAllah. Hadith apa ini????? Sahih muslim???? Tidak pernah didengari langsung! Berikan perawinya,sanadnya,dan matannya! 
Hatu Burhanakum In Kuntum Sodiqin Bawalah bukti kamu sekiranya kamu memang orang-orang yang benar ! 
Ariji adalah seorang yang gila sahih Bukhari 3456. 
Adakah dengan mudah dan bodoh menganggap ini juga hadith? Jahil! 
Ini adalah fitnah terhadap Nabi Muhammad s.a.w! Ya Allah berikanlah dia petunjuk sebelum dia dilaknat kau! Innalillah! 
Hadith tidak mungkin berbeza dengan Quran! 
Dan dia(Muhammad) tidak memperkatakan menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.An-Najm: 3 
Bukti nyata untuk kau yang berakal untuk beriman dengan Rasulullah s.a.w dan segeralah menolak hadith palsu itu! Dan ternyata setiap pendapat Rasulullah adalah benar!Tepat dan padat untuk kau yang tidak tahu. Sekarang buang jauh-jauh apa yang kau telan sebelum ini. Kau menolak hadith Abu Hurayyrah? Tapi menerima dengan bodoh hadith maudhu ini??? Jangan bersikap jahil tidak mahu menerima kebenaran dengan helah dan tipu daya lagi.terimalah yang hak. Bukankah kau menggelar diri Koranic dan beriya-iya mencari perempuan yang begitu? Sedangkan Quran mengatakan agar menggelar dirimu Muslim! Setahu saya 7 kali. 
Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal . An-Nisa: 80 
Allah s.w.t yang telah menurunkan peringatan untuk kamu supaya bertaubat! wahai sahabatku,jangan bersikap jahil. Aku tahu kau seorang yang baik hati, amat sedih melihat kau begini. Innalillah wainnaila hirajiun. 
Setiap apa yang diberi Nabi s.a.w adalah wajib diterima! Ini adalah dari dalil Quran! 
Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus - Al-Hujuraat ayat 7 
Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Al-Ahzaab ayat 40. 
Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung. Al-Qalam ayat 4. 
Ayat 4 surah Qalam ini membuktikan bahawa kita boleh mengenali watak baginda melalui Hadith sahih. Anti Hadith adalah golongan yang jauh tersesat. 
Nabi Muhammad s.a.w adalah insan agung yang maksum! Tiada dosa dan baginda tidak akan tersalah dalam memberi hukum dan segala gala apa yang diungkap yang menjelaskan islam oleh Nabi s.a.w adalah dari Allah dan tiada sedikitpun kesalahan dan keraguan pada baginda s.a.w! jika baginda melakukan kesilapan ianya bukan kesilapan yang boleh menyebabkan dosa dan kesalahan baginda s.a.w akan terus diperbetul oleh Allah s.w.t. maka dengan itu yakinlah umat islam akan Rasulnya yang bersifat maksum iaitu tidak berdosa dan bebas dari kesilapan. Namun Baginda s.a.w hanya manusia biasa yang merasa suka,duka,sakit,penat,lapar dan sebagainya. 
Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu, engkau hendak mencari keredaan isteri-isterimu? Dan Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. At-tahriim: 1 
Adakah kau tahu kisah disebalik ayat ini? Nabi s.a.w mennggauli hamba perempuan Baginda s.a.w dirumah Isterinya Hafsa. Hafsa kecewa dengan hal itu lalu Nabi s.a.w mengambil hatinya semula dengan bersumpah tidak akan menggauli hamba itu lagi kerana sayangkan hafsa iaitu Isterinya. Nabi s.a.w telah melarang hafsa dari memberitahu sesiapa mengenai hal ini. Lalu turunlah ayat 1 surah tahriim. Kita semua boleh bersumpah ia tidak mendatangkan dosa kerana perempuan itu hanya hambanya bukan isterinya, maka ia adalah pilihan Nabi s.a.w untuk hendak menggaulinya atau tidak. Fahamkah? Nabi hanya telah diarah untuk melepaskan sumpahnya itu sahaja kerana Allah s.w.t meredhai peristiwa itu dan Nabi tidak mengetahui kehendak Allah yang ghaib maka Allah s.w.t telah memperbetulkan kekasihnya. Ini adalah salah satu bukti kemaksuman Nabi s.a.w yang dijaga Allah s.w.t. Muhammad s.a.w tidak sama sedikitpun dengan segala hero fiksyen barat namun, sememangnya Baginda Nabi s.a.w seorang Superman! 


8(Jika saudara susah untuk memahami perkara ini, saudara boleh ambil daripada kes mazhab Syiah dan sebagainya, bagaimana mereka mempercayai riwayat hadis tertentu. 


Dari perspektif Sunni, riwayat hadis tertentu adalah palsu, tapi dari perspektif Syiah, hadis tersebut adalah Sahih pula. Lebih buruk lagi, apabila berlakunya peperangan, pengeboman masjid dan sebagainya) 


*Ini samalah untuk hujah yang perlunya menerima yang hak dan yang batil. Hadith yang dipakai syiah banyak yang bercanggah, direka-reka dan pelik. Syiah juga memberi darjat yang tinggi pada imam mereka sehingga ada sebilangan memuliakan mereka lebih dari Nabi-Nabi! Kesesatan mereka yang mengambil sedikit dari Quran manakala meninggalkan sebahagiannya (sama seperti anti Hadith) adalah golongan yang benar-benar sesat. Kewujudan puak syiah juga bercanggah dengan ayat Quran. Golongan yang mengkafirkan Khulafa Al-Rasyidin r.a. (kecuali Ali r.a), Isteri Nabi s.a.w, dan keseluruhan sahabat kecuali beberapa orang sahaja adalah amat sesat lagi zalim dan tidak akan diterima sehingga akhir zaman. Ini adalah fakta 


9(Apakah yang saudara maksudkan? Mereka tidak menggunakan akal? Bukankah akal yang membezakan antara manusia dan binatang?) 


*Aduhai sahabatku. Maksudku otak itu adalah akal. Aku hanya menggunakan bahasa pasar.cnth(pakailah kepala otak skit bro) yang dimaksudkan adalah akal tapi yang disebut otak. Maaf jika tersalah faham. Namun rasanya masih banyak pertanyaan ku yang lain tapi kau tinggalkan sahaja. Dimana pendirianmu untuk hal-hal itu? 


10(Atau yang saudara maksudkan adalah bahawa mereka mendapat wahyu tertentu?) 


*Aku langsung tidak maksudkan begitu. 


11(Ini memberi masalah kepada isu hukuman rejam sampai mati. Kerana setahu saya, pada hari ini, tiada riwayat hadis bahawa Nabi Muhammad hanya menjatuhkan hukuman sebat ke atas kesalahan zina. 


Mungkin sebab itu isu ini menjadi titik pertemuan antara Sunni dan Syiah. 


Namun, saudara boleh baca sendiri dalil berikutnya, Surah An-Nur ayat 2;) 


*Inilah masalah yang menjadi kegemaran kau dan sering kau hujahkan. Aku juga sengaja tidak menyentuh isu ini dalam hujah terdahulu kerana aku ingin lihat apa kau akan gunakannya atau tidak. Penzina disebat 100 kali manakala penzina yang telah berkahwin pula disebat 100 kali kemudian direjam sampai mati. Sebenarnya hal ini amat sukar untuk dijalankan kerana ia perlukan: 
1.4 orang saksi . Jika salah seorang sahaja dari saksi adalah kanak-kanak, orang yang dikenali sebagai pendusta, tidak diyakini, orang asing,gila,timbul beberapa criteria yang meragui dan lain-lain akan menyebabkan penzina tidak boleh disebat tidak dianggap zina dan jika tiga saksi itu masih menuduh pasangan itu berzina maka mereka disebat 80 kali. Ini membuktikan hukuman rejam sebenarnya amat sukar sehingga dalam keadaan dunia sebegini membuatkan ia seperti mustahil juga untuk berlaku. 
2.Nabi telah bersabda jika ingin menuduh orang berzina maka mestilah ia seperti 
sebagaimana benang masuk ke dalam jarum atau timba masuk ke dalam sumur 
(((Alat kemaluan lelaki memang sah berada didalam alat kemaluan wanita dan dilihat 4 orang saksi yang beriman))) 


Sistem mengintip/mengetuk pintu-pintu hotel kemudian memalukan pasangan yang ditangkap khalwat (mereka tidak dianggap zina jika bukti tidak kukuh seperti diatas) adalah memalukan hukum islam kerana artis-artis dikaca tv dibiar terbogel,berjoget ,maksiat dipromosi,arak dijual,judi diberi lessen dan banyak lagi boleh pula mereka biarkan, inilah masalah akhir zaman, pelbagai fitnah dan segala macam maksiat berkuasa. Islam hanya dilihat melalui Quran dan Hadith bukan manusia masa kini. 
Maka selamatlah manusia jika berhukum dengan menggunakan Hadith sahih. Sebab itulah hukuman penzina ini amat sukar dan seperti mustahil untuk dilaksanakan dengan manusia dizaman kini. Namun jika kena pada tempatnya maka Hukum Allah azzawajalla dan Rasulnya adalah pengukurnya. Demikian sulitnya pembuktian bagi sesuatu kes zina. Dan jika manusia berdegil dan dengan bodoh mentakwilkan ayat Allah dengan logik akal mereka sendiri maka kucar-kacir dan hancurlah system mereka. Orang yang menolak hadith tidak akan tahu bagaimana hendak mengurus pembuktian zina , kerana bukannya dengan mudah muslimin berhukum spt melepas panah dari busur2nya tanpa mengambil kira realiti semasa yg melanda umat islam hari ini jika tidak mengambil hadith. 


Daripada Abdullah Bin Masud r.a dia berkata , Baginda Rasulullah s.a.w telah bersabda : Tidaklah halal darah seseorang muslim yang menjadi saksi bahawa Tidak ada sama sekali Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan aku ini adalah utusan Allah MELAINKAN dengan melakukan salah-satu drp tiga jenis kesalahan ini , iaitu : ( 1 ) Orang-orang yang telah berkahwin yang melakukan zina , ( 2 ) Orang yang membunuh orang lain , dan ( 3 ) Orang yang meninggalkan agamanya iaitu orang yang meninggalkan jemaahnya ( umat Islam ) ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rh dan al-Imam Muslim rh .  


Begitu juga dengan kisah seorang sahabat r.a yang bernama Saidina Maiz rh Bin Malik , yang mengakui telah melakukan kesilapan zina , walhal dia telah pun berkahwin, maka Baginda Rasulullah s.a.w pun memerintahkan agar Saidina Maiz r.a dijatuhi hukuman rejam . 
Drp Sulaiman Bin Buraidah , Drp bapanya yang telah berkata : Maiz Bin Malik pernah datang menemui Baginda Nabi s.a.w , maka dia berkata : (( Wahai Utusan Allah , sucikanlah diri saya )) . Jawab Baginda s.a.w : (( Kesiannya engkau , pergilah balik dan mohon ampunlah kepada Allah serta bertaubatlah kepadanya )) , lalu pulanglah Maiz dan tidak lama selepas itu dia datang kembali menemui Baginda Nabi s.a.w. dengan mengatakan hal yang sama seperti tadi . Peristiwa ini berulang sehinggalah apabila sampai kali keempat, Baginda Rasulullah s.a.w pun bertanya kepadanya : (( Apakah yang boleh aku tolong untuk mensucikan dirimu ? )) , jawab Maiz : (( Sucikanlah diriku drp dosa zina )) , maka Baginda Rasulullah s.a.w pun bertanya kepada orang lain : (( Adakah Maiz ini ada penyakit gila ? )) , maka diberitahu kepada Baginda Rasulullah s.a.w bahawa Maiz bukanlah seorang yang gila . Baginda Rasulullah s.a.w pun bertanya lagi ( kepada para sahabat r.a ) : (( Adakah Maiz ini peminum arak ? )) . Maka bangunlah seorang lelaki lalu cuba menghidu-hidu bau pada Maiz dan tidaklah didapati ada sebarang bau arak padanya . Lalu Baginda Rasulullah s.a.w pun bertanya lagi : (( Wahai Maiz ! , adakah engkau benar-benar telah berzina ? )) , maka Maiz pun menjawab : (( Ya ! )) , maka Baginda Rasulullah s.a.w pun memerintahkan agar Maiz dibawa untuk dijatuhi hukuman rejam .. ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Bukhari rh , al-Imam Muslim , Imam Abu Daud rh , Imam at-Tirmidizi rh , Imam Ahmad rh , Imam al-Baihaqi , Imam Abu Yaala rh , Imam al-Bazzar rh dan Imam at-Tobrani rh .  
Kisah Saidina Maiz r.a diatas sebagai kisah yang mutawatir ( sesuatu kisah yang diriwayatkan oleh majoriti para sahabat r.a dan merupakan kisah yang tidak dapat dimungkiri lagi ) . Cuba rujuk : Jamie al-Usul ( 4 / 279 ) , Nailul Autor ( 7 / 95 & 109 ) , Majma az-Zawaid ( 6 / 266 ) , Nasbur Rayah ( 3 / 314 ) , Subulus Salam ( 4 / 6 ) , at-Talkhis al-Habir ( ms 350 ) , an-Nuzum al-Mutanastir minal Hadis al-Mutawatir ( ms 18 ) .  
MUTAWATIR bererti : Satu berita yang diriwayatkan oleh sekumpulan ramai manusia kepada sekumpulan manusia yang ramai , yang mana ramainya mereka yang meriwayatkan berita itu menyebabkan mustahil ianya dianggap sebagai satu berita yang dusta dan palsu . 


cnth. Berpuluh-puluh orang yang menyaksikan jenayah ragut dikawasan itu amat pasti melihat dua orang pemuda yang naik motor telah meragut beg seorang nenek kemudian memecut motorsikal yang dinaiki manakala nenek tua itu cedera dengan parah akibat terjatuh kerana diragut. Orang ramai membantu Nenek tersebut. kemudian peristiwa itu disebar pada orang yang lain hingga diketahui seluruh negara. 


Maka status hadis di atas pun begitulah juga , ianya bersifat MUTAWATIR . 
Berikut adalah jawpan dari Panel Al-ahkam.net mengenai hal ini: 
Al-Quranul Karim tidak dapat dinafikan ianya bersifat Qotieyah ats-Tsubut sebab ia memang muktamad bersumber daripada Allah Taala tanpa ragu-ragu lagi . 


Al-Hadist pula , apabila telah diselidik ianya benar-benar bersumber drp Baginda Rasulullah s.a.w , maka ia juga adalah Qoteiyah ats-Tsubut kerana ia telah diyakini bersumber drp Baginda Rasulullah s.a.w . Apatah lagi jika sesebuah hadis sahih itu pula bersifat Mutawatir ( sbg mana telah disebut di atas ) maka ia juga adalah Qotieyah ats-Tsubut . 


Orang-orang yang menentang Al-Quranul Karim dan As-Sunnah ( yang telah dipastikan ianya adalah muktamad dan qotie , apatah lagi yang mutawatir ) bermakna dia telah menentang sesuatu yang telah diyakini datang daripada Allah Taala dan Rasul-Nya s.a.w ,. Dan orang-orang yang menentang Allah Taala dan Rasul-Nya s.a.w tidak syak lagi menjadi seorang yang murtad ! . 
Hadith-hadith lemah ( dhoief ) dan palsu ( maudhu ) sama sekali tidak bersifat QOTIEYAH ats-TSUBUT . 
Walaupun Al-Quranul Karim itu telah muktamad bersumber drp Allah Taala ( Qotieyah ats-Tsubut ) , akan tetapi bukanlah semua ayatnya menunjukkan kepada dalil secara qotie ( secara muktamad ) ataupun di dalam lain perkataan tidak semestinya sesuatu yang qotieyah ats-tsubut itu MESTI JADI qotieyah ad-dilalah !!! . 


Manakala al-Hadist pula walaupun diistilah sebagai ZONNI ( Boleh jadi benar datangnya drp Baginda s.a.w dan boleh jadi pula tidak bersumber drp Baginda s.a.w ) , akan tetapi banyak juga hadis-hadis yang bersifat QOTIEYAH ad-DILALAH . Yang bersigat Qotieyat ad-Dilalah ini sudah pastilah ia juga menjadi Qotieyah ats-Tsubut , dan sudah pasti pula hukuman yang diputuskan oleh hadis itu juga merupakan SATU PERKARA YANG TIDAK BOLEH LAGI DIPERTIKAIKAN !!! 
Perbicaraan mengenai hal ini sangatlah menarik kerana ianya ada kena-menganai dengan apa yang dipanggil sebagai USUL dan FURU , dan kadang-kadang memeningkan lebih-lebih lagi bagi mereka yang bukan ahli di dalam selok-belok pengajian Islam dan B. Arab ! . 


Oleh sebab bukan semua hadis itu mestinya bersigat ZONNI ( pada dilalah mahupun tsubutnya ) sebagai mana kata-kata golongan yang anti-perlaksanaan undang-undang Islam , maka kata-kata mereka di atas itu sendiri sudah gugur secara automatik ( tak boleh dibuat hujah lagi ) !!! . 


Kalau mereka tetap berkeras mengatakan bahawa semua hadis adalah ZONNI dan lantaran itu hadis tidak boleh dipakai ( sbg mana dakwaan GAH : Gerakan Anti Hadis ) ataupun mereka mengatakan bahawa hadist-hadist di atas semuanya tak boleh dipakai , maka kami jawab sekali lagi : 
Hatu Burhanakum In Kuntum Sodiqin ( Bawalah bukti kamu sekiranya kamu memang orang-orang yang benar ! ) . 






KESIMPULANNYA : Hukuman mati bagi mereka yang melakukan kesalahan zina ( bagi orang-orang yg telah berkahwin ) dan mereka yang melakukan kesalahan murtad adalah KUKUH dan SESUAI dengan ajaran Islam !!! . 


Alangkah sayangnya tiadanya Saidina Abu Bakar as-Siddiq ra diakhir zaman ini sebagai seorang perwira yang paling perkasa dan hebat menentang jenayah murtad ( Ar-Riddah Bi La Saiyyidina Abi Bakr as-Siddiq ) !!! . 


12(Dari mana datangnya hukuman rejam sampai mati itu? Adakah Nabi Muhammad mendapat wahyu tertentu dari Tuhan yang lain selain daripada Allah?) 


Soalan gila. 

13(Adakah Al-Bukhari adalah satu lagi 'Superman'? Padahal, riwayat hadis dalam kitabnya berkenaan tarikh pernikahan antara Nabi Muhammad dan Aisyah pun bercanggah antara satu sama lain. 


Kemudian, saudara mendakwa ia langsung tidak bercanggah dengan al-Quran pula? 


Atau saudara sekadar ingin menegakkan benang yang basah? 
Apabila saudara sujud ketika solat, adakah saudara sujud kepada Allah atau As-Shafie? Atau saudara sujud kepada periwayat hadis tertentu? 


Atau saudara menganggap bahawa Nabi Muhammad itu 'Superman'? Mempunyai 'lesen' untuk mengingkari perintah Allah yang terdapat dalam Surah An-Nur tersebut? 


Atau saudara lebih beriman kepada Kitab Sahih Al-Bukhari berbanding Kitabullah? 


Bukankah sudah banyak bukti yang menonjolkan kesilapan al-Bukhari dan As-Shafie? 


Dari mana datangnya hukuman rejam sampai mati itu? Adakah Nabi Muhammad mendapat wahyu tertentu dari Tuhan yang lain selain daripada Allah?) 


*Selagi ku ingin jawab. Bahwa memang ada segelintir Hadith Al-Bukhari dikritik namun ia mungkin difahami dengan dua makna malah mungki lebih dari itu. Ia tidak bersifat tetap semuanya. Kau bukanlah pengkaji Hadith, kau tidak belajar dengan guru tapi dengan internet? Ilmu mu belum takat mana jangan lah jadi sombong. Adakah kau tahu hadith yang berbeza itu? Aku takut kau hanya menerima hadith lemah atau maudhu mengenai hal ini. Perbezaannya hanya beberapa bulan sahaja itupun boleh difahami dengan lebih dari satu maksud. Siapa pula yang sujud pada As-Syafie? Al-Bukhari? Aku bukannya bermazhab Syafie. Namun tidak syak lagi As-Syafie adalah seorang soleh dan seorang yang imam mujtahid. Syafie bukanlah Nabi dan ajaran beliau adalah berdasarkan Hadith sahih! Imam Syafie tidak maksum beliau tidak menjumpai sebahagian Hadith Nabi s.a.w begitu juga imam-imam yang lain namun tidak pernah pula mereka berpesan mewajibkan ajaran mereka. Malah mereka orang soleh yang amat merendah diri dan hidup mereka dihujani ujian yang keras. Ke-empat-empat imam mazhab pernah mengungkap agar membuang ajaran yang bercanggah dengan hadith sahih termasuk ajaran mereka sendiri. Al Imam As Syafie r.a pernah berkata jika kamu menjumapai hadith Nabi s.a.w dan ia bercanggah dengan pendapatku maka terimalah ia dan campaklah pendapatku ke dinding!. 
Jadi orang yang men-Nabi-kan Syafie lah yang bersalah bukan Imam Syafie sendiri. Ini juga boleh dicontohkan ajaran Nabi Isa a.s yang dieseleweng. Adakah kita menyalahkan Nabi Isa a.s atas kesesatan kristian? Tidak Ariji! Tidak! 
Namun dengan tenang kau berkata As-Syafie telah menyebabkan ramai anak perempuan dipaksa kahwin? 
Maka aku kata: Hatu Burhanakum In Kuntum Sodiqin ( Bawalah bukti kamu sekiranya kamu memang orang-orang yang benar ! ) . 


14(Saudara baru saja memberikan bukti kelemahan riwayat hadis berbanding Kitabullah. Alhamdulillah. 


Ya, faktor yang lebih kurang begitu juga berlaku sedikit terhadap riwayat Kitabullah, sehingga mempunyai dua riwayat Kitabullah iaitu Hafs dan Warsh, tetapi tidak sekronik riwayat hadis.) 


*Tidak perlu bukti sememangnya Quran adalah lebih hebat kerana ia adalah Kalamullah. Tidak pernah pula aku menganggap hadith adalah sama tarafnya. 
Riwayat Hafs dan Warsh langsung tidak sedikitpun kronik. Tiada masalah antara keduanya. Bezanya Qiraatnya saja. Hadith jika diberi pada yang jahil maka pasti ia kronik. 
15(Pertamanya, mari kita lihat tafsir daripada Universiti Islam Antarabangsa bagi Surah Al-Hijr ayat 9; 


Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. 


Sila rujuk http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/index.html 


Ini antara kelemahan puak Sunni dalam mentafsir al-Quran. Jelas, bahawa perkataan yang lebih sesuai adalah 'Peringatan' atau 'Al-Zikr', tetapi bagaimana pula mereka menukarnya dengan perkataan 'al-Quran'? 


Namun, ini menjelaskan bahawa mereka percaya bahawa 'Peringatan' itu merujuk kepada al-Quran. Dan mungkin kerana tidak mahu ia disalahfahamkan sebagai merujuk kepada riwayat hadis, lalu ditukarkan perkataan 'Al-Zikr' kepada al-Quran. 

Aku tidak tahu mengapa kau membalas sebegini? Kau baca Quran ke kau baca TERJEMAHAN Quran??? Cuba buka Sura Al-hijr ayat 9 itu apa yang tertulis??? 
Zikir bukan hanya bermaksud peringatan sahaja ataupun hanya diterjemah sebagai Quran sahaja. Malah golongan Muslimin semua tahu apa itu zikir yang diamalkan seharian itu bukanlah hanya diterjemah sebagai Quran semata-mata malah mengandungi maksud lain termasuklah diterjemah sebagai Hadith Sahih! 
Inna nahnu nazzalnaz ZIKRA wa innalahu,lahafidhzun surah Al-Hijr: 9 
Dengan jelas dan terang ia tertulis zikir. Hadith itu Zikir kerana ia mengandungi cara beramal kepada Allah s.w.t melalui Rasul-Nya. Begitulah juga kerana solat juga digelar zikir. Kau menerima terjemahan zikir itu sebagai peringatan. Tapi Ariji, zikir juga diterjemah sebagai solat dalam : 
Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka solatlah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu mengingati Allah (dengan mengerjakan solat secara yang lebih sempurna), sebagaimana Allah telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya.surah Al-Baqarah : 239. 
"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah zikir(solat) untuk mengingati Daku. Surah Taha: 14 

Begitu juga di-surah yang lain zikir bermaksud dengan pelbagi seperti: 


"Menceritakan" (QS. Maryam : 56), 
"Al-Qur'an" (QS. Al-Anbiya : 50), 
"Shalat" (QS. Al Baqarah : 239), 
"Wahyu" (QS. Al Qamar : 25) 


Maka jelaslah Zikir itu adalah cara mengingati Allah melalui Quran atau Rasul-Nya. 


16(Soalan ini, jika ditanya kepada si kena khatan pun tahu jawapannya. "Kulup la yang berubahnya. Dulu ada, sekarang dah tak ada. Macam chipsmore.") 


*ini sahaja kah hujah khatan mu? adakah masih tidak yakin akan Hadith? MasyAllah. Allah memberi petunjuk kepada mereka yang dikehendaki-Nya! 
*Lansung sedikitpun tidak sama seperti chipsmore! Chipsmore ditelan semuanya tapi kulup itu tidak pula! 


Nah telah ku jawab hujah kau. Jadi jawablah semula jika kau masih enggan menerima Hadith. Dan semoga Allah s.w.t merahmat engkau dengan member taufik wa Hidayah kepada kau agar kembali menerima jalan yang lurus lagi benar. Amiin.Assalamualaikum Sahabat. 


Allah Maha Besar. Berkuasa dalam tiap sesuatu.

Kalendar Hijrah Bhg. II

Perkataan 'yaum' yang bermaksud 'hari', berjumlah 365 dalam al-Quran. Mungkin dalil ini lebih mudah untuk mereka terima berbanding jika dibacakan mereka Surah Yunus ayat 5;

Dialah yang menjadikan Matahari sinaran, dan Bulan cahaya, dan mengukurnya fasa-fasa; supaya kamu tahu jumlah tahunan dan pengiraannya. Allah tidak menciptakan ini kecuali dengan Kebenaran. Dia menjelaskan ayat-ayat bagi kaum yang mengetahui.

Ayat di atas menjelaskan bahawa, Matahari dan Bulan berfungsi bagi pengiraan kalendar. Ini menerangkan bahawa sebarang kalendar yang 'mengenepikan' Matahari dalam pengiraan, adalah tidak sempurna.

Purata panjang bagi putaran bulan adalah 29.53 hari, maka setahun 29.53 x 12 = 354.36. Kalendar Hijrah adalah tidak sempurna kerana 'mengenepikan' Matahari seterusnya bercanggah dengan al-Quran.

Tidak hairanlah, kerana 'Nabi Muhammad' versi mereka adalah seorang Nabi yang mempunyai 'lesen' untuk mengingkari al-Quran.

Wallahualam.

Nabi Ibrahim, Amalan Berkhatan dan Kalendar Hijrah

Apabila sebut saja amalan berkhatan, maka bersuaralah para penganut Sunni bahawa mereka melakukannya kerana ingin mengikut jejak Nabi Ibrahim.

Kenapa mereka tidak pula menggunakan kalendar Nabi Ibrahim? Apakah Nabi Ibrahim menggunakan kalendar Hijrah?

Sebagaimana penganut Sunni meng'anaktiri'kan ayat-ayat tertentu dalam al-Quran kerana semata-mata ingin mempertahankan ajaran nenek-moyang mereka, mungkin kali ini mereka juga bersedia untuk meng'anaktiri'kan Surah Yunus ayat 5 pula.

Wallahualam.

Waalaikumussalam Muhd Abdillah Bhg. II

Saudara Abdillah menghantar emel lagi melalui saluran Youtube, bagi menjawab dialog yang lepas. Buat masa ini saya tidak menjawab persoalannya kerana beberapa faktor seperti;

1) Emelnya panjang dan banyak persoalan
2) Saya mahu fokus kepada akademik, final exam week kurang dari sebulan lagi.

Bagi penggunaan HTML, mungkin lebih baik saudara Abdillah utarakan emel itu dimana-mana laman forum, yang biasanya menyediakan kemudahan penggunaan HTML.

Dengan penggunaan HTML, maka diharap dialog akan menjadi lebih mudah untuk dibaca.

Wallahualam.

Sunday 11 April 2010

Teman Hidup Bhg. III

Teman hidup saya adalah ibu kepada anak saya. "Ibu yang bagaimanakah yang saya mahu untuk bakal anak saya?"

"Assalamualaikum. Kami datang meminta derma."

"Waalaikumussalam. Derma apa?"

"Derma kematian."

Dua orang ibu kepada dua orang pelajar baru sahaja meninggal dunia, menurut apa yang saya baca di surat yang dibawa itu.

Dikala saya mencoret berkenaan bakal ibu untuk bakal anak saya, dua orang ibu baru sahaja pergi. Antara faktor menolak hidup single adalah kerana tidak sempurna hidup seorang lelaki tanpa perempuan.

"Daripada berkahwin dengan Ariji yang sudah tentu sesat itu, lebih baik saya kahwin dengan Jeragang."

Ayat ini yang boleh saya gambarkan pernah saya baca di Internet suatu ketika dahulu. Ketika itu, saya dengan Jeragang 'sibuk' dengan berdialog agama. Perempuan itu, setahu saya, seorang yang 'anti-suami orang'.

Secara amnya, perempuan itu ada asasnya apabila berkata sebegitu. Yang kurang asasnya adalah kerana menghukum tanpa merujuk kepada Kitabullah.

Tenaga saya untuk mencoret tentang tajuk ini pada malam ini agak kurang. Jam pun menunjukkan hampir pukul 1.30 pagi. Ada baiknya saya berhenti dahulu. Esok pagi ada kelas.

Ada dalil-dalil yang boleh diletakkan. Faktor kekurangan tafsir Bahasa Malaysia yang lengkap dan cukup baik antara punca ia tidak disertakan pada coretan kali ini. Biasanya saya tulis tafsir sendiri dalam tulisan lepas.

Ada juga yang diambil daripada Universiti Islam Antarabangsa. Tafsir itu asalnya daripada Sakhr International. Mungkin kemudian diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia dan diletakkan di halaman web Universiti Islam Antarabangsa.

Allah Maha Bijaksana, semoga Dia kurniakan saya seorang teman hidup yang diredhaiNya.

Wallahualam.

Saturday 10 April 2010

Putus Cinta Bhg. II


Kedua-duanya adalah kawan saya. Mereka baru saja putus cinta. Mungkin untuk sehari dua, mungkin juga untuk setahun dua.

Mungkin mereka mahu mencari pengganti, atau mungkin juga tetap setia menunggu si dia.

Atau mungkin sekadar 'putus nyambung' seperti tajuk lagu nyanyian Bukan Bintang Biasa.

Lagu itu agak rancak, mungkin tidak sesuai untuk feel kesedihan. Namun, ketika menjayakan SUKYA tempoh hari, saya agak kerap layan lagu 'Egokah Aku' nyanyian Wali Band.

Ketika saya sedang menulis ini, saya sedang melayan lagu 'Egokah Aku' nyanyian Wali Band. Bila melayan lagu ini, rasanya seperti saya 'kembali semula' ke SUKYA.

Jika anda rasa lagu 'Egokah Aku' terlalu sedih, mungkin boleh pilih lagu lain yang kadar kesedihannya lebih rendah, tapi masih jiwang, seperti lagu 'Saat Terakhir' nyanyian ST12.

Dari petang tadi lagi saya mengantuk, tetapi saya 'tahan' saja sehingga tiba tengah malam ini. Di sebelah saya ada segelas air yang dicampur dengan serbuk Quaker Oat, kopi RADIX, dan susu Fernleaf.

Agak berat ingin menulis panjang-panjang pada malam ini, kerana mengantuk. Sekian dahulu.

Wallahualam.

Thursday 8 April 2010

Waalaikumussalam Muhd Abdillah

Assalamualaikum sahabatku Ariji.
Aku pasti telah ramai yang menegur akan apa yang telah kau ketengahkan. Biarlah aku menjelaskan pendirian kaum muslimin mengenai berkhatan sekadar dengan ilmu ku ini. Aku juga berharap kau dapat memaparkan hujahku ini didalam blog kau untuk kebaikan semua, mari kita berhujah dan memberi pandangan masing-masing secara professional dan secara intelektual demi keredhaan Allah yang Maha Mengetahui.

Waalaikumussalam saudara Abdillah,

Berhujah secara professional dan secara intelektual sememangnya menarik.

Ketika kau membuat kenyataan ini adakah kau telah berfikir bahwa jutaan muslimin telah menyahut seruan sunnah ini sejak dari zaman dulu hingga kini malah amalan ini tidak mungkin akan mati dalam dunia ini selagi Allah mengizinkan. seperti yang telah kita ketahui bahwa injil dan taurat tidak diimani oleh kaum muslimin. Namun semua muslimin wajib percaya bahawa Allah s.w.t pernah mewahyukan kitab ini pada Nabi Musa dan Isa. dan Quran juga telah mengesahkan bahwa kebenaran kedua-dua kitab tersebut. jadi aku ingin bertanya adakah boleh kita mengikut apa yang ada di dalam injil dan taurat? Quran tidak mengatakan bahwa kedua kitab suci ini sesat bukan. Malah ada jaminan untuk segelintir Ahli kitab yang tidak menganut islam akan masuk ke syurga! jadi adakah ummat Islam boleh berhukum dengan taurat dan injil??
tidak benar sama sekali Ariji b. Basri

Ideologi Trinity yang dibawa oleh penganut Kristian juga popular malah lebih lama daripada mazhab Sunni itu sendiri.
Hakikatnya, ada penganut Kristian yang menolak ideologi Trinity.

Saudara mengaku bahawa kaum muslimin tidak beriman kepada Injil dan Taurat. Hakikatnya, orang yang tidak beriman dengan Injil dan Taurat adalah bukan mereka yang soleh.

Mari kita perhatikan Surah Al-Baqarah ayat 2-4;

Ini adalah Kitab yang tiada keraguan, satu panduan untuk yang soleh. Yang mempercayai ghaib, dan memegang Solat, dan dari kurnian Kami kepada mereka mereka belanjakan. Dan yang mempercayai apa yang telah diturunkan kepada kamu, dan apa yang telah diturunkan sebelum kamu, dan berkenaan Hari Akhirat mereka yakin.

Saya faham, apa yang saudara maksudkan adalah Injil dan Taurat versi yang tidak original.

Saudara mengatakan bahawa tiada dalil dalam al-Quran bahawa Kitab terdahulu versi yang tidak original itu tiada kesesatan.

Mari kita perhatikan Surah Al-Baqarah ayat 79;

Maka celaka kepada yang menulis Kitab dengan tangan mereka dan berkata: " Ini adalah dari Allah" supaya mereka boleh membeli dengannya harga yang murah! Celaka kepada mereka untuk apa yang tangan-tangan mereka telah tuliskan dan celaka kepada mereka untuk apa yang mereka perolehi.

Ya, saya setuju bahawa 'penganut Kristian' tidak semestinya masuk neraka. Antara yang berkemungkinan adalah mereka yang menolak ideologi Trinity dan sebagainya. Kata kunci bagi isu ini adalah monotheism.

Samada Sunni, Syiah, Wahabi, Kristian, Yahudi dan sebagainya, itu hanyalah label semata-mata bagi membezakan antara satu sama lain. Yang kritikal adalah isinya.

Dia menurunkan Al kitab ( Al Quran ) kepadamu dengan sebenarnya, membenarkan kitab yang telah diturunkan sebelumnya dan menurunkan Taurat dan Injil. al-imran .3
adakah taurat dan injil benar?
boleh berhukum dengannya?
sudah tentu kita boleh berhukum dengan taurat dan injil selagi ia mempunyai pengesahan dari Quran dan Hadith. Dan kita tidak boleh mengikut apa yang ada di dalam al-kitab kerana Quran dan hadith adalah penggantinya, jadi ibadahnya mungkin lebih kurang namun kita bertegas hanya mengikut Quran dan Sunnah.

Saya percaya bahawa Kitab terdahulu versi yang tidak original tersebut bukan semuanya palsu 100%. Persoalannya, adakah Muslim masih perlukan Kitab terdahulu versi yang tidak original itu untuk dijadikan hukum agama?

Padahal, Allah berfirman bahawa al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad adalah penuh terperinci, secara langsung mampu 'berdiri sendiri' walau tanpa bantuan daripada Kitab terdahulu versi yang tidak original itu. Atau saudara yang ragu-ragu?

Surah al an'am ayat 114; 

"Haruskah aku mencari selain daripada Allah sebagai hakim apabila Dia telah menurunkan kepada kamu Kitab yang penuh terperinci?" Orang-orang itu yang Kami berikan Kitab tahu ia adalah diturunkan daripada Tuhan kamu dengan kebenaran; maka janganlah menjadi yang ragu-ragu.

Mari pula kita perhatikan petikan Surah al-Maidah ayat 48;

Dan Kami telah menurunkan kepada kamu Kitab dengan kebenaran, mengesahkan apa sebelum bagi Kitab itu dan menggantikannya...

Kau juga ada mengatakan tiada ayat selain ayat Quran dijaga Allah. Benar? Bagaimana dengan hadith? Bagaimana umat islam tidak pernah berkelahi dalam menentukan 5 waktu solat?? Sedangkan syiah yang sesat juga berpegang dengannya.
Bagaimana pula tatasusila solat? Cara berpuasa? Berzakat? Berhukum dengan apa yang disediakan oleh Rasulullah s.a.w.

Saya mengatakan tiada dalil dari al-Quran bahawa riwayat hadis itu terjamin keasliannya. Ini terbukti apabila para ulama Sunni sendiri terpaksa mengkelaskan riwayat tersebut kepada kategori tertentu seperti Sahih, Hasan, Dhoif dan sebagainya. Lebih buruk lagi, apabila pelbagai kerosakan di muka bumi telah terjadi selama ratusan tahun akibat orang Islam tertentu yang terlalu mempercayai riwayat hadis tertentu yang kononnya sahih sesahih-sahihnya, padahal yang 'mengecop' logo 'sahih' itu adalah manusia, bukannya Allah. Apatah lagi dengan ketiadaan Sahih Abu Bakar, Sahih Omar dan sebagainya, menerangkan bahawa mereka yakin bahawa al-Quran itu penuh terperinci.

Jika saudara susah untuk memahami perkara ini, saudara boleh ambil daripada kes mazhab Syiah dan sebagainya, bagaimana mereka mempercayai riwayat hadis tertentu.

Dari perspektif Sunni, riwayat hadis tertentu adalah palsu, tapi dari perspektif Syiah, hadis tersebut adalah Sahih pula. Lebih buruk lagi, apabila berlakunya peperangan, pengeboman masjid dan sebagainya.

Manakala, Al-Quran pula ada dalilnya bahawa Allah menjaganya. Mari kita perhatikan Surah Al-Hijr ayat 9;

Sesungguhnya Kami yang telah menurunkan Peringatan, dan sesungguhnya Kami yang akan menjaganya.

Kita diwajibkan menerima secara total apa yang telah Nabi Muhammad s.a.w terangkan pada kita. Baca Quran jika tidak percaya saya. Jadi bagaimana kita menerima dari nabi? Pergi ke kuburnya atau mengamal hadithnya? 

Keterangan saudara yang ini bercanggah dengan hadis Sahih Muslim, 2362;

Aku adalah manusia seperti kamu. Apabila aku memberi apa-apa arahan agama, terimalah ia. Apabila aku mengemukakan pendapat peribadiku, ingatlah bahawa aku adalah hanya manusia.

Hakikatnya, Nabi Muhammad mengajar kita Syura. Ini membuktikan bahawa baginda adalah manusia biasa, memerlukan pandangan/perbincangan/pendapat/nasihat.

Malah, baginda tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Mari kita perhatikan Surah At Tahrim ayat 1;

Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu, engkau hendak mencari keredaan isteri-isterimu? Dan Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Ini berbeza dengan kepercayaan Sunni tertentu, yang menggambarkan Nabi Muhammad sebagai 'Superman'.

Sememangnya Al-bukhari bukanlah maksum. Beliau juga pasti tersalah. Ada hadith yang disahih oleh beliau juga telah dikritik.namun keseluruhannya adalah dijamin baik dan ummat islam tidak pernah dilarang mengkaji hadith dari Al-bukhari dan imam Muslim seperti mereka ini Nabi pula. 

Mungkin saudara perlu juga melihat apa yang berlaku dari perspektif yang berbeza. Sebagai contoh, apakah kesan negatif yang telah berlaku selama ratusan tahun hasil daripada terlalu mempercayai al-Bukhari?

Namun jika benar kita mahu yang Hak maka kedua ulama ini amat penting kerana mereka adalah diantara insan yang dipilih Allah untuk mendidik ummat islam terus kepada Nabi s.a.w bukan dari kepala otak mereka sendiri. 

Apakah yang saudara maksudkan? Mereka tidak menggunakan akal? Bukankah akal yang membezakan antara manusia dan binatang?

Atau yang saudara maksudkan adalah bahawa mereka mendapat wahyu tertentu?

Malah jika kita ingin menolak sesuatu hadith Bukhari adalah dibolehkan namun perlu ada hujah dari Quran atau hadith sahih lain yang memperkatakan sesuatu dan menyokong tindakan kita untuk kita tidak menerima hadith tersebut. Ini adalah bukti kita tidak bertaklid pada al-Bukhari. 

Ini memberi masalah kepada isu hukuman rejam sampai mati. Kerana setahu saya, pada hari ini, tiada riwayat hadis bahawa Nabi Muhammad hanya menjatuhkan hukuman sebat ke atas kesalahan zina.

Mungkin sebab itu isu ini menjadi titik pertemuan antara Sunni dan Syiah.

Namun, saudara boleh baca sendiri dalil berikutnya, Surah An-Nur ayat 2;

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

Apabila saudara sujud ketika solat, adakah saudara sujud kepada Allah atau As-Shafie? Atau saudara sujud kepada periwayat hadis tertentu?

Atau saudara menganggap bahawa Nabi Muhammad itu 'Superman'? Mempunyai 'lesen' untuk mengingkari perintah Allah yang terdapat dalam Surah An-Nur tersebut?

Atau saudara lebih beriman kepada Kitab Sahih Al-Bukhari berbanding Kitabullah?

Bukankah sudah banyak bukti yang menonjolkan kesilapan al-Bukhari dan As-Shafie?

Dari mana datangnya hukuman rejam sampai mati itu? Adakah Nabi Muhammad mendapat wahyu tertentu dari Tuhan yang lain selain daripada Allah?

Namun kitab nya amat sahih dan perawi serta sanandnya amat kuat dan amat meyakinkan serta langsung tidak bercanggah dengan Quran. Oleh itu kita perlu ada ilmu serta hujjah dan dalil daripada Quran dan Sunnah jika kita ingin berbeza dengan hadith al-Bukhari kerana beliau hanya mengumpul hadith yang benar-benar sabit kepada Nabi s.a.w dan bukannya dari ilmu beliau sendiri. Faham?

Adakah Al-Bukhari adalah satu lagi 'Superman'? Padahal, riwayat hadis dalam kitabnya berkenaan tarikh pernikahan antara Nabi Muhammad dan Aisyah pun bercanggah antara satu sama lain.

Kemudian, saudara mendakwa ia langsung tidak bercanggah dengan al-Quran pula?

Atau saudara sekadar ingin menegakkan benang yang basah?

Ribuan hadith diulang sehingga ramai orang yang mempelajari hadith telah bosan kerana ribuan kali menjumpai hadith yang sama maknanya namun lain sedikit dari segi sebutan,peristiwa dll. Namun tidak ada hadith sahih yang bercanggah satu sama lain. Malah tidak orang yang mampu mencipta hadith kemudian dianggap sahih.

Saudara baru saja memberikan bukti kelemahan riwayat hadis berbanding Kitabullah. Alhamdulillah.

Ya, faktor yang lebih kurang begitu juga berlaku sedikit terhadap riwayat Kitabullah, sehingga mempunyai dua riwayat Kitabullah iaitu Hafs dan Warsh, tetapi tidak sekronik riwayat hadis.

Kami menurunkan Al-Zikir dan kami yang menjaganya. al-hajr .9
mengapa Allah mengatakan Al-zikir, bukannya ditulis Kami menurunkan Al-Quran dan kami yang menjaganya........mengapa ayat zikir yang digunakan? apakah maksud zikir didalam ayat itu? Ini adalah bukti menunjukkan bahawa hadith sahih juga dijaga! Dijaga melalui perawi dan sanad yang ditentukn oleh Allah s.w.t.

Pertamanya, mari kita lihat tafsir daripada Universiti Islam Antarabangsa bagi Surah Al-Hijr ayat 9;

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.


Ini antara kelemahan puak Sunni dalam mentafsir al-Quran. Jelas, bahawa perkataan yang lebih sesuai adalah 'Peringatan' atau 'Al-Zikr', tetapi bagaimana pula mereka menukarnya dengan perkataan 'al-Quran'?

Namun, ini menjelaskan bahawa mereka percaya bahawa 'Peringatan' itu merujuk kepada al-Quran. Dan mungkin kerana tidak mahu ia disalahfahamkan sebagai merujuk kepada riwayat hadis, lalu ditukarkan perkataan 'Al-Zikr' kepada al-Quran.

Zikir adalah suatu istilah dalam agama Islam. Ia merujuk kepada beberapa lafaz yang tertentu yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah SAW sebagai wasilah (cara atau jalan) menghadirkan ingatan manusia kepada Allah. Ia merupakan suatu suruhan oleh Allah agar kita berzikir padanya siang dan malam melalui satu jalan iaitu melalui sunnah Rasulullah SAW. Adapun mereka yang mencipta sesuatu yang baru adalak tertolak. Inilah disiplin islam. Menyebutnya akan memberikan kita bukan sahaja satu pahala tetapi banyak. Pahala mengikut sunnah, pahala memuliakan lafaz zikir yang Allah ajarkan, pahala ingat kepada Allah dan kebesaranNya. Solat juga dianggap zikir. Didalam Quran Allah memerintahkan agar ruku' bersama orang yang ruku'. siapa yang ruku'? yahudi juga ada yang ruku'. yang ruku' ketika solat. tidak ada manusia yang menjaga solatnya jika dia mengatakan hadith itu adalah satu 'cerita' 'kisah' dan menganggap dongeng sahaja sunnah dan hadith itu kerna semuanya telah lenyap. maka fikiran ini melahirkan rashad khalifa. dia juga dikatakan solat. dia juga menolak hadith. lalu jadilah kejahilan yang amat. solat bersama wanita yang tidak tutup aurat. akhirya diri mengaku Nabi pula. gawat. jahil!
Adakah tertulis didalam Quran bahawa solat itu 5 waktu? mengapa sejak dari zmn Muhammad s.a.w solat itu 5 waktu tidak diubah hingga kini? siapa yang menjaganya kalau bukan Allah???
gitulah zikir yang dijaga. tidak mungkin diubah lagi. adakah dengan sombong kamu menyampahkan Abu hurayrah dan imam Bukhari sedangkan apa yang mereka usahakan itu telah dijamin hingga kini dan tidak ada tokok tambah lagi pada hadith! mereka tidak maksum. tidak semua hadith bukhari diterima sebagai sahih.ada yang boleh diperluas atau diperbincang.
hadith yang diyakini selalunya banyak ulangan. Jadi mengapa risau? kamu tidak belajar hadith bagaimana kamu tahu mengurusnya?

Surah Al-Hijr ayat 9;

Sesungguhnya Kami yang telah menurunkan Peringatan, dan sesungguhnya Kami yang akan menjaganya.

'Peringatan' dalam tafsir di atas adalah merujuk kepada Al-Zikr. Al-Zikr adalah nama bagi Kitabullah. 

Mari kita perhatikan Surah Al A'raf ayat 2;

Sebuah Kitab telahpun diturunkan kepada kamu, agar tiada beban pada dada kamu darinya, supaya kamu boleh memberi amaran dengannya, dan satu peringatan kepada orang yang beriman.

Mari pula kita perhatikan Surah Fussilat ayat 41;

Yang mengingkari Peringatan apabila ia datang kepada mereka; dan ia adalah Kitab Suci.

berbalik pada injil dan taurat td. didalam kitab ini jelas Nabi Ibrahim,ismail,ishak dan Isa a.s. semuanya berkhatan.
3,95. Katakanlah (Muhammad): "Benarlah Allah." Maka ikutilah agama Ibrahim yang lurus, dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang musyrik
124. Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata, "dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim".
3,95. Katakanlah (Muhammad) "Benarlah (apa yang difirmankan) Allah." Maka ikutilah agama Ibrahim yang lurus, dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang musyrik.
Berkhatan adalah fitrah begitu mencukur bulu-bulu juga adalah fitrah. Ini yang dikatakan oleh Hadith sahih mengenai berkhatan.
sekali lagi saya ingin katakan bahawa kita boleh berhukum dengan tauratdan injil selagi ada pengesahan dari Quran dan Hadith. Terdapat seperti apa yang telah kita kerjakan sama dijumpai dalam alkitab. Seperti wudhu, solat, puasa pemakaian hijab, haramnya babi,arak dan banyak lagi. Ini kerana 3 agama samawi agama wahyu dari langit . maka apa yang wujud didalamnya adalah mustahil dipertikai.

Yang mengsahihkan hadis itu adalah Al-Bukhari, bukannya Allah. Saudara juga mengakui bahawa al-Bukhari tidak maksum, riwayat hadisnya dikritik oleh ulama Sunni sendiri dan sebagainya.

aku akan mengarahkan mereka agar akan membuat pengubahan terhadap ciptaan Allah.
Ini adalah kenyataan syaitan yang telah Allah beritahu kita dalam ayat 119 surah an-nisa. Adakah orang yang berkhatan menerima arahan dari syaitan? Besar sungguh tuduhan mu ini. Adakah anak kecil yang dikhatankan dari dulu hingga kini sentiasa mendengar arahan setan? Adakah Quran tersalah? tidak! Kamu yang salah dan jahil. Nabi s.a.w ada menyebutnya didlm hadith sahih. malah jutaan orang yang berkhatan adalah kehendak ibu-bapa yang membawa anak-anak kecil mereka bagi memenuhi tuntutan Allah agar kita mengikut agama Ibrahim a.s. dan berlandaskan sunnah Nabi! Bukan setan! Ini amat berbeza. Malah tidak dapat dinafikan berbagai penyakit kelamin dapat dielakkan jika berkhatan. Termasuk HIV!
Manusia mengikut atas dasar taqwa bukan jahil.
engkau yang tidak berfikir.

Mari kita perhatikan Surah Al-Baqarah ayat 170-171;

Dan jika mereka diberitahu "Turutlah akan apa yang Allah telah turunkan" mereka menjawab: "Tidak, kami akan mengikut apa yang kami dapati nenek moyang kami lakukan". Bagaimana jika nenek moyang mereka tidak faham sesuatu dan tidak mendapat petunjuk hidayah? Dan contoh yang kufur adalah seperti yang mengulangi apa yang dia telah dengar akan panggilan dan jeritan; pekak, bisu dan buta, mereka tidak faham.

kalo khatan apa yang telah kita ubah?? adakah alat kemaluan itu tiba-tiba boleh makan nasi? Alat itu jadi seperti perempuan?? atau fungsinya masih sama?
Utk kencing, dan mengadakan seks.masih tidak diubah pon ciptaan Allah itu!
maka bacalah dulu Ariiji sebelum Allah mempermainkan kau dengan lebih sesat lagi. Assalamualaikum sahabatku.

Soalan ini, jika ditanya kepada si kena khatan pun tahu jawapannya. "Kulup la yang berubahnya. Dulu ada, sekarang dah tak ada. Macam chipsmore."

Wallahualam.